Showing posts with label breastfeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeding. Show all posts

A breastfed baby will breastfeed her baby.

Sabtu lepas. Dah siap-siapkan 3 beradik n, turn mama pulak nk siap.

Waktu tengah nak ambil barang di sofa, ternampak Hilda tengah pegang baby dia umpama position tengah susukan bayi. Kepala baby di dada dia.

"Adik buat apa tu"
"Baby nenen.." Jawab dia.


Tak sempat snap picture tu.
Then suruh dia ulangtayang, sambil mama ready dengan phone. Pose tak berapa jadi. Ini je yg dia nak lakonkan semula.

Insya allah, a breastfed baby will breastfeed her baby. 

Spectra3 dan Unimom Allegro bekerjasama


Spectra3 semakin menunjukkan prestasi yang menurun. Suction makin slow, lalu membuatkan collection perahan ala kadar gitu haaaa. Mungkin dah letih, bekerja selama satu tahun lima bulan tanpa diserbis.

Spectra3 kata, kalau u pon kerja 1 tahun 5 bulan tanpa cuti agak2 u exhausted tak mommalydzar???
Ai kata, of course la ai takkan kerja 1 tahun 5 bulan tanpa cuti. Buktinya cuti Annual Leave ai sekarang tinggal setengah hari saja..Hahaahaha

Okeh Spectra3 sakit hati.

So dh dua hari bawak Unimom Allegro utk buat double pumping di opis. Lega hati mak, collection susu up balik. Rupanya faktor pam dah letih adalah salah satu puncanya. Spectra3 tu kalau buat double pumping, mmg jadi tak efisien. Kalau buat single pumping baru ok. Tapi saya ni tak menyabarlah nk tunggu sebelah siap, tukar sebelah pulak. Take time kan!

Insya allah lepas raya ni kita pegi servis ye Spectra3 ku sayang.

VITAMIN C DAN PENYUSUAN SUSU IBU

Sebenarnya sambil-sambil nak share kepentingan Vitamin C pada para ibu menyusu, saya nk selit iklan kejap ni hehehe:

VITAMIN C DAN PENYUSUAN SUSU IBU:

Vitamin C memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan pembaikan tisu, menjadikan ia penting untuk tumbesaran bayi yang sedang menyusu. Ianya sangat penting dalam pertumbuhan tulang, gigi dan kolagen, protein yang terdapat dalam saluran darah, tulang rawan, tendon dan ligamen.

Ia juga membantu meningkatkan keupayaan sistem imun untuk melawan penyakit.

Vitamin C ada dalam banyak jenis buah-buahan dan sayur-sayuran, termasuk buah-buahan sitrus, beri, paprika dan tomato, dan anda juga boleh mengambilnya melalui suplemen Vitamin C. Sebagai vitamin larut air, nutrien ini  mengalir ke dalam susu ibu, dan akan disalurkan kepada bayi melaluinya.

Dan sebab itulah, Vitamin C ada didalam semua Set Breastfeeding ke Kedai Triple-S:
Set B, Set E, Set Eu Four Pack, Set Eu Four Pack Plus dan Super Dooper Set Triple M.

Ibu boleh mengambil extra dose Vitamin C terutama sekali waktu bayi anda sedang demam dan selsema. Dose tinggi ini akan membantu bayi anda meningkatkan sistem imunnya dan demam yg dialami akan cepat kebah.

So apalagi!! Rebut peluang utk memborong Vitamin C di bulan Julai ini.
PM saya untuk harga ISTIMEWA.





Sekian, terima kasih. Kalau berminat dgn set-set dalam iklan ini, atau berminat nk beli sebotol Vitamin C..boleh hubungi saya dgn cara-cara dibawah yer.

Sambil-sambil tu jom LIKE  Kedai TripleS dan jom FOLLOW blog Semua.Sihat.Selalu!!!!

THANKS YOU IN ADVANCE.. LOVE U ALLLLL!!! :)

  Lydzar Rusman,
Mobile: 0123103787
lydzar@gmail.com
http://semuasihatselalu.blogspot.com
https://www.facebook.com/KedaiTripleS
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Sharing, tentang molekul air.

Salam Jumaat semua!


Apa yg saya update kt Fan Page Kedai Triple S, saya update kt sini jugekkk!! Hehehe. Sebabnya, saya tau korang kt sini tak LIKE lagi Fan Page saya tu. So rugi lah korang sebab tak dpt update yg saya update kt sana :P





JOM LIKE KEDAI TRIPLE S!!

Sharing, tentang molekul air. 

