Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Takziah pada keluarga yg accident semalam

Sumber penuh cerita OnDeScene.

Sebak takleh nafas bila baca blog Mazidul tadi. Kemalangan melibatkan bas sekolah, kereta dan motorsikal. Sepasang suami isteri, dan isteri yg sedang mengandung 7 bulan maut, meninggalkan anak berusia hampir 2 tahun yatim piatu.

Sungguh sungguh mengalir deras air mata bila mengenangkan betapa bertuahnya suami isteri ini dapat sehidup semati. Ajal maut Allah tentukan. Tiada derita kehilangan diantara pasangan suami isteri yg sedang bercinta didunia ini. Dan mungkin Allah izinkan mereka bercinta di syurga pula..Alhamdulillah untuk nasib mereka yg ini. Tapi semakin laju air mata mengalir di pipi bila kenangkan anak kecil yg ditinggalkan. Apalah nasibnya nnt. Kecil lagi dh hilang tempat bermanja.

Mungkin atuk nenek atau saudara mara menjadi ganti, tapi pasti takkan sama dengan kasih sejati ibu dan ayah. Runtun jiwa ini bila teringat kisah macam ni. Takutnya rasa kalau anak-anakku HM juga terima nasib yang sama.

'Ya Allah berikanlah kami suami isteri peluang untuk mendidik dan membesarkan anak-anak kami sehingga mereka mampu berdikari. Jauhkan lah kami dari malapetaka dan bencana yang tak sanggup kami hadapi..semoga keluarga ini sentiasa bersatu dan berada dalam rahmat dan redha Mu Ya Allah'

 Okeh..dh takleh nk tulis lagi dah..nk gi touch up..huhuhu



 

WW : Doa amalan setiap pagi dan petang

Assalamualaikum dan salam ceria semua :)



"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepadaMu dari beban hutang dan penindasan orang."

Fadhilat Wirid
Abu Hurairah (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (SAW) masuk ke dalam masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Amamah di dalam keadaan ketar, maka baginda bertanya: "Apakah sebab aku lihat kamu berada di masjid yang bukan masa sembahyang?"
Jawab Abu Amamah: "Beberapa urusan hutang telah menyebabkan aku resah gelisah wahai Rasulullah."
Maka jawab baginda : "Tidakkah sepatutnya aku beri satu bacaan yang apabila engkau baca,akan dihilangkan oleh Allah (SWT) penyakit kebingungan itu dan akan terbayar hutang-hutangmu?"
Jawabnya: "Ya!"
Lalu baginda bersabda: "Apabila pagi dan petang, hendaklah membaca (bacaaan di atas)."
Kemudian Abu Amamah berbuat seperti yang diarahkan oleh Rasulullah (SAW), maka Allah (SWT) telah menghilangkan penyakit resahnya, dan segala hutangnya dapat diselesaikan.
(Dikeluarkan oleh Abu Daud).


Alhamdulillah setiap kali memulakan hari dengan doa ini, mood saya sagnat ceria sepanjang hari. Kalau terlupa baca, mesti terasa ada je yg tak kena.

Jom amalkan!! :)

FADHILAT AYAT AYAT AMALAN PILIHAN

Tak sempat nk mengarang entry panjang, jadi saya share kan tentang ini. :)

YA HAYYU YA QAYYUM

Bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum atau Ya Hayyul Qayyum, ia akan membantu anda dalam banyak perkara. Bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum 1000 kali setiap hari selepas solat isyak, khasiatnya seperti berikut:

a) Orang akan mematuhi kata-kata anda dan mengikut perbuatan anda

b) Anda akan kaya dengan wang dan kebijaksanaan

c) Anda akan menjadi orang yang riang dan dapat mempengaruhi orang dengan keriangan anda. Ini tentu dapat membantu orang lain melupakan kesedihan mereka.

d) Perlindungan dari bencana-bencana seperti gempa bumi, banjir, kemalangan, terkandas ketika pelayaran di laut, Isteri terkandas, Anak-anak tidak menurut kata, ataupun masalah perniagaan atau kewangan dan sebagainya.

e) Di hindari dari ditipu, diperguna dan dielakkan dari musuh.

f) Di sukai orang

Sebaik-baiknya bacalah doa berikut selepas selesai berzikir Ya Hayyu Ya Qayyum 1000 kali



Ya Hayyu Ya Qayyum, Yang menghidupkan, hidupkanlah hatiku, rezekiku, agamaku dan duniaku.

Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu, Ya Hayyu bersaksi semua yang hidup, Engkaulah yang memberi nyawa dan memberi kehidupan kepada yang hidup.

Yang Hidup dan Yang Mematikan yang hidup. Yang Hidup, tidak ada sekutu bagi-Mu. Allah yang Maha Hidup, aku meminta dengan Hayat-Mu bersaksikan semua yang hidup dan dengan Hayat-Mu yang memberi nyawa kepada semua yang hidup dan dengan Hayat-Mu yang mematikan semua yang hidup.

Ya Hayyu Ya Qayyum, Yang Maha Memiliki Keagungan, selesaikanlah segala masalahku, kabulkan permintaanku, berilah cahaya kepada jiwaku, cukupkanlah segala kekuranganku. Yang Maha mengetahui keadaanku dan tidak pernah kekurangan dari apa yang kupohon, tiada kuasa melainkan Engkau.

Ya Hayyu Ya Qayyum, perkenankanlah permintaanku dan hajatku dengan segera, kabulkanlah doaku. Permudahkanlah rezekiku, dan permudahkanlah segala urusanku dengan hamba-hamba-Mu. Berilah daku rezeki yang banyak dan berkekalan, lanjutkanlah usiaku agar daku dapat beribadat kepada-Mu. Sudahilah hayatku dengan iman yang sempurna dan Husnul Khatimah.

Daku telah menyeru-Mu dengan nama-nama-Mu yang terdahulu. Berilah kejayaan kepada mereka yang inginkan kejayaan, dan berilah kemusnahan kepada mereka yang berbuat kerosakan.

Ya Hayyu Ya Qayyum (11 kali)

Kabulkanlah permintaanku, lepaskan kami dari kebimbangan sebagaimana Engkau membebaskan orang-orang mukmin.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabatnya dan perlindungan kepada mereka semua. Segala puji bagi Allah Pencipta Alam Semesta.

Sumber: Zikir Asmaul Husna,

____________

Perlu diingatkan bahawa segala kelebihan yang terdapat pada bacaan atau ayat-ayat tertentu kadangkala tidak berjaya diperolehi dengan hanya beberapa kali bacaan sahaja. Ibarat pisau yang perlu di asah berkali-kali agar dapat digunakan seperti yang kita mahukan. Begitu jugalah ayat-ayat atau bacaan tertentu perlulah sentiasa diamalkan, dan diulangi sehingga menjadi wirid tetap untuk mendapatkan khasiatnya. Insya-Allah dengan amalan yang istiqamah, segala kelebihan, khasiat dan keajaibannya akan terbukti apabila kita memerlukannya


Lepas seminggu cuti

Seminggu jugak blog ni sepi rupanya. Ada yg rindukan cerita saya tak? Heheh

Banyak nk update, tapi maybe petang nnt lah. Macam biasa taklengkap kalau cerita tanpa gambar ni.

-pasal Hilda kt hospital
-pasal sukan sekolah Hannah dan Hadif
-pasal bisnes Shaklee
-pasal rumah yg bakal dilepaskan pegi.

Hihi semua nya saya nk cerita :P

Apa ni?

Diterbangkan khas dari Nusantara. Hihi.



Fahamilah dia

sekadar berkongsi cerita copypaste :

KHAS UTK SEMUA… SEBELUM SEMUANYA TERLAMBAT……

Seorang isteri mengadu pada suaminya…..”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….”itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.
Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.
Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.
Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.
Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”…lalu suami berkata…..”nak demam kot”.
Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.
Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.
Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..

Namun suatu hari….

Si isteri merayu sambil menangis….”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.
Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.
Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya…..

Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….
SAYANG….abang mintak maaf….
Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….
Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan…..penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….
Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANGpun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….
Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….
Bila SAYANG ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..
Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi…..
Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai majikan SAYANG …abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG ….
SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak baawak SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang mengadu macam tuh jer…..
Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …..Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya….segalanya takkan berpatah balik….Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG …..abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG …..bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat….agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat….
Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat…






Sedekahkan..

