Malam tadi, Ana my regular Shaklee customer whatsap bertanya pasal ni.
Ana fully breastfeed anaknya yang berusia 1tahun 5 bulan. Dalam keadaan tak terancang dan tiba-tiba Ana diarahkan untuk outstation ke Kuching. So Ana tanya pada saya tentang susu apa yang sesuai untuk diberi pada anak sepeninggalannya selama 3 hari nanti.
Stok EBM hanya ada 6 botol, tentulah tak cukup nak tampung keperluan anaknya.
So saya pon share lah experience saya. Saya memang bagi Hilda Fresh Milk, sejak saya dah tak mengepam ni. Inilah Fresh Milk brand kesukaan saya. Saya tak tahu kenapa saya pilih brand ni instead of brand lain. Hehe.
Oklah, rasa dia sedap.
Sejak pertama kali saya bagi Hilda susu ni, masa tu umur dia 1 tahun 10bulan. Dia boleh terima dan enjoy susu ni tanpa sebarang masalah. Sejak susu perahan dah tak berapa masyuk, saya top up Hilda dengan 1-2botol Fresh Milk ke taska sejak itu. Selainnya masih susu perahan.
Cara bekalkan ke taska. Cara yang sama saya bekalkan EBM. Masukkan 3-4oz dalam storage bottle dan masukkan ke dalam cooler bag. Di taska, cikgu akan pindahkan susu masuk kedalam chiller pulak. Dan bila perlu, cikgu akan panaskan.
Sehingga sekarang, umur Hilda 2 tahun 2bulan masih minum susu Fresh Milk ni tanpa sebarang susu formula. Dan masih lagi ketagih nenen dia. Hhhhhhhaha ntah bila nk wean off, biar masa menentukan.
Tapi sekarang dh advance, bila dia nak susu (lepas tak puas dengan nenen mama), dia pegi ke peti sejuk, keluarkan sendiri botol Fresh Milk ni dan suruh mama tuang masukkan dalam botol susu. Sejuk pon tak apa. Sesekali dia suruh tambah milo, biar jadi warna coklat macam susu abang dengan kakak.
Happy birthday to my dearest Hilda Marissa. You turn 2 today.
"YA ALLAH... Aku serahkan anakku Hilda Marissa di bawah perlindungan
kalimat ALLAH SWT yang sempurna dari gangguan syaitan, mara bahaya dan
dari pandangan yang penuh kedengkian.
Ya Allah berkatilah
anak-anakku, janganlah Engkau celakakan mereka, kurniakanlah aku
ketaatan mereka, jadikanlah mereka buah hati Nabi Muhammad SAW dan kedua
orang tua mereka. Ya Allah akhirilah semua urusan mereka dengan
keberhasilan yang baik dan selamatkanlah mereka dari kehinaan dunia dan
akhirat"
Amin Ya Rabbal alamin"
And we DID it!! Exclusive and fully breastfeed without any formula milk for two years.
Dah lama tak cerita pasal EBM. So inilah dia stok yang ada utk Hilda. 24botol x pelbagai OZ. Ada 3,4,5 dan 6oz. Total macam dulu dulu gak malas nk kira hehe.
Terbakar jugalah tengok hasil perahan 2orang opismet kt opis tu. Sekali pam boleh dapat 8-9oz. Alhamdulillah.meriah susu dorang. Ditambah lagi dgn soalan-soalan kengkawan opis pd dorang, ko dapat berapa botol dah? Alhamdulillah dapatla 6 botol, jawab dia. Saya, ada jugak, tp 3botol yang separuh penuh. Hihi
Dan bila saya muhasabah diri semula. Itu rezeki, syukur. Ini pula rezeki saya, tetima kasih ya allah. Masih berpeluang menyusukan, memgepam dan mengempeng bersama cik mek Hilda tu. Dan menginjak usia hampir 1 tahun 3 bulan dah.
Jangan diukur amaun perahan dgn ibu lain, sebab keperluan anak kita berbeza. Sekali saya pam dapat 3oz, dan Hilda cuma habiskan 2oz setiap sesi menyusu botol. Kalau lebih, dia mmg taknak habiskan dan buat main tonyoh teat botol ke lantai. Hadeh!! Membazir je kan.
So saya berlapang dada. Mmg hasil perahan yang saya dapat setiap hari akan mencukupi untuk dia. Saya tambah sesi perahan dirumah sekurang-kurangnya sekali. Kalo lebih rajin, buat 2kali. Untuk simpan stok. Cuma tak rajin nk buat powerpumping je.
Lagipon susu saya memang pekat. Sebab tu lah dgn 2oz Hilda boleh kenyang. Dan dia memang suka makan. Sila jangan kedekut makanan dgn dia sebab nnt dia menjerit marah xdapat makan. Hihi.
Apepon, mama sila jgn ada penyakit M dalam membuat pumping yer. 10 bulan to go! Chayo!"