Kajian saintifik di Jepun : Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air. Air murni dari mata air di Pulau Honshu didoakan secara agama Shinto, lalu didinginkan sehingga -5 °C di makmal, kemudian diambil gambar dengan mikroskop elektron dengan kamera halaju tinggi. Ternyata molekul air tersebut membentuk kristal segi enam yang indah.





Cuba lihat bentul molekul air ini. Indahnya bila dibacakan sesuatu yang baik kepadanya. 


Mungkin ini juga akan berlaku, pembentukan molekul yang cantik kepada air susu perahan kita bila kita bacakan surah-surah lazim atau surah Yaasin ketika sedang mengepam. Indahnya nikmat susu ibu, bertambah indah bila kita bacakan doa atau ayat-ayat al-Quran..

Jom semua, lepas ni sambil mengepam kita tukar hobi hadap FB, tengok tv etc kepada bacaan AlQuran pula :)

Kita adalah apa yang kita fikirkan. SAYA FIKIR SAYA BOLEH!

Haaaa..panjang gitu tajuknya pagi ni. Pagi nak ke tengahari dah la kan.

Ada unsur-unsur motivasi pulak tu. Hehe.

Apa yang saya fikirkan?
SAYA AKAN BERJAYA DLM SESI BF HILDA SAMPAI UMURNYA 2 TAHUN.

Dengan izin Allah, apa yang saya pikirkan akan menjadi nyata.

Saya declare disini supaya saya tak patah semangat, saya tidak malas untuk mengepam. saya sentiasa gembira dalam perjalanan penyusuan ni walaupon dah banyak cabaran demi cabaran saya tempuhi.

Sekian. :P


Published with Blogger-droid v1.7.4

Happy 1year 3months darling Hilda Marissa

Yeay! Genap hari ni 1tahun 3bulan sesi penyusuan kami. Alhamdulillah, setakat ni ini tempoh paling lama FULLY BREASTFEED kan anak. Syukur Ya Allah. Patutla mood seronok sangat hari ni. Hehe.

Nanti saya sambung lagi yer.

***Sambung sini  ..tajuk tadi tersalah sudah lalu telah diedit. bukan 13 bulan daaa..tp 1 tahun 3 bulan. Meaning 15bulan lah. Hehe sorry mama salah kira!

Sekarang ni cik Hilda dh semakin pandai berkata-kata. Dalam bahasa dia yg kadangkala bahasa mama juga.

~jalan terhuyung hayang terlanggar sofa lalu jatuh terduduk, ADOI kata dia.
~something terjatuh dari tangan rakannya, AYOOKKKK kata dia
~tengok mama mekap pagi-pagi, hulur tangan, NAK DAK (read bedak ) kata dia
~tengok abang Hadif panjat meja, HADIFFFFFFF!! jerit  dia
~ikut abang melompat atas tilam sambil henjut-henjut kaki dia, PAT PAT PAT kata dia
~paling comel menyanyi lalalaaa lalalalaaa sambil berdiri dan berpusing-pusing berjoget la kekdahnya.
~paling tak comel, bila mama nak buat kerja atau lambat attend dia, dia merajuk menjerit jerit kuat 2-3kali bukan sekali dah, dan melangkupkan muka ke lantai.. huhu yang ni mmg uji iman mama lah. :D

Apepon jua. MAMA LOVES HILDA VERY MUCH.





Published with Blogger-droid v1.7.4

Hilda baby-sitting her baby

Dan pandai dah cik Hilda ni main pondok-pondok ngn baby dia. Baby bogel tengah lapar, dia amek susu yang sepatutnya dia minum, bagi kt baby dia. Baik kan Hilda ni,..Grrrrrrr!!!

Baby tak reti hisap, dia tonyoh-tonyoh teat botol dalam mulut baby yang memang terbuka sket. Lepas tu meleleh ke lantai. Sayu hati mama tengok. Baby tak reti latching ye :D

Ok baby dh takmo minum.
Hilda kata : "Tak mo minum, sudah..." sambil meriba dan tepuk-tepuk baby suruh tidur, mata tengok tv. Alahai gaya sapa lah agaknya tu :P


Tips : Selalunya saya takkan biarkan Hilda abuse susu perahan tu macamtu. Sayang ooooo!!!
Saya akan bancuh milo suam, masukkan EBM tak abes tu, dan berikan pada Hadif. Hehehe! Maknanya Hadif masih breastfeed. Kihkihkih!

Perjalanan 1tahun penyusuan Hilda

Hilda anak bongsu saya buat masa ni. Sejak mengandungkan dia lagi saya berazam nk completekan 2 tahun penyusuan penuh. Alhamdulillah tanggal 13 mac 2012, lengkaplah separuh daripada perjalanan itu.

