Showing posts with label outstation. Show all posts
Showing posts with label outstation. Show all posts

Pengangkutan awam kami :D

Insya allah hari ni suami saya balik kepangkuan keluarga. LEGA!

So esok dah takpayah saya ber'pengangkutan awam' macam ni lagi dah. Jarak perjalanan tak jauh mana, tapi sebab saya membawa muatan yang agak sarat, jadi saya perlu bantuan alat pengangkutan seperti berikut.

Destinasi : Tadika Delima Ilmu dan rumah kami home sweet home - ulang alik.
Kenderaan utama : ALZA PUTIH (2010)
Kenderaan bantuan : Stroller My Dear (beli tahun 2007)
Alat bantuan towing : Ring sling kaler oren - color sami bak kata suami ku.
Muatan : Trio HM dan 6 biji beg kami.

Cara-cara;
1) Masukkan muatan (beg) kedalam tempat letak barang dibawah stoller dan sangkutkan lebihan beg di handle stroller.

2) Letakkan Hadif di dalam stroller dan Hannah di belakang supaya dia dapat memijak tempat letak kaki dan berdiri di belakang stroller. Rujuk gambar lama kami.
Nampak tak tempat letak kaki utk Hannah berdiri tu.

 3) Mama pakai ring sling dan letakkan Hilda didalam. Kalau Hilda tak tidur, position tummy to tummy. Kalau Hilda tidur, position craddle carry - dalam gambar dia tidur-



4) Semua dah at place..OK jom kita gerak. Mama with one hand or sometime dapat hands-free akan menolak stroller masuk kedalam lif.


Lucky us, warga apartment agak prihatin. Bila nampak kenderaan dengan muatan yg penuh ni, dorang akan kasik chance kt kami masuk dulu dan tolong jagakan pintu lif yang agak ntah-ada-sensor-ntahkan tidak tu supaya kami tidak tersepit tiba-tiba.

Sekian laporan bergambar tentang laluan trafik dengan kenderaan berat ini utk dijadikan sebagai kenangan.
psst : Stoller MYDEAR ni baru-baru ni jer mula berjasa. Since beli tahun 2007, dia hanya terperuk dalam bilik stor selama hampir 3 tahun kerana tak muat kami nk sumbat dalam bonet Kelisa dulu. Pernah berniat nk jualkan dia..huhu

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®