Terasa stylo je menggendong cooler bag baru StyloMama ni. Peewittt!!
Seronok jugak dok belek-belek stok cooler bag kt AUB semalam. Hukhuk mokcik boleh belek coolerbag je, nak belek 'JURULATIH' belum sampai serunya lagi.
Kat atas rak tu ada few brands, termasuk brand yang saya dh pernah ada : MLO dan Autumn. So saya cuma belek brand yang saya belum ada. Last-last 2 beg finalist yang masuk peringkat akhir pemilihan adalah jenama StyloMama nih. Menarik sebab ada yang berwarna PINK, tapi saya prefer hitam sebab hitam itu menawan dan tak nampak kotor bila dibawa utk acara lasak.
Acara lasak : acara redah hujan sambil transfer anak-anak dan segala beg dari kereta ke area teduhan.Ofcourse nanti terpaksa letak beg kat lantai, maka kebolehan utk beg itu comot adalah tinggi kalau dia berwarna selain hitam!!
Dan akhirnya Stylo Mama Era Cooler Bag menjadi pilihan. Harga RM69.90
Harap-harap cooler bag yang ni boleh berkhidmat sampai habis tempoh penyusuan Hilda Marissa. Jangan ada internal damage mcm yang sebelum ni sudah.
Cooler bag yang sebelum ni saya tak dibuang lagi. Yang tu saya guna utk ganti Hailey cooler bag ke taska Hilda. Sebab cooler bag Hailey tu dah comot. Tak serupa beg dah. Comot sangat dan layak dibuang disamping zip dia dah rosak..
So kepada Stylo Mama Era Cooler Bag : SELAMAT BERKHIDMAT!!!
Baru sgt pakai cooler bag ni. Rasanya blom sampai 6bulan lagi. Tapi cuba tengok apa dh jadi dgn keadaan dalaman cooler bag ni. Internal damage! Bahagian atas dah koyak. bahagian depan pon rabak!
Kalau tengok luar, cantik je lagi. Maybe material dalam dia ni memang cepat rosak. Takkan la saya guna lasak sangat kot. Lagipon memang khas utk simpan susu perahan je takpernah buat simpan air lain hatta air dalam tin.
Brand apa ni??? Saya takmau cerita direct kat sini. Kalau rajin sila la google saya punya cerita online shopping dan shopping item yang pernah dibuat tahun 2011 :D
Hahaha bajet korang rajin la nk menggodek blog saya nih.
Cooler bag yang sebelum ni, bahagian dalamnya masih OK. Yang tak OK cuma tali pemegang beg saje. Dah nak putus. Dan ada bahagian tertetas kt jahitan luaran cooler bag tu. Thats why la saya beli yang baru. Lama jugak saya pakai cooler bag MLO tu. Beli tahun 2008, dan saya tamatkan perkhidmatannya tahun 2011. Sket pon tak koyak kat dalam tu.
Tak perlah, memandangkan hari ini sudah hari gaji, maka petang nnt saya nak singgah ke kedai About Umi & Baby kt Subang Galaxy tu. Sambil-sambil letak stock Set Breastfeeding saya kt situ, boleh la belek-belek cooler bag yang ada jual kt sana. Kali ni beli off-line. Boleh la check directly kualiti cooler bag yg ada.
Arrgghhhh comelnya senyuman baby susuibu ni. Just like senyuman my babysusumama sapa lagi kalau bukan Hilda Marissa :)
Gambar credit to FB post
Cuba baca bebetul setiap penerangan pada anggota badan bayi ni. Hampir pada setiap organ ada tertulis perkataan 'KURANG'. Kurang yang membawa maksud bagus malah terbaik utk bayi ini.
Kurang berjangkit penyakit, kurang mendapat jangkitan, kurang alahan..etc etc -Sila baca sampai habis.
Sebab itu lah saya beria sangat nak breastfeed my babies. Kesedaran dah timbul lama since pregnantkan Hannah lagi. Alhamdulillah sekarang pengetahuan semakin bertambah dan dapat diapply pada anak-anak yang sedia ada. Cuma cabarannya tu lah, kena sanggup hadapi with laugh and tears!
So kepada si bujang yang merancang utk berkawen, si preggie yang bakal melahirkan malah ibu-ibu yang belum berkesempatan breastfeed baby anda sebelum ini yang baru 1st time singgah di blog ini, saya syorkan sangat anda tingkatkan ilmu anda tentang breastfeeding. BREASTFEEDING is GREAT!
Sumber informasi adalah sangat merata-rata a.k.a bersepah di laman web sekarang ni. Sambil sambil anda blogwalking melawat blog gossip OhBulan!, tak salah kalau singgah barang 20minit ke blog-blog penyusuan. Semoga ia memberikan manfaat kepada anda. Type saje kt Google search dengan keyword breastfeeding ye!
Assalamualaikum. Hari ni cerita pasal breastfeeding dan cerita EBM pulak yer. Dah lama takdek entry update pasal perjalanan BF Hilda.
