Showing posts with label ptptn. Show all posts
Showing posts with label ptptn. Show all posts

PTPTN - Pembiayaan Ujrah 1%

Siapa ingat?? 

Aku dah dapat email feedback dari PTPTN semalam. Pening lalat jugak pikirkan, tp baik pegi makan ayam KR dulu..hari ni sambung pening hihihih!!

Okeh meh aku storytelling.

Ni dia borang-borang yg aku dh siap print kan. Satu tu, surat tawaran dan borang-borang yg perlu diisi dan return to PTPTN (2 copies) dan satu lagi tu panduan dan cara mengisi borang. Wajib la kena ada, kot tak nnt ada je salah sane sini, pastu borang kena reject.

Kalau bersetuju dengan tawaran dari pihak PTPTN ini, kita perlu menghantar semula segala borang dan dokumen yg diperlukan dalam masa 90hari daripada tarikh surat ini dicetak.



Cerita peningnya bermula kt sini.

Macam biasa prosedur permohonan dalam kerajaan ni, perlukan proses stamping, proses pengesahan borang, signature dari penjamin dan sebagainya. Panjang cerita kan. Sungguh la leceh.. setuju tak dgn aku?

Dan nampak tak jumlah ansuran bulanan tu. RM180.12 selama 138 bulan mulai 1/6/2008.


Adakah bila aku bersetuju dgn surat tawaran ini, maka aku perlu mencari/mengorek/mengutip duit dimana jua dia berada utk membayar tunggakan dari 2008 itu?

Nak bayar komitmen RM180 sebulan pon rasa mcm tercekik leher je nih. 

Tapi dah kata hutang dibawa ke mati, tetap jugak lah kena bayar walau apa pon rintangannya..Betul tak? 

Mode : Pening bila fikirkan duit..Sapa ada part time job nak bagi kt aku???


Permohonan Penukaran Pinjaman (3%) kepada Pembiayaan Ujrah (1%)

Sharing lagi kita..

Korang yg berhutang dgn ALONG PTPTN dah aware pasal ni??
Sesiapa yg berkenaan yg nk mengurangkan kadar cekik leher pinjaman PTPTN ni boleh la mula update maklumat anda di website PTPTN.
Mari la kita ramai-ramai memohon. Klik je kt link ni utk buat pendaftaran permohonan. Permohonan Penukaran Pinjaman (3%) kepada Pembiayaan Ujrah (1%)

Nanti korang akan dapat email dari webmaster mengatakan pendaftaran korang telah berjaya. Webmaster akan bagi link utk membuat pengemaskinian bagi pertukaran pinjaman (3%) kepada pembiayaan Ujrah (1%)

 

Dekat link tu nnt korang akan update information korang, dah kerja ke belum, anak yatim ke tak, maklumat ibu bapa dan sebagainya.


Dan akan dapat lagi satu email dari webmaster menyatakan permohonan kita dalam proses. 

So kita tunggu la permohonan kita utk mengurangkan kadar interest diterima atau tak. Hmm harap2 la diterima. Kos pentadbiran yg dikenakan kt aku sekarang adalah RM47++ . Kalau la kos ni dapat berkurang jadi RM1, memang konpom aku akan disiplin membayarnya setiap bulan :)

Pleasela PTPTN, aku ni pon baru survive nk hidup. Gaji pon bukan la tahap boleh beli  beli blouse, beli kasut, beli handbag, toys Fischer Price setiap bulan.  Jangan la caj kos pentadbiran macam ALONG tu. 
Have a heart..
 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®