Showing posts with label berpantang. Show all posts
Showing posts with label berpantang. Show all posts

Mama Lydzar with 4 kids now :)

Bismillahirrahmanirrahim

fuhhh fuhhh fuhhh lap habuk dan sawang.
last update bulan Feb, sekarang dah bulan oktober.. perggghhhh tu dia lama menyepikan diri.

Last update bagitau dah pregnant, kali ni update nak bagitau dah bersalin. 
Alhamdulillah.

Dah rasmi jadi mama anak 4 dan sekarang tengah berpantang 20 hari.
Berpantang dekat rumah sendiri ditemani buah hati kesayangan dan suami yang banyak sangat membantu. Hampir semua kerja rumah dia take over. Kata sayang bini kan, so kenalah bagi wife rehat rehat je masa dalam pantang ni. Ahaks

My newborn baby is a boy,
Syukur sangat, aturan allah tu sangat cun melecun. Rezeki kami dapat anak berselang bunga
Girl, boy, girl and boy.

Kalau orang tanya apa tips, sesungguhnya mama pun tak reti nak jawab sebab bagi kami, ini semua rezeki Allah bagi. Dan kami pun sebenarnya memang berharap dan berdoa dapat boy, buat kawan dengan abang Hadif.
Bila doktor Dahlia bagitau, its a boy.. memang 1 rumah lah happy..hip hip horay!

Baby mama yang latest namanya Muhammad Hariz Mifzal. Adjust sikit je dengan Abang Muhammad Hadif Mifzal :)

Lahir dekat Hospital Putrajaya. Kelahiran yang sangat dipermudahkan Allah. Syukur lagi.
Cuma sekarang Hariz diagnos as prolong jaundice. Doktor kata ianya tidak bahaya, so mama pun berlapang dada.

Insya allah later mama updat lagi birthstory Hariz.

A photo posted by @lydzar_shaklee on

Herba Maharani

Dalam pada takdek idea nak cerita apa, saya perahkan jugak otak ni utk datangkan satu cerita .. hehe beria sungguh nk update blog.

Sumber gambar

Herba Maharani. Ada yang tak pernah dengar?? 
Ala ni kira sepupu sepapat herba-herba dan health food utk orang perempuan la. Nak cerita lanjut pasal  herba ni, sila google sendiri ketika anda ada masa free..hahaha tak membantu sungguh saya nih. 

Beberapa minggu yang lalu saya ada order herba maharani dari KancilBiru. Dia kan tokei PB dan Maharani.

Masa saya order tu, saya dh dipenghujung tempoh berpantang. Saya order sebab rasa macam tak lengkap je acara berpantang tanpa makan herba-herba ni. Yang saya amalkan dari mula berpantang cuma set vitamin Shaklee saja. Memang set Shaklee bagus dan serasi dekat saya. Cuma saya tak dpt rasa 'panas' yang sepatutnya orang berpantang tu rasa daripada set Shaklee.

Memang saya ada juga makan herba Phytonatal yang kawan saya Ana bagi tu. Tapi saya selalu skip sebab tak larat nk menahan perasaan senak perut sebelum dapat pegi ke toilet membuang sisa pepejal ~erkk sorry pada sesapa yg tengah makan depan laptop/pc~

Tambah-tambah pulak lagi bila dah balik rumah sendiri, saya kena handle tiga-tiga anak saya sendiri. Mandi, basuh berak-kencing dan sebagainya lah. Bila dh agak BZ, stokin pon dah tak pakai. Pakai time nk tidur je. Sepanjang siang tu, saya memang rasa kaki saya agak sejuk. Even pijak lantai pakai selipar, masih jugak rasa sejuk.

Saya ikut saranan kak KB, makan 10 bijik 2kali sehari. Ni dos minima utk orang yang breastfeed anak. Sebab takmo anak dapat efek panas tu. Alhamdulillah, sejak tu tapak kaki yang konon-konon sejuk dah rasa comfort dan selesa je. Memandangkan cuaca masa seminggu terawal pengambilan Maharani agak mendung, jadi memang saya rasa badan dan kaki saya sangat selesa. Tapi bila cuaca agak panas, memang berpeluh-peluh jugak la baju saya. 