Alhamdulillah, kalau ikutkan Lilypie ticker, saya dh berjaya harungi perjalanan breastfeeding dengan Hilda selama 9bulan 2minggu 2hari tanpa sebarang formula milk. Hehe kalau tengah pregnant, memang dh lahir lagi sorang hamba Allah dibumi ni :)
Sekarang istilah bertukar kepada fully breastfeed sebab Hilda dh mula makan since 6bulan bukan exclusive breastfeed lagi dah. Alhamdulillah syukur Ya ALLAH atas rezeki susu mama yang telah Kau kurniakan kepada kami. Semoga perjalanan ini terus smooth sailing sehingga target saya tercapai iaitu 2tahun penyusuan tanpa susu formula.
Dan ini gambar EBM Hilda setakat pagi tadi. Memenuhi hanya satu bahagian rak daripada 2 tingkat freezer kecil saya. Stok adalah dari bulan November dan Disember. Berapa botol ntah saya tak kira.
Yer, ia semakin berkurang daripada 1-2bulan yang lepas. Kalau sebelum ni, memang hanya botol susu atau milk-pack sahaja yang ada dalam freezer ni. Nampaknya bulan ni, ayam ikan fries burger dah boleh masuk dah.
Saya perasan stok bulan Oktober saya sangat cepat habis. Sebabnya stok tak banyak. Maklumlah memang ada harinya hasil perahan yang saya bawa balik hanya banyak ini.
Gambar EBM dizaman susu merudum Hadif
Dalam bulan sepuluh memang saya guna hampir kesemua fresh EBM yang saya dapat untuk kegunaan esok hari.
Dan saya tersedar, sepatutnya saya tak guna cara itu. Selepas itu saya mula rotatekan semula penggunaan frozen EBM dan fresh EBM. Saya juga tambah sesi mengepam dirumah. 1 sesi bertandem-pumping sambil tengok Tentang Dhiya, 1 sesi lagi tandem-pumping atau power-pumping sebelum azan Subuh berkumandang. Dan akhirnya stok untuk bulan November dapat dikumpul walaupon hanya 1-2 botol satu hari.
Kadangkala memang terbit rasa gusar dan risau dihati kalau hasil perahan terus menerus macam dalam gambar 'kenangan' tu. Saya perlu terus POSITIF dan berusaha utk tetap mengadakan supply.
Lagipon Hilda adalah seorang good-eater. Dia sangat suka makan. Bubur nasik berlauk bersayur memang hidangan harian utk breakfast dan lunch. Biskut rusk dan buah sebagai kudapan. Kismis sambil tengok tv. Minum air masak pon dia tak tolak cuma sekarang suka sembur-sembur air dari cawan.
Insya allah mama akan tetap teruskan perjuangan yang belum selesai nih!
Macam yang saya dh cerita hari tu, saya nk buat sikit review pasal gadget penyusuan terbaru saya. Unimom Allegro.
Sebenarnya saya beli another pump ni, utk memudahkan saya mengepam dirumah. Saya belum pernah citerkan kot, stok susu untuk Hilda semakin menyusut. Daripada penuh sampai EBM boleh terjatuh kebawah dari 2 rak freezer tu, skarang ni hanya tinggal 1 rak atas yang penuh, dan rak yang bawah hanya separuh.
Saya maklum, penghasilan susu akan selari dengan permintaan dari si peminum. Sejak saya period beberapa bulan lepas, memang saya bermasalah sket nk collect amount yang banyak utk satu sesi perahan. Daripada 6oz drop ke 3oz persesi. Waktu sedang menses lagi lah sukar, 2.5oz saje!
Dan selari jugak dengan keadaan Hilda yg tidur nyenyak diwaktu malam. Saya pon naik syok gak tidur tanpa gangguan. Kadang-kadang dh jam 5pagi, baru dia terjaga dan mintak susu. Kalau sebelum ni, setiap 2-3 jam dia akan menyusu. Dah nampak kurangnya demand di situ.
Sejak bulan lepas, bila saya dh mula boleh letakkan beberapa bekas berisi lauk ayam/ikan, baru saya perasan yang ruangan utk EBM Hilda dah makin luas. Wahhh! Nampak sangat juga lah, stok susu dah makin susut.
Mungkin ada PRO nya disitu, Mama kena masak selalu, dh takdek alasan takde tempat nak letak lauk hihi!
Saya dh serik jadi pam-hari-ni-untuk-esok waktu menyusukan Hadif. Jadi saya wajib sedar segera dan ambil langkah meningkatkan bekalan stok EBM. Dan alhamdulillah, ada rezeki saya sikit berbisnes Shaklee, dapatla saya spend duit utk beli pam baru.
Hah!!
Kata makan vitamin Shaklee, takkan susu tak meriah kot!
Mak tak sentap kalau ada yang terpikir / berkata macam ni.