Perjalanan penyusuan lancar diawal kelahirannya. Hilda pandai latching dgn baik sejak dari labor room lagi. Waktu dalam pantang, dia seorang yang 'good girl', bangun malam cuma bila mahu menyusu. Kurang ragamnya yang membuat mama kurang tidur. Waktu dalam pantang saya mengamalkan set berpantang Shaklee : Vitalea, BComplex, Vitamin C dan Zinc Complex. Alhamdulillah saya rasa sihat dan bertenaga sepanjang waktu berpantang. Sambil melayan kerenah 2 orang lagi anak selalu juga saya beronline dan bantu emak uruskan anak-anak saya. Cukup tenaga lah katakan. :)

Saya mula membuat stok EBM seawal umur Hilda 2 minggu. Sebabnya dia suka tidur kan. Rasa rugi sangat kalau saya tak buat stimulation pada breast. Alhamdulillah, peti ais berjaya dipenuhkan oleh frozen EBM dalam tempoh 2bulan cuti maternity.

Habis tempoh cuti maternity, kembalilah saya ke opis dan Hilda dihantar ke taska setiap hari. Kt opis rutin mengepam adalah 3kali sehari dan tak pernah lagi miss sehingga kini.

Cabaran bermula bila saya didatangi menses ketika usia Hilda 5bulan. Selepas bulan pertama didatangi period, hasil perahan yang biasanya 5-6oz per sesi, berubah kepada 3-4oz sahaja. Saya keep on pumping macam biasa. Saya tambah pula vitamin set Triple M dalam diet seharian saya, :Vitalea, BComplex, Vitamin C, Afalfa, Ostematrix dan ESP. Wahhh tambah vitamin, badan saya rasa lebih sihat dan susu saya nampak lebih pekat.



Untungnya, stok lama ada banyak. Jadi saya mula menggunakan lebih stok frozen EBM untuk dihantar ke taska..Kalau sebelum ni hanya hantar 1-2botol, tp skg saya hantar 3botol.

Risau tu memang lah ada. So saya sentiasa berusaha untuk mencukupkan bekalan dan stok utk Hilda.

Bagaimana??

Saya mula membuat powerpumping setiap tengah malam. Seminggu, dua minggu. Hasilnya masih begitu. Sabar. Saya cuba pula pelbagai milk booster di pasaran selain dari vitamin Shaklee. Bagi saya tak salah, saya sedang berusaha.


Kadang-kadang culas juga nk buat powerpumping ni. Ye la kan, orang lain tidur lena, saya pulak kena berjaga. Jadi power pumping mula dibuat apabila saya sempat saja. Cuma saya tambah sesi pumping secara disiplin pada jam 7petang dan 5pagi. Demi untuk membuat sedikit stok. Jadi lah, daripada kering kontang peti ais tu nnt. Berbulan-bulan sehingga kini saya berdepan dengan situasi ini. Akhirnya saya menggelarkan diri saya LowMilkSupply mama :)


Walaupon dapat gelaran mcmni, Hilda blom pernah lagi diberi susu formula. So saya ceriakan minda saya. Saya positifkan diri saya. Anak mama tak minum banyak, apa yg mama dapat kumpul itu lah yang dia perlu.. Memang pon! Ada ketika, susu 5botol x 2.5oz tu kembali ke rumah, dia tak minum.

Anda tahu kenapa Hilda tak minum banyak?? Pendapat saya, susu perahan saya memang pekat. Jadi dia minum sedikit pon dah rasa kenyang. Sama macam kalau anda buat milo 4-5sudu berbanding buat 1sudu milo sahaja. Betul tak?

Keadaan ini berlangsung sehingga kini. Dan sekarang saya mula berhenti ambil milk booster yang lain-lain tu kecuali vitamin Shaklee. Tanpa milk booster yg lain tu, susu saya masih pekat kuantiti perahan juga sama saja.

Saya enjoy perjalanan sesi pumping saya. Insya allah akan terus berjuang sehingga umur Hilda 2 tahun.

stok terkini



owhh ye saya sangatlah nk highlight satu perkara ni :

Ada yang berpendapat ibu menyusu tak perlu makan vitamin atau supplement untuk menghasilkan susu yang banyak.. Saya juga ibu menyusu, tapi saya berpendapat saya perlu makan vitamin dan supplemen. Fokus saya bukan lah semata-mata mahukan susu yang banyak. Saya hanya mahu menjaga diri saya sendiri sebelum saya dapat menjaga bayi dan keluarga saya.

