Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

#RMWT : Cita cita ku tercapai

Hashtag RMWT ni selalu saya tulis dekat FB.

Salah satu perkara yang ada dalam Vision Board aka My Most Wanted Thing to Be Happened In My Life..
Hehe
..semakin pandai berangan. Dan semakin pandai mengotakan janji kepada diri sendiri

Ok untuk HashTag RMWT, sebenarnya maksud dia adalah RichMommy World Tour. Haaa siapa yang takde citacita nk visit negara orang kan? Mesti lah ada. Sekali sekala tengok tanah tumpah darah orang lain, walaupun tanah tumpah darah sendiri pon tak habis ronda lagi.

So my #RMWT pertama dah pun terlaksana. Walaupun pada asalnya bercita-cita untuk jejakkan kaki ke tanah Madinah dan Mekah untuk umrah terlebih dahulu. Tapi bila peluang dh tiba untuk buat perkara yang lain dulu, just let go with the flow. Insya allah, akan usahakan juga untuk sampai ke tanah suci bersama keluarga sikit masa lagi..

My first #RMWT ; Jakarta & Bandung pada 24 - 27May 2014.

Saya ni kalau nakkan something, mesti kena usahakan sampai dapat. Selagi tak dapat, rasa takleh nk lelap mata.So berkojo lah kito sekueknya kumpul duit bonus untuk beli flight ticket dan sebagainya.
Berjaya jugaklah jadi Jutawan sementara apabila memegang 2 ketul duit rupiah. hihi

Weekly Free Vehicle Day : Jakarta
Makanan yang enak : Nasi Timbel Dago (Bandung)
I suppose to take pictures, the locals of Bandung spray themselves with silver color..dh jadi macam apadah hihi..sebagai salah satu attraction di jalanan. Mungkin yang biasa pergi ke sini tahu.. dalam jem dijalanraya, ada sahaja beberapa individu samada menjual barang, atau sekadar menadah tangan meminta duit. Tapi kebanyakannya menjual baranglah.

Kami tak sempat melawat banyak attraction kt sana sebab misi utama hanyalah shopping baju raya the HMs. So most of our time di Bandung, kami spend di outlet sahaja. Next time kena datang lagi utk tengok keindahan bumi ciptaan Allah pulak.




Ok that's it!

Insya allah weekend ni next #RMWT. Will update soon.

Menara Taming Sari & Seafood Umbai

Cerita Sabtu.

Sepupu En Sudin kahwin dekat Tanjung Kling. Pagi sambil-sambil bersiap, bagi cadangan kt dia. Abes kenduri nak ajak pegi jalan-jalan sekejap. Yang sebenarnya sebab rasa bosan. Dah lama tak pergi bercuti. Asik-asik pergi Giant Kota Damansara. Muak. Haha.

So lepak dekat kenduri sampai kol 3pm, lepas tu gerak ke Bandar Melaka. Tujuan utama nak naik Menara Taming Sari ni lah. Boleh tahan ramai orang. Cuti sekolah dah mula.

Tiket, dewasa rm10, kanak-kanak rm5. OKlah tu kan.

Menunggu adalah setengah jam. Excited juga mama nih ha. Haha! Pakai jubah je tak tukar baju pun.

Budak baju putih tu paling tak sabar

Tengok lah aksi tak menyabo dia

Papa & Mama & Hadif

Buktinya :)

Duduk elok-elok, tengah naik atas

Yours truly

2 gegirl yang berani.

Hadif yang takut. Dia duduk je tak bergerak dari kerusi tu

Habis sesi naik Menara, singgah sat beli gambar kenangan. RM30 utk sekeping gambar. Haih layannn..since bukan selalu dapat pergi, dapat bergambar, dan bergambar lengkap berlima..maka beli aje lah. 

Lepas tu bagi cadangan Jalan jalan cari makan pulak kt dorang ni. So kami menuju ke Umbai. 