Saya nak tekankan, Vitamin Shaklee bukan lah utk memperbanyakkan susu, tp ia memperlengkapkan badan saya dengan nutrien yang sepatutnya saya ambil setiap hari mengikut piramid makanan. Bila badan saya complete-nutrien, badan sihat maka lebih mudahlah susu dihasilkan. Kalau nk banyakkan susu, kena lah pam lebih kerap.
Kami tak kata Vitamin Shaklee utk memperbanyakkan susu, cuma kebetulan je ramai yang amek vitamin ni bagitau susu dia semakin banyak :D BONUS la tu kan. So lepas ni kena bear in mind, Set B adalah SET UTK IBU MENYUSU, bukan SET BANYAKKAN SUSU.
Haha sori melalut panjang dari tajuk asal.
Okeh, here we go!
Unimom Allegro ni memang amatlah ringan dan kecik saje saiznya. So ia memudahkan saya bawa ia kemana-mana. Electric dan battery-operated. Perlukan 4biji bateri saiz AA any brand. Saya suka sebab saya dh bawak Allegro pegi seminar Euphoria Shaklee kt Hotel Singgahsana. Berbekalkab 4biji bateri Energizer, dapatla saya membuat dua sesi perahan sepanjang berseminar.
Set ni adalah single pump, tp if beli another set of breastshield, ia boleh menjadi double pump. Dalam set breastpump ini juga disertakan sekali dgn filter. Filter berfungsi utk menghalang susu daripada termasuk kedalam tube dan mesin breastpump.
Cuba dengar bunyi dia apabila sedang beroperasi.
Grrrrrrr grrrrrr grrrrrr...vibrating. Hihi.
Saya selalu tergelak sambil mengepam sebab terasa geli hati dengan bunyi dan gegaran dari pam ni.
Beberapa kali suction (ikut level), then stop. Continue. Stop. Continue and stop. Ini lah yang dipanggil mimic baby's suction.
Pam ni ada 7 level. Saya bermula dengan level 1, after 2-3minit saya tukar ke level 2, dan bila let down reflect dah sampai saya terus tukar ke level 4 atau 5.
Selalunya saya buat tandem pumping sambil tengok Tentang Dhia sebaik sahaja sampai rumah. Relax-relax kt sofa dan saya prefer guna bateri. Hasilnya anak kenyang, mama boleh relax layan cerita faveret, dan dapat stok EBM satu botol tanpa perlu duduk dekat dgn soket letrik.
Hasil? Alhamdulillah, kalau saya relax riang ria bertandem pumping, saya akan dapat 4-5oz dalam masa 20minit. Tapi kalau saya agak stress, hasil agak less lah :D Dan bila larat, saya akan bangun pula ditengah malam untuk buat power pumping. Alhamdulillah, sekarang botol-botol susu dah mula memenuhi semua ruang yang ada.
So itu lah dia serba ringkas review pasal Unimom Allegro sambil diselang seli dgn cerita topik lain. Jangan maraaaah
Entry ni saya copypaste je dari blog Kedai Triple-S :D
Hari ni saya nak tulis tentang ibu ~ ibu menyusu khasnya~ dan keperluan vitamin.
Saya tak sangkal jika ada para ibu ~ibu menyusu khasnya~ yang berpendapat mereka tak perlukan vitamin. Mungkin mereka dapat menjaga gaya hidup sihat mereka dengan baik. Mereka menjaga pengambilan makanan mengikut piramid makanan, tidak terdedah pada stress, tidak terdedah pada pencemaran udara dan alam sekitar, tidak kelam-kabut mengejar waktu, cukup tidur dan rehat dan sebagainya. Indahnya hidup mereka.
Tapi saya percaya, wanita mana yang tidak stress. Walaupon wanita itu hanya surirumah. Dikecualikan jika wanita ini (surirumah) ada pembantu dirumahnya. Mereka masih mempunyai tahap stress tertentu apabila seluruh kerja rumah dah urusan anak-anak adalah dibahu mereka. Inikan pula wanita yg bekerjaya. Dengan beban tugasan dipejabat, balik rumah sambung lagi buat kerja rumah. Pendek kata, selagi tak tutup mata (tidur) kerja..kerja..kerja je lah kerjanya. Sila setuju dgn saya!
Saya sendiri pernah duduk di kerusi SURIRUMAH yang pada saya tetap ada level stressnya walaupun tak sehebat kaum ibu bekerja. Masih juga dgn situasi selagi tak tutup mata, kerja kerja kerja.. Tetap ada masa terasa lelah dan penatnya menjadi seorang wanita. Cuma yang bestnya, waktu itu anak saya baru seorang, yang seorang lagi masih didalam perut. Bila masa saya rasa letih, saya ajak anak saya tidur.
Sekarang, saya memegang jawatan ibu beranak tiga yang bekerja. Ditambah lagi tanggungjawab menyusukan anak terletak penuh di bahu saya. Berat jawatan ni utk digalas jika saya adalah seorang yg letih lesu, mudah jatuh sakit, tertekan, dan mudah marah.
