Showing posts with label farewell. Show all posts
Showing posts with label farewell. Show all posts

Semalam dan hari ni.

Semalam :

Laaaa..rupanya semalam saya tak update blog. Hihi pagi bz buat keje, petang bz prepare farewell utk opismet. Kak Liza orang penting yg proses gaji kami. GOOD LUCK yer ditempat baru :)

Selit gambar sket lah!





Pagi ni :

Masa nk keluar dari rumah, boleh pulak kunci grill rumah missing. Kunci-kunci lain (kunci mangga, kunci mailbox) yang dok dalam keychain yg sama masih ada. Cemas sudah. Carik atas meja makan tak ada pulak. Dah la cik Abe saya outstation ke Bangi. Ke Bangi je pon, tp dia bermalam kt sana. Aduuuhhh terkurung pulak la kami dalam rumah kalau tak jumpa kunci tu.

So call la dia yg berada disana. Menggelabah lawan dia cool kan. So dengan cool nya dia tanya saya soklan2 berkaitan kunci tu. Dan dia juga bagi cadangan carik kunci disitu situ sane sini. Dan akhirnya saya pon jumpa kunci nan satu itu. Huhuhu!!!

Rupanya kunci tu terjatuh di luar grill rumah kami masa saya tutup pintu malam tadi. Betul-betul dekat tepi grill je. Nasib baik jugak la dia stay kt situ sampai pagi. Dan takde jiran yg tersepak kunci tu. Macam mana ntah boleh jadi macam tu. Saya dh check keadaan ring pada keychain saya. Takde pon yg nmpk longgar dan ala-ala nk tercabut. Apapon lega lah sbb jumpa.

Kalau ikutkan Hannah dah abes exam, boleh je saya buat alasan terkunci dalam rumah dan amek cuti. Tapi dia masih belum settle dgn examnya. Tak nak dia tertinggal. Tapi kan, bila otw pegi keje, stuck pulak dalam jem nk menuju Dataran Sunway tadi, rasa macam bestnya kalau amek cuti je tadi!


Farewell my Bos

Puas saya cuba publish entry  ni semalam, tp takboleh sebab blogger punya  problem. ERROR 404 katanya..

Sekitar farewell my HR Manager..

Lokasi : Lodspeaker, Kota Damansara
Lunch hour bersama mereka-mereka yang berkaitan.














The one and only berbaju kurung tu lah orang yang diraikan. Puan Puteri.

Good bye Puan..Semoga lebih maju dan berjaya di tempat baru. Jangan lupakan kami anak-anak buahmu yang selalu melanggar waktu rehat dihari Jumaat ini..Maaf dipinta atas segala kesalahan dan kekurangan sepanjang perkenalan kita. Keep in touch yer!


Its FRIDAY

Pejam celik dah hari Jumaat. Masa pantas sangat berlalu. 

Hari ni jadual saya agak penuh. Sekejap lagi nak keluar pi carikkan souvenier sempena farewell our IT Technician. Dia mula kerja sama date dan hari dengan saya. 4 Januari 2010. Alhamdulillah, dia dapat better offer ditempat lain, so bye-bye PBJV. 

Dia masih muda, elokla mencari dan terus mencari peluang yg lebih baik. 
Hiks cakap macam saya ni dh tua je ekekeke..dh tua pon bukan tak boleh carik better offer kan. Insya allah kalau rezeki, pasti tak ditolak :)

Lepas carik hadiah, lunch time saya nk join kawan-kawan saya pegi Loudspeaker hehehe!!!

Petang nanti, jam 5 jamuan kecil-kecilan sempena farewell. 

Saya dh sempat blogwalking, dah setel pumping juga..
Ok, have a nice day and weekend yer semua..



 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®