Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Aktiviti Ogos dan September (Raya)

Raya dah habis kan?

Kan saya ada cakap dalam post sebelum ni, kita wrap up cerita raya dalam satu entry dipenghujung Syawal aje. Hehe. Tahun ni, tahun paling kurang kami berjalan raya. Tapi tahun pertama kali kami buat open house.

Terima kasih pada yang sudi menjamu, dan terima kasih pada yg sudi datang.










Dan selain dari aktiviti raya, masa saya juga dipenuhi dengan aktiviti perjumpaan ilmu dan menyedut aura :D

Saya sedang berusaha untuk sama-sama membawa semua anak-anak Shaklee saya menuju kejayaan. So ini adalah antara usaha yang saya kena buat. Tak susah pun, sambil berjumpa, makan dan belajar sambil bertukar-tukar pengalaman tentang bisnes Shaklee.







Minggu depan ada aktiviti piknik plak. :)
Love meeting new people, make friends and be a family..




Syawal Habis sudah

Dan tahun ni adalah tahun tersedikit kunjungan kami dpt buat. Maknanya tak pegi berjalan atau ke openhouse sangat lah.

Pelik sebab tahun ni mcm setiap wiken jalan jemm menggelabah. Padahal tahun2 sebelum ni pon orang buat openhouse during wiken kan. Boleh je tahun lepas dari Kajang, ke Seri Kembangan dan ke Subang tanpa masalah. Tahun ni, dari Subang Bestari nk ke Sg Buloh pon berpeluh dok dalam kereta..apatah lagi nk berkunjung ke area Kota Warisan. Terpaksa lah membatalkan niat.

Tahun ni saya tak beraya langsung dengan kawan-kawan zaman SEMESTA, zaman UiTM dan zaman tempat kerja lama. LANGSUNG TIDAK!  Beraya di FB aje lah kita ye :)

Dan minggu terakhir Syawal, anak-anak demam maka duduklah kami dirumah sahaja walaupon Notification invitation di FB tu berjela panjangnya. Mintak ampun maaf tak dapat kami penuhi. Patutlah duit raya yg saya dh masukkan dalam sampul tak banyak yang luak. Insya allah esok boleh keluarkan balik buat belanja haha!!

Gambar hiasan waktu beraya di rumah boss. Invitation hanya utk LADIES only :)
Sedap sangat wife boss masak..


Photoshoot, Jamuan Raya PBJV, Jamuan Raya Shaklee

Ok kita 'bungkus' lagi satu cerita dalam satu entry.

Photoshoot, Jamuan Raya PBJV, Jamuan Raya Shaklee. Kebanyakan gambar tak menunjukkan suasana RAYA pon. Nak buat mcmmana, tak dan nk snap sangat.

1) Lydzar PhotoRaya Shoot @Taman Tasik Shah Alam.
Oranje lagi kita hari ni. Gambar maybe siap next week sbb tukang tangkap gambar sedang berholiday bersama family ke HongKong.


 2) Abes photoshoot, terus ke Kota Damansara for Jamuan Raya PBJV. Sampai awal, so tak crowded. Dapat belon pertama dari pakcik clown. Foods very nice, tp saya tak sempat rasa semua makanan pon. Pakai girdle so perut sempit sekejap. Perut tak leh nk diisi dgn banyak :)

Aktiviti pertama, mintak belon dari clown

Satay, kambing panggang, char kuey teow, sirap bandung special

dengan jiran next apartment : Aqil

Dah nk balik ni

Sempat buat sand art dulu
Hasilnya! Hadif punya tak sempat siap
3) Makan-makan di rumah uncle Zulfadhli @Apartment Subang Impian. Gambar tak snap by my handphone. Lama sungguh kt sini sebab nk tunggu cukup korum. Dari kol 1.30pm sampai kol 4pm.Sampai je ahli terakhir, amek gambar ramai-ramai then kami pon gerak balik. Balik rumah solat zohor, relax-relax jap..solat asar dan terus gerak ke Empire Subang