Alhamdulillah saya memilih utk mengamalkan pemakanan vitamin sebagai langkah utk menjadi seorang wanita menyusukan yang cergas. Dan pilihan saya tentunya vitamin dari sumber semulajadi. Saya tak mahu muka saya pucat lesi setibanya dirumah. Saya tak mahu selalu memarahi anak-anak saya apabila saya tertekan. Saya tak suka tengok rambut saya berguguran dilantai rumah akibat perubahan hormon selepas bersalin. Saya tak mahu keadaan rumah saya terabai kerana saya tak larat nk buat kerja rumah. Saya tak mahu suami saya merajuk kerana saya tak mampu nak melayan dia dirumah. Dan saya juga tak mahu jika saya mendapat penyakit osteoporis kerana saya menyusukan anak saya. Anda boleh google kenapa wanita lebih mudah terkena Osteoporosis berbanding kaum lelaki. Dah dpt jawapannya, meh komen kt sini yer.
Ini bukan lah pendapat peribadi saya. Malah telah pon ada kajian dilakukan utk membuktikan betapa pentingnya keperluan kalsium yang mencukupi utk para lactating mommies. Boleh refer entry ini :
Yang ini pula memang pendapat peribadi saya.
Sejak saya mengamalkan pemakanan vitamin, badan saya memang cergas dan mampu bangun seawal 5.30pagi utk memulakan urusan harian. Balik dan tiba dirumah menjelang waktu malam, saya masih mampu memasak utk diner. Kecuali husband saya outstation, saya lebih suka diner dengan sesuatu yang ringkas kerana saya lebih suka meluangkan lebih waktu bersama anak-anak. Kalau suami ada, dia yg tolong tengok-tengokkan mereka.
Dalam bab penyusuan pula, saya dapati badan saya tetap dapat maintain menghasilkan susu mengikut keperluan si comel Hilda saya. Dan walaupun bentuk badan Hilda tidak semontel anak orang lain, dia masih sihat dan aktif. Sebab saya yakin, nutrisi yang saya dapat melalui amalan pemakanan vitamin turut tersalur kepada Hilda.
Bab lain pula, rambut yang kerap gugur pun dh tiada lagi. Masalah gusi saya yang selalu berdarah sebelum ini (waktu menyusukan anak sulung) juga telah diatasi.
Alhamdulillah hati saya terbuka utk membelanjakan wang saya kepada sesuatu yang amat bermanfaat utk seisi keluarga. Bila mama happy, keluarga pon tentunya happy.
Bagi menjawab soalan seorang rakan saya di FB ~ Untuk ibu supaya sentiasa bertenaga, gi keja balik keja wat keje lagi?~
Tentunya saya mengesyorkan rakan saya ni cuba set Eu-For Pack. Sebab dah lama saya amalkan vitamin dalam set ini walaupun sebelum nama set ini diperkenalkan sejak Oktober lepas.
Yang pasti nilainya sgt tinggi pada saya. Kalau tertinggal memang tak keruan dibuatnya. Sanggup saya berpatah balik kerumah kalau berlaku kejadian tertinggal ni.
Kt dalam beg ni la ada most accessory yang saya wajib pakai setiap hari. Kalau xde mmg boleh stressss dibuatnya.
Pagi td boleh pulak beg hitam ni join dgn beg2 HMs duduk kt taska. Dh sampai opis, baru perasan beg hitam ni takdek. Apa lg hormon menggelabah terus menyerang. Otak terus memberi arahan utk kembali ke taska setelah dikenalpasti beg ni join geng bag HMs. Nasibbaikla agak dekat. But still, perasaan mmg tak keruan.
Alhamdulillah, berjaya jugak saya attend majlis ilmu breastfeeding ni last saturday. Despite few technical problem di saat-saat akhir itu. Since AUB adalah sangat dekat, maka saya tekad juga nk hadirkan diri. Sempat saya kempen pada sorang dua kawan dan akhirnya salah seorang kawan (my ex-opismet) juga dpt datang ke kelas ni. Thanks Ayu. Kita sama-sama kumpul ilmu. Boleh la ko praktikkan pada next baby nnt kan :)
Baru sampai, Puan Nor (owner of AUB) offer kids yang datang dgn mama masing-masing buat aktiviti kaler-kaler nih.
My kids and Pn Nor's kids.
Cik Hilda dgn aktiviti standard dia.
Hehe..gambar byk yg tak berkaitan sgt je.
Lactation Counselor yang bagi talk aritu is Farah from Sarakids. Alhamdulillah along the talk boleh juga selit-selit dgn QnA session daripada peserta kelas. Berdasarkan problem/situation masing-masing dapatlah kami kongsi info/cabaran/solution dalam dunia penyusuan.
Satu isu yang dikupas.
