Showing posts with label Tadika Delima Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Tadika Delima Ilmu. Show all posts

Hari Anugerah dan Kesenian Tadika Delima Ilmu 2013

Pejam celik pejam celik.. berminggu minggu mama biarkan blog ni bersawang.

Sapu sket sambil gantung gambar-gambar anak mama yang comel sempena hari anugerah sekolah tadika dorang.
Syukur Alhamdulillah, prestasi anak anak mama memberangsangkan dan kali ni mereka kekal top three dalam kelas.



Sedikit gambar kt sana. Selebihnya kalau nak tengok, jemput ke album mama dekat FB :)




Anak bujang mama ni, ingatkan dia segan silu masa buat persembahan. Tak sangka dia sgt sporting dan sangat enjoy dgn setiap persembahan yg dia masuk. Cikgu pun cakap, sejak dari latihan lagi dah nampak dia seronok. Well done abang Hadif :)

Kakak dah grad 6tahun, pejam celik jer anak mama dah nak masuk darjah satu.
Dah besar anak mama rupanya. Lepas ni kita pegi shopping baju sekolah pulak okey :)

Hari Sukan Tadika Delima Ilmu 2013

Cerita Sabtu lepas.

Hannah, Hadif, Mama & Papa pon masuk acara. Haha.
Mama memang suka join sebab kalah ke menang ke, memang akan dapat bawak balik hadiah. So just be sporting and enjoy the game.

Hannah dan Hadif dalam pasukan yang sama. Pasukan Pisang! Eh pasukan kuning lah.
Ada 2 team sahaja, Pasukan Pisang vs Pasukan Epal..pasukan kuning vs pasukan merah.

Acara bermula seawal 8.30pagi.
Dimulakan dengan bacaan doa dan perbarisan anak-anak. Lepas tu satu persatu acara berjalan.

Pakai topi pisang

Hilda penyokong saja. Dengan 'Iyam'

Abang Hadif dan Wafiq, best friend dia

Pisang di kepala :)

Peace mama!

Bacaan doa oleh Ustaz

Perbarisan anak-anak Pisang dan Epal




Game Hadif : Susun lego. Rumah kuning menang :)
Laa..nape slow sangat berlari ni abg Hadif?

Malu malu plak dia..

Turn kawan pulak susun lego

Kuning! Kuning!


Dah menang dapat belon


Pertandingan mewarna

Pakcik aiskrim yang mengaut keuntungan di hari sukan :)


CHAMPION : Mama punya    


Kakak pon menang juga

Kakak main game cari huruf bawah kerusi. Kuning menang :)

Mama pulak main game ni. Game Syhhhhhhhh, mama kena tutup mata dan cari anak yg duduk dikerusi.
How do i recognise my dotter so fast?
Mama pegang selipar dia dulu..selipar nipis..bukan!
NEXT, selipar tapak tebal, YES! Keep on meraba badan dia utk dptkan lebih kepastian, terdengar cikgu cakap.."mama Hannah dh jumpa dia".
Terus peluk anak mama..hehe


Sweet couple game : Dorang bagi sekeping suratkhabar. Mama and papa kena berdiri atas suratkhabar sambil lagi dimainkan. Lepas lagi habis, surat khabar dilipat 2 dan ulang balik cara tadi, space dh semakin kecik, so mama & papa kena fikirkan macammana supaya dedua orang boleh berdiri atas suratkhabar tu. Best game nih. Tapi kami kalah dan terkeluar dari game lepas lipatan ke tiga. :) Dapat la hadiah saguhati

Hadiah semua orang

YeaYe..dpt banyak hadiah.
Lego & Puzzle 4yo Champion, My School 6yo Champion, Mother's Event Champion, Saguhati Sweet Couple :-)


Anak anak, mama and papa semua happy dapat hadiah.

Sabtu Lepas

Kakak pegi lawatan..abang dengan adik ikut mama..papa outstation

Lepas hantar kakak kt tadika, mama tak tunggu beria babaybabay macam tahun lepas. Sebab mama ada agenda lain kt Shah Alam dimana nk kena drive sendiri tanpa tahu jalan dan arah sebenar. Redah je




Tahun depan Abang Hadif dh 4 tahun. Dia pon dah boleh follow rombongan tadika.

