Showing posts with label Maternity monthly Check up. Show all posts
Showing posts with label Maternity monthly Check up. Show all posts

Check Up @ 37weeks..at Hospital Sungai Buloh

As per scheduled, 4hb 3 Jumaat lepas, aku ke Hospital Sg Buloh (HSB), ditemani cik Abg utk appointment dgn Doktor. Appointment utk scan dan mengesahkan perihal kandungan IUGR atau bukan.

Kita toksah cerita la pasal waktu menunggu yg lama giler tu. Sampai HSB kol 9.15am..amek nombor giliran kol 9.30am then jumpa Doktor jam 12.15pm.. ~eh tadi kata takyah cerita, tetiba tercerita ahaks!!!~

Keputusannya, Doktor kata baby OK. Dia tak suspect ini adalah kes IUGR. Doktor ada plotkan graf perkembangan baby sepanjang kehamilan ni. Masih didalam range yang baik katanya. Dan menurut scan kali ni, baby adalah seberat 2.38kg..Hmmmm last scan kt Klinik Soraya, berat baby 3.015kg..huhuhu jauhnya lari bacaan 2 doktor ni. Doktor kata secara teorinya, by the time baby dh keluar, baby akan extra 200gram dari last scan. Teori saje..

Doktor kt HSB kata, memang history anak-anak kami tak sampai 3kg, so dia anggap berat baby kali ni, normal lah. Ikut history kakak dan abang dia.

OK since Doktor dah sahkan tiada kaitan dengan apa-apa kes yg merisaukan, hati aku lega. Tak kesah la berat dia berapa pon by the time dia keluar nnt. Dah keluar, minum susu mama banyak-banyak okeh darling! 

Kita membesar kt luar je..eh!eh silap! Bukan kita...Baby je la membesar dengan sihat dan kuat jadi tembam. Mama nak menguncup mengurus dan menganggunkan diri..takmo membesar dah..hehe!

Alhamdulillah, no worries. 

Sekarang ni kena prepare mental dan fizikal je utk menerima kedatangan contraction, seterusnya rushing to hospital dan masuk labor room dan menimang baby comel lotte HM Jr..Semoga dipermudahkan Allah..Insya allah..



Check Up @ 37weeks..

Selagi aku belum beranak, selagi tu la akan ada entry bertajuk Check Up nih.. Lepas abes siri utk 2010/2011 ni, tahun 2015 kot baru ada entry bertajuk Check Up lagi hihihihi!! ~konfiden gilak je aku!!~

So petang semalam, visit ke Klinik Soraya lagi. Nasib baik tak ramai patients. In less than 30minutes, dah setel. SUKA ok!!

Doktor tanya pasal last week punya appointment dgn doktor di Hospital Sungai Buloh (HSB), aku pon cerita la alkesah sebenar. Dapat MC dan pegi HSB hanya utk dapatkan date appointment saja. Tak pa lah, biasalah hospital kerajaan, selagi tak nampak kita tenat ke berdarah-darah ke..dia suruh balik je la. ~huhu bias kah ulasan itu??~

Macam biasa, lepas check blood pressure, aku diarahkan baring kt katil ready utk scan.


Atas tu report scan utk minggu ke-37. 

To my surprise, hasil scan menunjukkan berat baby sekarang dah 3.015kg.. wahhhh drastik jugak kenaikan berat dia. Last week 2.35kg je. Saja-saja suka nak mention, berat mama naik 100gram saje.

So bagi pihak diri aku sendiri, aku dah rasa lega. Aku rasa ini mmg sah bukan kes IUGR yg doktor saspek tu. But still doktor cantik ni nak kata baby aku kecik. Rahim aku tak cukup tinggi as per 37weeks. Memang la kecik dari umur sepatutnya, tp OK la tu bila dh lepas 2.5kg kan.. bukan bawah 2kg.

Doktor cantik ni tak berani nk confirmkan apa-apa pasal IUGR, so dia suruh pegi jer jumpa dan sahkan dengan doktor kt HSB. 

Baik doktor, memang kami akan pergi. Mana tau pegi appointment hari Jumaat ni, boleh bawak baby balik terus ke..hihihi!!

Sepagi di Hospital Sg Buloh

Sambung cerita lagi

Dari lobi Hosp Sg Buloh
Jam 8++am, gerak dari rumah ke Hospital. Hospital ni memang dekat dgn rumah.

