Showing posts with label ragam anak. Show all posts
Showing posts with label ragam anak. Show all posts

Alhamdulillah, mama dah sihat.

Kesian Hannah. Petang smlm waktu pulang dari taska, sgt berkobar-kobar dia bgtau, malam ni dia nak baca buku Bacalah Anakku dengan mama. Cikgu cakap kalau Hannah rajin baca buku kt rumah nanti Hannah cepat tukar buku. Sekarang dh buku 4, kalau rajin Hannah boleh habiskan sampai buku 8 cepat.

Mama senyum je. Ye lah anak mama. Tp dalam kepala mama ni, balik rumah nanti mama nk rehat dan tidur. Mama belum sembuh sepenuhnya dari demam dan Papa pulak dilanda sakit perut diarhea. Lepas solat maghrib kt bilik kedua, terus baring sebelah sejadah. Macam biasa, kt mana Mama ada, kt situ jugak la anakanda bertiga melepak.

"Hannah, mama nak baring kejap tau. Mama demam ni. Mama nk rehat"
"OK mama tutup mata, tapi mama jangan tidur tau. Hannah nk suruh mama ajar baca buku ni"
hihihih tutup mata tapi jangan tidur!!!! Kelakar la anak mama ni.

Sabar je dia tunggu Mama berehat. Sambil baring-baring dengan riuh rendah anakanda bertiga ntah apa dikerjakan mereka. Sekali terjaga sebab Hilda tolak iron board, jatuh terkena badan mama. Hukhukhuk!

Jam 9pm, terjaga lagi sebab terpikir mama belum suap anak-anak makan lagi. Bangun dan ambil nasi kukus ayam goreng berempah, diner lah kami berempat bersama-sama. Hannah nak makan nasi kosong je tanpa ayam. Hadif nak makan ayam je taknak nasi, Hilda belasah je makan nasi dan ayam walau gigi belom banyak lagi. Mama jugak la yang perabiskan nasi dan ayam. Standard la tu kan hehe. After diner, mama amalkan petua sembuh demam yang ni --> Petua demam kebah dengan Vitamin C dan Nutriferon

Lepas makan, Hannah ajak baca buku. Tapi mama mengelak lagi,
"mama nk solat Isya jap ye sayang. Nanti kita baca buku."

 Abes solat, Hilda mintak nenen pulak. Terus bawak dia baring dan susukan dia. Hannah datang bawak buku dia menuntut janji mama tadi.
"Mama boleh ajar Hannah sekarang kan?"
"Hannah, adik nak nenen pastu mama pon demam lagi ni. Kita baca buku esok la ye. Boleh ye sayang"
"Tak nakkkk baca esok.. nak baca malam ni jugak!!! " start adegan dia menangis.

Tapi mama dh tak larat nak pikir apa-apa lalu tertidur. Dan mama tau, Hannah sangat frust dengan janji kosong mama tadi. Mesti dia menangis sampailah tertidur. I AM VERY SORRY sayang..

Pagi tadi, waktu dikejutkan bangun tidur, dia menangis lagi. Menangis sebab teringat mama tak ajar dia baca buku lagi. Siap suruh bukak buku dia tu baru simpan dalam beg sekolah. Mama bagi lagi janji, janji malam ni mama ajar baca buku.

Alhamdulillah, mama dah sihat. Hari ni mama ajar Hannah baca buku ok. Janji hari ni mama tak tidur awal. Kita boleh belajar baca buku. Sebab mama dh sihat :)

Dulu dia duduk diam je baik-baik macam ni bila amek gambar.


Sekarang dia arahkan mama.

"Mama, Hannah lari pegi sane pastu mama amek gambar Hannah lari tau"



"Mama! Hannah lari kt sini boleh ke?? "

Mama "OK"

"Mama, Hannah nak lari kt sane semula"


"Mama, amek gambar Hannah sekarang mama!!! "


Menjelang malam:

"Mama, Hannah sakit kepala lah sebab tadi Hannah lari laju-laju. Nak tidur dulu lah"

Hihi Anak ohh anak..



Ragam anak-anak

Rentetan entry ini

Ramai yang tanya, kenapa dengan Hadif tu. Menangis berair mata sedih sekali. Hihihi. Hiks anak nangis, mama gelak pulak.

Itu la dia ragam dipagi hari didepan pintu taska. Even dah pon almost sebulan dihantar kesana, Hadif masih lagi menangis-nangis tak mau ditinggalkan. Nak ikut mama..nak ikut papa..
Setakat ni, rasanya taska tu takdek problem jaga tak elok, cuma Hadif masih belum dapat terima hakikat mama dia ada kerja, takboleh nak 24jam depan mata dia.


Seminggu dua hari tu, memang terasa la mama ni sedih jugak bila tinggalkan anak kt taska dan anak pulak menangis. Tapi bila dah nak masuk sebulan ni, hati mama dh agak kering tengok anak masih berdrama.

Tiga orang anak, tiga-tiga dengan drama masing-masing huhu.

Hannah berdrama masa nk bangun dan mandi pagi, Hadif berdrama depan pintu taska, Hilda pulak berdrama waktu mama terus nk buat kerja rumah tak belai-belai bagi candu dia dulu di petang hari.

Ohh mama!! Yang penting mama kena tingkatkan tahap kesabaran sebanyak 200%..





Wordless Wednesday



"Dah dah la menangis tu sayang..
Mama dgn papa kan pegi keje, petang nnt mama amek la abang balik rumah..kakak hannah dgn baby kan ada kt sini juga.."

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®