4)Jamuan Raya di Shaklee, Empire Subang
Jam 6pm ada briefing and meeting pasal online bisnes. Selesai briefing acara makan pulak. Very simple menu, nasi beriani. Cik Sudin, Hannah and Hadif beredar lepas makan dan saya juga Hilda masuk ke dewan untuk aktiviti Shaklee. Ada business talk, motivation sharing, product knowledge, dan games.
Saya amek bahagian dalam Testimonial Sharing dan juga games buat baju pakai suratkhabar. Dapatlah hadiah untuk dedua participation saya :)

My testimonial sharing : Lecithin mengurangkan sindrom 'urat putus' lepas bersalin saya. Heheh!

Tengah tunggu papa siap solat magrib

Kan main suka dia dengan bling-bling pada jubah kak Cery

Hadiah dibawa pulang.
So sorry to mama Nabiha dan Abdul Wafiq sebab tak dapat nk penuhi undangan ke openhouse korang. Masa sungguh padat aritu.

pssst : bercita cita nk buat openhouse hanya selepas tahun 2014.:D

Satu minggu satu entry!!

Salam Isnin!! Phewww punya lah terbiar blog mommalydzar ni sekarang.

Dah tak seligat dulu menghapdet entry.. Mengapa owh mengapa???

Hehe bz pikirkan benda lain la tu kotttt...

Ok what's new?
Kita rangkumkan ajelah story mory past few days in one entry ye :)

1) Open house : Kan mood raya lagi, jd mari lah kita beraya kesana sini. Tak banyak pon picture snap masa beraya..tp dengan geng ni, setiap rumah mesti akan amek gambar sebagai bukti dh sampai. Geng ni bukan geng GAGAK tapi lebih dikenali sebagai geng GS..gabungan sahabatlah kekdah nya. Geng schoolmate en Sudin kt Sentul. Berkawan dari kecik sampai ketua beranak pinak nih.






2) Telepon baru sempena merdeka. Date beli 30hb Ogos 2012.
Juga hasil penat lelah saya bekerja dan mengoperasikan Kedai Triple S. 14hb Ogos dapat bonus berganda dari Shaklee jadi saya abadikannya dalam bentuk ini menjadi tanda kesungguhan saya bekerja untuk mendapatkan apa yang saya mahu. Lagipon telepon C3 saya tu memang dh meragam. Sebelum dia pulak buat saya meragam, saya tukarkan C3 jadi S3 :)

Dan telepon ni datang dgn pakej no baru..so sesapa yang nk berurusan dengan saya (nak tanya / order/ beli vitamin, nak jemput kenduri / openhouse, dan sebgainya) boleh kontek saya kt nombor baru
013-358 3424. No lama akan ditamatkan perkhidmatannya soon.



3) Walking for 2km on 31st August : Parking - Stadium Bukit Jalil
Bukan saje saje nk exercise pon, tapi terpaksa sbb takdek parking yg dekat! tengok tu haaaa..berminyak minyak muka ..tudung pon basah dek peluh. Ni semua kerana tiket Cabutan Bertuah hihihi..
Our kids enjoy the celebration very much especially Hilda..joget goyang kepala terlalu syok sampai terhantuk sket kt tiang pemegang tuh.

Result hampa, pulang tanpa apa-apa hahaha!!!



4) Double Master Celebration @ Hotel Impianan KLCC
Ni acara penghargaan pada businesswoman (kali ni bisneswomen la sebab perempuan) Shaklee yang telah berjaya mencapai tahap tertinggi dalam bisnes Shaklee..gelaran tertinggi adalah Master Coordinator.
Celebrating two of the successfull lady : Master Shareeza dan Master Iffah.
Kena datang utk dapatkan aura kejayaan mereka. Menarik sgt perkongsian kisah mereka sepanajng menceburi bisnes Shaklee ni.

To succes in this business is to love yourself first. And to love yourself, give your body the best nutrition it needs.  Do what you love and money will follow.

Huhuhu income mereka berdua dgn Shaklee dh mencecah 5angka. Someday i will..someday insya allah.

Makanan pon sedap!!! Raya food served sebelum acara bermula. 




