Tengkiu pada kawan-kawan yg respon pada rintihan tekak dan kerongkong aku semalam.
Oleh kerana vote utk limau kasturi dan kicap ni paling banyak, so aku try dulu la petua yg ni. Lagipon 2 benda ni memang sepanjang masa ada dalam peti ais aku tu.
Limau kasturi
Gabungkan dengan
sesudu jer dah cukup..jgn letak sebotol pulak
Sampai je rumah, terus aku selongkar peti ais carik limau kasturi. Jumpa la sebijik. Itu pon dah ala-ala kulit berkedut sebab dah 2 minggu dok dalam tu. Belasah je la berkedut pon. Aku potong 2, dan perahkan dia masuk ke dalam cawan. Then amek sesudu kicap campurkan dalam cawan tu. Godek-godek sikit, pastu minum. Sedap jugak rasanya
Lepas makan 'ubat' tu. aku relaxlah dengan anak-anak tengok Buletin Utama. 15 minit lepas tu, aku dok la terbersin tak henti-henti. Tapi lepas tu aku rasa hidung, tekak, kerongkong, paru-paru limpa, hempedu, jantung usus bagai semuanya lega.
Sebelum tidur, aku selongkar pulak almari dapur aku tu carik belen madu Khaula yg beli lamaaaa dulu tu.
kalau petua nenek moyang, aku selalu perah air limau kasturi + madu..buat suam2..kalau tak batuk pun aku suke minum ni..huhuhu.. satu lagi, try perah air asam jawa..pun ade org buat jugak..letakla gula sket ke..kang masam sangat pulak kan.. semoga berjaya eh
Nak try petua Aini pulak. Tp aku cuma campurkan sesudu madu dgn air suam je then minum. Terpaksa buat dua kali sebab anak-anak aku pulak menyibuk tanya mama minum apa. Dah kasi rasa sorang sesudu, dorang mintak lagi..Haih!
Alhamdulillah, sepanjang tidur dari jam 10.30pm sampai ke pagi tu aku cuma hadap satu sesi batuk-batuk je. Kalau tak, mau sejam sekali aku terjaga sebab batuk.
Alhamdulillah, berguna juga petua-petua perubatan orang tua kita selain daripada ubat klinik tu. Lepas komen kak Ilah kata ubat klinik tak elok, terus aku tak usik. Tak berani. Takut harm to my baby.
TQ yer kengkawan!!!