Sejak consume Maharani, saya dh tak perlu menahan perasaan senak macam masa makan Phytonatal. Everthing goes smoothly sahaja. I LIKE!

Hilda pulak nampak macam OK jugak. Tak nampak pon dia punya rimas panas tak selesa. Maknanya mmg tak efek apa-apa kt dia la tu.

Production susu, tak leh nk komen sebab masa dalam pantang hormon masih tinggi. So memang takdek masalah dekat situ.

Habis 1 bola herba tu saya makan, saya teruskan bola kedua. Tapi cuma sempat makan utk sehari (20 biji) then saya pon start kerja. Korang tau kan, cerita opis saya terbakar tu. Opis gelap, lampu and aircond takdak. So saya tak berani nak amek herba ni. Serius hangat berasap je dalam opis. So saya pikir, utk saya selesa tak panas berasap, saya stopkan dulu makan herba Maharani. 

Memandangkan Isnin lepas, opis dah pon pulih seperti sediakala, so saya akan sambung makan herba ni sampai abes. Lepas 2-3minggu nnt saya sambung lagi entry pasal ni ye.

psstt : presentation dan packaging Herba Maharani ni memang cantik. Boleh tengok macam gambar kt atas tu. Kotak merah macam kotak cincin, lepas tu dalam bola putih, then ada lagi bola jernih..lepas tu baru la dapat jumpa herba yang sebenar bijian kecil yang berwarna hitam.

Urutan penutup berpantang

Oleh kerana ada yang kata seeloknya buat la urutan penutup berpantang ni, maka aku pon turutkan la. Rasa tak best je bila pikir tak buat apa-apa secara rasmi kononnya aku ni dh abes berpantang. Hihi padahal time Hannah ngn Hadif dulu, relax je takdek buat penutup pon. Saje mengada kali ni nk rasa bersalah plak.

Syok gak 'kakak' tu urut, walaupon sekejap je. Upah nya pon murah jugak. Nak tutup empatploh kali pon bisa aja kalau ini macam.


Uppppss!! Yang sebenarnya nama 'kakak' tukang urut tu adalah Gintel, bukan Osim :)

Day 44 - Officially abes!

Tengok je angka 44 tu, mesti dah tau kan apekebendanya topik utama aku pagi ni.

Akhirnya kini pasti, hari ni adalah last day my confinement period kali ketiga. Hehe!

Esok tanpa ragu-ragu lagi aku dh boleh keluar g jenjalan ke sana ke situ ke mari. Walaupon sebenarnya dah 2 kali aku keluar tp yang itu dalam keadaan ragu-ragu sebab mengganggap blom abes lagi tempoh confinement -on day 36 dan day 42- Walaupon ragu-ragu aku tetap gak keluar ahahaha! 

Aku pon sebenarnya tak pasti berapa jumlah sebenar hari berpantang nih. Ada kata 40 hari boleh, 44 hari pon boleh. Jangan kata 100 hari sudah.. Kompeni den tak provide cuti maternity sampai 100 hari.

So esok adalah projek utk mengregister Trio HM ke taska baru. Later aku cerita bila dah setel.

Ok update breastfeeding pulak. Alhamdulillah, as at 44 day usia Hilda, stok EBM yg terkumpul adalah seperti gambar dibawah. Aku tak count pon berapa OZ jumlahnya. Penuh bahagian atas freezer sahaja. Freezer tu kan 2 level. Level bawah tu adalah space utk letak ayam ikan dan frozen food.


Sepanjang tempoh berpantang ni, aku cuma pam sekali atau dua kali sehari. Dan setiap pagi selepas mandi, aku train Hilda utk bottlefeed. Buat masa sekarang sekali sehari. Dan starting esok maybe kena up kan sesi bottlefeed supaya dia terbiasa. So far, dia menerima dengan baik. 2oz per session.

