Showing posts with label Our Trip. Show all posts
Showing posts with label Our Trip. Show all posts

Strawbery moment

Jom kita sambung lagi cerita CH last episode.

Masa kt Pasar Malam hari tu, aku dah ready beratur depan gerai yg menjual benda alah ni. 

pinjam gambar yer Eriqazz
Apa tu???

Itu adalah buah strawberi yg telah bersalut coklat dan menuggu masa utk di NGAP.

But then, Abg cakap "Yang ni kita pegi makan kt kedai yg kita pegi dulu tu la.." ~merujuk kenangan masa peknenkan Hannah~

Aku pon step back dan kompom la tak menolak offer yg datang di depan mata, kan? :)

"Sekali sekala mengimbau kenangan lalu" Abg sambung lagi. Bini dia sukati la kan.

Lepas je abes beli barang dekat Kea Farm, kami bergerak turun menghala balik. Aku ingat Abg akan stop kt kedai strawberi ni, sekali dia jalan terus je. Sampai la kt bawah, kt tempat kami snap gambar kt Tanah Rata tu. 

Hmmm, dh terlajak ke bawah ni, so aku buat kesimpulan yg kami takkan pegi makan dekat kedai strawberi tu. Tak apa lah. Next time je. 

Time nk berhenti dekat Cameron Bharat Cafe, Abg baru teringat yg kami tak singgah pon kt kedai strawberi tu. Dia tanya, nk pegi ke tak. Aku reply, kita proceed je lah kt Cameron Bharat Cafe ni dan terus balik. Tak payah patah balik ke kedai strawberi.

Tapi Abg pulak nak berpatah balik sebab takut aku kempunan. So dia decide, kami cancel minum kt tea cafe dan naik ke Brinchang semula. OK Abg, saya menurut saje..Dalam hati ada taman bunga.. YABEDABEDUWWW!!

Ini lah tempatnya - Strawberry Moment cafe

Menu dia semua nmpk yummehlicious tau!

Adik nk order tu!

Hannah dgn patung chef yg menyambut kt entrance cafe

strawbey strudel..

Gambar depan food display. Kalau boleh nk rasa semua je tau

Ceria!

Gurau senda anak beranak before order sampai

Laki dan bini

utk Hadif - lupa la tajuk dia

utk Hannah - sama tajuk macam hadif

Strawberry chocs mini waterfall for two person

RM17.90 per set

jemput makan yer

over ceria pose haha!

memula cucuk stoberi. celupkan ke dalam coklat cair dan tos kan

Baca doa makan, bawak stoberi pelan-pelan ke mulut

Celup lagi

Nom Nom Nom! Lepas gian

Snoopy tu lebih menarik dari dessert

tak sangka, adik suka sgt dgn baby tomato

Dh abes makan :)

Tq Abg ! Feel so touched sbb Abg sanggup patah balik utk ke cafe ni
Hehe tayang aku n kids punya dessert je sbb Abg punya sampai lambat sket. Masa tu kami dh mulakan majlis NomNomNom pon. Sebab tu la tadek gambar kek yg Abg order :P

Kepala pon dh pening lalat sebab makan yg manis-manis ni. Masuk kereta memang rasa nk pengsan je. 

Habis la cerita short trip kami tahun 2010. Seronok sangat dpt spend masa dgn family terchenta. 

TQ so much pada our main sponsor iaitu MR KAMARUDDIN my dear husband.

Next time kita pegi lagi ye hehehe


2010 - Short Trip - Cameron Highland

Entry ni ada banyak gambar..kalau sudi layan..silakan la yer :)

Sambung lagi cerita jalan-jalan buat lenguh pinggang aku last week hehe!

Dari Penang, singgah sekejap dekat Terminal Bas beli jeruk sebungkus dua utk kawan-kawan kt opis.
Dan meneruskan perjalanan jauh tak kurasa.