Mengikutkan saranan Doktor cantik bergaya dari Klinik Soraya, kami pon terus la menuju ke Emergency department. Besar tulisan Dewan Bersalin kt depan tu.

Dup dap dup dap jugak jantung aku bergetar. Terasa macam nk serah diri kt Balai Polis je.

Beratur tunggu utk dilayan didepan kaunter. Kt dalam tu, ada ramai ibu-ibu mengandung tengah tunggu turn utk dicheck. Tunggu masa jugak nk menatap wajah anak comel dorang :)

Sampai turn aku, aku cerita tujuan kedatangan aku pada staf hospital dan hulurkan referel letter. Akak tu bawak surat aku bagi kt doktor sekejap, then dia datang balik. Akak tu kata aku kena pergi dekat klinik pakar dan amek date utk appointment dulu. 

Laaaaa....Aku ingat dapat la turn utk berjumpa dgn doktor terus. 

So berjalan la kami menuju ke klinik pakar pulak utk dapatkan date appointment. Letih gak aku berjalan dari bahagian emergency ke klinik pakar. Besar betul la hospital ni.

Date appointment yg diberi adalah Jumaat minggu depan. 4hb 3, 2011..

So takdek apa yg boleh diceritakan pasal baby kt hospital buat masa ni. Datang ke hospital dan dapat MC semata-mata utk ambil date appointment. Tp since dh dapat MC, kita buat-buat cara dpt MC la kan..hihihi..

Sempat gak Abg tunjuk kt aku bangunan baru hospital angkat UiTM ni masa buat U-turn nak balik tu. Semoga Hospital Sg Buloh dan UiTM dapat sama-sama menghasilkan produk tenaga manusia yg berkualiti utk terus berkhidmat pada masyarakat.


Check Up @ 36weeks..

Thank you pada komen kawan-kawan yg concern pasal kesihatan aku berikutan entry MC lagi semalam tu.. Terharu i tau :)

Ok pada hari ni, akan diceritakan alkesah yg berlaku..

Sebenarnya semalam aku diarahkan oleh doktor di klinik Soraya utk merujuk pada doktor pakar di Hospital Sg Buloh. So doktor kt klinik Soraya lah yang bagi aku MC utk tujuan ini.

~Flashback~

Petang selasa, macam biasa aku pegi ke Klinik Soraya utk rutin check up 2 minggu sekali. Doktor cantik bergaya di situ masih lagi risau akan berat baby aku, yang menurut pandanganya masih kecil dari yang sepatutnya. As per scan di Klinik Soraya, current baby weight is 2.27kg.

So Doktor cantik bergaya tanpa ragu lagi meminta aku pergi ke Hospital Sg Buloh utk check up lanjutan. Nak suruh doktor di hospital pulak mengesahkan keraguan yg bersarang dihatinya berkenaan kes IUGR ~ boleh baca kt ENTRY INI kalau nk tau kes apakah ..

Dia bagi aku satu refer letter dan mintak aku terus ke Emergency Department - Dewan Bersalin supaya aku boleh berjumpa dengan doktor terus. MC juga diberi beserta satu beg Anmum mengandungi sekotak susu Anmum Stage 1 dan Activity Book for baby :)

~Flashback edisi kedua~

Hari Isnin 21hb 2, 2011..aku pergi jugak check up di Klinik Alpha (my office panel clinic) utk second opinion. Ini kali kedua aku kesini. Sebab aku hanya datang check kt sini bila Doktor kt Klinik Soraya ada bagi komen yang merisaukan.

Doktor Tan buat scan bila aku menyatakan kerisauan doktor di Klinik Soraya. Menurut Doktor Tan, my baby weight is 2.35kg. Dia beranggapan baby aku normal cuma sedikit ringan. Sebab air ketuban cukup, uri berada di tempat sepatutnya, kepala baby pon berada di bawah. Dan baby juga aktif. So kesimpulan yg Doktor Tan bagi adalah baby OK.

Hmmm aku rasa tersepit jugak sekarang ni. Baby OK ke tak sebenarnya...confuse sungguh..

Next entry jap lagi, sepagi di Hospital Sg Buloh..

 

Check Up @ 34weeks..

Tak sampai hati pulak rasanya nk biarkan baby HM ni tak pegi dating dgn doktor dia. Bukan apa, takut doktor dia rindu jer..ahaks! Memang rasa bersalah kalau tak pegi, walaupon malasnya kaki ni nak drive ke Shah Alam tu..