Tempoh latihan sebenar nnt, akan aku gunakan jadual macam ni sebagai panduan.

Info : myaishah.blogspot.com
 More on breastfeeding, akan diceritakan selari dengan perjalanan dunia BF kami.

HM, HM dan HM :)

psst : ada official acara ke ~berurut etc~ sebagai penutup hari berpantang bersalin ni yer? Previous confinement, aku takdek buat apa-apa pon :D

Pizza Hut Promo at 50%

WOW!!  Mau mau mau!! Macam best je ni..

Wow Saver prices applicable from Mondays to Fridays.
•  Valid for dine-in only.
•  Each person can choose one item at 50% discount.
•  Promotion not valid at Pizza Hut KLCC and Genting Highlands.
Menu adalah berbeza mengikut hari. 

Ai tak kesah, hari memana pon boleh aje..dh lama dah tak merasa makanan sedap-sedap nih. Hari ni dh day 40 of my confinement. Kompom next week boleh angkut anak beranak pegi Pizza Hut Subang 2.. YEAY!!

psstt : walaupon kerapkali upset dgn service Pizza Hut, tp tekak ni tak penah serik nk pegi lagi

Transporting EBM dari kampung ke rumah

Kehidupan hakiki sebagai mama beranak tiga bermula hari ni. Maklumla sepanjang 30 hari dan lebih berpantang, mostly emak yg tolong buatkan keje. Sekarang ni dh balik home sweet home sendiri, maka buat la kau semua sendirian berhad kan..hehehe

Ok nak cerita pasal transporting EBM plak. 

Hasil google-an, ramuan yg paling perlu utk menyelamatkan EBM dari cair ketika dalam perjalanan yg agak jauh adalah : ais / ice-pack, bekas utk menyimpan EBM, garam dan towel.

EBM yang bakal berpindah

ice cube
 Kegunaan ice - utk mengekalkan kesejukan dan suhu EBM supaya tak cair.

food flask kepunyaan mak
 Boleh jugak guna cooler box - Coleman etc, box streoform 

garam - dan si penabur garam
Garam utk melambatkan proses kecairan ice.

Cara-cara : Susun EBM berselang dengan ice cube sambil garam ditabur di setiap lapisan ice. Letakkan sehelai towel tebal diatas ice sebelum flask ditutup. Dan seal penutup flask dengan masking tape supaya tada kebarangkalian flask terbuka.

Setelah melalui perjalanan selama 6jam (11.30am -  5.30pm), alhamdulillah semua EBM masih beku.

Bakal berpindah ke fridge rumah kami :)
Tak lupa, zillion thanks to my parents yang menjaga dan menolong sepanjang tempoh berpantang kali ketiga ni.


Kru berpantang 2011

Kru berpantang 2011
 psst : OMG OMG!! masih terserlah kegemukan aku uwaaaaaa!

Jumaat sudah

Sungguh la mengantuk. Malam tadi Hilda berjaga agak lama. Puas tidur siang sebelumnya lah katakan. Lepas susukan dia, aku ingat dia akan tidur. Rupanya tak lagi. Nak ajak berborak-borak la tu.

Maklumla esok, nenek dia nk buat kenduri doa selamat sempena menyambut kehadiran dia dalam family besar kami.

Esok juga papa nak balik.

Pagi tadi pon awal dia bangun. Jam 7am mata dh bulat. Berjaga sampai la kol 9.30am, lepas mandi baru boleh tidur. Nasib baik abg Hadif dh main kt laman rumah. Kalau tak, mmg semakin panjang la masa nk tidurkan Hilda sebab abg Hadif suka sgt duduk tepi si adik dan cubit-cubit pipi. Kadang-kadang dia korek mulut Hilda. Geram sungguh!

OKlah update sket je lah utk hari ni..nak join cik Hilda kejap.. :D

psstt : jarang sungguh bercerita pasal kakak hannah skg ni..


