Showing posts with label Muhammad Hadif Mifzal. Show all posts
Showing posts with label Muhammad Hadif Mifzal. Show all posts

18 May : Happy 4th birthday Hadif

Nasi suku, tak kenyang dan tak puas penangan kesan diserang demam minggu lepas. Makan nasi suku pinggan je. Memang tak kenyang dan memang tak puas. Tapi nak buat macam mana, selera dibawa angin lalu. Dah seminggu lebih macam ni. Nasiblah memang makan Vitalea, at least dapat gak la nutrisi yang kurang sebab tak makan ni.

Dan sejak-sejak kebah demam ni, saya perasan tiba-tiba macam timbul bintik-bintik halus tp bukan ruam pada kedua-dua tangan saya. Kadang-kadang terasa gatal yang tak serius.
Apa benda lah ek.

Btw, nak masukkan gambar small celebration Hadif pada 18hb May lepas. Dia beriya tanya, bila nak ajak ayam Chiki datang masa birthday dia. But mama stick to the rules, umur 5 tahun je buat party. So wait for next year ye sayang.







Update setiap hari macam dulu : Hadif & Youtube

OK, azam pada 11 Januari adalah : Update setiap hari macam dulu.

Terasa rugi banyak dengan kemalasan update blog. Byk moment indah yg tak captured dalam ni.
So lepas ni wajib update setiap hari.

Hadif & Youtube.
Hobi baru sejak umah dh masuk Unifi ni adalah mengecek hanphone mama. Mama baru bukak kunci padlock, bukak pintu dan melangkah masuk umah, dia dh mintak dah tepon mama. Dapat je handphone, terus bukak Youtube. Scroll here and there cari citer Ultraman, Upin Ipin, Power Rangers. Teletubbies pon layan.

Kalau ajak keluar pon dia dh agak keberatan, sebab kt luar tak dapat la dia tengok Youtube. Kalau lepak lama sket kat luar, dia ajak balik cepat. Nak kejutkan bangun pagi pon kena pujuk dengan perkataan Youtube, barulah dia bangun dengan ceria.

So setiap kali balik keje, mama make sure hanya ada 30% bateri je yg tinggal. So tak dapat la dia nk hadap handpon lama sangat. Padan muka anak mama! Haha




31.12.12 : Hospital Putrajaya

Penutup tahun baru kami bertiga di Hospotal Putrajay. As per scheduled, tiba dah masa  buat minor operation utk Hadif.

Awal kami sampai. Register, dan terus ke Day Care.
 
Muka budak hensem nk kena potong

Mama, abang sejuk la
Menunggu kejap dekat DayCare,sementara tunggu Doktor check. Nak  kasik dia hilang nervous, apalagi layan Youtube lah. UpinIpin, Ultraman,PowerRangers... Ottomenjes..

Doktor datang bagi briefing..then Pakar Bius datang bagi briefing.. staff nurse datang amek blood pressure.
Sampai masa Doktor suruh tukar baju, dia dh mula takut.
Man to man talk. Tak tau la papa cakap apa, Hadif diam setuju tukar baju.

Bersama sama Doktor mereka turun ke Operation Theathre. Mama tunggu kt DayCare.
Kata papa, dia tak nak tiup belon bius, so terpaksa lah bagi gas secara paksa. Tak sampai 2 minit, fengsan!

Mama n papa sempat breakfast roti sambil tunggu kt ruangan menunggu. Tak lama. Nurse suruh mama masuk tengokkan Hadif kt tempat pemulihan. Dia tengah dipanaskan.
Aduh sebak tengok keadaan anak macam ni. Duduk kt sebelah katil sambil betulkan mask oxigen dia, terus dia terjaga. Terjaga dan menangis ketakutan bila tengok diri dia sendiri.

"Mama sakit sakit sakit.."
"blablabla.." mama pon tak paham apa dia cakap sambil nangis tu.


Amek masa gak dia  masih menangis. Bila nurse kata boleh balik, terus dia diam.
Bukak semua benda yg dibalut kt kepala, tangan dan kaki dia, mama dukung naik ke DayCare. Terus diam.

Sampai katil, terus mintak pakai seluar jeans yg dia pakai masa datang tadi. Suruh pakai kain pelekat je, dia nangis balik. OK la OK la..kita pakai seluar jeans..diam semula :)

Nurse datang bawak makanan. Air milo, bubur nasi dan ais krim. Terus terjah macam tadi tak sakit je. Abes semangkuk lepas tu mintak handfon mama nk sambung tengok Youtube dan seterusnya lagak macam orang tak sakit je.