Kenapa penghasilan susu boleh berbeza antara kedua belah payudara? Sebelah boleh dapat 3-4oz, manakala sebelah lagi hanya dapat menghasilkan 1oz sahaja.
Jawapan : Kerana salah satu payudara mendapat lebih rangsangan disebabkan oleh breast preference by the mother or the baby. Si ibu atau si anak lebih suka memberi/menyusu dari salah satu payudara sahaja menyebabkan perbezaan tersebut.
Penyelesaian : Lebihkan rangsangan pada payudara yang menghasilkan lebih sedikit susu. Hisapan daripada bayi adalah rangsangan terbaik berbanding dengan menggunakan pam. Jadi lebihkan direct feeding pada payudara yg menghasilkan sedikit susu tersebut.
At 12pm, selesai sudah talk. Sebelum bersurai kita amek gambar kenang-kenangan.
Yang ni plak aktiviti SGM - Support Group Meeting yg saya dpt join half way saje.
Insya allah, nnt kalau ada kesempatan saya nk join lah aktiviti SGM mcm ni. :)
pssstt : perasan apa-apa yg baru tak kt sini? hehehe
Mama HM ni over tak korang rasa? Anak masuk umur 6 bulan pon beriye-iye beli kek. Hahaha.
Tapi kan korang jangan tak tau, masa Hannah kecik-kecik dulu..memang tiap bulan genap je umur dia masuk bulan tu, saya akan beli kek. Dari umur dia 2 bulan sampai la dia 7bulan. Tiap-tiap bulan akan singgah kedai Baker's Cottage kt Putrajaya tu. Serius, bukan sebab anak mintak, tp sebab mak dia sendiri yg nak makan.
Alasan la nk celebrate anak dh bertambah bulan. Tapi yang makan byk, mama dia jugak la. Tapi tu dulu la, masa anak sorang. Perasaan excited mmg membuak-buak kan. Dah anak 3 ni, haru la poket mama nk beli kek sorang sebijik setiap 12, 13 dan 18hb tu..
Lepas Hannah 8 bulan dh stop beli kek, sebab tetiba peknen. Eh tetiba ke?? Hahahah!
Masa Hadif masuk 6bulan dulu, den torai buat ciskek. Ada lah rupa dan rasanya juga. Mama sorang jugak yang hadap. Papa tu kureng sket makan dessert-dessert nih.
Buat kek sebab masa tu saya adalah FTHW. So kena jimat-jimat. Takleh bazir duit. Tp memang gagah ler carik resepi kt internet sebab nk gak buat kek demi nk celebrate anak masuk umur 6 bulan. Dan nk celebrate jugak kejayaan mama susukan Hadif exclusively selama 6bulan pertama tu.
So dgn alasan yang sama jugaklah, minggu lepas tanggal 13 September, mama gigih pegi beli kek lari-lari anak sambil pegang payung kuat-kuat dalam hujan yang lebat.. Dapatla sebijik kek choclate yang sedap ni walaupon bukan buatan Resepi Rahsia.
Happy 6 Months Hilda Marissa
My cutie-pie budak bulat!
Potong kek tp adik takleh makan ye. Hilda tensen je tengok orang lain makan.
Owh kakak pon kena amek gak part potong-potong nih..
3 lilin yang tak membawa apa-apa maksud
Demi Allah, saya sayang sangat anak saya ini. Bukan yang ini je, yang lagi berdua tu pon saya sayang sangat. Eh papa dorang pon tak dilupa. Tak terucap dek kata-kata betapa sayangnya saya pada mereka.
Semoga saya dipanjangkan umur utk terus membesarkan mereka. Semoga Allah panjangkan juga umur suami saya agar kami dapat bekerjasama mendidik mereka dan bagi mereka adik lagi...eh!! tak tak..yang tu nanti dulu!!!
Sekian cerita sambutan 6bulan umur Hilda Marissa, dan 6bulan kejayaan saya menyusukan dia.
Hari ni 13 September 2011..Hilda dah pon berusia 6 bulan. Maka lengkaplah sudah penyusuan eksklusif stage pertama selama 6 bulan. Betapa bertuahnya rasa kerana mama dh berjaya sehingga saat ini. Walaupon kejayaan ini tidaklah sebesar jasa astronaut negara mengharumkan nama negara kebulan, tapi ianya tetap antara kejayaan paling besar pernah mama lalui. Perjalanan masih jauh dan panjang. Semoga mama akan terus cekal berjuang.
Alhamdulillah, syukur Ya Allah atas segala rahmatmu. Terima kasih Ya Allah atas rezeki yang telah Kau berikan.
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya"
(A-li 'Imran : 8)
Penyusuan susu ibu bukanlah semudah yang disangka, dan bukan la sesusah sehingga tidak mampu kita jalankan. Apa yang paling penting adalah niat dan kesungguhan para ibu dalam memberikan yang terbaik kepada anaknya. Susu ibu, anugerah Allah yang tak dapat dibeli dari mana-mana kedai atau shopping complex.