Mengidam ketam sejak 2 bulan lepas lagi. Last week dah beli 3 ekor dekat pasar malam, tapi masih tak berpuas hati. So dekat Umbai ni, tangkap lagi 2 ekor ketam. Besar punya.

Tangkapan lain, sotong, kerang dan ikan pari. Haih puas makan. Cuma ketam ni terlalu pedas buatkan ai hilang feel nak mengunyah kulit ketam. Battery low, so sempat tangkap gambar ketam sahaja. 

So lepas ni, 2-3bulan tak makan ketam pon dah ok kot :)


Berakhirlah sesi jalan jalan sekejapan di Melaka. Insya allah lepas ni boleh plan a proper trip sambil bawak anak-anak berjalan lebih banyak tempat lain.

Super-Cantik & Super-Tenang Surau : Space U8

Kena tulis gak sket hehe:
-Ruang yang besar
-Telekung sangat bersih
-Decoration yang cantik
-Aliran air yang sangat mendamaikan
-Sangat best surau ni.

Diner di Palma Cafe @ SACC Mall

Saje jenjalan kt SACC Mall sabtu lepas.


Perut lapar, jomlah kita masuk kedai makan mana yg ada kt situ.


Asiari dah pernah masuk, Secret Recipe pon dah, Nandos takmo lah..so mama ajak dorang masuk Palma Cafe ni.. Nampak gambar nasik kerabu yang menyelerakan, tp tekak tak taknak makan nasik kerabu pon.






Time belek-belek menu, tetiba budak baju belang ni cakap:
"Mama, abang nk makan nasik kerabu yang ni" sambil tunjuk gambar nasik kerabu dalam menu.


Mama dengan papa dh tergamam. Mana pulak budak ni belajar nasik biru ni nasik kerabu. Sebabnya seingat-ingat kami, blom pernah bagi tau dia ini yg warna biru ni adalah nasik kerabu. Hihi. Mesti dia belajar somewhere else.


Tak banyak menu yang ada kt sini. (tak amek gambar menu). So yang kami pilih kt bawah ni jer la. Gambar makanan je, gambar minuman takdak. Air sirap dgn air cincau.


Big size cup - Mushroom soup RM9.90


Cukup 3 mangkuk kecik ni.


Chiken Chop RM18.00


Nasi Kukus Ayam Berempah RM9.90
Anak-anak takmau makan. Takde selera sebab masing-masing dilanda demam hari tu.




Wedding Cikgu Aida

Aktiviti hari Sabtu.

Cantik cikgu Aida ni. Manis je muka dia. Walaupon sekarang dh bergelar ex-cikgu, tp HMs masih panggil dia cikgu Aida. Cikgu ada adalah babysitter anak-anak 0-3tahun kt TDI.
Dulu kawan-kawan cikgu Aida (cikgu lain) panggil dia 'mak Hilda' sebab Hilda memang prefer cikgu Aida. Kesana sini diank ikut cikgu Aida. Hehehe.

Terimakasih cikgu Aida sebab jagakan Hilda dengan baik sepanjang khidmatnya kt TDI dulu. Berhenti kerja sebab nak kahwin katanya.



Alhamdulillah, dh selamat bergelar isteri orang sekarang. Sekarang dh berpeluang jadi 'mak' kepada anak sendiri dahhh..hehe

Semoga perkahwinan cikgu Aida dan suami sentiasa mendapat rahmat Allah dan diberkati selalu.


Langkawi attaction yang sempat disinggahi

Banyak sangat yg menarik tp cuma sempat ke sini:

Dataran Lang

Cable Car
Jambatan gantung

Duck Tour
Gamat Nusantara

Kolam air panas

Laksa power nearby Airport
Jadi lah. Bawak askar ramai-ramai mmg limited edition sket la aktivitinya. Takka nak ajak dorang mandi manda kt Tasik Dayag Bunting kot kan. :D

Tapi kan, saya rasa agak upset dan frust tengok keadaan Dataran Lang dan juga Kolam Air Panas yang agak tak terurus keadaannya. Deretan kedai sekeliling Dataran Lang nampak kotor, jubin pecah sane pecah sini. Dulu, 5tahun lepas saya datang, keadaan Dataran Lang sangat happening. Meriah dengan aktiviti dan kedai-kedai. Mungkin maintenance tak dibuat dengan baik.