Alfatihah dan bacaan Yasin pada arwah Faris telah pon selamat dikebumikan semalam. Faris pengidap penyakit HLH, barah darah. Boleh baca banyak updates tentang arwa Faris di blog Mazidul. Saya tak sanggup nak baca luahan Kak Long Faris. Sedih terlalu sedih!!

Begitu pon Allah lebih menyayanginya. Allah ambil nyawanya demi menamatkan derita dan sengsara yg ditanggung oleh tubuh kecil itu. Juga menamatkan derita perasaan kedua ibu bapanya yang melihat anak sendiri kritikal. Damailah kamu di'sana'. Semoga ibu bapa, adik beradik dan kaum keluarga arwah redha dengan pemergiannya.

Semalam juga saya terima perkhabaran tentang seorang kawan lama waktu belajar di UiTM dulu. Dia juga menderita sakit barah. Yang bermula dengan tumor kecil dibahagian otak, kini dah masuk kategori kanser. Dia dah jalani pembedahan dan juga rawatan kemoterapi sebelum ini. Dan awal minggu ini dimasukkan ke ICU sebab diserang sawan.

Keadaannya kritikal. Bergantung kepada mesin hayat. Makanan diberi melalui tiub. Wajahnya memang terlalu lain dari yg pernah saya kenal dulu. Totally berubah. Doktor tak bagi apa-apa harapan pada keluarganya, cuma berharap agar mereka mendoakan dia pergi dengan tenang. Tears!!

Kawan-kawan, mari kita sedekahkan bacaan Yasin kepada rakan saya ini.. Semoga semangatnya kuat, dan semoga deritanya berkurang. Insya Allah.

Short one!

Semalam tak update blog sbb busy sket. Busy dok depan agoda.com hihi. Pening kepala sorang-sorang nk pilih hotel mana satu kt Langkawi nnt. Spec pilihan adalah yang with breakfast dan ada swimming pool. Dan akhirnya saya pilih Langkawi Seaview Hotel kt Pekan Kuah.

Sangat tak sabar nak bawak anak-anak naik "ApiTerbang". Mesti dorang excited :)

OK lah, buntu nih idea takdak. So saya nk ucapkan Happy Long Weekend pada semua. Cuti lagi yeay!!
Sabtu Ahad Isnin Selasa. Apa nk buat eh cuti lama nih???



AJL26 Awan Nano yang punya

Saya tengok AJL26 malam tadi sipi-sipi je dari meja makan sambil mem'packing' trial pek Set Breastfeeding. Ada sesapa nk order tak??? Offer beli 2 OFF RM15 nih. Hari ni last day tau!! Eh Eh sorry terpromote plak HAHA!!

Tapi time Awan Nano berkumandang saya dh setel kerja dan tengok sambil berbaring peluk hero saya. Hero kecik yang manja tu tau, bukan hero yang besar :D Lagu Awan Nano ni lah persembahan yang terakhir saya tengok sebelum heroin kecik saya menjerit dari dalam bilik mintak temankan dia tidur. So bergegasla saya ke bilik dan peluk dia pulak. Alang-alang dah kt bilik tu, terus la saya tertidur juga tak sempat dh nak tengok apa kesudahan AJL26.

Ayat terakhir saya dengan suami pasal AJL26 ni, "Sempoi giler Hafiz, tak yah susah-susah beli baju merelip"

Masa suami dah angkut Hannah masuk ke bilik, dia yang sampaikan keputusan penuh AJL26 ni. Hehe live update jugak la kan. 

Saya memang tak sangka lah Awan Nano yang menang. Sebab saya memang tak konsentret tengok. Tapi ending persembahan dia memang touching. Bila masuk part yang berkisah tentang ibu, ayah atau keluarga..of course la touching kan.

Owhh lagi satu persembahan dengan ending yang best adalah persembahan Alyah. Huhuhu landing kepala kt dada Remi Ishak lagi!!!


credit pic : Malaysiandigest
Papepon TAHNIAH Hafiz!!!

Cerita-cerita pasal persembahan lain, kawan-kawan google aje lah yer. Memang byk blog updates :)


Congrates team Harimau!!