Our first moment. Her first latching. Her first food and drink. And my everlasting love.
**entry ni utk bacaan kaum perempuan, kaum ibu dan juga yang breastfeed ye**
Korang tau tak? Ehehehe mesti la belum tau kalau saya tak bagi tau..kan?
Puasa haritu saya cuma cuti 1hari saje. Saya expect lebih dari tu sbb saya tertinggal puasa tu di awal Ramadhan. Tapi rupanya sampai kehujung Ramadhan pon, cuti saya hanya satu hari. Dalam hati memang rasa gumbira sebab takyah nk ganti banyak hari. Tapi dalam hati jugak adalah sangat sangsi dan berdebar-debar. Kenapakah?
Lepas seminggu Syawal pon, saya masih lagi belum ditemani 'kawan' saya yang satu tu. Dalam hati memang cuak, tp buat-buat selamba je lah. Tapi sejak masuk kerja hari Isnin lepas, hasil collection saya adalah sangat tidak memberangsangkan. Maklumla, cuti seminggu raya, saya pon cuti mengepam.
Memang saya dh jangkakan situasi-situasi yg bakal berlaku sepanjang raya. Fridge kt umah mak yang penuh dengan lauk-pauk, travelling yang makan masa berjam-jam dsb. Dan memang itulah yang berlaku. Hehe jalan senang adalah keep on direct feeding anywhere anytime anyplace saja.
Kesian juga kt adik ipar saya yang terpaksa dump all 30oz EBM yang dh tercair sepanjang perjalanan balik ke rumah. Mana taknya, dari Pahang-Sg Besar-Klang. Travel within 12hours tanpa menukar ice. Mesti lah cair.
Tapi tu la kan, bila tak pam dalam masa seminggu..badan pon mula lah nk confuse. Ni salah satu sebabnya lah. So hasil perahan adalah kurang memberangsangkan. Semalam lah yang paling sikit. Setiap kali pump, cuma collect 2oz. Total collection semalam cuma 6oz. Adoyai!!!
Saya ni kalau production kelaut mcmni, ada 2 benda je saya nk suspect. 1st is saya bakal period dan 2nd is saya adalah mengandung lagi. hihi! Dalam hati ni, tuhan saje yg tau betapa risaunya saya kalau sebab yang kedua tu.
Alhamdulillah, sebenarnya sebab yang pertama je yang menyerang saya. Time-time cik period nak mai, alahai memang la production susu saya segan-segan sungguh..Tp bila cik period dah mai, milk production crew pon dah back to work. Lega saya.
Cuma semalam ada sikit frust, sebab semalam saya puasa utk gantikan yang sehari tu. Dah jam 5pm time nk solat asar, saya perasan cik period datang nk beraya. Hadoila..awatla tak mai kol 11am ke 2pm ke..sempat jugak saya pegi lunch..
Kan aritu saya dh kepoci, saya mintak mak saya buatkan nursing jubah.
Haaa..ni lah dia. Kaler hitam-putih. Cantik tak? Jubah ni saya pakai hari raya kedua.
Jubah ni bahagian depan dia 2-layer. Kt dalam layer kedua (bahagia dalam) tu ada zip sebagai bukaan menyusu. So senang la time-time breastaurant nk bukak kedai. Takyah nk singkap dari bahagian bawah jubah. Boleh selak sket bahagian belahan (outer layer), bukak zip dan terus susukan cik Hilda tu. Senang!
See how convenient our nursing moment with nursing jubah. Teringin nak tempah? Kontekla mommalydzar sekarang!
Jam 3am pagi tadi. Saya terbangun. Baru teringat, satu kerja rumah pon takbuat lagi.
Petang semalam, Cik Abg amek anak-anak kt taska, dan terus ke opis saya. Dari opis saya, kami terus ke Giant Kota Damansara. Niat dihati nk beli jug blender. Cik Hilda kita dh beria-ia sangat mau makan. Apa je kt tangan mama or orang-orang yg pegang dia, dia akan cuba rampas. Dapat je rampas, terus dia masukkan dalam mulut. Since 13hb September, genap dah umur dia 6bulan, saya rasa saya dh boleh bersedia dengan kelengkapan utk solidfood kan dia.
Jam 10 lebih baru la sampai rumah. Balik dari Giant dan makan malam kt kedai. Sampai rumah, Hannah dan Hadif ajak papa main bola plastik baru beli. Mama pulak ajak Hilda masuk bilik, teruslah tertidur. Pantang betul jumpa bantal skg ni. Konpom lelap.
Ok back to cerita EBM. Bila dh terjaga tu, terusla keluarkan stok EBM utk dicairkan. Cik Hilda nk minum esok kt taska. Baru la teringat, sepanjang Ramadhan memang takdek buat stok-count pon. Bukan mengira sangat pon sebenarnya. Cuma sebab ruang fridge yang kecik, so kadang-kadang main sumbat je EBM dalam plastik tak ikut kategori bulanan.
