Showing posts with label mealshake. Show all posts
Showing posts with label mealshake. Show all posts

Wajah baru K3S

Akhirnya siap juga projek renovation blog K3S ni. Amek masa jugak sebab maybe designer agak busy. Apepon saya suka dgn rumah baru saya. Rasa seronok jer nk update blog nnt.



Jemput singgah yer. Laagi selalu singgah lagi bertambah ilmu pengetahuan kalian tentang kesihatan :)

Buat para ibu bapak kt luar sana, bulan ni K3S ada buat promotion, satu produk yang SUPER-BEST untuk anakanda kalian. Sesuai sgt utk semua anak-anak yg umur atas setahun, utk anak2 yg sedang aktif membesar dan especially anak-anak yg ada problem kurang selera makan, memilih makan, sering demam dan selsema, nampak tak aktif dan sembelit. Mak bapak yang ada masalah yg sama mcm ni pon, boleh juga ambil.

Saya sangat mencadangkan lah bagi anak-anak minum Mealshake ni utk atasi masalah dorang tu. 1/2 sudu teh sehari dah memadai. Memang ramai yg dah cuba sangat berpuas hati dengan taraf kesihatan dan selera makan anak dorang..



Grab one canister sementara tengah promo nih. Promo setahun sekali..lepas ni kena beli harga asal balik laaa.
Hehehhe..promosi jap kt sini. Nnt saya update kesah lain pulak


Projek Yummy-healthy Mealshake icecream dipagi hari

Salam Jumaat!

Pagi ni nak share keterujaan saya. Maklumla first time nk buat ice-cream ni. Selama ni asek beli je kan.
Alang-alang tengah ada promosi Melashake kt Kedai TripleS saya tu, saya pon pikirkan la lagi apa cara nk pelbagaikan cara berMealshake. Selain bancuh dgn plain water dan campur dalam milo/horlick..

So timbul la idea nk buat ice-cream dengan stok Mealshake kt rumah tu. Google lah resepi klik klik senang je dapat resepinya. Cuma krimer yang dalam resepi dorang tu saya tukar pada Mealshake. Lagi sihat dan berkhasiat gitu. Baca fakta Mealshake. 

Aiskrim ni kalau jual kt kedai, mau harga dia lagi mahal dari Magnum kot :)

Jom tengok apa bahan-bahan yang diperlukan.


1) Mealshake
2) Susu low fat
3) Milo (sebab nk buat ala-ala ice cream coklat)
4) Biskut oreo

Cara-cara : (Ceduk resepi kt myresepi.com)

-Masukkan 2 1/2 cawan susu segar ke dalam blender.
-Campurkan 3 sudu Mealshake, dan 2 sudu Milo
-Masukkan 3 keping biskut oreo. (tak perlu masukkan gula sebab biskut ni dah manis)
-Blenderkan sekejap sampai biskut hancur.
-Masukkan dalam bekas dan bekukan.
-Tunggu selama 2jam atau sebelum ice cream betul2 keras, blender lagi sekali sambil masukkan pecahan biskut Oreo.
-Bekukan semalaman. Dan siap untuk dinikmati.

Selepas di blender

Siap!!!

Aiskrim saya tadi, tak sempat nk di blender utk kali kedua lagi. Hehe. Tak sempat sebab belum half membeku kan. Takperlah kita kira halal je. Malam ni boleh terus makan je.

Nak bagitau, Mealshake ni memang sangat sesuai utk kids atau sesiapa yg kurang selera makan dan jenis memilih makanan (kanak-kanak atas setahun, remaja, dewasa, orang tua semua boleh). Makan sayur taknak, makan ikan taknak, makan ayam pon taknak. Ntah apa lah yang dia makan. Fast food paling suka kot!

So Mealshake, sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan, lengkap juga dengan 9 jenis asid amino perlu yang badan kita tak dapat hasilkan sendiri, akan melengkapkan rompong keperluan badan daripada habit pilih makanan tadi. Para picky eater sekalian oleh la amek Mealshake as breakfast, minum pagi atau minum la bebila masa korang suka pon. Ahaksss promote jangan tak promote!!!

Haa ni stok Mealshake yang ada. Sape nak satu, angkat tangan!! Bulan ni harga dia murahhhh bangatttt. Nak beli, kontek saya okeh. 