Okeh tu saja lah wrap up cerita untuk beberapa alkesah. :)

Layan gambar : Lebaran 2012

Penyakit blur sudah mai.

Banyak nk type, tp tak tau mana nk mula. So layan ajelah dulu gambar family HM beraya kt luar rumah ni..hehe

Saja2 pose kt luar sbb kamera kami perlukan pencahayaan yg terang baru lah gambar tak GEGAQQ!

Saya plg suka gambar no 2...hahahah bajet comel laki bini berdua ni kan.

Salam Aidilfitri sekali lagi utk semua dari kami.

Ada sesapa nk dtg raya kt rumah? Jemputla datang, tapi calling2 dulu ye...






SALAM LEBARAN 2012

Balik kampung checklist

Dah ramai yang memulakan perjalanan pulang ke kampung kan.

Sebelum balik kampung, dh pastikan semua checklist ini di 'tick' Salam Aidilfitri dan semoga selamat dalam perjalanan dan percutian dari saya mewakili team Kedai Triple S.


Raya Korban

Takde banyak yang saya nk cerita pasal Raya Korban tahun ni, sbb macam previous years jugak, saya tak balik rumah parents saya di Pahang. Beraya di rumah mertua di Kajang saja.

Tiada perasaan yang terlalu istimewa yg dapat saya rasa sebab persekitaran saya yang tidak terlibat dgn aktiviti korban. Malah tidak terlibat juga dgn acara menghantar orang pergi - balik Haji. Sebab tu lah, saya tak dapat rasa feelingnya di setiap Raya Korban. Mungkin satu hari nanti, bila kami diberi rezeki utk membuat korban. Mungkin suatu hari nanti bila parents atau mak mertua saya bakal mengerjakan Haji, atau saya sendiri ada rezeki utk berkunjung kesana, baru la terbit perasaan Raya Korban itu. Hihi. So raya tahun ni pon its just a plain one.

Tp tetap ada sedikit perasaan iri dan sayu bila melihat status kakak saya di Facebook yg sibuk masak-masak nasi beriani bersama emak di kampung. Di rumah mertua, juadah raya yang ada, nasi himpit dan rendang kerang. Memang mertua saya memang begitu sahajalah sambutannya setiap kali Raya Korban menjelma. Dia pon sama mcm saya kot. Tadek feeling raya. Hihi!

Gambar raya tiada ye.




Salam Aidil Adha

Kami bg pihak mama nk wish Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua kawanKawan mama. Juga pada semua pengunjung setia blog mama kami.

Dan tak lupa juga buat customer kedai online mama tu.

Dia pesan, jgn overdose daging korban masa raya ni. Takut nnt paras kolestrol go upstair. Tp kalau terasa nk try set kolestrol yang kedai mama saya jual. PM/ sms je dia. Kompom dia reply.

Ok salam aidiladha buat semua!

Published with Blogger-droid v1.7.4

Open House Lunatots HQ

**Auto publish entry**

Sabtu lepas, kami raya kt kedai Sue pulak. Lunatots HQ dekat Cheras.
Saya rasa macam almost semua mommies kenal dgn Su atau nama glemernya Sue Lunatots nih. Tokeh cloth diaper dan breastfeeding gadgets. Juga Lactation Counselor. So almost semua BF mommies kenal dia kan.

This week Su buat openhouse kt cawangan Putrajaya plak. Moh kita kesana pulak. Hik hik boleh ke Sue?

Sampai ditengahari yang panas, terus carik tuan rumah kt dalam kedai. Fuhhh lega bila masuk dalam kedai sebab aircond. :)

Jumpa tuan rumah, salam-salam kenalkan diri. Takut tuan rumah tak kenal je. Maklumla belom pernah bersua muka di alam nyata. Selalunya mengkomen dan bergurau senda kt blog saje :) Nasib baik Sue kenal hehe.
Isi attendance list utk dapatkan free gift ni dan tinggalkan jejak kt Guest Book dia.


