Showing posts with label demam. Show all posts
Showing posts with label demam. Show all posts

Demam Rindu..mungkin

Day 4 papa away, Hilda demam. Macam biasa package dgn batuk dan selsema.
Papa pesan, mama cuti lah jaga Hilda. OK, Januari baru masuk kari ke 16, mama dh cuti kali kedua,

Day 5 papa away, Hannah pulak demam. Kali ni papa tak pesan, mama decide sendiri. Bawak Hannah ke klinik, kt klinik sms bos bagitau terpaksa cuti lagi.

Hehe tak sampai 1/2 bulan, dah amek 3 hari leave. Nak buat cemana. Memang elok sangat lah dah hantar surat tu. Hihi. Mau taknya nnt, by December nnt, 3 x 12 cuti mama. Dh nk setaraf cuti staff government. Padahal entitle 14hari je.

En Hadif, masih kelihatan sihat dengan Youtubenya.


Kenangan kt DEMC

Alhamdulillah, Hilda dh discharge petang Jumaat. Kahak dah berkurang dan Doc Koshi bagi kebenaran utk balik. 3 hari 2 malam lepak kt sana. Nasib baik kompeni cover. So mama just upgred bilik ke bilik single bed.

Lepas je jumpa Doc Koshi, terus start treatment nebuliser dan bila dh masuk ward, treatment fisioterapi pulak. Treatment nebuliser setiap 3jam. Pepagi buta pon Hilda terpaksa bangun utk amek gas. Malam pertama dia ok je, langsung tak sedar sesi nebuliser ni, so takde la adegan menangis. Malam kedua, dia sedar pd setiap sesi nebuliser. Mama dh pujuk pon dia masih marah. So tahan telinga aje la mama dgn kakak nurse.

Masuk drip air, dan nurse datang secara berkala untuk cek suhu badan dan kadar oksigen dalam darah. Alhamdulillah, sepanjang 2 malam kt sana, Hilda dh tak demam.

Pagi Rabu : muka ceria je tak macam sakit. Seronok main playground

Petang Rabu : treatment fisioterapi

Sanggup tengok sekali je, lepas tu mama tak masuk dh bilik rawatan.
3 hari duduk dalam ward dengan mama je. Bosan sungguh rasa hati Hilda. Tengok tu sampai terbaring-baring kt lantai, dia tak tau nk buat apa.




Malam-malam, papa datang bawak kakak dengan abang datang visit. Bukan main happy lagi dia. Siap tolong babysit kakak dgn abang lagi.




Pagi Jumaat, hari terakhir Hilda kt sana. Dia memang mogok bosan. Asek menjerit je mintak dukung dan layan dia. Last-last mama bawak dia turun ke playground tingkat 1. Nampak la dia happy sket.




Berkampung di DEMC lg

Hujung bulan lepas temankan suami kt ward 302, starting smlm temankan cik mek sorang ni plak kat warf 413. Dalam masa dua bulan, saya terpaksa 'bercuti' kt sini.

Hilda diagnosed as bronchitis. Hmmm mmg penyakit budak budak kecik zaman sekarang kan? Start dengan demam last week, weekend dia happy and ceria. Masuk hari Isnin minggu ni dia start batuk dan selsema plak. Kami ulang bawa dia je Klinik An Nisa. Doc kata paru paru dia dh start berbunyi. Dan sebab demam yg berulang since minggu lepas, maka Doc minta buat blood test. Hasilnya platlet darah putih semakin naik, platlet darah merah nampak gak cair dan memang ada bacaan utk jangkitan virus. Sorry, mama tak reti cerita dlm bahasa medical. So Doc referkan Hilda kat Paed DEMC. Doc memang suruh kami standby baju sebelum bawak ke DEMC, sebab possibility utk kena warded tu ada.

So balikla rumah jap, amek baju dan keperluan lain. Kt DEMC, jumpa dengan Doc Koshi. Ceria amat Doc Koshi ni. Pandai dia amek hati budak budak. Doc check here and there lagi sekali dan memang dia suruh Hilda masuk ward utk treatment nebuliser dan fisioterapi. Kami dah pernah experience the same thing time Hannah dulu.

Dan mula lah lepak kt DEMC. Budak ni tetap ceria dan aktif! Tak dok diam dia explore bilik baru, main cak cak kt langsir, panjat side table.

Alhamdulillah, pagi ni selepas 6kali sesi nebuliser dan 1sesi fisioterapi, Hilda dah tak batuk batuk teruk lagi. Tidur pon lena. Even tengah kena neb malam td, dia nyenyak je tidur.

Insya allah, dia akan recover soon.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Demam lagi

Ehem, patutnya entry semalam jadi entry hari ni sebab post gambar saje kan. Hihi.

Jawapannya adalah manjakaki. Eh manjakani lah. Clap clap clap pada peneka yg betul. Since its not a quiz, so takdak hadiah ye. Apepon tahniah pada peneka yg tembak tepat :) Takdek motip pon, saje nk cuba petua lama, walaupon memang dah amalkan Afalfa Complex untuk tujuan yang sama. Tujuan apakah??
I taknak cerita kt sini. Sape nk tau, meh emel eh hihihi!

