Showing posts with label DEMC. Show all posts
Showing posts with label DEMC. Show all posts

Kenangan kt DEMC

Alhamdulillah, Hilda dh discharge petang Jumaat. Kahak dah berkurang dan Doc Koshi bagi kebenaran utk balik. 3 hari 2 malam lepak kt sana. Nasib baik kompeni cover. So mama just upgred bilik ke bilik single bed.

Lepas je jumpa Doc Koshi, terus start treatment nebuliser dan bila dh masuk ward, treatment fisioterapi pulak. Treatment nebuliser setiap 3jam. Pepagi buta pon Hilda terpaksa bangun utk amek gas. Malam pertama dia ok je, langsung tak sedar sesi nebuliser ni, so takde la adegan menangis. Malam kedua, dia sedar pd setiap sesi nebuliser. Mama dh pujuk pon dia masih marah. So tahan telinga aje la mama dgn kakak nurse.

Masuk drip air, dan nurse datang secara berkala untuk cek suhu badan dan kadar oksigen dalam darah. Alhamdulillah, sepanjang 2 malam kt sana, Hilda dh tak demam.

Pagi Rabu : muka ceria je tak macam sakit. Seronok main playground

Petang Rabu : treatment fisioterapi

Sanggup tengok sekali je, lepas tu mama tak masuk dh bilik rawatan.
3 hari duduk dalam ward dengan mama je. Bosan sungguh rasa hati Hilda. Tengok tu sampai terbaring-baring kt lantai, dia tak tau nk buat apa.




Malam-malam, papa datang bawak kakak dengan abang datang visit. Bukan main happy lagi dia. Siap tolong babysit kakak dgn abang lagi.




Pagi Jumaat, hari terakhir Hilda kt sana. Dia memang mogok bosan. Asek menjerit je mintak dukung dan layan dia. Last-last mama bawak dia turun ke playground tingkat 1. Nampak la dia happy sket.




Berkampung di DEMC lg

Hujung bulan lepas temankan suami kt ward 302, starting smlm temankan cik mek sorang ni plak kat warf 413. Dalam masa dua bulan, saya terpaksa 'bercuti' kt sini.

Hilda diagnosed as bronchitis. Hmmm mmg penyakit budak budak kecik zaman sekarang kan? Start dengan demam last week, weekend dia happy and ceria. Masuk hari Isnin minggu ni dia start batuk dan selsema plak. Kami ulang bawa dia je Klinik An Nisa. Doc kata paru paru dia dh start berbunyi. Dan sebab demam yg berulang since minggu lepas, maka Doc minta buat blood test. Hasilnya platlet darah putih semakin naik, platlet darah merah nampak gak cair dan memang ada bacaan utk jangkitan virus. Sorry, mama tak reti cerita dlm bahasa medical. So Doc referkan Hilda kat Paed DEMC. Doc memang suruh kami standby baju sebelum bawak ke DEMC, sebab possibility utk kena warded tu ada.

So balikla rumah jap, amek baju dan keperluan lain. Kt DEMC, jumpa dengan Doc Koshi. Ceria amat Doc Koshi ni. Pandai dia amek hati budak budak. Doc check here and there lagi sekali dan memang dia suruh Hilda masuk ward utk treatment nebuliser dan fisioterapi. Kami dah pernah experience the same thing time Hannah dulu.

Dan mula lah lepak kt DEMC. Budak ni tetap ceria dan aktif! Tak dok diam dia explore bilik baru, main cak cak kt langsir, panjat side table.

Alhamdulillah, pagi ni selepas 6kali sesi nebuliser dan 1sesi fisioterapi, Hilda dah tak batuk batuk teruk lagi. Tidur pon lena. Even tengah kena neb malam td, dia nyenyak je tidur.

Insya allah, dia akan recover soon.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sudah discharge

Salam.

Alhamdulillah, suami saya dah pon discharge dari DEMC pada hari Sabtu lepas. Berjaya juga kami harungi dugaan macam ni bersama-sama. Saya sekadar menemankan, membantu dan menyediakan apa yang termampu masa dia di hospital. Untuk mengurangkan sakit, terpaksa juga lah dia menanggung sendiri.. Memang sedih bila terpaksa tengok suami menahan kesakitan sendiri.

Sepanjang 3 hari 2 malam kat DEMC, suami menjalani prosedur CT Scan dan juga Gastroendoskopik. CT Scan saya cuma tunggu diluar, time gastroendoskopik saya berpeluang tengok screen. Rupanya suami kena infection dibahagian ususnya. Bermula dari diarhea minggu sebelumnya, berlanjutan sehingga hampir dua minggu dan akhirnya ususnya dijangkiti kuman. Saya boleh nampak kesan 'bruise' atau luka pada bahagian ususnya. Doktor kata, sakit yg dirasa adalah disebabkan bruise inilah.

Kena habeskan 1/2jug air ubat before CT Scan

Kesian suami ku..
Sepanjang 3h2m kt DEMC, saya bawa juga anak-anak melawat suami. Jam 5pm, saya akan balik ke Subang Bestari amek para HM sekalian. Senang nk jawab kalau anak-anak tanya kenapa Papa tak balik. Habis waktu melawat, saya bawa mereka balik rumah, dan tinggallah Papa sorang dalam ward. Macam tu lah rutinnya hari Khamis dan Jumaat lepas.

Sekarang ni suami MC seminggu. (hukhuk bestnya kalau saya pon cuti sama). He is on antibiotic for one week. Doakan dia kembali sihat ye semua. Dan terima kasih atas sms, FB msg etc etc tentang concern kawan-kawan hari tu.






 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®