Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Kasut

Blur blur blur..

Esok cuti. Seronoknya kalau dapat ukur keluasan mana-mana shopping complex.. kan? Dah lama tak jd juruukur macamnih. Huhu!

Cadang-cadang nk carik sandal cantik sebab dh sekian lama kaki ni tak sarung sandal ala wanita ayu. Hari-hari sarung 'memory cushion' tu je, sampai dh almost lunyai. Nak buat macam mana, sbb memang selesa, so itu lah satu-satunya alas kaki yang akan digunakan utk kemana-mana. Hatta pakai baju kurung pegi opis pon akan sarung dia jugak. Hmm tak berapa cantik dipandang tp selesa buat tuan punya kaki. Belasah aje lah.

Oklah, saya nk berfikir kejap nih. Hihi!

The HMs santai

Petang petang layan keropok ikan sira pedas kecuali cik Hilda layan rice baby bite sambil temankan mama yg rasa kesian sgt dekat Azmi, bengang betul dekat Melly dan kagum dgn kesabaran Kamadhia. Tak kurang juga melting melting tengok si maskulin Zikir. Rafee? Alhamdulillah terbuka pintu hatinya kembali ke jalan yg lurus. Kesian mak Melly kan?

Mama mmg suka cerita melayu. Takpela kalo ada yg tak suka tengok anggap cerita melayu ni sekadar drama. Huhu mmg la drama je cik abg oii. Sekadar nk relax relax sebelum bz semula dimalam hari. Slot yang ni je pon dapat layan sejak dari zaman peknenkan hannah dulu. Mama mmg malas nk tgk Buletin Utama, lagi lagi siri Terowong tu. Takut ahh¡

Oklah tu je nk taip. Petang ni santai cara lain sbb Tentang Dhia tak bersiaran dihari Jumaat.

Lunch time nnt nk pegi carik legging untuk Hannah si rama-rama.

Owhh Promosi Disember Kedai Triple S dah pon diwarwarkan. Sape nk tau, pm je saya. Send email ke lydzar@gmail.com dgn subject Promosi Disember ye. Ahaaa bulan ni bulan berawet muda pulak!

Published with Blogger-droid v1.7.4

Random

1. Saya dh kembali ke workstation saya.. Electric supply dah kembali pulih di level 2. Bye-bye meja di bilik HR yang cuma seminggu saya singgahi dan sekarang saya ber'aktiviti' disurau pula :)

2. Lesson learnt from 'Mama, saya lapar' bernar-benar difahami oleh Hannah. Bukan setakat teori malah praktikalnya sekali. Malam tadi kami bawa anak-anak ke MyMydin yang baru dibuka di Subang Bestari. Hannah betul-betul ambil apa yang diarahkan saja tanpa sedikit pon melencong ke arah rak 'makanan sampah'. Cuma Hadif maybe perlukan lebih tuisyen sebab dia masih insist mahukan gula-gula Mentos :D

3. Modem broadband saya masih belum berganti. Saya dah rindu discussion dan posting di group "Kumpulan Ibu Menyusukan" di Facebook. Kat opis, FB kena block!


Random

1. Rupanya dh ada produk ready made utk petua turunkan berat badan ni. Produk keluaran Yusmira.

Tp harga dia macam agak mahal . 
Kapsul Serai Limau Nipis Plus Halia: RM50 utk 100 tablet, 
Teh Serai Limau Nipis Plus Halia : RM42 utk 35 uncang

Pic credit to VWclicks
pic credit to : Ayubumibeauty

2. Million tengs to cikpuan Mek Rose atas idea bernas ini ;


Malam tadi,sendal pintu dengan toto lama. Terus tertutup lobang bawah pintu tu. But still ada sekor gonggok merayap. Yang tu mmg buat rumah kt dalam bilik aku kot..Tapi kira okla, dapat tidur dgn kadar 65% nyenyak bila ada langkah berhati-hati macam ni.

3. Hari ni dah hari Rabu..Saya tak sabar tunggu hari Sabtu :)


Saya Busy


Adeh..dh tengah ari baru sempat nk update blog. tetiba bz huhu..oleh itu, layan dulu lah gambar buah hati pengarang jantung guwe sementara guwe nk siapkan kerja dan mengarang ayat nnt hihi!

Gambar masa bday celebration anak eila last sunday :)


*hannah makan 2 eskrem*

*rambut pacak semakin panjang*

ps : nnt aku nk tepek gambar incek kamaruddin time dia kt obesi aritu lah..tp dia tak byk amek gambar pon..alasan, gambar tak cantik bila amek waktu malam dan indoor..huhu mmg yer pon..




Random

Selamat hari isnin :) Kena senyum, walaupon hari ni adalah hari isnin yg belues yer.

Random 1 : Si sotong Paul membuat ramalan lagi. Tepat pulak lagi tu..Adoilah, lepas ni ada yg anggap sotong ni 'keramat' nih

 [pic credit to : Google]

Random 2 : Abg dh selamat sampai semalam. Dalam hujan kami meredah jalan raya demi utk berjumpa si dia yg tersayang. Ala apa ada hal, redah dalam kereta, bukan sambil berlari-lari anak..kan :P Dahtu amek pon kt Shah Alam saje, bukan kena ke KLIA pon.

Random 3 : Tahniah pada Mohd protege kepada Ziana Zain, pemenang realiti show Mentor 4 malam tadi. Dah jadik pakcik/makcik kayo dah dapat RM100,000 sorang..Bak sikit duit tu boley?

[pic credit to : GUA]

Random 4 : Abg beli banyaaak sangat baju utk Hadif. Banyak juga utk Hannah. Dan 1 saja utk aku kt sana..HeHe takpa, dia ada belikan aku benda lain selain baju. Dan aku juga mungkin dapat request baju lain pulak tp beli kt sini jer la..Baju raya pon tak beli lagi nih

Sekian entry random utk pagi ni..tengah kumpul mood utk bekerja


 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®