Cik Hilda Da-Da cikgu panggil, atau Hil-De bak panggilan Abg Hadif, demam lagi. Demam tanpa selsema dan batuk. Dah pegi bawak ke klinik pon, lepas diner..Tapi dari kejauhan nampak ramai sungguhla orang kt dalam tu. Jadi kami berpatah balik kerumah sebab bila dibelek-belek anak dara sorang ni, dia adalah sangat ceria gelak ketawa gurau berjoget goyang kepala dgr lagu kat radio. Mama assume dia ok jer. Tak sangka pulak menjelang malam hari, temperature naik semula dan bermula la episod tak selesa dia. Sape lagi yg kena bertugas kalau bukan mama.

Huhu.. so pagi tadi bawak ke klinik semula. Since dh masuk hari ketiga dia on-off panas badan ni, doktor terus prescribe antibiotik untuk 2 hari. Dia risaukan if ini demam denggi, so hari Jumaat nanti dia suruh datang untuk cek darah pulak. Harap anak mama tak sampai tahap tu.


So start today, Mama kena on Nutriferon setiap hari untuk bantu trigger sistem imun Hilda. Ahahaha sori lah kawan-kawan, i dah addicted to Shaklee, so maybe memang akan sokmo lah ada mention nama-nama produk tu hihihi..Jangan boring tau! :P



Sakit dan kesembuhan itu milik Allah

Sakit itu anugerah Allah. Kesembuhan juga adalah milik Allah. Allah hanya ingin menguji ketahanan fizikal dan mental hambanya yang kerdil ini.


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." [Al-Ankabut, 29:2-3]

Alhamdulillah, sepanjang minggu  lepas keluarga kecil kami diuji. Mama letih dan lesu seluruh badan, sakit kepala dan bahu. Ditambah batuk dan selsema yg tidak menyelesakan. Papa pulak sakit perut sepanjang minggu.. Angin menderu deru menyerang sesekali. Tapi sakitnya, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Nasib baik juga, anak anak sihat belaka.

Teringat saya tahun lepas pun kami ada episod sakit bersama-sama ni.

Hari Jumaat lepas, saya berkesempatan pegi urut refleksologi. Dan juga upah mesin Gintell urutkan badan. Dapat cukup tidur sepanjang weekend, dan syukur hari ni saya rasa lebih sihat. Suami pon nampak semakin sihat hari ni. Tapi dia masih berMC.

Nak ulas sikit pasal urut tu. Personally saya tak berapa puas hati dengan cara dia consult dan bersembang tentang 'diagnos' sepanjang sesi berurut. Maybe sebab saya compare kan dia dgn tukang urut suami. Yang mana diagnosnya semua tepat dgn simptom-simptom yg suami saya rasa.

Ada ke dia kata, maybe saraf saya byk yang rosak. Sebab tu bila dia tekan beberapa bahagian kt kaki saya, saya tak rasa geli or sakit. Nampak relax je. Serius rasa kelakar. Saya memang jenis tahan diurut. Kalau takat 'kekuatan' mcmtu, mmg saya boleh bertahan dr rasa sakit dan geli. So takdek la reaksi apa-apa. Dia suruh datang ulang urut lagi. Tengok lah macam mana. Kalau datang lagi, mungkin request tukang urut yg lain.


Menu kami 2-3hari ni, tak lain tak bukan bubur nasi dan sup. Sup ayam dan sup sayur. Elok utk mama dan papa, bagus jugak untuk anak-anak. Saya tengok dorang makan lebih banyak bila menu macam ni berbanding lauk-lauk lain. Cuma insya allah lepas ni, kena carik menu pedas-less, santan-less, minyak-less sesuai utk tahap kesihatan perut suami.


Apepon, doakan kami diberi kesihatan yang baik lepas ni ye

Alhamdulillah, mama dah sihat.

Kesian Hannah. Petang smlm waktu pulang dari taska, sgt berkobar-kobar dia bgtau, malam ni dia nak baca buku Bacalah Anakku dengan mama. Cikgu cakap kalau Hannah rajin baca buku kt rumah nanti Hannah cepat tukar buku. Sekarang dh buku 4, kalau rajin Hannah boleh habiskan sampai buku 8 cepat.

Mama senyum je. Ye lah anak mama. Tp dalam kepala mama ni, balik rumah nanti mama nk rehat dan tidur. Mama belum sembuh sepenuhnya dari demam dan Papa pulak dilanda sakit perut diarhea. Lepas solat maghrib kt bilik kedua, terus baring sebelah sejadah. Macam biasa, kt mana Mama ada, kt situ jugak la anakanda bertiga melepak.

"Hannah, mama nak baring kejap tau. Mama demam ni. Mama nk rehat"
"OK mama tutup mata, tapi mama jangan tidur tau. Hannah nk suruh mama ajar baca buku ni"
hihihih tutup mata tapi jangan tidur!!!! Kelakar la anak mama ni.

Sabar je dia tunggu Mama berehat. Sambil baring-baring dengan riuh rendah anakanda bertiga ntah apa dikerjakan mereka. Sekali terjaga sebab Hilda tolak iron board, jatuh terkena badan mama. Hukhukhuk!