So amek lah masa sekejap, keluarkan semua EBM dan asingkan mengikut bulan macam biasa. Senang keje sebab takde pembantu time macam ni. Kalau tak, terjerit-jerit la mama tak kasik anak-anak usik EBM cik Hilda.
Asing-punya-asing, rupanya ada 6 storage bag yang dah expired. 1 bag bulan April dan 5 bag bulan Mei. Huwaaaaaaaaa!! Rasa nak nangis pon ada. 6 bag ni lebih kurang 30oz.
Gara-gara main sumbat je dalam peti tu kan. So dh tak berapa mengikut rule FIFO dah. Main capai je memana bag dan terus thawkan. Hmm rugi-rugi!!!
Saya biarkan je dulu dorang ni dalam sinki sbb masih beku. Bangun jam 6.30pagi, baru la lalukan dekat air paip dan tuang kedalam sinki. Nk disiram kt pokok atau pokok bunga, rumah saya ni tak pulak bercucuk tanam. Nak buat milk bath, tak sempat sbb bangun tidur saya terus mandi.
Hmm tapi milk bath tu akan dipikirkan nnt. Mana tau ada yang terexpired lagi. Boleh mandikan Hilda. Kompom kulit dia makin gebu gitu..Hehe!
Ni cara-cara mama dan anak tidur lena sangat waktu malam tadi. Bila dedua lena diulit intan, maka tiadalah demand-supply process diwaktu malam. So bila bangun pagi, tangki terasa penuh saja dan bila di pump-out, dapatla hasil penuh satu botol ni.
6.5oz
Tapi jangan selalu dibuat yer, kerana konsep ini salah! Nak buat macam mana, adakala dua-dua pihak keletihan, so tertidur lena tanpa sedar adalah diluar kemahuan mereka.
Untuk penghasilan susu ibu yang berterusan dan konsisten, rule demand-supply amatlah penting. Bila ada permintaan maka ada lah penghasilan.
Kita boleh bayangkan, tangki air flush kt toilet kita tu.
stylo tank hehehe
Lets imagine, bila kita gunakan toilet dan flush, air dari tank akan dicurahkan ke toilet bowl utk membersihkannya. Then bila dh abes air tercurah, air akan automaticly di refill oleh saluran paip. Air akan mengalir masuk sampai la tanki tu penuh. Even if baru separuh tank refill, then hasben kita pulak guna toilet. Dia flush lagi..Air yang dh masuk separuh tadi akan habis digunakan. Tp proses yg sama ~refill tank~ akan automatik berlaku lagi. Bila tank dah penuh, pengaliran air akan terhenti.
Macam gitulah kaedahnya demand vs supply. Kalau mahu membuat stok EBM, maka kenalah kerapkan mengepam susu. Biarpon hasilnya hanyalah 1-2oz, ianya masih boleh disimpan sebagai stok. Dan walaupon kita baru saja sudah mengepam, anak pula inginkan direct feeding. Layankan saja. Jangan risau susu tiada. Ada sebenarnya, cuma mungkin pengalirannya agak perlahan. Jika anda sabar menanti, letdown reflex tetap akan tiba setelah beberapa minit direct feeding.
Berbalik pada toilet tank tadi, pengaliran air akan terhenti apabila telah sampai ke aras penunjuk air penuh.
satu signal akan dihantar ke otak. Bila di encrypted ia berbunyi.. Supply dah cukup, takyah hasilkan susu dah.
Memanglah kita boleh collect satu amaun yang agak banyak jika mengepam waktu breast penuh. Maklumla ia dibiarkan dalam tempoh yang lama. Tp cara ini akan memberikan efek jangka panjang. Otak jarang mendapat signal kerana menyangkakan supply adalah mencukupi. Lama kelamaan anda akan dapati supply susu anda semakin berkurangan. Ini lah akibatnya kerana tidak memberi rangsangan dan signal kepada otak utk terus menghasilkan susu. Bukan kita tak boleh nk upkan semula production susu, tapi kena kerja keraslah.
So advise saya..juga utk peringatan diri sendiri juga..
* Kena patuh pada jadual mengepam yang konsisten di tempat kerja dan kerapkann memberi directfeeding dirumah termasuk penyusuan diwaktu malam.
Anda boleh pilih untuk disiplin dan konsisten, atau menggelabah ketika masalah melanda. Pilihan ditangan anda. Saya memilih utk konsisten..walaupon mmg kadang-kadang terlanggar juga prinsip itu (kes malam tadi) hehe
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Nak Berniaga Tapi Tak Tahu Bagaimana Nak Mula?
-
Zaman ekonomi mencabar sejak tahun 2014 ni memaksa ramai orang mula
mengintai peluang untuk dapatkan pendapatan sampingan atau side income.
Dah cukup berj...