Salam..

Mood nk berblog mmg ada merudum skg ni. Asal bukak je dashbord, terus blur. Asal blur, bukak Facebook hihi! Saya akui saya lebih banyak berFacebook skg ni. Seronok mengikuti discussion group-group yang saya join kt sana. Tapi bloghoping tetap saya jalankan walaupon hanya sekadar reader.

ApokonoehJang perasaan kureng melekat pada blog 2-3hari ni?

Saya nk bgtau, saya tengok bola sebelah mata je malam tadi walaupon saya tengok suami saya menonton penuh emosi. Maknanya sebelah mata saya tengok TV, sebelah mata lagi tengok suami kah?? Haha!

Apepon TAHNIAH diucapkan pada team Malaysia sebab dh jadi juara. Bergegar seluruh Apartment dgn jeritan para penyokong dari dalam rumah saya juga dari rumah jiran. Terkejut gak la saya yg dah tidur masa tu. Btw, saya rasa lagu Harimau Malaysia yg saya dengar kt radio semalam agak catchy dan seronok didengar.

OK sekian. 




Teaser

Eh semalam saya tak update blog rupanya. Maka dh 4 hari lah blog ni tak diisi dengan omelan mommalydzar.
Semalam adalah agak busy melayan kerenah hari Isnin yang biru.

So dipagi Selasa yang hening, saya dh mula semangat nak   update blog. Dari pagi try upload gambar berkaitan tp resultnya adalah hampess. Sangat slow dia mau muat-naik gambar saya. Dan akhirnya saya klik Cancel sebab fedup. Dapatla 2 keping gambar ni je yang berjaya di upload.

Nak citer takdek gambar, tak best pulak. So petang nnt, saya try upload lagi lah. Kalau success saya sambung story bergambar. Kalau tak, sambung esok saje :)






Back after a long holiday :)

Assalamualaikum..

Seminggu saya bercuti mcm oranglain jugak.. Cuti jugak la update blog. Orang lain tak cuti pon update blog..Dah sama berhabuk blog ni dengan rumah saya tu. Blom sempat sapu lagi. Jap-jap lagi baru nk check kamera. Tak banyak sangat bergambar pon time raya ni. Maklumla tangan ni almost all the time penuh mendukung Hilda. So tak sempat sgt nk snap sane sini.

Saya nk mulakan rutin pumping-at-work saya semula. Dah lebih seminggu tak mengepam nih. Hehe..

Ohhh ye. Selamat Hari Raya dan Salam Kemerdekaan pada semua!
On the actual date saya offline. Belated wishes pon jadiklah..

PENGHARGAAN

Ikuti kisah ini yang dipetik dari seorang pengirim mengenai satu kisah dalam liku-liku kehidupan……..
 
[Menjadi ibubapa bukan mudah, kan? Tetapi kita boleh lakukan.. DAN.. anak-anak hari ini sangat beruntung.. ATAU mungkin ibubapa hari ini terlalu memanjakan mereka]

PENGHARGAAN   

Seorang anak muda yang cemerlang akademik telah memohon jawatan pengurus di sebuah syarikat besar.Dia telah lulus temuduga pertama, pengarah syarikat telah melakukan temuduga terakhir, dan membuat keputusan terakhir.
Pengarah tersebut mendapati dari resume,  keputusan akademik anak muda itu cemerlang dalam semua perkara, dari sekolah menengah sehingga peringkat Sarjana, tiada setahun pun anak muda itu gagal mendapat keputusan tinggi.
 Pengarah itu bertanya, "Pernah anda telah mendapatkan mana-mana tajaan/ biasiswa di sekolah?" dan anak muda itu menjawap "tiada" 

