Showing posts with label wedding anniversary. Show all posts
Showing posts with label wedding anniversary. Show all posts

Celebration di bulan Mac

Entry pertama untuk bulan ini :P

Bulan Mac ni bukan double celebration bagi family kami. Berkongsi bulan untuk anniversary mama papa dan juga birthday Hilda.

Dah 7 tahun 'aku terima nikahnya' :)
Dan semoga kasih sayang terus kekal abadi berdua.
And to you my husband, After all this time, you are still amazing to me. I fall in LOVE so many times, but always with the same person that is YOU!


Memandangkan tahun 2012, kami tak kemana-mana langsung untuk family trip, jadi tahun ni kami berdua decide untuk ke Cameran Highland, bercuti sambil berehat. (Back in 2011, kami ke Langkawi untuk double celebration ini). Untuk kali kelima kesana, rasanya kami perlu cari tarikan lain selain dari strawbery dan teh disini. Ahaks. Tapi tu lah kan, what to expect from tanah tinggi macam ni. Takkan nk suggest buat waterpark, menggigil kot nnt orang nak mandi.

Dan hari ini, 13.03.2014, birthday Hilda. Mama tak de plan any specific celebration utk dia. Tapi dari semalam lagi dia mintak nak beli kek princess. Sampaikan pagi tadi kena bawak dia pegi kedai kek yang masih tutup Bila tengok kedai tutup, baru la dia boleh bawak bersabar :)


Mama ikat rambut, dia nk ikat rambut.
Mama pakai losyen, dia nk pakai losyen
Mama pakai tudung hitam, dia pon nak! Padahal dia takde tudung hitam. :)

Happy birthday sayang. 
Mama love u so much. 

Semoga Allah sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik buat Hilda,
Smoga Hilda sentiasa menjadi anak yang solehah dan terpelihara imannya. 
Semoga Mama sentiasa mendidik dan membesarkan Hilda mengikut syariat Islam
Ya Allah, lindungi kami, kasihi kami, jadikan kami hamba Mu yang beruntung di dunia dan di akhirat.



Happy 6th Anniversary Din & Liza : 10.03.2007-10.03.2013


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang……

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan,  Dia milikku, tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku, Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Kukuhkanlah ukhwah Islamiyah kami, Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi, Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ke tepian yang sejahtera dan abadi, Istiqamahkanlah kami ya Allah…
Demi meneruskan perjuangan kami dalam medan dakwah yang penuh cabaran ini…
Jika ikatan yang Engkau tentukan ini, Adalah satu pemangkin bagi kami…
Untuk menyambung rangkaian mata-mata rantai, Penerus perjuangan yang tidak akan terhenti ini, Maka jodohkanlah kami…
Moga putra-putri kami bisa menjadi muslimin dan muslimat, Pendokong jamaah, Penggerak gerakan Islamiyah… 

Ya Allah …
Redhakanlah perjuangan kami, Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan peliharakanlah kami dari azab api Neraka…

Ameen…ameen Ya Rabbal a’lameen

Tolong amin kan sekali yer rakan-rakan bloggerku sekalian..


Happy 5th Anniversary Kamaruddin & Norliza

Alhamdulillah, Syukur Ya Allah.

We reached the 5th year of our marriage. Alhamdulillah.


Doa dan harapan, tiadalah yang lain, selain dari limpah rahmat dari Allah, dikurniakan jodoh dan kebahagian berpanjangan kepada kami sekeluarga dalam melayari kehidupan ini. Juga berdoa agar kami dapat bersatu hati dalam  mendidik dan membesarkan permata-permata kurniaan Allah kepada kami. Insya allah.

Abang, I LOVE U..and always DO.


Celebrate makan ayam golek Kenny, kt Jusco Equine of kos la dgn dorang ni :)


 

Macam biasalah, kalau takdek photoshoot, maka salah sorang akan terpaksa jadi photographer. hukhukhuk!


Our 4th Anniversary, 10.03.2011




Turun Pangkat!! Arrgghh!!

Salam Isnin!!

Sebelum cerita pasal turun pangkat tu, aku nk tepek gambaq aku tiup lilin sama anak-anak. Papa adalah tukang beli kek dan tukang amek gambar..

