Showing posts with label cooler bag. Show all posts
Showing posts with label cooler bag. Show all posts

Teman baru saya : StyloMama

Salam Jumaat semua!!

Terasa stylo je menggendong cooler bag baru StyloMama ni. Peewittt!!

Seronok jugak dok belek-belek stok cooler bag kt AUB semalam. Hukhuk mokcik boleh belek coolerbag je, nak belek 'JURULATIH' belum sampai serunya lagi.

Kat atas rak tu ada few brands, termasuk brand yang saya dh pernah ada : MLO dan Autumn. So saya cuma belek brand yang saya belum ada. Last-last 2 beg finalist yang masuk peringkat akhir pemilihan adalah jenama StyloMama nih. Menarik sebab ada yang berwarna PINK, tapi saya prefer hitam sebab hitam itu menawan dan tak nampak kotor bila dibawa utk acara lasak.

Acara lasak : acara redah hujan sambil transfer anak-anak dan segala beg dari kereta ke area teduhan. Ofcourse nanti terpaksa letak beg kat lantai, maka kebolehan utk beg itu comot adalah tinggi kalau dia berwarna selain hitam!!


Dan akhirnya Stylo Mama Era Cooler Bag menjadi pilihan. Harga RM69.90

Harap-harap cooler bag yang ni boleh berkhidmat sampai habis tempoh penyusuan Hilda Marissa. Jangan ada internal damage mcm yang sebelum ni sudah.

Cooler bag yang sebelum ni saya tak dibuang lagi. Yang tu saya guna utk ganti  Hailey cooler bag ke taska Hilda. Sebab cooler bag Hailey tu dah comot. Tak serupa beg dah. Comot sangat dan layak dibuang disamping zip dia dah rosak..

So kepada Stylo Mama Era Cooler Bag : SELAMAT BERKHIDMAT!!!







Published with Blogger-droid v1.7.4

Cooler bag dah koyak


Baru sgt pakai cooler bag ni. Rasanya blom sampai 6bulan lagi. Tapi cuba tengok apa dh jadi dgn keadaan dalaman cooler bag ni. Internal damage! Bahagian atas dah koyak. bahagian depan pon rabak!

Kalau tengok luar, cantik je lagi. Maybe material dalam dia ni memang cepat rosak. Takkan la saya guna lasak sangat kot. Lagipon memang khas utk simpan susu perahan je takpernah buat simpan air lain hatta air dalam tin.

Brand apa ni??? Saya takmau cerita direct kat sini. Kalau rajin sila la google saya punya cerita online shopping dan shopping item yang pernah dibuat tahun 2011 :D
Hahaha bajet korang rajin la nk menggodek blog saya nih.

Cooler bag yang sebelum ni, bahagian dalamnya masih OK. Yang tak OK cuma tali pemegang beg saje. Dah nak putus. Dan ada bahagian tertetas kt jahitan luaran cooler bag tu. Thats why la saya beli yang baru. Lama jugak saya pakai cooler bag MLO tu. Beli tahun 2008, dan saya tamatkan perkhidmatannya tahun 2011. Sket pon tak koyak kat dalam tu.

Tak perlah, memandangkan hari ini sudah hari gaji, maka petang nnt saya nak singgah ke kedai About Umi & Baby kt Subang Galaxy tu. Sambil-sambil letak stock Set Breastfeeding saya kt situ, boleh la belek-belek cooler bag yang ada jual kt sana. Kali ni beli off-line. Boleh la check directly kualiti cooler bag yg ada.



Published with Blogger-droid v1.7.4
 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®