Petua turunkan berat badan

Baca petua ni kt majalah jap tadi. Supaya tak lupa, terus type kt blog. Boleh buat rujukan bila RAJIN nak mengamalkan nnt.. ~ni la peel orang baru lepas bersalin yang masih belum turun berat badan ke tahap yg dikehendaki~

Bahan-bahan :

Halia
Limau kasturi
Air

Cara:

1. Blender halia
2. Tapis untuk mendapatkan jusnya
3. Masukkan dalam gelas.
4. Campurkan perahan sebiji limau kasturi.
5. Bolehla diminum

Nota utk diri sendiri : SELAMAT BERAMAL!!

Anak anakku


Dah hampir sebulan tak ku dukung si dia. Hari terakhir dia didukung adalah hari terakhir dia bergelar adik. Memang hari tersebut dia gunakan sepenuhnya. Sambil membeli belah di pasar tani, sepanjang masa dia di dakapan. Sikit pon tak mau dilepas mama ni. Memang dia tau agaknya, itulah hari terakhir dia bergelar adik.

Walaupon tak didukung, dia sentiasa nak dipeluk. Dulu dia boleh tidur sendiri. Dapat satu botol susu, baring ditempatnya kompom lepas tu dia akan tidur. Sekarang ni, mesti tangan mama dicari utk dipeluk. Kadang-kadang disuruh mama garukan kepala dia yg tak gatal tu carik feel nak tidur.


Dan yang ini pulak bantal peluk baru. Hari-hari peluk.


Dah pun berumur 27hari. Tidur tak mau dibedung langsung. Panas katanya hehe. Sekarang dh pandai tegak berdiri ketika dimandikan. Dah pandai angkat kepala kalau mama buat test meniarap.

Pipi dh semakin tembam. Muka semakin bulat. Berkat khasiat susu mama. Alhamdulillah, semoga terus dimurahkan rezeki minum susu mama. Pray mama can complete 2 years berastfeeding journey with Hilda Marissa.


Ohh Hilda sungguh relax dan kekenyangan..Tidur dengan pose faveret.


Berpantang : Tip untuk baby dan mama tidur agak lena

2 minggu terawal kelahiran Hilda, ku rasa sangat la letih. Sebab terpaksa bangun setiap jam dan setiap kali dengar dia merengek/menggeliat. Dah tu pulak dia tidur di baby cot, manakala mamanya tidur di tilam yg terhampar dilantai. So proses nk bangun dari bawah menuju ke baby cot dalam keadaan mamai tu pon dah rasa meletihkan. Bercampur lagi dengan perasaan terkejut dek rengekan si baby.

Bawak baby turun ke tilam mama dan susukan sambil duduk. 



Adeh beberapa proses ni bagiku amatla meletihkan. Sudahnya bila pagi menjelang, masih rasa mahu sambung tidur je. Tp pantang larang dari mak kata tak boleh bangun lewat..kalau nk sambung tidur pon kena tunggu lepas zohor. Seksa seksa nk tunggu Zohor dulu baru boleh tidur lagi.

Bila balik berpantang dikampung, ringan sket la tugas sebab Hilda tidur di sebelah di atas katil. But still, bila dia mintak susu aku akan susukan sambil duduk. Dh siap susukan, Hilda tertidur tp bila diletakkan di atas tilam..dia mula berbunyi nak amek feel selesa. Pindah dari riba yg hangat ke atas tilam yg agak sejuk dan tadek feel tu la katakan. Takes time jugak utk aku pujuk dan tepuk-tepuk dia supaya tidur.

Dan semenjak dua menjak ni, aku perhatikan kedudukan dia ketika tidur dah semakin lari dari bantal dan dh mula mengiring. Rasanya dh boleh utk aku apply kan posisi menyusu sambil baring.