Sebelum ini, waktu anak pertama saya tidak makan vitamin dan suplemen, saya selalu keletihan bila tiba dirumah. Saya selalu stress dgn tanggungjawab yang perlu saya galas dek keletihan itu. Saya selalu rasa bersalah dgn perubahan mood saya.

Kini, saya menyusukan anak ketiga saya. Saya rasa lebih sihat dan bertenaga. Keletihan dan rasa stress dapat saya atasi. Saya ada 3 anak, dan saya rasa happy dan bahagia menguruskan mereka. Dengan izin Allah dan juga usaha saya melengkapkan tubuh badan saya dengan makanan sebenar untuknya. lydzar@Kedai TripleS

Saya tegas tentang isu ini. Terpulang pada ibu lain dgn pendapat mereka. :)



Breastfeeding : Kenapa hasil perahan sebelah sikit, sebelah banyak?

Jom sembang breastfeeding plak nak??

Copypaste jap satu statement dari soaljawab :

Q: I'm a breastfeeding mother who's having a bit of a problem w/ my milk supply. One breast produces more than the other and no matter how much I pump and breastfeed, I see no difference.


A : Believe me, it's pretty normal that one breasts produces more milk than the other. I think this happens to the majority of breastfeeding moms.

You might want to put baby on the breast that produces less milk, and pump the other one that produces more milk at the same time. Since baby is the best "pumper" of all, you might see over a period of a week or so that the breast starts making more milk.
Persoalan yang banyak jugak di post dalam Group Kumpulan Ibu Menyusukan di FB.

Kenapa jumlah susu perahan saya tak sama utk kedua dua belah breast ye?? Sebelah boleh dapat 5oz, sebelah lagi cuma 1oz. Macam mana nk bagi sama banyak?
Situasi saya juga sama. :D

Saya dh pernah tanya dengan salah sorang Lactation Consultant masa saya hadir ke kelas penyusuan tahun lepas. Bagaimana nk atasi?

Jawapan yang dia bagi, kena banyakkan stimulasi pada breast yang menghasilkan kurang susu. The best stimulation adalah baby's sucking. Hisapan daripada bayi adala hisapan terbaik dalam proses stimulasi penghasilan susu.

Jadi sejak itu, saya memang selalu buat tandem pumping (baby menyusu sebelah, dan pam the other side). Baby menyusu dari side yang kurang, dan pam di side yang hasilkan byk susu. Apabila habis sesi menyusu, saya lihat anak saya OK saje. Tiada pon tanda masih lapar dan crancky seolah-olah susu tak cukup. Boleh je dia main dengan riang selepas itu. Dan dalam botol pula, dapatla saya kumpul 3oz susu. Alhamdulillah, proses ini membolehkan saya membuat stok beku. TAPI, side yang kurang tadi tetap tidak menunjukkan peningkatan hasil apabila saya membuat double-pumping di opis. Masih juga hanya 1oz!!

Ada sesiapa nk tambah kenapa ianya masih tidak menunjukkan improvement? Hehe maybe saya kena jumpa dengan lactation consultant lagi lah. Atau saya memang kena terima kenyataan dan live with the fact that it can only produce that amount. Heh.

Kepada breastfeeding momma yang membaca entry saya hari ni, yg juga alami masalah yang sama, boleh cuba dulu kaedah seperti kt atas.  Lepas tu, come back here and tinggalkan komen, adakah hasil perahan anda bertambah, atau sama macam saya. OK :)

Resepi lobak putih goreng campur

Ni lauk diner saya malam td. Memang dh lama tak makan sayur lobak putih ni.

Aritu sibuk berdikusi pasal makanan penambah susu dgn geng geng Ladybos saya. Dan dh berhari hari plak saya dok cari lobak putih tapi tak jumpa kt kedai runcit berhampiran. Baru semalam bertemu jodoh ngn lobak putih kt MyMydin Subang Bestari ni.

So ini dia resepi simple saya.

Bahan-bahan:
Lobak putih
Celery
Ayam dipotong kecil
Satu inci Halia dihiris halus
Sebiji Bawang merah dihiris
Seulas Bawang putih dihiris
Sebiji Cili padi
Garam dan gula secukup rasa.

Cara masak:
Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga wangi. Masukan secubit gula.
Masukkan ayam dan air, tunggu sehingga ayam masak.
Masukkan cilipadi, lobak putih dan celery
Garamkan secukup rasa dan tunggu sebentar sehingga sayur masak.
Siap dan bolehla makan.

Hehehe. Sedap juga. Hilang rasa tawar dan payau lobak putih. Berbau harum gabungan celery dan halia. Habisla semangkuk ni saya makan sorang.
Published with Blogger-droid v1.7.4
 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®