Jam 9pm, terjaga lagi sebab terpikir mama belum suap anak-anak makan lagi. Bangun dan ambil nasi kukus ayam goreng berempah, diner lah kami berempat bersama-sama. Hannah nak makan nasi kosong je tanpa ayam. Hadif nak makan ayam je taknak nasi, Hilda belasah je makan nasi dan ayam walau gigi belom banyak lagi. Mama jugak la yang perabiskan nasi dan ayam. Standard la tu kan hehe. After diner, mama amalkan petua sembuh demam yang ni --> Petua demam kebah dengan Vitamin C dan Nutriferon

Lepas makan, Hannah ajak baca buku. Tapi mama mengelak lagi,
"mama nk solat Isya jap ye sayang. Nanti kita baca buku."

 Abes solat, Hilda mintak nenen pulak. Terus bawak dia baring dan susukan dia. Hannah datang bawak buku dia menuntut janji mama tadi.
"Mama boleh ajar Hannah sekarang kan?"
"Hannah, adik nak nenen pastu mama pon demam lagi ni. Kita baca buku esok la ye. Boleh ye sayang"
"Tak nakkkk baca esok.. nak baca malam ni jugak!!! " start adegan dia menangis.

Tapi mama dh tak larat nak pikir apa-apa lalu tertidur. Dan mama tau, Hannah sangat frust dengan janji kosong mama tadi. Mesti dia menangis sampailah tertidur. I AM VERY SORRY sayang..

Pagi tadi, waktu dikejutkan bangun tidur, dia menangis lagi. Menangis sebab teringat mama tak ajar dia baca buku lagi. Siap suruh bukak buku dia tu baru simpan dalam beg sekolah. Mama bagi lagi janji, janji malam ni mama ajar baca buku.

Alhamdulillah, mama dah sihat. Hari ni mama ajar Hannah baca buku ok. Janji hari ni mama tak tidur awal. Kita boleh belajar baca buku. Sebab mama dh sihat :)

Demam di Langkawi

Secara jujurnya, trip ke Langkawi agak suram sebab cik Hannah diserang demam. Actually dia doserang demam since hari Rabu lagi.

Pagi Khamis, waktu tengah tunggu flite, dia ceria dan happy. Boleh lari sana lari sini dengan gembira di ruangan lobi airport Subang. Dalam flite pon, dia happy tengok awan. Sesampainya di Langkawi, suhu badan dia mula naik pulak.

Check in hotel, kami keluar lunch. Dah bagi makan nasi dan ubat, cadangnya nk mulakan misi berjalan-jalan. Tapi suhu badan dia masih tinggi, maka misi berjalan-jalan dibatalkan. Cuaca petang tu pon panas terik. Tak sampai hati  nk heret juga anak dara kami ni. So balik lah ke hotel semula, dan berehat-rehat.

Berehat sampai petang, malam sempat keluar diner dan balik ke hotel semula sebab hujan lebat. So masa utk pesakit demam tidur lagi. Sepanjang 2 malam di Langkawi, papa bertugas jadi nurse. Sgt berdedikasi. Tidur-tidur ayam je dia dua malam tu sambil sponging dan basahkan kepala dan badan Hannah. Thanks Papa.


Tepek gambar budak dengan Cool Fever berjalan-jalan.







Actually hari ni pon Hannah masih belum sembuh sepenuhnya. Get well soon my sayang.

Semakin kurus

Salam Jumaat yg berkat.

Semalam masa ambil anak-anak kt taska, saja menyembang kejap dengan cikgu yg tengah dukung Hilda. Cikgu cakap, Hilda diam dan lembik je sepanjang hari kt taska. Tak aktif mcm selalu. Kata cikgu lagi dia taknak makan, taknak minum susu tapi asik tidur je. Cikgu bagitau lagi, "Tengok Hilda ni, muka dia dh nampak kurus je"

Alahai sedih mama dengar.

Memang pon, memang nampak pipi dia agak susut. Badan pon terasa semakin ringan. Kira semalam dh masuk hari keempat dia tak berselera nk makan. Mana tak susut badan. Cuma Alhamdulillah badan dia dh sejuk. Doakan lah dalam masa sehari dua ni selera dia kembali. Rindu sungguh pada perangai dia yg pantang dihulur makanan. Konpom NGAP tak pilih pilih!

Dan tak sabar juga nk tunggu dia cecah umur setahun sebab nnt boleh bagi dia makan benda-benda ni.

Masa-masa selepas demam macam ni, memang dua produk ni sgt membantu. Eksperimen dah dibuat pada Hadif kan. Ternyata berkesan.

Cepatlah 13 Mac 2012 menjelma!!




Alhamdulillah, Hilda dah sihat

Alhamdulillah, here I am.

Am at office. Kan main nampak seronok pegi opis kan?? Hehe!

Actually seronok sebab cik Hilda Marissa dah semakin sihat harini. Bangun pagi tadi, suhu badan dia dah back to normal. Dia tak merengek jam 2-3pagi dan we all sleep soundly last night. Tak macam semalam, asal terjaga dia merengek. dan suhu badan tetap panas je.