Owhhh esok lusa saya update gambar saya dan anak-anak hadap ice cream Mealshake ni ye.


Semakin kurus

Salam Jumaat yg berkat.

Semalam masa ambil anak-anak kt taska, saja menyembang kejap dengan cikgu yg tengah dukung Hilda. Cikgu cakap, Hilda diam dan lembik je sepanjang hari kt taska. Tak aktif mcm selalu. Kata cikgu lagi dia taknak makan, taknak minum susu tapi asik tidur je. Cikgu bagitau lagi, "Tengok Hilda ni, muka dia dh nampak kurus je"

Alahai sedih mama dengar.

Memang pon, memang nampak pipi dia agak susut. Badan pon terasa semakin ringan. Kira semalam dh masuk hari keempat dia tak berselera nk makan. Mana tak susut badan. Cuma Alhamdulillah badan dia dh sejuk. Doakan lah dalam masa sehari dua ni selera dia kembali. Rindu sungguh pada perangai dia yg pantang dihulur makanan. Konpom NGAP tak pilih pilih!

Dan tak sabar juga nk tunggu dia cecah umur setahun sebab nnt boleh bagi dia makan benda-benda ni.

Masa-masa selepas demam macam ni, memang dua produk ni sgt membantu. Eksperimen dah dibuat pada Hadif kan. Ternyata berkesan.

Cepatlah 13 Mac 2012 menjelma!!




Breastfeeding : Penyusuan saya di bulan Ramadhan

Salam Jumaat.

Alhamdulillah dah masuk hari ke-5 Ramadhan tahun ini. Syukur, semoga kita diberi kesempatan berpuasa sehingga hari terakhir.

Cerita tentang penyusuan di bulan Ramadhan. Saya suka membaca setiap post dan komen di wall Group KIM (Kumpulan Ibu Menyusukan) di Facebook. Awal-awal sebelum masuknya Ramadhan mereka dah bersiap sedia dengan pelbagai soalan dan andaian. Bolehkan saya menyusukan anak saya? Mampukah saya menyusukan anak apabila berpuasa..dan sebagainya.

Bila dh masuk Ramadhan byk pula post tentang hasil 'tuaian' hari ini. Dari sesi pertama sampai sesi terakhir ada yang suka update. Alhamdulillah ada yang masih maintain malah ada yang bertambah hasil perahannya..dan tak kurang juga ada yang berkurangan hasilnya.

Bagi saya pulak. hasil tak tentu hala. Hehe. Adakala sama, adakala lebih banyak dan adakala kurang.
Tapi takpe, saya memang berfikiran positif. Tak perlu terlalu stress. ~Saya cuma stress kalau papa balik lambat je hihi!~Berapa pon jumlah yang saya dapat, saya ucapkan Alhamdulillah. Itu lah rezeki untuk anak saya Hilda Marissa.

Lagipon bulan Ramadhan ni, saya balik jam 4 petang. Saya dh kurangkan daripada 6botol susu kepada 5botol. Itu pon selalu berbaki satu botol. So memang belum timbul problem tak cukup supply. Lagi pula saya memang disiplin menambah sesi perahan kt rumah ~before tidur dan waktu sahur~.

Dari segi pemakanan, saya amalkan pemakanan berkhasiat ditambah dengan pengambilan vitamin Shaklee, kurma sesuka hati saya -banyak! dan minum air secukupnya.

Waktu berbuka saya makan seadanya. Apa yang saya mampu masak, itu lah juadahnya utk sekeluarga. Setakat ni, hanya beli kuih kt bazaar. Waktu sahur pulak, saya makan hidangan berbuka tadi, bersama air bancuhan Energizing Soy Protein, Performance Drink, MealShake dan Horlicks. 4 in 1 drink yang memang sustain energy saya. Performance Drink ni saya bancuh dengan air Sunquick oren utk suami dan anak-anak minum time berbuka.

Owh ye, kurma habbatussauda yang kak Masliza bagi tu, mmg agak berkesan sebagai milk booster saya. Dah agak lama saya tak rasa 'full', tp since saya makan kurma tu, 'ia' kembali 'full' heheh!

Semoga kita para breastfeeding moms terus berjuang dalam misi penyusuan kita. Cekalkan hati, kuatkan semangat, berkorban masa dan bersupport-grouplah kita. Insya allah boleh!! Tapi kalau kes-kes TERpregnant time masih breastfeed tu, kena usaha lebih gigih la kot..kwangkwangkwang!!!