Pengarah itu bertanya lagi, " Adakah bapa anda yang telah membayar semua yuran sekolah?" Anak muda itu menjawap, " Bapa saya telah meninggal dunia semasa saya berusia 1 tahun. Ibu saya yang membayarkan yuran sekolah saya."
Pengarah itu bertanya," Dimana ibu awak bekerja sebelum ini?". Anak muda itu menjawab, "Ibu saya telah bekerja sebagai pencuci pakaian." Pengarah itu meminta anak muda menghulurkan tangannya, dan anak muda itu pun menunjukkan sepasang tangannya yang halus dan sempurna kepada Pengarah itu.
Pengarah itu bertanya, " Pernahkah awak menolong ibu awak membasuh pakaian sebelum ini?" Anak muda itu menjawap, " Tidak pernah, Ibu selalu mahu saya untuk belajar dan membaca lebih banyak buku, tambahan pula, ibu saya membasuh lebih cepat dari saya.."
Pengarah itu berkata, " Saya ada satu permintaan, bila awak balik hari ni, pergi dan bersihkan tangan ibu awak, kemudian datang jumpa saya pagi esok.." 
Anak muda itu merasakan, peluang untuk mendapatkan pekerjaan itu tinggi, dan bila dia balik ke rumah, anak muda itu ingin membasuh tangan ibunya. Ibunya berasa sedikit pelik dengan kelakuan anaknya itu tetapi gembira bercampur takut ketika menyuakan tangannya kepada anak lelakinya itu.
Anak muda itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan, dan airmatanya tumpah ketika dia melakukannya. Inilah pertama kali dia mendapati tangan ibunya telah berkedut dan lebam/luka. Sesetengah lebam/luka itu membawakan kesakitan sehingga tubuh ibunya menggeletar ketika dibersihkan dengan air.

Inilah pertama kali anak muda tersebut sedar dan menyedari bahawa sepasang tangan inilah yang telah membasuh pakaian setiap hari untuk mendapatkan wang bagi perbelanjaan sekolah, lebam/luka-luka di tangan ibunya adalah harga yang dibayar oleh ibunya untuk pengijazahan dan kejayaan akademik dan kemungkinan masa depannya.

Selepas membersihkan tangan ibunya, anak muda tersebut secara senyap-senyap meneruskan kerja mencuci pakaian untuk ibunya pula.
Malam itu, si ibu dan anak lelakinya telah berbual untuk tempoh waktu yang panjang. Keesokan pagi, anak muda itu telah pergi ke pejabat Pengarah tersebut.

Pengarah itu menyedari ada air mata bergenang di kelopak mata anak muda, lalu bertanya,: "Boleh awak beritahu saya, apa yang telah awak lakukan dan belajar semalam di rumah?"
Anak muda itu menjawap," Saya telah membersihkan tangan ibu saya, dan juga menyudahkan kerja membasuh saki baki pakaian."

Pengarah itu bertanya, " Ceritakan perasaan awak.". 

Anak muda itu berkata, "Pertama, saya tahu erti penghargaan/rasa terima kasih. Tanpa ibu saya, saya tidak akan berjaya hari ini. Kedua, saya tahu bagaimana bekerja bersama ibu saya, setelah itu saya sedar bagaimana susah dan sukar untuk menyiapkan sesuatu tugas. Ketiga, saya tahu betapa penting dan bernilainya ikatan kekeluargaan.". 

Pengarah itu berkata," Inilah apa yang saya minta, saya ingin mengupah individu yang boleh menghargai pertolongan orang lain, seseorang yang tahu bagaimana kesusahan dan kesengsaraan orang lain untuk menyiapkan kerja, dan seorang yang tidak meletakkan wang sebagai matlamat semata-mata dalam hidupnya, untuk menjadi pengurus bawahan saya. Anda telah diterima bekerja.".

Kemudian, anak muda telah bekerja dengan rajin dan menerima penghormatan dari semua pekerja bawahannya. Setiap pekerja bekerja dengan tekun dan berpasukan. Syarikat  telah menunjukkan reputasi yang terus menerus meningkat.

Seorang anak yang selalu dilindungi dan secara tabiinya diberikan apa sahaja yang dia mahu, akan membina 'mentaliti hak/kelayakan'  dan sering meletakkan dirinya sendiri yang paling utama. Dia tidak mempedulikan usaha ibu bapanya. Apabila dia mula bekerja, dia meng-andaikan semua orang mesti mendengar/mengikuti dia, dan apabila dia menjadi seorang pengurus, dia tidak pernah tahu kesengsaraan pekerja-pekerja  dan selalu menyalahkan orang lain. Bagi orang bersikap begini, dia mungkin boleh mempunyai 'keputusan' yang baik..mungkin akan berjaya buat sementara, tetapi akhirnya dia tidak akan merasa erti kejayaan, dia akan bersungut dan penuh rasa kebencian dan berjuang mahukan lebih dari itu. Jika kita tergolong dalam golongan ibubapa yang 'terlalu melindungi anak-anak', adakah kita menyayangi atau memusnahkan anak itu?