Actually malam tadi pegi visit DEMC lagi. Masa kt kaunter Triage tu, medical assistant tu terus suruh g check darah. Maybe doktor dh review history visit kami. Mana tak nya, pagi selasa dh datang, malam rabu datang lagi. Macam tak sabar-sabar nk suruh anak baik demam kan? Of course la, kalau demam on off macam ni mesti la risau.

Jumpa doktor dan doktor kata blood test result ok saja. Nothing to worry. So lega lah. Sbb dh ada result kan. Tak la mak pak dia ni dok saspek something serious kt anak dia.

Lega sangat sekarang. Nnt nk tepon cikgu tanya update cik Hilda dh nak makan atau tidak. Semalam langsung tak makan apa-apa. Asek menyusu je. Bagi roti pon dia buang. Mama masakkan sup ayam dan couscous pon dia tolak. Cuma sempat hirup sesudu dua sup tu je.








Hilda kt opis mama

Temankan mama kejap. Eh ke mama yang temankan dia? Budak demam ni, tak sampai hati plak nk tinggalkan kt taska lagi hari ni, so angkut sama-sama ke opis.

Dari sampai tadi sampai la ni, dia tak tidur lagi.

Muka masam je walaupon ramai yg menegur dan say hai hai kt dia. Sombong sket anak mama hari ni.





Down with fever

Ini alkesah semalam.

Saya amek EL sebab Hilda monyok semacam je pagi tu. Badan dedar, dan dia cirit birit.
So pagi semalam, siapkan Hannah dan Hadif macam biasa. Dorang tetap kena pegi TDI sebab mama nk fokus jaga Hilda dan ada kerja SOHO-K3S nak kena siapkan alang-alang dh berada kt rumah tu.

Since cik Hilda dah poopoo bak air, so dia pon dimandikan jugaklah pagi-pagi tu. Selalunya tinggal dia sorang je yang busuk-masyam time keluar dari rumah. Haha masyam pon mama LIKE sangat!

Sepanjang pagi after hantar kakak-abang ke TDI, Hilda nak melekap je. Layan sebab memang itu la tujuannya berEL. Berdirect-feeding sahaja dan nampak dh kurang dia punya cirbir tu. Maklumla berdirect-feeding ni memang mengurangkan risiko dalam penyediaan susunya. Manalah tau kan, punca dia cirit birit adalah dari cara handling EBM tu. If direct feeding, ianya sentiasa hygenic, suam-suam suhu terbaik dan direct dari ladang hehe!

Alhamdulillah, sepanjang berada dirumah dia dh tak cirit birit.. Suhu pon dh turun. Boleh bermain walaupon sekejap sekejap je. Yang lamanya melepek kt kaki mama dan mintak duduk kt riba.

Dari pagi cuba suap dia makan bubur nasi, tp dia tak berminat. Dah pukul 9.30mlm lepas dia nap sekejap, barulah dia nk makan beberapa sudu bubur.


Lebih kurang jam 3 petang, masa saya tengah solat, handphone berbunyi. Saya abaikan saja. Rupanya dari cikgu TDI. Lepas solat baru saya return call. Rupanya cik abg Hadif pon tak sihat. Muntah kata cikgu. So saya pun bersiap-siap utk ambil dan bawa Hadif ke klinik. Virus dah tersebar kt abang rupanya.
Cikgu dah siap tepekkan coolfever. Thanks cikgu! Macam biasa obat-obat standard yg dibawa pulang :
PCM250, ubat selsema dan antibiotik.

Habis di klinik kembali ke TDI, jemput kakak pula.

Episod gamat pening kepala mama bermula, bila 3 beradik dah bergabung. Huhu macam-macam kerenah anak-anakku. Kakak-abang ada je isu nak berebut. Bila bergaduh dan  kalah mula la menjerit mintak Papa yang masih outstation. Adik pulak tetap nk duduk kt riba mama. Masa ni memang tarik nafas panjang aje lah mama.

Sekarang Hannah dan Hadif agak manja dengan Papa. Maklumla kalau mama marah dorang lari kt Papa mintak pujuk. Mama pon memang jarang nak layan bila dorang ribut-ribut bergaduh ni hihi. So bila bergaduh, Papa lah yang dorang carik. Lagi satu bila mama tidur awal, Papa aje lah yang melayan dorang kt ruang tamu.

Lepas Magrib, dedua HM yang tak sihat ni dah tertidur. Tinggal la kakak merayu-rayu mama tolong siapkan homework dia.


Macam biasa if tinggal sorang dengan anak-anak yang demam, terpaksa lah bangun beberapa kali sepanjang malam. Pastikan suhu badan dorang tak tinggi dan layan permintaan mintak susu dorang. Mujur juga dedua budak ni tak muntah or berak-berak dah.

Dan hari ni, saya rasa mengantuk yang amat. Sekian

Budak demam

Malam td incik hensem yang sorg ni plak bertemperature tinggi. Berapa tinggi mama tak sukat plak. Bangun jam 4 pagi dia mintak susu, terus bagi dia ubat sekali. Terkebil kebil goodboy yg demam ni nk sambung tidur semula.

Hope kt sekolah dia sihat. Bertahan ye sayang mama. Tinggal esok satu hari je Abang Hadif kena mandi pagi- pagi pegi sekolah. The next day dh cuti pon. Boleh layan tidur lama lama. Hari Ahad kita pegi sekolah tengok kakak Hannah jadi rama-rama ye.