Tahun depan mama nk ajak papa follow la bas rombongan. Boleh kot :D

Proud Mama






Sabtu lepas, pegi amek report card Hannah dekat TDI.

ALHAMDULILLAH, syukur Ya Allah. Hannah did very well in her exam. Mama tak expect langsung akan result dia ni.

Bila cikgu tunjuk, memang mama surprise. Tp once dh tersedar memang no 1 yg tertera dalam kad ni, terus mama rasa happy. Terus SMS Papa yang tak dapat join pegi amek report card hari tu.

ALHAMDULILLAH. Congratulations my DEAR HANNAH.

Nanti cerita pasal Hari Penyampaian Sijil TDI pulak



Published with Blogger-droid v1.7.4

Happy Mother's Day mama

Aku konfiden ramai blogger ibu-mama-mommy-umi-emak yang terharu hari ni termasuk yg bukan blogger pon ada kot. Especially yang ada anak yg dah pegi sekolah..

Maklumla Mother's Day kan jatuh pada hari Ahad ni, maka bersungguh-sungguh la para cikgu encourage anak-anak utk buat kad hari ibu ni. Aku sgt puji the effort mereka utk menyemai rasa meraikan hari-hari special macam ni.

Tak ketinggalan jugak diriku yang baru je start hantar anak ke sekolah. Baru hari ke4.

Terharu sungguh bila Hannah keluar dari bilik taska terus hulur kat aku sejambak bunga. 2 kuntum bunga ros dalam tu. Senyum senyum. Untuk mama kata dia.

Hadiah pertama Hannah utk mama

Senyum tak agak-agak hehehe

Aku dah agak ni mesti pihak tadika yang bagi. Sweet nya. Banyak jugak kot bajet yang perlu sebab nak bagi each mother of the kids. Thanks TDI :)

Sampai rumah, dia selongkar beg sekolah sebab aku suruh dia keluarkan baju yang dh pakai kt sekolah suruh masukkan dalam bakul. Dia punggah semua baju pastu tiba-tiba berlari bagi aku benda ni pulak. Mother's day card.



Hasil warnaan yang masih belum kemas. Tak apalah kira ok la utk hasil kerja tangan budak umur 3 tahun 5 bulan :)

Mama you are the queen of my heart..I LOVE U MOM..

U are the queen of my heart too..I love you too Hannah!

Happy mother's day juga kepada semua kawan-kawan yg bergelar mama. Tak lupa, happy mother's day to my mom and MIL.


HM Sr di Tadika Delima Ilmu

Pagi Selasa 3 May, adalah hari pertama sesi back to school Hannah dan Hadif.

Sebelum tu, setiap hari aku ingatkan dorang yang dorang akan kembali ke sekolah. So kena bangun awal, kena mandi pagi..sampai sekolah nnt Hannah kena belajar takboleh main-main je. Hadif pulak kena makan, tak boleh bergaduh dgn kawan-kawan dan sebagainya lah. Panjang senarai pesanan mama dorang nih.

So pagi Selasa tu, Hannah bangun sendiri ~actually sebab terkejut dengan bunyi alarm dari henpon Papa~ . Terus ku ajak mandi. Maybe dia dah mentally ready hari ni nk pegi sekolah, maka dia pon bagi kerjasama yang amat baik. Mandi pon tak menangis. Siap dengan Hannah, aku kejutkan Hadif pulak. Yang bujang sorang ni tak ingat kot apa mama pesan kt dia. So amatlah liat nk disuruh bangun. Terpaksa berdukung sampai ketoilet. Dah sampai toilet pon taknak berdiri sendiri. Sudahnya aku mandikan dia dalam keadaan dia duduk. 5 gayung air je cukup hehe!

Bila semua dh siap, aku angkat Hilda, dan Abg pimpin budak berdua ni ke kereta. Dalam kereta pon tak puas lagi dok pesan itu ini kt anak-anak.

Sampai TDI, kami turunkan mereka berdua dan arahkan mereka bukak selipar. Masih dalam ragu, mereka bukak kasut. Hannah nampak cool. Memang dh ready la tu nk ke sekolah. Hadif pulak menunjukkan tanda-tanda nk nangis. Memang tak sampai seminit, hujan air matanya berderai. Kami tak boleh tunggu sebab takmo dia jadi cengeng. Sambil melambai pada dorang kami pon bergerak balik rumah. Memang kuat tangisan Hadif sambil cikgu dia dukung. Dah lupa experience pegi sekolah la tu.