Anda boleh menyediakan rumah besar untuk anak anda, memberikan makanan terbaik, memberi latihan piano, menonton skrin TV besar. Tetapi apabila anda sedang memotong rumput, benarkan anak anda merasai pengalaman memotong rumput bersama-sama (dgn pengawasan anda). Setelah makan, benarkan mereka membasuh sendiri pinggan dan mangkuk bersama adik beradik mereka. Perbuatan ini bukan kerana anda tidak mempunyai wang untuk mengupah pembantu rumah, tetapi ini kerana anda menyayangi mereka dengan mendidik cara yang betul. Anda mahu mereka memahami, tidak kira betapa kayanya ibu bapa mereka, satu hari nanti rambut mereka akan beruban sama seperti ibu kepada anak muda tersebut. Matlamat paling utama ialah, anak anda belajar untuk menghargai usaha dan merasai kesukaran dan belajar untuk boleh bekerja dalam kumpulan bagi menyiapkan sesuatu tugasan/kerja. 

Anda tidak boleh mengubah destinasi semalaman, tetapi anda boleh mengubah arah tujuan bila-bila masa. 
Wallahualam……..


Kasih Alia

Dari malam tadi waktu nk tidur dah merangka nk update blog pasal cerita ni. Ada tengok tak? Cerita baru kt TV3 jam 7-8pm yang gantikan cerita kurang menyengat Dewa Cinta tu.

Saya sempat tengok sesekali ye. 1st episod dan episod semalam. Episod lain, remote dh dirampas oleh orang yg tak suka tengok cerita melayu dan hanya suka tengok cenel 8series tu saje. Memang tak dapat peluang nk follow sangat la kot.

Since dh termiss episod sebelum tu, apa yg dapat saya tangkap a.k.a paham ibu Qabil dan kakaknya dah meninggal akibat accident. Dan anak-anak ini ditinggalkan oleh mak tiri dorang dipasar lalu dicolek oleh orang jahat yang akhirnya menjual Qabil dan kakaknya pula dijadikan peminta sedekah. Kesian sangat. Lahir dalam sebuah keluarga yang bahagia walaupon ayah mereka selalu sibuk bekerja. Ibu seorang surirumah yang bertanggungjawab penh dalam penjagaan anak-anak. Bila si ibu meninggal, terus berubah nasib anak-anak mereka. Sedih.

Sedih bila mengenangkan anak-anak kecil diperlakukan macam ni. Ibu tiri pulak, rasanya masa episod pertama adalah seorang yang baik. Selalu bawa 3 orang anaknya menziarah kubuh arwah ayah mereka. Tak pasti mcmmana boleh berhati busuk pulak.

Mengalir air mata mengenangkan nasib anak-anak tu. Sebab bila dipikirkan ini bukan sekadar cerita. Memang dalam realiti pon terjadi kisah anak-anak yang tidak terbela nasibnya. Dalam berita semalam pon, ada kisah anak-anak yatim yang dipergunakan untuk meminta sedekah oleh pihak rumah anak yatim yang tidak sah berdaftar. Mereka digunakan utk kepentingan individu semata-mata.

Tak tahu lah dimana letaknya naluri kemanusiaan orang mcmni. Anak-anak yang sepatutnya dijaga dan dibela dan mendapat hak sewajarnya. Bukan dipergunakan macam ni.

Pernah saya bertanya pada Hannah. Kalau mama mati macam mana? Mula-mula dia kata TAKPE LA. Tapi tak sampai seminit dia kata..mama takyah la mati. Muka dh mula mendung. Lama dia diam. Pahamkah Hannah makna mati? Pahamkah dia makna kehilangan? Saya yang sedang menaip ni pon rasa nk menangis bila fikirkan apalah nasib anak-anak saya kalau saya pergi lebih awal. Mati itu pasti, cuma waktunya kita tak tahu. Adakah sama senasib dengan kisah Alia dan adiknya..YA ALLAH jauhkan lah..