Mama excited nk tengok kakak buat performance.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Bercerita dengan Doktor

Tadi saya bawak Hannah ke klinik lagi.. Saya sebut Lagi sebab last week dah pegi..then hari ni pegi lagi..

Dah almost seminggu dia demam. Tapi demamnya waktu malam je. Macam baby-baby pulak kan? Hehe. Apa yang kami buat, bagi makan ubat demam dan jaram kepala dan pelipat dia dgn air Basic H. Dulu guna air asam jawa, skg sejak dh berkenalan dengan produk Shaklee, harusla seisi rumah guna barangan Shaklee.
Alhamdulillah, bila dah tuam dan jaram dgn air Basic-H tu, suhu badan turun dan dia boleh kembali tidur.

Kt sekolah, cikgu kata dia ok je..tak demam pon.

Dekat klinik tadi, saya pon cerita aje lah apa yang berlaku. Doktor kata tonsil belah kanan Hannah masih merah. Tp dada clear takdek bunyi kahak. Then Doktor tanya saya, nak up kan dose antibiotik atau tak? Saya blur..Doktor tanya mama ke? Hahhaha..mama yg blur just reply, saya ikut apa doktor advise je lah.

So Doktor kata, dia takmo upkan dose antibiotik sebab nk bagi sistem immune Hannah meningkat dengan sendiri. Doktor just suruh teruskan bagi makan ubat demam. Dia tanya if Hannah ada consume Vitamin C. Mama senyum. Of course la ada Doktor. Doktor tanya, brand apa yang mama bagi. Dengan senyum manis la mama proudly tell her, jenama Shaklee. So Doktor suruh teruskan bagi Hannah vitamin C tu, 2 biji setiap hari.

Bila Doktor sebut pasal immuniti, terus saya teringat yang Shaklee memang ada produk immune booster. Fungsinya utk meningkatkan imuniti sistem orang-orang yang kerap demam, selsema dan batuk. So saya tanya kt Doktor if kanak-kanak seusia Hannah dh boleh ambil atau tak.

Rupanya Doktor ni pon pengamal suplemen Shaklee. So dia tau cerita Vitamin-C yang agak masam sebab ia adalah dari sumber semulajadi. Doktor cerita dia masukkan Nutriferon (immune booster Shaklee tadi) dalam food atau icecream anak-anak dia. Doktor pecahkan Omega Guard dan suap pada anak-anak dia.

Seronok pulak saya bersembang pasal vitamin dengan dia. Kalau boleh nk sembang lama, tp maklumla Doktor kan tengah kerja. Ramai patient tunggu kt luar tu. So saya pon sedar diri hihih!

Insya allah, lepas ni Hannah akan start Nutriferon pulak selain Mealshake dan Vitamin C. Omega Guard dia tak suka, so Hadif sorang yang conquer.



Cik Hilda Marissa demam

Alkesahnya semalam. Cik Hilda saya demam. Utk kali pertamanya demam.

Memang monyok je seharian. Mama agah dia buat tak tau je. Moncong je manjang. Papa balik keje, papa agah pon reaksi dia sama. Mama bawak dia depan cermin dan agah dia lagi. Kalau time tak demam, galak dia ketawa bila tengok muka sendiri. Tapi semalam, monyok jugak.











Petua si manja demam :

-Basahkan kepala, badan dan celah-celah pelipat si manja (jaram) dengan air Basic-H Shaklee.
-Mandikan si manja dengan air Basic-H Shaklee
-Jika si manja anda  fully breastfeed batuk dan selsema, si ibu boleh ambil 2 biji Vitamin C Shaklee, dipatahkan dua dan terus breastfeed baby anda agar dia mudah sembuh.

Hannah diserang cikenPOX!!

Pagi tadi waktu nk mandikan Hannah, saya perasan beberapa bintik merah didahinya. Saya belek-belek sekejap. Saya rasa dahi dia, agak panas. Hmm macam ada yang tak kena je ni. Demam ke Hannah ni.

Then saya bukak baju dan seluar dia. Tujuan utama sebab nk bawak dia g toilet dan mandi. Sambil-sambil tu saya belek jugak la badan dia. Memang ada lebih banyak bintik-bintik merah di badan dan kaki dia. Memang soheh lah ni ada yang tak kena.

Saya risau nk mandikan dia ke tak. Then Papa Hannah suruh mandi jugak. OK.

Lepas siapkan askar-askar saya, kami pon turun bergerak nk ke taska. Hannah akan saya bawa ke klinik. Hadif dan Hilda sila jalani kehidupan rutin korang kt taska ye :)

Di klinik, mmg Hannah disahkan chicken pox. So Doktor bagi ubat demam, antibiotik, ubat tahan gatal dan krim sapu. Mahal jugak harga antibiotik tu. Fees utk this medication RM94.

Doktor cakap insya allah akan baik dalam masa seminggu. Dan possibility utk adik-adik juga terkena adalah sgt besar. Nanges mama!! Dah la esok dan lusa papa takdek g outstation.