Dah 3 hari mengamalkan posisi menyusu sambil baring. Alhamdulillah, setiap kali dia berbunyi dan menggeliat, cepat-cepat aku iringkan badan dia mengadap ku dan suakan punca makanan dia. Terus dia menyusu dengan selesa sambil mama peluk dan tepuk-tepuk bontot dia. Dan dan jugak mama yg tertidur sekali. Heheh! 

No more membazir masa tidur dengan terpaksa memujuk si kecil utk tidur semula. Dia sgt selesa menyusu sambil baring dalam pelukan hangat mama :) Anak lena, mama pon lena..

So itu lah dia tipnya. Kalau mama lain sekelian yg dh biasa nyusukan sambil baring, boleh je kot nak apply seawal kelahiran :)



Tips cuma boleh apply utk baby yang tidak meragam dan menangis diwaktu malam yer. Untuk yg meragam malam, si mama perlu carik punca dan sebab musabab dulu kenapa dia meragam. Kembung kah, panas kah, sejuk sangat kah dan sebagainya kah lah..


Pic credit to Google

Penantian satu penyeksaan

Bukan rentetan entry Aku Rindu Setengah Mati tau ~walaupon mmg ada gak la sikit-sikit rasa terseksa nk tunggu si dia balik menjenguk kami kt sini~

Ni terseksa tunggu barang-barang shoppingan aku sampai. Menurut si PENJUAL , dorang pos kan order aku hari Khamis lepas. Kalau aku adalah beralamat di Kota Damansara ataupon Seksyen U5..aku 99.9% kompom hari Jumaat, barang dh selamat sampai.

Oleh sebab aku adalah beralamat di Felda Chini, so aku terpaksa la expect barang sampai at least dalam masa 3 hari. Huhu lambatnya!!

Biasalah cik kak Lydzar ni kurang sabar sket menunggu. So dia pon kontek lah si PENJUAL, 
mintak tracking number. Dapat je tracking number, terus dia pegi bukak website TRACKING, sebab si PENJUAL hantar by POSLAJU. Nak guna Kanggaroo, kt Chini cuma ada NAGA.. Tak main la Kanggaroo nih..hehehe!


Sinar-sinar bahagia dah muncul sket dah bila tengok kan result tracking system ni. Dah sampai kt Post Office Chini rupanya..

Adakah kerana si POSMEN malas buat kerja, maka barang shoppingan ku belum tiba??

p/s : Mak ada urusan nk setel kt pejabat pos, so terus mintak mak tanyakan dekat sana pasal parcel aku nih. Harap-harap mak balik dengan tangan penuh..bukan tangan kosong :D



Botak @19 days

Hari ni 1 April, si manis Hilda ditransformasikan. Dari seorang dara berambut nipis kepada dara botak.

Gambar malam tadi ;
Mama love this picture..Hilda nmpk sweet je merenung mama sambil buat mulut macam tu
Dah dah la tu mama, Hilda ngantuk nih!

Pagi tadi nenek bawak Hilda masuk bilik nenek lepas kami minum pagi. Mama pulak pegi mandi. Lepas mandi, Hannah hantar laporan "Mama, baby dah botak"

Ohh nenek dah kerjakan rambut Hilda rupanya. Lepas siap pakai baju, mama amek kamera dan masuk ke bilik nenek. Tak sempat nk snap proses awal pembotakan. Dh licin dah pon dicukur ngn nenek dan embah. Sempat snap  gambar at finishing stage saje.

Nenek kata Hilda tidur nyenyak sangat. Sket pon tak bergerak masa dicukurkan. Mana tak nya, dia bangun awal pagi ~5am~ menyusu sampai le mama ni tak larat nk bukak mata. Jam 8.45am baru dia tidur semula.. Mengantuk la tuu..

Tu tangan nenek

Lagi satu tangan embah

Sampai siap dia tak bangun
Dah siap cukur, nenek terus mandikan. Takut badan Hilda gatal kena rambut tu.