OKlah saya rasa saya taknak sambung lg. Topik ini sangat sensitif bagi saya. Dan saya pula belum 100% bersedia.

Kita tengok aje lah cerita Kasih Alia tu ye. Apa lah endingnya cerita penuh onak duri si anak kecil ini.


Joomla! @ MU.my

Selama 3 hari ni, cuma short update sahaja..sebab saya sedang bertraining di Summit Subang Jaya..

Senarai ROADBLOCKS!!

Dapat email from one of my friend..
From fwrded email, list of road closure and roadblock around town. Not sure how true but am sure all the roads listed will be jam-packed on that day in anticipating the rally. Plan your journey or better stay at home, watch TV and cook something delicious :)
--------------------------------------------------------------------
Road Closure on Saturday:

Lebuh Ampang
KLCC
Bank Negara
Dataran Merdeka
Sogo
Chow Kit
Menara Sultan Ismail
Masjid Negara
Jalan Raja Chulan
Jalan Ipoh
Sentul
Jalan Tuanku Abdul Rahman
Jalan P.Ramlee
Jalan Bandar
Subang Jaya ( Near Segi )
Sunway Pyramid and Subang Parade
The Federal Highway
LDP ( Lebuhraya Damansara Puchong )
The KL – Seremban Highway in Seri Kembangan

Senarai Roadblocks Polis start tonight till Sunday -

Putrajaya to KL, towards Kajang toll from Bangi,
Jalan Enggang towards AU2 and AU3,
from Damansara toward Penchala,
after Bukit Jelutong/Shah Alam traffic into Kampung Subang,
Damansara toll to Kayu Ara,
Subang airport road,
Jalan Haji Sirat to Taman Sri Pekan, Klang,
front of Monash University, towards Cyberjaya,
Jalan Kampung Pandan into KL

Additional information, the police is on stand by since most hotels in KL
is fully book during the weekend.


So duduk ajelah kt rumah weekend nih :(




Gangguan bekalan air hari ni sampai Jumaat

Malam td, pengetua TDI sms saya, bagi tau supaya boleh bawakan 1 tong air utk kegunaan anak-anak kt sekolah. Ada gangguan bekalan air katanya. Memang kawasan kami terlibat. Boleh tengok dalam senarai ni utk kawasan yg terlibat.


GAmbar kredit to : SharingInfoz

Masa tu saya tengah sidai kain. Terduduk kejap, pikir macam mana la saya nk angkut setong air bersama-sama anak-anak dan beg mereka. Papa HM takdek kt rumah. Semalam dia berangkat outstation ke Singapore sampai esok.

Nak angkut anak-anak dengan beg dorang pon dh jenuh saya, penuh tangan. Inikan pulak nk angkut sekali dgn air. So saya reply sms Pengetua TDI memohon ampun dan maaf sebab tak dapat nak membantu disebabkan kekangan tadi tu lah. Nasib baik Pengetua TDI OK. Dia paham masalah saya.

Jadi tadi utk tidak membebankan pihak TDI, saya mandikan Hilda juga dipagi-pagi hari tu. Mandi air suam, insya allah she's OK. Hannah dan Hadif mmg dah rutin mandi dulu pegi sekolah.

Malam tadi, puas jugak saya memunggah periuk belanga kt dapur tu nk buat bekas simpan air. Dapat la beberapa bijik periuk dan baldi air.

Hopefully pihak SYABAS dapat siapkan kerja dorang cepat.

pssst : petang ni saya nak snap gambar mama-anak-tiga penuh tangan membawa anak2 turun dari rumah ke parking kereta.. :D

Nora Elena - Final Episode

Dah habis pon petang semalam with an expected and happy ending :)

Seronok sangat tengok detik-detik kelahiran their baby dan sungguh terpesona tengok the handsome Papa Seth cradle his baby for the first time. Sama macam terpesona tengok my En. Sudin cradle our new baby each time lah..maklumla dah tiga kali tengok sutiasi itu..Awwww handsome sangat!!! ekekekke!!