Dalam hati memang tak sampai hati tengok dia nangis, tp tak boleh la nk patah balik dan pujuk dia. Nanti sampai ke sudah takmo kesekolah.

Petangnya, Abg yang pegi ambik dorang kt TDI. Aku ingat sampai je rumah, dorang nk peluk cium aku rindu. Sekali si Hadif terus berlari ke bilik toys dia. Cesss! Bila aku tanya macammana sekolah, dia buat dekkkk je. Terus main lagi. Haih anakku..

Hannah pulak nampak agak happy. Tapi satu nama pon dia tak tau, nama kawan-kawan tak tau, nama cikgu pon dia tak tau. Yang dia cerita, cikgu besar cikgu kurus hihihi!

Itu cerita hari pertama.

Semalam masih rutin yang sama, pagi kami berdua hantar, masih dengan ke'cool'an Hannah dan jugak masih dengan deraian air mata Hadif. 

Petangnya aku yang ambil di TDI. Seronok sangat Hadif bila nampak mama dia. Berlari-lari keluar bilik tak ingat mana beg, tak ingat mana cikgu dah. Terus dia peluk kaki mama. Aku sempat bertanya dengan cikgu keadaan Hadif di taska. Lama ke menangis lepas ditinggalkan. Cikgu kata tak lama. Cuma sesekali dia cakap 'nak mama..nak baby'.. 
Next week baru baby join pegi taska. Sabar ye abang hadif.

Peace from kakak hannah

depan pintu rumah dgn beg sekolah masing-masing
Ok sayang mama sekalian, harap korang dapat adapt well dengan persekitaran baru. Bukan mama takmo jaga korang, tp mama kena pergi keje. Kalau tak kerja, tak dapat la mama belanja korang makan KFC selalu.


Tadika Delima Ilmu

Macam yang dh dirancang, hari ni aku bawak Trio HM ke taska yang bakal jadi rumah kedua dorang lepas ni. Lokasi tak jauh dari rumah. Tadika Delima Ilmu..ku ringkaskan jadi TDI dalam cerita seterusnya OK :)

Lama jugak la kami disana, almost 2jam. Sampai saje di TDI, kami disambut oleh the owner. Dijemput kami masuk ke dalam opis. Oleh sebab dh ada beberapa siri diskusi melalu telefon, jadi aku pon dh jelaslah tentang beberapa perkara. Aku saja datang lagi sebab nak tau berapa exact figure yang nk kena bayar dan nk tengok keadaan taska tersebut dgn mata aku sendiri.

Antara tips memilih taska. Sumber dari blog MySuperkids

Bagaimana Memilih Taska Terbaik?

  1. Berjumpa sendiri dengan pengusaha taska dan penjaga.
  2. Membuat research sendiri.
  3. Bertanya dan mengambil testimonial dari mereka yang pernah menghantar anak ke taska tersebut.
  4. Melihat sendiri cara penjagaan yang diamalkan di taska tersebut.
  5. Meneliti program yang ditawarkan di taska tersebut.
  6. Menjalin hubungan baik dengan pemilik dan penjaga di taska.

Sebenarnya TDI ni combination taska dengan tadika.. Salah satu faktor utama kenapa aku pilih TDI ni. Sebab aku memang plan supaya Hannah masuk belajar di Tadika selepas Hilda lahir. Kalau ikutkan tahun, dia dah pon 4 tahun walaupon hakikatnya dia baru berumur 3 tahun 4 bulan. Dah masuk sekolah, ada orang kesah ke dia lahir bulan berapa kan?

So kt TDI ni akan menggunakan buku bacaan Bacalah Anakku dan Read Easy. Aku tanya lagi, subject apa lagi yg kanak-kanak kt sini belajar. Cikgu besar bagitau, utk kanak-kanak 4 tahun hanya subject basic like Bahasa Melayu, English, Pendidikan Islam dan utk kanak-kanak 5 dan 6 tahun akan dimasukkan sekali silibus Bahasa Arab dan Sains. Yang simple la, preparing utk silibus yang sama macam Tahun 1 nnt.