Hopefully tak la meragam sangat cik Hannah kita melayan demam dan chicken pox nya ini. Ada sesapa tau pantang larang ketika berchiken pox? Or apa pon boleh..hehe

1st time nk berdepan dengan penyakit agak serius ni. Buntu.

Dan hari ni saya bersiaran dirumah. Esok macam mana pulak yer?? Berapa hari selalunya mama sekalian EL masa anak kena chicken pox?


Hari ni MC

Ini siaran langsung dari rumah yang dah mula dikerumuni semut.

Semalam lepas check up kt Klinik Soraya, mmg dh rasa tak sedap badan. Tp kugagahi jua utk ke opis. Walaupon takdek apa-apa kerja urgent utk diuruskan. Since last week pon dah memerap dalam rumah dgn 2 hari MC dan disambung pemerapan dalam rumah selama 4 hari di cuti CNY, maka terasa macam tak lalu dah nk memerapkan lagi diri ini umpama ayam perap yg ready utk dipanggang..

Menjelang petang mmg dah tak terlarat dah. Jam 6pm terus balik rumah dan berbaring. Dah sms Abg mintak tolong amek anak-anak kt taska, tp takdek reply. So kt rumah terus la berbaring depan TV sambil-sambil TV tu tengok aku terlelap.

Tersedar jam 7suku, aku call Abg..tak angkat pulak. So aku gagahkan diri bangun dan sarung tudung pegi amek anak-anak kt taska. Mana lah cik Abg sayang aku ni pegi..

Bila anak-anak balik, aku terus baring sekali lagi. Tak hirau dah apa yg dorang kerjakan kt bilik tu. Mama hanyut dah. Then jam 8suku, baru la terjengul batang hidung Abg kt rumah. Malas aku nk bersoal siasat kenapa dia tak reply dan tak angkat call. Tak larat nk pikir semua tu. Then dia melangkah je masuk ke rumah, terus disergah anak-anak dia yg tengah menumpahkan air kt depan pintu bilik.

Owwhh itu ke kerja korang?? Hahaha lantaklah labu. Mama tak kuasa nk amek tau dah..

Jam 9pm, Abg ajak ke klinik. Aku pon bangun utk mandi dan bersiap.

Doktor check-check la macam sepatutnya. Chechk tekak, check dada, check body temperature dan check blood pressure. Dada berkahak, mulut dan lidah kering, tekak merah dan berhingus.

Dia kata dia treat my illness sebagai Acute Bronchitis. Hehe term ni aku mmg selalu dengar kt budak-budak je. Even anakanda yg berdua tu pon memang pernah diserang penyakit ni. So aku pon diberilah beberapa obat-obatan dan jugak MC.

Memang patutla diberi MC sebab ubat-ubat batuk dan selseme ni menyebabkan mengantuk. Kalau mengantuk mmg tak berani la aku nk drive pegi keje dan big possibility lah, ubat-ubat tu terperap je dalam plastik. Membazir jugak pegi klinik kalau tak makan ubat-ubat tu..

Ok sekarang ni, rasa nk tidur semula lah. Walaupon dalam kepala tengah risau tengok barisan semut yg dah datang balik dan berkawad kt lantai terus ke dinding ni..Adoi!!

Get well soon Lydzar..

Kuarantin

Cuti CNY almost over!

Orang lain bergembira dgn percutian, balik kampung dan juga plan masing-masing. Bagi kami empat-beranak nih, boleh dikatakan dalam tempoh kuarantin. Huhu..bosannyaaaaa!!

Memang serius, kali ni kami tak keluar rumah utk ke mana-mana tanpa tujuan senggang. Destinasi, kalau ada keluar pun hanyalah ke klinik berhampiran dan jugak DEMC. Maklumla, papa and mama pon baru je baik demam. Hadif pulak terkena turn demam Khamis dan Jumaat tu. So semua pon perlukan rehat lebih. ~padahal dalam hati meronta-ronta nk pegi jalan-jalan~ hehe

Malam Jumaat kami ke DEMC lagi, bawak Hadif sebab demam berulang-ulang, batuk dan selsema tak baik-baik. Doktor prescribe dia dgn Tamiflu. Tau tak ubat utk apa tu? Ubat utk H1N1. Hehe jangan terkejut dulu!!

Lepas buat blood test, doktor dapati dia cuma alami viral fever. Dia just advise utk amek Tamiflu sebab ubat ni boleh clearkan terus virus-virus selsema yang ada. UiTM tak cover ubat Tamiflu. So bil adalah on papa  RM48.20 :)

So hadif dh start on Tamiflu since Sabtu utk 5 hari.

Pagi Sabtu tu, dapat call dari Paklong ~Abg ipar Papa~ bagitau, Aqil their son admit hospital kt Kajang sebab H1N1. Aiksss!! Orang kt sini risau terkena H1N1, orang kt sana dh siap masuk sepital pulak dah..
Memang Aqil ada datang ke rumah kami dgn nenek dia visit masa kami demam hari Sabtu sebelum tu. So dorang mesti ingat virus tu datangnya dari rumah kami. Dan Paklong risau kalau Hadif pon diserang virus yang sama.