Actually, balik dating Jumaat tu, terus nk singgah beli kek. Sekali terlajak terus sampai rumah. Then malam tu plan nk keluar semula, tp papa pulak dh ngantuk bagai nak rak. Since balik dari US ni, dia memang asek tidur awal je. Ngantuk sungguh katanya. Body tengah adjust balik ngn malaysia's clock kot..huhu..

Hannah dh merengek-rengek nk makan kek happy beday to u mama..panjang betul nama kek dia tu :P
La ni, jgn la buat janji palsu ngn Hannah. Dia dh pandai tuntut janji. Jadi aku pon mcm-mcm dalih la kasi kt dia supaya dapat bersabar. Takmo la kejutkan papa, kesian dia..

So pagi Sabtu, alang-alang keluar p basuh kereta, Abg pon singgah la kedai kek dan pulang membawa kek Hepi Bday to u mama utk Hannah..Potong je beria. Bila suruh makan abes bersepah-sepah lantai..HukHuk mama gak jadi mangsa. Hari-hari kena lap lantai pakai tangan sambil bertinggung dan bersimpuh mcm dalam cerita korea ke cerita jepun tu..

*dorang ni suka part ni jer*

*nom nom nom*

Sabtu lepas, kami attend wedding Maz- my ex schoolmate. Yahniah Maz..Semoga bahagia berpanjangan..Jumpa jugak la few friends..tapi tak mcm tak nmpk ramai kengkawan SEMESTA kali ni..Bz agaknya

*Selamat Pengantin Baru Maz dan Hubby!*



Angels of my SEMESTA friends :) Comel kan baby girl..I like baby girls :) 

Ok ni yg part turun pangkat ni..


Tensen gak aku bila aku found out. Spoil betul mood happy aku lepas dating ngn Abg. Apsal ntah, tetiba je status Glitteratti aku turun kepada ordinary. Padahal sket pon aku tak pernah berpaling dari En Nuff tu. Setia ok setia je! Walaupon aku belum dapat apa-apa hasil kutipan dari mereka.

Aku malas jugak nak layan. Sampai la semalam, aku bg tiket kt Nuffnang. Tanya apsal aku punya pangkat telah diturunkan..

Dan pagi ni aku dh dapat reply dari dorang.
Hi Norliza,

Glitterati membership is an automated process. It\'s given automatically to a blogger\'s account if all his/her blog(s) registered with us serve Nuffnang ads publicly at all times and none from our competitors. In addition to that, the registered blog(s) should also be active and has at least 1 visitor in each day or else our crawler will mark it as a spam blog and this will affect your membership status. Should your blog be free from any conflicting activities, you\'ll receive your Glitterati membership in 4 days time.

On 8-Jul-2010 13:52:47 your blog was detected with codes from Innity. As you\'ve removed it, just be patient and you\'ll be Glitterati again in due time.

Cheers,
Robb Chew
Blogger Relations Executive

Nuffnang Sdn Bhd
Tensen kan, walaupon tak buat salah, tetiba kena hukum..Aku pon tak paham apa maksud dia dgn 'your blog was detected with codes from Innity'. 
Malas aku nk berbalas email .Takpa lah, tunggu jer la kot2 pangkat aku naik semula

HAPPY ANNIVERSARY TO US

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosaku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
kau peliharakanlah lidahku dr kata2 nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
sekiranya suami ku ini pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adlh bidadara untuk ku ke Jannah Mu
Limpahkanlah aku dgn sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adlh yg terbaik untukku di duniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata2ku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yg dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran utk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yg terbaik utk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniaMu
Limpahkanlah aku kesabaran utk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku perbetulkannya keadaannya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yg terbaik utk ku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,bimbinglah aku ke jalan yg Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sbg seorg isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah RahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku utk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri yg solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu

Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi isteri yg dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati suamiku..

Amin,amin Ya Rabbal Allamin..
adaptasi dari google. boleh juga diamalkan sebagai doa harian

HAPPY 3rd ANNIVERSARY !!

alhamdulillah, dgn rahmat allah usia perkahwinan kami dah pon mencecah angka 3 tahun.
a long way to go..
semoga kami suami isteri terus diberkati allah, dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang, dilimpahi rezeki, sentiasa bermuafakat dan saling bekerjasama dalam melayari bahtera bersama-sama.





 

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®