Dah mandi, dh nenen..tidur lagi
pssst : Embah tu makna dia sama dengan Atok..kami sekeluarga berdarah Jawa dari Sabak Bernam :)

Pumping during confinement


Ayoyoyohhh!! Budak laki ni pon pumping ke???
Aku berazam nk start pumping utk stok bermula esok. Pump secara berjadual dan rutin.

Beberapa hari sebelum ni, ada gak pump..tp hanya utk bagi Hilda minum dalam amaun yg banyak utk turunkan jaundis dia. Since balik kampung ni, baru 2 kali aku pump. Dengan alasan, baby belum sebulan..takpa kot kalau tak pump pon Hehe! Dasar pemalas ekekeke..

Tp semangat kembali membara lepas bershopping online di One Baby World.


Aku borong storage plastik Autumz ni 4 kotak. Tengah SALE sekarang ni. Harga asal RM12.90, harga sale RM10.32 ..Banyak gak jimat kalau beli. So apa lagi, sape nk beli..cepat g terjah One Baby World. SALE sampai 10 April 2011.

Bukan order ini saja, ada lagi benda lain yg aku order..Tu belakang cerita lah ~beringat-ingat sket bila online shopping, bill masih blom dibayar!!~

So, bermula esok ..insya allah akan ku mulakan operasi mengumpul stok EBM secara berdisiplin dan konsisten.

Pemerhati yg sukses

Drama sebelum ni :

Hannah : Hari ni mama tak buat kerja ke?  (kerja : milk pumping)
Mama : Ermm tak..
Hannah : Kenapa?
Mama : Baby Hilda dah minum dah tadi.


Drama selepas ini:

Hannah : Hari ni mama tak buat kerja ke?
Mama : Nak buat la ni. Ermm Hannah tolong mama amek towel kecik dalam bakul tu boleh tak? Nanti mama nk lap kerja mama ni.

Mama : Lepas tu, boleh tak Hannah tolong letakkan barang mama ni kt sinki. Jap lagi mama nk basuh

Mama : Lepas tu, tolong mama blablabla bla bla..

Hahaha padan muka, Byk tanya lagi, nnt mama bagi banyak giler arahan kerja kt Hannah LOL


Naik Motor

Hannah n Hadif mmg cukup suka naik motor. Dulu masa mama dh berada di stage terakhir pregnancy, memang papa yg tolong hantarkan dorang ke taska naik motor.  Suka betul dorang.

Sekarang bila dh ada kt kampung, lagi la bertambah suka dorang naik motor. Kt umah nenek, tadek kereta. So nak kemana-mana memang kena naik motor aje la. Tiap kali nampak nenek sarung tudung, or tengok embah pakai baju complete mesti budak berdua ni alert semacam je.

"Mama, nenek nk pegi mana? " Soalan ni pon mmg cepat je keluar dari mulut Hannah.

Selalunya, nenek atau embah cuma boleh bawak salah seorang saje. Sbb Hannah belum boleh membonceng kt belakang. Takut jatuh. Nasib baik jugak la dorang ada 2 bijik motor. So dapatla dorang berdua naik motor dgn embah or nenek.

Ada juga masa kadang-kadang terpaksa bawak Hannah sorang je. Terpaksa la alihkan perhatian Hadif. Ajak tengok Ultraman kt Youtube ke ajak tengok tv kt bilik nenek ke..

Bila dah kena tinggal, mama pulak la nk kena layan soalan Hadif.

"Nenek?? " "Embah??" "Kakak?" Semuapon dia tanya.

Mama jawab sambil tipu "Dorang semua pegi kerja" ~hahaha kakak pon pegi keje~

"OK" Jawapan yg satu tu je boleh dia terima. Cuba jawab nenek dgn kakak pegi kedai. Kompom meraung budak jantan sorang ni..

Bila dh boring tadek kawan kt rumah, senang sungguh nak ajak dia tidur. Even baru kol 11am pon dia boleh tertidur. Punya la bosan. Hehe! 