Disamping tu, kanak-kanak juga diajar bacaan doa, bacaan surah dalam solat dan bersolat. Yang ni memang aku cari. :)

Beberapa program lain yang jadi acara tahunan TDI ialah sukan, penggambaran kelas dan hari penyampaian hadiah.

Tips Memilih Taska Terbaik, Sumber dari blog MySuperkids

  1. Pastikan taska tersebut adalah yang berdaftar dengan JKM - jumpa pengusaha taska dan minta dia tunjukkan sijil & dokumen berkenaan.
  2. Kebersihan dan susunatur perabot yang selamat untuk bayi dan kanak-kanak – masuk sendiri untuk tengok keadaan dalam taska.
  3. Taska yang mementingkan nilai-nilai moral dan Islamik.
  4. Akhlak dan tatacara penjaga di taska hendaklah baik.
  5. Taska yang ‘membantu’ kita memberikan yang terbaik untuk anak, misalnya pro-breastfeeding.
  6. Operasi kebersihan yang dilakukan – misalnya sekali seminggu taska dinyahkuman.
  7. Makanan yang disediakan adalah yang berkhasiat.
  8. Program yang dilaksanakan sesuai untuk perkembangan bayi.
Alhamdulillah, berdasarkan sepintas pemerhatian aku, aku berpuas hati dengan cara TDI ini dikendalikan.

Habes je berbincang didalam opis, aku dibawa masuk ke dalam satu persatu bilik di bangunan berkenaan. Bangunan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Tadika dan Taska. Bersebelahan je. Aku dibawa ke setiap kelas utk kanak-kanak 6,5 dan 4 tahun. Di taska, kanak-kanak disini diasingkan mengikut umur masing. Aku juga sempat menjenguk ke setiap bilik kanak-kanak berumur 3tahun, 2 tahun dan bilik baby.

Sambil duduk dan memerhatikan Hannah, Hadif dan kanak-kanak lain main di mini playground didalam taska, cikgu besar terus bercerita. Jadual makan, jadual minum susu, dan jadual tidur.

Disini, kanak-kanak 4 tahun keatas tidur diatas katil portable, so ibubapa adalah wajib membeli katil tersebut. Pihak tadika la yg beli, parents cuma bayar saje. Menurut guru besar, katil macam tu lebih mudah diselenggara berbanding tilam atau comforter. Senang nk di bersihkan kot la tetiba ada yg termuntah ke, susu tumpah ke. Disamping mengurangkan bau kepam kalau pakai comforter. Aku pon setuju dgn pendapat cikgu besar. Siap mintak nk tengok lagi cemana rupa katil tu. Dalam kepala dok bayangkan katil yang keras je, sakit la badan anakku nanti. Rupanya tidak. Aku pon tak reti nak cerita macam mana katil tu. Yang penting, insyaallah anak masih boleh tidur dengan selesa. Harga katil RM124.

Lepas tu, cikgu besar bawak kami ke kantin plak. Idokla anak-anak nk kena bawak duit belanja seringgit dua nk membeli kt kantin ni. Dipanggil kantin sebab memang itu adalah ruang makan yang baru siap dibina. Diluar bangunan. Luas dan terbuka. Memang macam kantin sekolah la, cuma takdek meja..dorang makan sambil bersila je. Hannah dan Hadif join makan gak. Hihi tak malu betul anak-anak mama ni.

Dan tak lupa, beberapa kali aku tanya pada cikgu besar pasal handling EBM. Dia tau kot aku nk uji sejauh mana pengetahuan dia. So dia pon cerita la jugak cemana dorang buat pada EBM sebelum diberi minum pada baby. Hehe sorry kak, biasalah kan. Mak-mak zaman sekarang ni..extra concern pasal anak-anak dia.

Hmm memang nampak teratur juga sistem yang dipraktikkan di sini.  

Insya allah, Hannah dan Hadif akan mula ke sekolah hari Selasa depan ~3 Mei dan Hilda menyusul kemudian 12 Mei.. Hukhuk mama pulak menyusul ke opis pada 16 Mei. Huwaaaaaaa!!!

Dan mulai bulan Mei, yuran bulanan utk anak-anak ke TDI adalah RM700 tak termasuk kalau ada OverTime. Semoga Allah memurahkan rezeki papa dan mama..amin..

psstt : another thing yang aku suka, cikgu dan pengasuh kt TDI semuanya melayu..

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®