Saya memang follow cerita tu since 1st episod lagi. Macambest utk ditunggu dan memang cerita ni tak mengecewakan walaupon secara realiti takdek kot lelaki seromantik Seth Tan tu :D 

So saya simpulkan aje lah terus ye sebab saya tau semorang pon tengok petang semalam. Tengok status kawan-kawan kt FB pon masing-masing pasal citer Nora Elena.

Kesimpulan dia, CINTA itu memang indah, SABAR membawa berkat. dan FITNAH pemusnah alam.

Sekian.


Juara AF9 - Hazama

Ramai kot yang tengok konsert ni malam tadi.

Saya tengok jugak. Tapi tengok sipi-sipi saje. Sebab sambil gosok baju kerja saya dan cik Abg.
Tp sebab paling utama saya tengok sipi-sipi saje, sebab ada orang tu pegang remote Astro, king-control the remote. Bila part dia rasa best, dia stay la kt CH104, then bila dia rasa part tu tak best dia tukar cenel lain. Pastu tukar lagi dan lagi. Asek tukar aje! Adei lah..

Sudahnya satu jenis persembahan pon saya takleh nk recall ape yg best ape yg tak best. Takperlah nnt ada ulangan punya. Tengok aje la yg diulang tayang tu.

Congrates pada Hazama.
Memang semua pon dh jangka yang dia akan menang. Memang dia ajelah yang paling layak diantara finalist AF9 nih. Persembahan dia, saya tak boleh nk ulas, sbb saya tak konsentrasi langsung tengok.
Sebenarnya saya tak dek la suka pon ngn dia ni, biasa-biasa je. Sbb saya tak suka tengok lelaki mekap. Natural beauty plisss!!!

Tp ade Hazama kesah Lydzar tak suka tengok dia mekap??
Dia mesti cakap "HAZAMA TAK KESAH..YANG PENTING POKET HAZAMA DAH ADA 200K..
KO ADA KE KAK??" Hahahahahha



Gaya merangkak Hazama yang saya terlepas
Apepon CONGRATULATION utk kamu yer dik!

Blogger

Menonton siri House ulangan ntah kali keberapa.

Episod kali ni berkisar tentang seorang patient yg sedang di diagnosis. Menariknya patient itu adalah seorang blogger. Bertemankan boyfriend nya sepanjang masa di hospital. Berselang seli dgn lawatan dari sekumpulan doktor yg menganalisa penyakitnya.

Seperti biasa, layaknya seorang blogger. Setiap alkesah tentang dirinya tercatit didalam blog. Hampir segalanya. Setiap kali ada lawatan dari kumpulan doktor, terus diminta laptop daripada boyfriendnya utk dicatitkan setiap patah kata dari doktor-doktor. Untuk dikongsikan bersama para follower dan reader. 

Baginya comment yg diperoleh dari pembaca blognya adalah sebahagian daripada kegembiraannya. Sebahagian dari hidupnya. Kerapkali juga, pendapat dari pembaca blog mempengaruhi keputusan dalam kehidupan hariannya.

Tiba-tiba dia diminta utk membuat satu keputusan oleh para doktor. Kemudian dia ditinggalkan bersama boyfriendnya utk berbincang. Dalam masa yg sama dia minta laptop utk mencatatkan perkara tersebut. Tapi si boyfriend menghalang. Si boyfriend  menganggap adalah keterlaluan jika keputusan utk masa depan mereka berdua turut dikongsi bersama pembaca blog. Dan si boyfriend hampir pasti jika kisah itu dikongsi di blog, si patient akan membuat keputusan berdasarkan pandangan pembacanya. Dia tidak mahu. Dia mahu teman wanitanya membuat keputusan berdasarkan pendiriannya sendiri.

"Its not about sharing, but its about fame" 
Si boyfriend menganggap teman wanitanya gile glemer. Gilakan perhatian daripada pembaca blognya.

Akhirnya, sesuatu yg tidak dikongsi oleh patient di dalam blog adalah simptom sebenar penyakit yg dihidap. Si patient akhirnya mendapat diagnosis yg tepat dan bakal sembuh.

Apa pendapat anda blogger sekalian? Adakah anda sgt transparent dgn blog anda? 
Suka duka semua dikongsi?



 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®