Kolam air panas pulak, cantik sebenarnya tempat ni, tapi penuh dgn lumut. Patutlah nampak suram aje. Orang datang singgah then balik. Cuma kawasan bilik-bilik jakuzi je yg nampak best sket.



Demam di Langkawi

Secara jujurnya, trip ke Langkawi agak suram sebab cik Hannah diserang demam. Actually dia doserang demam since hari Rabu lagi.

Pagi Khamis, waktu tengah tunggu flite, dia ceria dan happy. Boleh lari sana lari sini dengan gembira di ruangan lobi airport Subang. Dalam flite pon, dia happy tengok awan. Sesampainya di Langkawi, suhu badan dia mula naik pulak.

Check in hotel, kami keluar lunch. Dah bagi makan nasi dan ubat, cadangnya nk mulakan misi berjalan-jalan. Tapi suhu badan dia masih tinggi, maka misi berjalan-jalan dibatalkan. Cuaca petang tu pon panas terik. Tak sampai hati  nk heret juga anak dara kami ni. So balik lah ke hotel semula, dan berehat-rehat.

Berehat sampai petang, malam sempat keluar diner dan balik ke hotel semula sebab hujan lebat. So masa utk pesakit demam tidur lagi. Sepanjang 2 malam di Langkawi, papa bertugas jadi nurse. Sgt berdedikasi. Tidur-tidur ayam je dia dua malam tu sambil sponging dan basahkan kepala dan badan Hannah. Thanks Papa.


Tepek gambar budak dengan Cool Fever berjalan-jalan.







Actually hari ni pon Hannah masih belum sembuh sepenuhnya. Get well soon my sayang.

Dari balkoni bilik hotel, boleh nampak view ini. So nice!!
View Dayang Bunting. Mengadap laut sesuai jugaklah ngn nama hotel ni Seaview Hotel.

Tiba je Langkawi, suhu badan cik Hannah mula naik. DEMAM!! So hari pertama spend dalam bilik tengok this nice view je, dan petangnya bwk the other HM pi mandi kt swimming pool. Sempat jugakla keluar kejap ambik bulu burung helang ~tipu je~ kt Dataran Lang hehe! Diner dan balik semula ke hotel sbb hujan lebat.

There goes the stories of our first day.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Getaway 2012 : Langkawi

Aktiviti keluarga kecil HM diawal Mac.

1stly, packing baju. Jgn dilupa tuan baju, masuk beg sekali.

Langkawi here we come :-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Deru ombak


Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.

Damainya perasaan dibuai lagu alam. Deru ombak, kicau burung, angin bertiup. Tenang. Terpisah dari belenggu tekanan. Aman. Tiada yang lain selain aman.

ALHAMDULILLAH.


~Balkoni, Corus Apartment Resort. Port Dickson. 18.02.2012~

Published with Blogger-droid v1.7.4

4 hari cuti

Assalamualaikum!!

Selamat kembali bekerja bagi semua warga kerja yg baru abes cuti 4hari. Negeri-negeri yg tak tak terlibat cuti, maybe semalam dh masuk kerja kan :) Well memang best jadi warga Selangor, sebab ada byk public holiday hihi. Teringat dulu masa kerja kt Putrajaya, sungguh jeles dengan cuti-cuti orang Selangor.

4hari bercuti, kami tak kemana-mana sangat. Memang tak plan for any trip atau balik kampung. Simpan duit utk trip awal bulan 3 nnt :)

So apa kami buat???

Sabtu : ke opis Shaklee di Empire Subang untuk beli stok vitamin. Then singgah ke Popular membeli buku mama dan art materials utk HMs.