SELAMAT BERPUASA!!

Shopping for HEALTH - Mealshake, Omega Guard dan Chewable Vitamin C

Last month dah shopping utk mama, so this month turn utk anak-anak pulak.  Bak kata Papa, mama kan tokei vitamin. Apalah salahnya bekalkan jugak anak-anak dengan vitamin. Bulan depan turn shopping utk Papa pulak yer. Seisi keluarga kita berShaklee :)

Bak kata Kevin Tredeau nih la..

Children’s whole food supplements may be essential in today’s world as most youngsters don’t get adequate nutrition. If you’ve got children, you know that it can be difficult to urge them to eat right and several parents lose the battle.

Kalau direct Google translate memang kelakar la kan..So sini mama tolong translate konon terrer English!
Makanan tambahan untuk kanak-kanak mungkin penting pada hari ini kerana kebanyakan anak-anak tidak mendapat nutrisi yang mencukupi. Jika anda mempunyai kanak-kanak, anda tahu bahawa ianya sukar untuk menggesa mereka untuk makan, malah ada  ibu bapa yang telah kalah dalam pertempuran ini.

Yer, saya akui selalu juga saya kalah dalam pertempuran memberi anak-anak saya makan.

Especially Hadif the picky eater. Dulu masa dia baru mula kenal makanan, umur 6 bulan hingga 1 tahun dia tidak begitu. Apa saje saya suap, dia ngap!

Apsal la muka mama macam tu kihkihkih!
Tapi kini, dia scan dulu pinggan yang saya pegang. Yang dia mahu hanya lauk saja..tak kesah la ayam ke ikan ke, udang ke, kerang ke..nasi tolak tepi. Sayur letak tepi nasi. Maknanya dia memang hanya makan apa yang dia suka saja. Mana boleh jadi sebab dia hanya makan dari satu sumber sahaja.

Makanan yg ini mmg favorite
So saya belikan dia MealShake Shaklee, share jugak la dgn kakak Hannah..mama pon kalau teringin boleh tumpang share jugak yer Hadif :D

Mealshake flavor vanilla sedap sungguh bau dia. Memang menyelerakan. Bau aiskrim gitu.
Semalam, saya campurkan dalam susu Dutch Lady 123 mereka sebagai hidangan sarapan dan jugak sebelum tidur. Apa yang saya peratikan, Hadif asek nk mintak minum susu je dek kesedapan Mealshake ni. Tapi tk semudah tu saya tunaikan. Bersyarat. Dia kena makan nasi dulu. Terpaksa lah dia akur demi mendapatkan sebotol susu lagi. Hihi


Meal Shakes

  • Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
  • Rendak lemak dan rendah glisemik
  • Sumber protein dan kalsium
  • Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur


  • Merupakan minyak ikan terbaik 
  • Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dll
  • EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak dan meningkatkan daya ingatan.

Saya belikan mereka Omega Guard, bukan saja sebab ia bagus utk fungsi otak, malah sebab Omega dapat membantu recovery selsema dan batuk pada anak-anak juga. Sungguhla saya mmg tak suka nak bagi dorang makan ubat batuk selseme etc tuh.
Sesekali mama pon nk makan gak lah Omega Guard ni. Boleh salurkan ke Hilda jugak kan. Owh yer, Omega Guard ni mmg bagus jugak utk ibu pregnant dan ibu menyusukan.

Ada lagi satu vitamin --> Chewable Vitamin-C , yang ni mesti para mama sekalian tau fungis utk apa kan. Even if pegi jumpa doktor sebab anak selsema pon, Doktor akan bagi jugak Vitamin C.

eh tak abes lagi..Ada laaagi satu! Tapi yang ni dah lama la dorang makan. Vitalea for Children

Harap-harap dengan complete whole food supplement nih, selera anak-anak saya akan meningkat. Antibodi bertambah kuat agar tubuh badan lebih sihat dan sakit yang tak mudah berjangkit lagi. Dapatla dorang membesar, belajar, bermain dan beraktiviti dengan lebih mudah. Insya allah.

Kalau ada kawan-kawan yang ada problem anak susah makan macam saya ni,  try mealshake ni pada dorang. Kontek saya yer :)


 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®