As per scheduled, 4hb 3 Jumaat lepas, aku ke Hospital Sg Buloh (HSB), ditemani cik Abg utk appointment dgn Doktor. Appointment utk scan dan mengesahkan perihal kandungan IUGR atau bukan.
Kita toksah cerita la pasal waktu menunggu yg lama giler tu. Sampai HSB kol 9.15am..amek nombor giliran kol 9.30am then jumpa Doktor jam 12.15pm.. ~eh tadi kata takyah cerita, tetiba tercerita ahaks!!!~
Keputusannya, Doktor kata baby OK. Dia tak suspect ini adalah kes IUGR. Doktor ada plotkan graf perkembangan baby sepanjang kehamilan ni. Masih didalam range yang baik katanya. Dan menurut scan kali ni, baby adalah seberat 2.38kg..Hmmmm last scan kt Klinik Soraya, berat baby 3.015kg..huhuhu jauhnya lari bacaan 2 doktor ni. Doktor kata secara teorinya, by the time baby dh keluar, baby akan extra 200gram dari last scan. Teori saje..
Doktor kt HSB kata, memang history anak-anak kami tak sampai 3kg, so dia anggap berat baby kali ni, normal lah. Ikut history kakak dan abang dia.
OK since Doktor dah sahkan tiada kaitan dengan apa-apa kes yg merisaukan, hati aku lega. Tak kesah la berat dia berapa pon by the time dia keluar nnt. Dah keluar, minum susu mama banyak-banyak okeh darling!
Kita membesar kt luar je..eh!eh silap! Bukan kita...Baby je la membesar dengan sihat dan kuat jadi tembam. Mama nak menguncup mengurus dan menganggunkan diri..takmo membesar dah..hehe!
Alhamdulillah, no worries.
Sekarang ni kena prepare mental dan fizikal je utk menerima kedatangan contraction, seterusnya rushing to hospital dan masuk labor room dan menimang baby comel lotte HM Jr..Semoga dipermudahkan Allah..Insya allah..