Kami naik ke Cameron melalui exit Simpang Pulai. Dalam hati memang agak cuak. Maklumla, kan tragedi bas terbabas baru je berlaku. Aku jenguk-jenguk jugak carik kesan tragedi, tp tak nampak apa-apa. Dh bersih la kot. Nak tanya dgn Abg, aku takut. Takut termulut celupar ke apa ke..so better shut up ajelah :)

Sampai Brinchang @3pm++ ..So kami ronda-ronda pusing area yg dekat dgn Pasar Malam tu mencarik hotel utk stay malam nnt. Dah pusing 3-4kali and call nombor-nombor hotel, lastly kami check in dekat hotel budget yg sama macam last visit. RM98 per nite. Ok la tu :)

Lunch merangkap dinner kt restoran ni. Dari first time visit ke sini, sampai la recent visit kami berdua makan kt kedai ni.



serasi bersama
ceria bila dh kenyang
Since hari dah pon petang dan Pasar Malam pun dh bukak, jadi kami pun terus singgah kt situ. 

Belikan anakanda berdua topi dan sarung tangan. Baru la ada feeling-feeling jenjalan kt tempat sejuk kan. Lagipon cuaca hari tu memang agak berangin dan memang sejuk. Kesian Abg, aku lupa nk pack kan sweater utk dia. Menahan sejuk aje sepanjang jalan-jalan kt Cameron tu.

Akhirnya berguna jugak stroller ni. Bought in 2007 but less than 5 times of usage

Yeay! Hannah dapat topi n sarung tangan baru!
Belum apa-apa lagi, dh tertidur.


Flowers!! Tengok saja..
Vegetables! I like!
Souvenirs! & Hannah, but she is not for sale ok :P
Papa yg semakin kesejukan..kesian dia
Kami tak beli apa-apa pon kt sini kecuali sarung tangan. topi dan murtabak. Plan nk shopping esok je.

Terserempak dengan Zareen, my ex-classmate masa kt UiTM dulu. Tak sangka!
Lepas borak-borak kejap, kami pon berundur diri dan balik ke bilik. Tak tahan sejuk dah.

New year eve 2011 kami sambut dengan lena yg nyenyak. No bunga api show. Kt alam nyata ke, kt tv ke..Jam 9.30pm, aku dh tutup lampu dan TV dan memaksa anak-anak tidur. Hehe! Tak larat nk dengar dorang punya jeritan excited dan gembira sambil melompat-lompat atas katil tu. Badan mak-pak HMs ni dh letih..yg dorang tau, nk lena aje lah.

Terjaga kejap kol 12.30am,  Abg bangun sampai amek murtabak. Lapar la tu. Aku pon join sekaki. Lepas makan murtabak. Tidur balik. Hehe!

Sabtu, sambung lagi berjalan ke Butterfly Park dan Kea Farm -beli sayur, stroberi, jambu madu bla bla bla- 

Tunggu nasik lemak for breakfast

1st destination

Anak beranak HMK

Alamak terserlah gemok!

haha dh macam penyamun plak papa ni

Butterflies!

Peace 5 fingers from Hadif

Tangkap dia!

Kagum dgn butterflies yg banyak

Papa tolong tangkap seekor nk bagi Hannah

Untuk anak papa tersayang

Excited!

Sayang dia!

Yang ni pon sayang jugak!

Butterfly yg jinak

Kagum

my lovely HMs

aksi tarik menarik tangan mama takmo keluar dari sini

apsal buat muka mcm ni Hannah?

Serious face as usual

tengok fishes

If datang tahun depan..lagi sorang kt riba, kan Pa?

Papa dan mama

Mintak tolong brother jaga park ni snap gambar berempat

close up

singgah kt sini semata-mata nk amek gambar je.

Last pose
Kami tak pergi pon ladang teh, ladang stoberi dan ladang lebah bagai tu. Sbb aku rasa pinggang ku ini tak mampu dh nk berdiri lama. But lepas je snap gambar kt Tanah Rata ni, kami berpatah balik naik ke Brinchang sebab Abg terlupa nk bawak aku ke satu tempat yg aku request semalam.

Kalau ikutkan hati, aku nk je suruh Abg proceed perjalanan balik KL. Tp Abg takmo aku kempunan, so dia tetap la jugak drive dan berpatah balik.
TQ so much dear. I love u!!

Yang tu, aku sambung next entry yer..


 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®