Doktor yang buat operation datang terangkan keadaan. Katanya memang ada air dari 'ball' dia,so masa operation tadi air tu dh dikeluarkan dan saluran dah di'block'. Owhh mama tak tau bahasa saintifiknya!
Tapi Doktor tak jamin keadaan takkan berulang. Means possibility utk terkena lagi masih ada. Duduk DayCare sampai jam 2pm je. Lepas tu kami pon discaj.

Up until today, nasib baik tiada rengekan sakit pada luka operation tu.Aktif bermain, aktif merayu nk handfon mama, makan minum pon ok.
Alhamdulillah semua nya berjalan dgn baik. Semoga sembuh sepenuhnya lah Incik Handsome Hadif

Lelaki boleh merajuk ke?

Sapa kata tak boleh?

Ada sorang laki ni semenjak dua menjak ni memang sensitip. Senang merajuk. Kuat merajuk.
Kena tegur sket, dh muncung. Suara kuat sket, dah nangis. Adeh apa kes. Tak macho lah kan!





Masam mencuka dia. Tapi takpe, kejap je dah ceria sebab dia ada tukang pujuknya..



Toilet train : Hadif

Terima kasih pada initiator : Cikgu Nurul

Mama pujuk abes daya, langsung dia taknak dengar. Mama kata takyah pakain pampers, dia nangis.
Mama kata pakai sependa je, dia nangis..

Last week waktu amek HM dari taska, cikgu Atiqah btau Hadif dh tak pakai pampers. Cikgu Nurul tak bagi Hadif pakai. Wow terkejut mama! Alhamdulillah ada yg berjaya buat Hadif diaperless.

Alhamdulillah, sampai hari ni blom pernah lagi dia bocor. Malam time tidur masih mama pakaikan juga lah pampers sbb belum ready nk basuh comforter setiap hari. :D
Syukur sebab 2in1, peepee pass di toilet, poo poo pon pass kt toilet. Cepat juga anak mama pick up.

Cuma sesekali bila dia bad mood nk berontak, dia saja carik alasan nk pakai pampers. Ubatnya senang aja..BIG HUGG from mama lah, pujuk rayu ayat manis mama, diamlah dia :D

Alhamdulillah..

Yang ringan tulang :)

Cerita semalam, si ringan tulang buat adik dia lebam kan..Hari ni nk cerita pasal si ringan tulang yg suka tolong mama. 'Eh..adik jangan main benda tu!!' saya jerit dekat Hilda. 'Kenapa breastshield ni ada kt lantai??' hati terdetik sebab rasanya belom kemas lagi dedua cooler bag. Tengok dalam besen, dh penuh. Besen tu selalu digunakan untuk isi botol-botol storage Hilda untuk dibasuh.. 'Mama, abang dh letak botol susu Hilda dalam tu' sambil tunjuk besen. Cair mama. 'Ais dia mana?' refer kepada icepack Colemann 'Abang dh simpan dalam peti ais..dekat sini..' bukak peti ais bahagian chiller. Cair mama. 'OK yang ni bukan letak kt bawah, tp letak kt atas..' 'Sini sini biar abang buat..' dia ambil meja study plastik dia, panjat dan letak icepack dalam freezer. Cair mama. Satu waktu lain, tengah angkat bakul baju kotor dari bilik. 'Mama, biar abang yg tolong' Dia tarik bakul tu sampai dapur, mintak tolong mama bukak penutup mesin basuh dan load baju kedalam. Mama kebilik kejap, kembali ke mesin basuh tengok-tengok dia dah ON kan mesin basuh dan mesin tengah isi air. Hihi pandai jugak dia ni. Cuma tak reti letak sabun lagi. ALHAMDULILLAH, dia berminat nk tolong mama buat kerja-kerja rumah. Memang saya dh berniat, kalau dapat anak lelaki..dia perlu juga tolong mama buat kerja rumah. Insya allah akan didik dia supaya terus ringan tulang macam ni :) Seronok bila anak-anak mula take part dalam urusan rumah. Walaupun selalu fail bab kemas rumah. Baru 10minit kemas sudah bersepah..sane menan sini menan.its ok..maafkan saje la all the mess. Dh besar nnt, baru mama lancarkan perang mulut laser pada anak-anak yg taknak berkemas. Hihi

Boy Papa



Papa outstation dari Isnin, balik kejap malam tadi, dan pagi tadi pergi lagi esok baru balik. Tuntutan tugas. Busy.

Anak papa yg sorang jer boy ni, sebelum tidur tanya Papa balik pukul berapa.
Mama kata, papa tak balik harini. OK jawab dia sambil tarik kain pelikat papa selubung badan dia. Papa takdek, kain pelekat pon jadi lah. Tapi macam biasa la, kejap ke berkelubung dgn selimut, bila dh tidur pusing sane sini, tersingkap lah kain pelekat ni tak jadi selimut dah.