Cik Puan Suraya yang comel orangnya, lemah lembut suara dan gaya cakapnya bizi melayan tetamu yang datang. Lepas tu, apa lagi..kita keluar carik makanan lah kan :)

Ada bihun goreng, laksa johor, fruit tart, apam polkadot, dadih, kuih muih, kuih raya dan macam2 lagi.





Macam biasa take turn utk makan. Sorang pegang anak, sorang lagi layan 2 orang anak makan sambil yang dia tu cuba-cuba makan walaupon memang selalu tak kenyang sbb tak kosentret makan. Tak ape lah.yang penting dah jamah.


Lepas semua setel makan, masuk dalam kedai jap carik apa yang sesuai nk dibeli. Dalam cute bag souvenier tu ada voucher 10% utk apa-apa produk yang dijual kt Lunatots ni. Macam rugi plak kalau tak guna. Yang pasti saya bukan beli CD. Tiada daya saya nak menCD kan semua HM nih. :)

Hadif melekat je kt rocker Elephant ni. Rebut-rebut dengan kakak, dia yang menang.

Hilda dgn Papa yang asalnya tunggu kt luar je. Sebab mama lama sangat carik barang, so dorang pon masuk dalam kedai sekali.


Okeh dah dapat apa yang dihajatkan. Apa bendanya, nanti kita baca entry yang bakal menyusul ye!
Sempat jugak borak-borak ngn Sue sekejap dan ofkos la wajib snap sekeping dua gambar dengan dia. Kenangan yang saya dah pernah jumpa dengan salah seorang wanita hebat yang seusia dan juga beranak tiga macam saya :)

Berharap agar dapat tempias aura success daripada Sue :) ~tapi saya nk bisnes apa lagi ye hehe~


Terima kasih kerana menjemput kami yer Sue. Semoga Sue sentiasa success dgn apa juga yang Sue lakukan. Semoga bisnes semakin maju dan berkembang..Amin.

Basikal baru Hannah

Ni lah dia hasil duit raya Hannah tahun ni.

Rumah mama takdek laman. So diruang yang sempit ni lah dorang dua beradik berpusing-pusing dengan basikal ni. Hilda pon kena make-a-way bagi laluan kt kakak-abang bermain.

Tapi bagi Hannah ~Hannah tak kesah~ sebab walaupon ruang sempit, dia tetap happy mengayuh. Hadif pon tak kurang happynya, berebut-rebut sambil nangis nk main basikal kakak.


Yang ni pulak, utk Hilda. Walker lama abg Hadif dh rosak lalu dibuang. So kena beli baru utk Hilda.


Setakat ni, Hilda tak enjoy sangat pon naik walker. Dia lebih suka kalau mama yang pegang or dukung dia. Bila Hilda takmo naik, Abg Hadif amek alih. Dari hujung sini ke hujung sane dia pegi. Maklumla bila kalah berebut dgn Kakak, terpaksa la dia bawak diri masuk walker sambil senyum-senyum kesana dan kesini. Mama dh jerit marah sebab takut walker adik rosak pon, dia masih senyum-senyum dgn hensemnya..

Untuk Abg Hadif, dia request motor yang berbateri tu..Hmmm mahal jugak tu. Kita tengok nnt tercapai ke tak hasrat dan hajat dia :D

Black and white theme di sawah padi





AidilFitri 2011 : Bermaaf-maafan

Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di hari raya
Bermaaf-maafan riang gembira
Hehe memang riang gembira je, sambil salam sambil tengok kamera. Setakat ni, takdek lagi scene nangis-nangis time bersalam raya. Kuikuikui!! Kena nangis ke? Ntahla, saya memang tak reti bersalam penuh perasaan macamtu. Dengan mak abah pon, kami adik beradik salam sambil gelak-gelak je. Macamkan takdek dosa je hahahah!!!

Tak kesahlah. Yang penting setiap kali buat salah, kena mintak maaf terus. Bukan tunggu time raya. Kan?

OKlah sebagai memori Aidilfitri 2011. Kena abadikan jugakla sesi salam-salam nih.







Hihi asal boleh je, tiap kali nk pandang kamera. Tak real sunggoh!!!!

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®