My current reading. Alhamdulillah dedua buku dh abes separuh dibaca dalam masa cuti aritu. 



HMs Art projects. Belikan diorang kertas lukisan, watercolour dan brushes. Lukis lah apa yang dorang suka. Dan mama potong kentang jadikannya art-stamps. Main cop-cop kata Hadif. Memang HM enjoy the activity. Adik Hilda pon tak ketinggalan. Sudahnya kaki, tangan dan badan penuh colour. Kena stopkan dia bila dia mula masukkan tangan ke dalam mulut. Haih!! Lepas berkaler bagai, terus masuk toilet, main air plak.



Ahad : Lepak kt rumah je, papa betulkan pipe toilet dan Hadif tolong mama buat kerja rumah. Tengok lah tu, ngn stokin dan kasut futsal papa, dengan baju bola dan penyapunya. Anak bujang mama ni memang rajin orangnya. Time mama nk simpan baju yang Papa dh lipat masuk almari pon, dia ringan tulang nk tolong angkatkan :) Untung sapa jadi isteri dia bila besar nnt Hihi!

Dh petang baru keluar pegi survey set katil utk Hannah dan Hadif. And spent few hours waiting dekat DEMC, bawak Hilda yang semakin teruk batuk dan selsemanya.


Sempat juga susun stok-stok vitamin di sudut SOHO mama. Seronok tengok diri sendiri yang agak konsisten dengan part-time job ni. Alhamdulillah berbaloi-baloi terjebak dengannya. Berminat dengan mana-mana vitamin? Hubungi saya ye!

 

Isnin : Ke Emerald West, kenduri doa selamat sempena masuk rumah baru dan pegi umrah kawan Papa. Seronok tengok rumah baru orang. Tak sabar menanti rumah baru kami pulak siap 2014 nnt.  Then ke Kajang rumah nenek.

Selasa : Misi menghantar order ke Kota Damansara dan terus ke Giant carikkan kasut lampu-lampu untuk Hadif dan Hannah. Seronok Hadif dapat hadiah dari papa :)
Dah malam pon dorang berdua ni boleh sarung stokin dan kasut, main bola berdua. Hihi itu bukan kasut bola la sayang oi! Itu kasut jalan-jalan!!

Rabu : Alamak!! Dah kerja laaaaaaa


Wishlist Checked dan Simple Kuiz

Salam pagi Isnin!

Jom jamu mata jap dengan gambar makanan.

Ni yang berdua ni adalah my tekak wishlist. Alhamdulillah dah berjaya masuk ke tekak, perut dan dotdotdot!!

Jom buat kuiz jap. Kat mana saya mendapatkan makanan-makanan ini. Kalau ada pemenang yang tepat bagi mana-mana gambar saya bagi hadiah ok! Dan peneka yg pertama yg teka dgn betul je la akan dapat hadiah ni.

Gambar pinjam. :D

Klu : Seekor ikan siakap bakar ini sahaja berharga RM59. Gulppp! Terkojut jantung den tengok harga ikan ni masa dapat bil. Tapi diampunkan sebab SEDAP!!


Klu : Gambar atas ni bukan pinggan saya. Ni pinggan suami saya. Nasik sedap, ayam sedap..harga berpatutan. Sepinggan ni harganya RM13++. Menu saya pon berkisarkan nasi dan ayam. Tapi harga pinggan saya murah sket RM11++.

So boleh mulakan tekaan dengan mengkomen dibawah entry ini. Jam 6petang karang saya check jawapan. Esok saya umumkan pemenang yang berjaya meneka dengan tepat.

Hadiah dia??? RM10 transferable ke akaun anda :)

pssstt : Pagi tadi pon saya dapat RM10 sebab menjawab soalan kuiz by HSE Department waktu Weekly Corporate Day.
Soalan : Apakah 3 jenis hazard yang terdapat dirumah. Hehe yg ni korang takyah ler jawab :P

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®