Syahdu tengok kan dia.

Mama dulu pon ada memori selimut dgn kain pelekat Papa hihihih


Published with Blogger-droid v1.7.4

Hilda baby-sitting her baby

Dan pandai dah cik Hilda ni main pondok-pondok ngn baby dia. Baby bogel tengah lapar, dia amek susu yang sepatutnya dia minum, bagi kt baby dia. Baik kan Hilda ni,..Grrrrrrr!!!

Baby tak reti hisap, dia tonyoh-tonyoh teat botol dalam mulut baby yang memang terbuka sket. Lepas tu meleleh ke lantai. Sayu hati mama tengok. Baby tak reti latching ye :D

Ok baby dh takmo minum.
Hilda kata : "Tak mo minum, sudah..." sambil meriba dan tepuk-tepuk baby suruh tidur, mata tengok tv. Alahai gaya sapa lah agaknya tu :P


Tips : Selalunya saya takkan biarkan Hilda abuse susu perahan tu macamtu. Sayang ooooo!!!
Saya akan bancuh milo suam, masukkan EBM tak abes tu, dan berikan pada Hadif. Hehehe! Maknanya Hadif masih breastfeed. Kihkihkih!

Birthday boy having fun : Kizsport Empire Subang

Berbulan kami berjanji. Setiap kali pergi Empire, Papa bawak anak-anak pusing mall, mama pulak settle urusan kt Shaklee. Selalu meleleh je ayaq liyoq tengok kanak-kanak lain happy lari sana sini kt dalam tu. So hari tu kami pon tunaikan lah hajat birthday boy nk masuk kesana.

Hadif bangun awal sama macam time nk g sekolah. Celik mata je " Mama jomla kita pergi Empire"
Sementara tunggu mama sidai baju, tunggu kakak bangun, adik bersiap.. "Mama,bila kita nk pergi Empire mama. Mama ni cepat la buat kerja"

So lepas itu-ini punya urusan, gerak la kami ke Empire. Suka lah hati si Hadif ni.
"Mama, kita dh sampai ke?"
Padahal baru je lepas pondok Pak Guard!

Entrance fees : Kid above 2years old : RM38, below 2years rm12 Parents/Guardian (2 orang) FREE. 
Nak masuk wajib pakai stokin. So kena bawak stokin ye, kalau takde, kt situ pon dorang ada jual.

 




Tengok playground ni, mak budak pon teruja. Anak-anak panjat, mama dorang pon panjat. Sebab nk temankan dorang.  Anak-anak terjun slide, mama pon join sekaki sebab Hilda suka sgt turun dari slide yg besar dan tinggi tu.













Kebanyakan gambar kt kolam bola ni je, sebab kt tempat panjat memanjat tu agak sukar nk pegang Tab/phone nak snap gambar.
Overall memang happy. Hehe tapi tak leh pegi selalu la. Kopak kopak :)

Dan ini kek lepas 2 hari date birthday. Memang tak lengkap kalau takde kek sbb nk memorikan dalam gambar dan blog :) Takyah beli kek bulat sebiji kalau takat makan berlima sekeluarga. Beli slice mcmni je hehe. Tu pon jenuh nak abeskan.

 18.05.09 ~ 10.05.12.
"Selamat hari ulang tahun yang ketiga sayang mama"

Happy 3rd Birthday MuhammadHadif Mifzal!

Hari ni, Jumaat 18 May 2012 :
Anak bujang saya semakin besar, dan hari ni umurnya dh cecah 3tahun. Alhamdulillah, syukur dan terima kasih ALLAH, saya masih berkesempatan membesarkan anak saya ini. Dan terima kasih juga ya ALLAH kerana mengurniakan kesihatan yang baik pada Hadif sehingga kini.

Pagi tadi :

"Mama beli la kek untuk abang"
"OK balik nanti kita pegi beli ye"
Kakak sampuk "Tapi kalau malam sekolah dah tutup la mama"
"Owhh abang, nk bawak kek pegi sekolah ke?
"Haah abang nk bawak kek pegi sekolah"
"OK takpa, hari Isnin nanti kita bawak pegi sekolah. hari ni abang bawak je buku Upin Ipin tu, bagi kat Abdul Wafiq, Iman, Sara, Afiq...hmmm semua kawan kelas abang la"
"OK"

Plan esok nak bawak birthday boy pegi main-main kt Kizsports & Gym. Setiap kali ke Empire Subang, dorang cuma tengok dari luar je sementara tunggu mama beli stok vitamin  kt opis Shaklee. So esok, takyah tengok kt luar dah, kita masuk kt dalam k. Mesti enjoy!









 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®