Menurutkan advise Paklong n maklong, maka kami bawak Hadif ke DEMC lagi sekali. Konon-konon utk buat test H1N1 tu. But then Doctor kata, tak perlu since medication Tamiflu dah pon dimulakan ke atas Hadif. Kalau positif pon, ubat yg sama jugak yg akan diberikan. So dia kata tak perlu buat. Unless kalau tiba-tiba Hadif keep on demam lepas habis 5 hari Tamiflu ni. Dan if mama pun kena serang demam semula. So balik la kami kerumah semula..

Harapnya semua tu sekadar viral fever yg biasa saja.

Berbalik pada tempoh kuarantin ni, puasnya lah hati dapat tidur yg lama..Sampai rasa sakit-sakit badan ni layan baring jer..Hehe bila lagi kan??


Demam Sekeluarga

Assalamualaikum..

Bertemu kita dihari pertama aku berkerja minggu ini..memang sehari ni je pon kot, sebab esok dh start cuti CHinese New Year kan..

Alkesahnya, kami sekeluarga telah diserang demam berjemaah.
Dimulakan dengan Abg yg start demam pada Jumaat malam..Balik kerja dengan muka yg sangat tidak larat dan tidak sihat. Terus dia terbaring di bilik. Panas sungguh badan dia. Malam tu jugak kami ke klinik Annisa utk mendapatkan ubat.

Bermula episod aku tak tidur lena sebab sibuk membasahkan kepala Abg dan meletakkan losyen panas pada badannya yg sakit ditengah malam. Biasanya memang macam tu kan, bila suhu badan tinggi..sendi-sendi akan terasa sakit.

Pagi Ahad, aku pulak mula diserang batuk. Sempat basuh kain satu round, terus rasa tak sedap badan dan mintak izin anak-anak nk tidur sekejap sebab sgt tak larat. Huhu mmg kena mintak kebenaran, kalau tak nanti Hannah marah.

"Mama, sekarang ni bukan malam..kenapa mama tidur pulak"

Itu ler ayat dia setiap kali aku suruh dia tidur or aku sendiri nk tidur siang..Haih!!!
Siang Ahad tu, Abg nampak macam dh OK. Suhu badan dh normal. Tak sangka, menjelang petang, naik lagi sekali. So nak taknak, aku paksa jugak dia ke klinik lagi. Kali ni nak suruh check darah pulak. Risaunya kalau demam denggi yg menyerang. Kali ni kami ke DEMC pulak. Memang ramai orang kt klinik. Musim lah agaknya.

Alhamdulillah, lepas buat blood test, its not a denggi. Aku mintak doktor bagi painkiller yg kuat sket dosenya supaya dapat menghalang rasa sakit sendi so boleh la Abg tidur lena sikit.  
Abg semakin OK, aku pulak semakin teruk. Sama condition. Sakit kepala, sakit sendi-sendi, batuk dan selsema. Passing batton la gayanya. Isnin pagi, aku pulak dihantar ke DEMC. Lepas makan ubat, memang terus ku tumbang. Tak larat langsung nk bukak mata, efek mengantuk ubat batuk dan selesema tu. Time tidur pulak, terasa badan sgt panas dan lepas tu badanku berpeluh-peluh. 

Petang tu aku gagahkan keluar  pegi amek Hadif kt taska. Pengasuh kt taska bagitahu, Hadif pulak start demam. Alahai..siannya. 3 down already. Hannah je so far yg OK. So malam Isnin tu pegi Klinik lagi sekali bawak Hadif pulak. Sekali lagi, klinik memang dipenuhi orang tak kira dewasa dan kanak-kanak.

Setelah berehat, berbaring dan tidur selama 2 hari, alhamdulillah dah terasa semakin OK. Cuma Hadif masih lagi demam.Semoga hari ni dia pon dh recover. Doa-doakan yer..

pssttt : Aku sms bos bagitau aku demam sebab berjangkit dengan anak-anak..huhu salah type rupanya, Yun yg bgtau tadi hikhikhik..sebenarnya nak type berjangkit dgn husband..


Nebuliser session

Demam anak bujang aku tak kebah-kebah lagi. Since Isnin sampai la hari ni. Dah Jumaat dah ni. Badan masih agak panas. So Abg mintak aku bawak dia pegi klinik lagi tanya keadaan Hadif kt doktor. Mula-mula dalam hati aku membantah sebab ubat dan antibiotik tak abes lagi, so nk buat apa bawak pi lagi. Aku syak ni mesti kes viral fever lagi. Macam yg bulan-bulan lepas tu. Kang dpt ubat yg sama jugak kot.

Nak dijadikan cerita, supaya jgn ingkar cakap suami. Pagi tadi jam 3am, mcm biasa la mak-mak orang time anak dia demam. Memang takkan tidur lena la. Sekejap2 mesti terjaga nk rasa suhu badan anak. So tiba lah masa bagi Hadif makan ubat. Baru je sedut 2.5ml ubat dari botol dgn syringe,  botol terlepas dari tangan. Tumpahla hampir kesemua ubat demam tu ke atas tilam. Adoi!! Huhu maka dengan itu, patuhilah kata-kata suami kuikuikui!