So pagi tadi, pergi lah ke Klinik Soraya. Datang separately dgn Abg. Dia naik motor jer sebab lepas tu senang boleh terus masuk ke opis. Same goes to me. Dalam kereta, tgh drive tetiba perut asek senak je. Baby buat senaman kot. Stretching sane sini..Regangkan badan..luruskan kaki..
Kejap datang, kejap pegi.. Masa otw datang opis pon sama..Adeh laaa!!

Boleh pulak tadi terlupa bawak kad putih a.k.a report card ke Klinik. Nasib baik masih boleh proceed check up. Hehe!

So kali ni punya scan punya cerita adalah seperti berikut;



Current weeks sepatutnya dah pun 34 minggu. TAPI!!

Ukuran BPD - Biparietal Diameter - Ukuran saiz kepala baby = 31 minggu
Ukuran AC = Abdominal Circumference - Ukur lilit perut baby = 32 minggu
AFI - Amniotic fluid = adequate = mencukupi
dan EDD yang terpapar pada screen adalah 7hb April 2011..

Apakah makna semua ini???

Maknanya, saiz baby adalah kecik sedikit dari umur kandungan yg sepatutnya. Current baby weight adalah 1.9kg.

Doktor nampak agak konpius dan pelik. Ni 1st time check dgn doktor yg cantik bergaya ni. Bukan doktor yg bertudung labuh yg selalu tu. Dia concern pasal saiz baby yg agak kecil. Sebab katanya, kalau tengok perut dan ketinggian rahim si mama, baby should develop dalam range yg normal. Kena ikut la 34weeks umurnya.

So dia suruh datang 2 minggu lagi utk scan seterusnya. If masih tak mengikut umur kandungan, dia nk referkan si mama pada doktor yg lebih pakar. Utk diagnosis adakah ini kes SGA atau IUGR..

SGA - small gestational age - baby memang kecil tanpa risiko dan masalah dengan placenta.

IUGR - Intrauterine growth restriction - baby kecil disebabkan oleh masalah placenta, tali pusat, etc yang berkaitan didalam rahim si mama yg tak dapat menyalurkan makanan secukupnya kepada baby.

Apa kata papa??
Mama ni tak makan ke kt opis? Breakfast ngn lunch amek tak? 

Owhh ..jangan papa tak tau, mama ni tak pernah langsung skip makan. 3kali sehari mmg wajib. Extra schedule kalau ada apa-apa keraian birthday or orang belanja minum petang kt opis..So ini semua bukan salah mama tak makan ok..

Sesungguhnya pregnancy is a mystery. Berapa kali pregnant pon, susah kita nk expect apa yg bakal berlaku. Dalam hati ni yakin, tiada apa-apa yg perlu dirisaukan sangat. Insya allah, semoga Allah izinkan semua berjalan dengan baik.


Salah tak kalau...

Last check up adalah pada umur kandungan 31 minggu. Doktor dh pesan, lepas ni kena datang jumpa dia 2 minggu sekali. So sepatutnya by this weekend baby dh kena pergi mengadap doktor lagi sekali. Tapi dah pon masuk hari Isnin, mama dia tak bawak pon dia pegi dating dgn Doktor.

Salah tak kalau tak pegi utk rutin 2 minggu sekali ni? Jumpa lagi masa umur kandung 35minggu bersamaan rutin check up sebulan sekali. Nnt dah masuk 36 minggu, tiap-tiap minggu doktor suruh jumpa dia..Adoi!

Salah ke mama kalau tak gi jumpa doktor minggu ni yer..MALAS nye laaahhhh aiiiiii!!

Apsal takmo pegi jumpa doktor ni!!!!! Wachaaaaaaa!!
Sumber gambar : Mr Google

Baby..hopefully awak bersedia nk jumpa mama, papa and your siblings by minggu 38 yer.. 
Masa tu, dh lepas 10 Mac 2011 a.k.a ur parents 4th anniversary. Dapat la mama & papa pegi dating berdua celebrate sekejap. Makan kek kt Secret Recipe or makan eskrem kt Iceroom pon jadi dah :)

Dan masa tu jugak, nenek dgn embah akan berada dekat rumah kita. Bersiap sedia jugak dengan sebarang kemungkinan mama dikejarkan ke hospital. Sambil-sambil tu tolong stand by jaga kakak Hannah dgn Abg Hadif yg manja tu..

Tak sabar kan nk jumpa kami semua :)

Pregnancy - week 31

Last friday, settle urusan di 2 buah bank dan Maxis Centre, kami berdua terus ke Klinik Soraya utk monthly checkup.