Tapi takpa, nenek adil. Pagi dia dh bawak kakak naik motor, petang karang dia akan bawak Hadif pulak naik motor pegi beli goreng pisang. 

Terima kasih nenek dan embah sebab rajin sangat layan cucu-cucu dorang ni :)




Berpantang

Siapa setuju, tempoh berpantang ni..agak best tapi juga agak BORING??

Best sebab ada orang tolong masakkan, tolong buat household chores, tolong rebuskan air mandi, tolong buat susu anakanda berdua ni.. ~sebab berpantang dengan mak kan, cuba kalau pantang sendiri haru biru la agaknya hihih~

Dah tu apanya yang boring??
Boring sebab tak leh nk keluar kemana-mana. Lepas keluar dari hospital, baru la berkesempatan tekan nombor dekat lif tu. Sebab nk pegi hospital nak check jaundis Hilda. Kalau tak, kompom terkurung aje kt rumah sampai ke sudah. 

Dan lagi satu pemakanan terkawal la kot..Buat masa ni, limited type of ikan je mak aku prepare utk aku makan. Ayam, daging and seafoods is a NO-NO huhuh! Ayam mak kata tunggu sebulan baru dia bagi makan.

Bila dh boring tu, kita mengadap laptop jer la yer..Sambil2 jugak baca buku-buku yg ada kt rumah ni.

Baru tadi terbuat exercise lepas bersalin yg ada dalam buku tu.. BEST jugak rupanya..boleh la amalkan tiap-tiap hari lepas ni.

Google, terjumpa jugak senaman yg sama macam dalam buku tu.. 
Sesiapa nk buat rujukan, boleh la ke link tu.






Minyak panas!

Tepi tepi!! Lalu lalu! Minyak panas ni!!!

..dulu time kt UiTM, masa berhimpit-himpit naik bas nk ke kelas, aku selalu dengar;

"Lalu lalu..sup panas..sup panas..bagi laluan!!"  korang penah dengar??

Dengan segeralah orang bagi laluan, padahal tu trick jer..Orang tu nk keluar dan turun dari bas yg penuh sesat. Dh sampai destinasi :) Dan selalunya budak-budak laki la yg buat ni..

Takdeknya nk cakap.."excuse me..nak lalu..nak lalu. Aku nak turun ni"

Hehe yg sebenarnya aku nak bertanya pada sesiapa yang berkaitan..sapa ada cadangan utk minyak or losyen panas utk aku pakai masa berpantang nnt..

Masa deliver Hannah, pakai minyak Mestika kaler hijau tu..masa Hadif, pakai losyen Syifa. Aku suka losyen Syifa tu sebab selain panas, dia jugak wangi :)

Kali ni, tetiba macam nk try minyak/losyen lain pulak. Yang belum pernah aku guna.

So meh la tinggalkan komen dan cadangan yg bernas daripada kawan-kawan semua. Minyak/losyen brand apa korang pakai, harga, ktmana korang beli..

Sudi-sudikan la yer bersharing bersama ku :)


Terima Kasih Daun Keladi yer..Cik Puan Ilya Suhana!


Yang kt gambar ni la, Cik Puan Ilya Suhana :) - kredit to her FB picture. Comel je mommy Dhiya ni. Jangan terpedaya dgn kekiutan dia sebab dia bukan anak dara dah tau! Mak dara ni! Tolong jgn ngorat hahah!!

Terima kasih yg tak terhingga sebab telah menghadiahkan saya perkara-perkara berikut ;


Pic credit to : Zana

Alhamdulillah, selamat bajet aku utk beli dorang ni especially pil Phytonatal tu :)
I like it I love it very much sebab memang mujarab membantu sistem perkumuhan aku masa berpantang dulu..

Erm ada tak sesapa nk hadiahkan aku losyen Syifa??


Kecik tapak tangan, stadium Shah Alam aku tadahkan hehehe!!

Tetiba macam rasa dh nk berpantang pulak bila dah ada benda-benda ni..


 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®