Kena jugak la pegi klinik lagi nk amek ubat demam utk dihantar bersama-sama si pendemam kt taska  
~aku hantar jugak ke taska sebab sepanjang pemantauan Hadif kt rumah aritu, lepas dia makan ubat..dia akan tidur dan lepas tu akan aktif bermain macam biasa. Less worry bila tengok keaktifan dia tu~

Kt klinik An-nisa tadi, ingatkan terus nk cakap kt Doc aku datang nk amek ubat demam je. Tp Doc tu, as professional she is, dia kaji dulu la history Hadif's visit ke klinik tu. Memang dalam masa 2 minggu dah 2 kali kami berulang ke situ. So dia suggest aku buat blood test nk tengok kenapa kerap sangat demam dalam masa yg singkat. OK mama setuju je Doc. Dan Doc tu detect Hadif punya nafas mcm ala-ala laju yg semput. Check-check dada dia, memang Doc kata banyak kahak. So dia advise Hadif amek nebuliser. OK Doc, mama setuju je jugak. Whatever it is, yang penting sakit Hadif dapat dikenalpasti why and why.

Ni 2nd time bujang aku tu kena cucuk kt jari utk amek darah. Cool je mamat ni. Tak sakit kot. Maklumla time baby dulu memang selalu pon kena amek darah ni check darah utk jaundis. Tp yg dulu amek kt kaki bukan kt jari. Nurse pon puji dia good boy :)

Result blood test, demam yg disebabkan oleh virus atau lebih mesra dipanggil viral fever. Demam yg mcm ni memang selalunya akan amek masa yg lama utk baik.

Masa utk nebuliser pulak. Maafkan kualiti gambar 2mp ini. Hasil tangkapan Nokia C3 dalam lighting yg tidak cukup. C3 takdak flash ye, sila jangkakan ketidaksharpan gambar jika cahaya tak cukup terang.



Mula-mula memang tak nangis, tp kenapa lama sangat topeng ultraman ni duduk kt muka adik mama? Adik boring lalu adik nangis la kerimasan.

Dan Doc juga siap kaji berat badan anak bujang ku ini. Keputusan, Hadif adalah underweight boy. So Doc suggest tukarkan susu dia pada yg susu lebih berlemak supaya boleh membina body fat dan menaikkan berat badannya. Thru blood test result tadi, susu yg Hadif consume skg ni dh cukup dari segi kandungan iron, cuma tak cukup dari segi fat saja..Cadangan Doc adalah susu Pediasure ataupon Enfagrow. Huhu mahalnya susu-susu itu..Tapi takpa, duit boleh dicari..insya allah petang kang mama pegi beli ye.
~alangkah bagusnya kalau Hadif masih fully breastfeed..dulu berat badan dia naik konsisten dan jarang demam..apakan daya uwaaaaaaaaa~

Doakan anakku itu cepat sembuh..amin

Sakit




Kesian kan tengok budak ni. Tengah kesakitan tu..Tengok muka dia..tangan pulak pegang perut. Alahai sakit perut punya kes la ni..Kesiannya..

Sama kes la macam aku jam 3 pagi tadi. Tiba-tiba je diserang sakit perut. 
Serius rasa mcm contraction pon ada. Sekejap dia datang, sekejap dia pegi. Kemudian kembali lagi.
Dah duduk lama kt toilet sampai berpeluh-peluh menitik sambil aku berusaha mengeluarkan apa yang patut tapi akhirnya takdek 'hasil'. Ni yang tambah konpius aku ni. Kenapa dengan perut ku ini? Petanda apa ni?

Keluar masuk toilet berkali-kali. Masih terasa sakit yang amat itu. Berbaring sambil cuba bertenang. Beralih arah ke kanan, tak selesa. Alih ke kiri..tak selesa juga. Dalam hati cuba beristighfar sambil menahan sakit dan kesejukan. Cuba pejamkan mata utk kembali lena, memang tak boleh. 

Sayu hati aku tengok anak-anak yang tengah tidur. Apa yang akan jadi pada mama korang ni. Sakit datang tanpa diundang. Petanda apa ni? Pandang Abg yg sikit pon tak terusik dengan bunyi aku keluar masuk toilet. Hati jadi gundah. Dah la hari ni bakal ditinggalkan. Abg ke Kuantan sampai hari Jumaat. Kalau apa-apa berlaku, mcm mana? Emosi pulak dipagi buta.

Tiba-tiba perut terasa senak dan memulas utk kesekian kalinya. Bergegas aku ke toilet. Akhirnya keluarlah 'hasil' yang sangat melegakan. Rasa sakit umpama contraction tadi beransur hilang. Diganti pula beberapa siri keluar masuk toilet yang melegakan. Hehe! Tak macam tadi, berhempas pulas menahan senak.

Dalam hati aku, risau berjangkit lagi dengan Hadif yang baru mula demam petang semalam. Memang sungguh lemah antibodi aku. Terus nak berjangkit. Alhamdulillah, sepanjang drive ke opis, sakit perut tu tak datang lagi menjengah. Insya allah aku sihat :) 

Cuma kesian dekat anak teruna aku tu, demam pulak. Nak pandai buat apa agaknya lepas baik demam ni. 

Pandai bercakap kot :)

Pic credit : Google

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®