Macam biasa check urine dan ambik timbangan kt luar tu. My current weight is 66.4kg. ~alamak!! beratnya!!!!~ Tapi cuma naik 1kg dari last check up.

Masuk bilik doktor buat scan. Berat baby sekarang dh around 1.5kg which is normal utk usia kandungan aku. Then Doktor bagi satu dos ATT injection dekat lengan.

Aku tanya dgn doktor apa prosedur masa nk ke hospital nanti. 

Doktor kata kalau aku nak ke Hospital Sg Buloh, aku boleh terus ke hospital bila dh start rasa sakit..Hanya perlu bawak rekod monthly checkup dan segala jenis result test yg penah buat dekat klinik tu. 

Semoga nanti semua berjalan lancar. 


Check up @26weeks

Ni alkesah semalam, aku half day nk pegi monthly check up Klinik Soraya..Korang nak dengar tak?? Hehe..Mesti nak kan..aku tau mesti nak tuuuuu...

Dalam kol 3pm, jumpa cik Abg kt depan pintu Klinik Soraya. Isi borang, pegi check urine dan timbang. Macam biasa lah prosedur. Patient tak ramai, duduk 4-5minit terus disuruh masuk dalam bilik rawatan.

Doktor cantik bertudung labuh terus greet kami dengan mesra. Sapa eh nama dia? Dia tak pakai name tag, so aku tak ingat nama dia eventhough dia penah mention nama dia masa last check up. Biasalah aku, mmg agak susah nk ingat nama orang. Short term memory huhu..

Cerita punya cerita..dia risau tengok kenaikan berat aku dari last check up. From 59kg to 64kg..Mana la tak gemuk aku skg ni, naik 5kg dalam masa sebulan!
So dia suggest aku buat MGTT test - Meal Glucose Tolerance Test next week. Mesti ramai yg tau test apakah ini kan? Utk yg tak tau, ia adalah test utk check samada mak yong ni ada diabetic a.k.a kencing manis or tak.

Pertama dalam sejarah mengandung aku ler ni, nak kena MGTT. 2 previous pregnancy pon kadar kenaikan berat aku agak mencanak-canak juga dari sebulan ke sebulan check up tu. Tapi takdek Doctor yg concern suruh aku MGTT bila aku bgtau dalam family aku takdek history diabetic.

Huhu takpa lah, since Doctor dah concern, ikutkan aje lah. So aku n Abg plan utk datang for MGTT next Tuesday. Sila lah kamu berpuasa wahai mommalydzar.Harap-harap nanti result MGTT adalah negatif. Its just mak orang yg sorang ni, kalau peknen memang badan bertukar jadi gemuk yg amat saja :P
~seb baik la lepas diskas hati-ke-hati dengan 'tukang bagi aku jadi gemuk' ni, kami setuju utk jarakkan next pregnancy sampai umur dia 35tahun  - bongsu la kot tu nnt hihih ~

Scanning session pulak, Doctor sekali lagi bagitau benda yg sama mcm last check up
"No scrotum here" sambil tunjuk kt area kaki baby. So dh nyata dan jelas lah, kakak Hannah dapat geng main princess-princess hehe!

Yang tak sedap didengar, Doctor kata placenta agak ke bawah sekarang. Tp sebab baby masih byk masa utk berpusing, maka takdek apa yg perlu dirisaukan sangat. Doktor akan monitor lagi next check up.

Keluar dari bilik Doctor, Abg cakap 'Kena kurangkan makan gula-gula nih' ~OK lawak hahahaha!~
Ada betulnya tu, aku kena kurangkan pengambilan gula. Sekarang ni mmg tak lalu nk minum air suam banyak-banyak, tp kalau air manis memang sekejap je habis segelas.

Ok itu saja cerita check up kali ni. Sila jaga pemakanan anda supaya berat tidak bersuka-ria bertambah dengan jayanya lagi next month. 

Hari ni saya keje HALF-DAY yeay!!

Sebab saya nk pegi check up HM Jr..
Plan asal pegi check up hari Ahad lepas. Sekali dh sampai depan Klinik Soraya, tutup la pulak...

Takpa la, mama dgn papa datang tengok baby hari ni okeh..Hopefully Klinik Soraya bukak laa..Kalau tak bukak jugak, mama nk pegi window shopping carik tudung kt Plaza PKNS, Giant dan sebagainya.Hihi..

Tak sabar nya tunggu kol 1 nak keluar dari opis :D

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®