Seminar Public Speaking "NOW EVERYONE CAN SPEAK"

Best jugak rupanya seminar ni. Actually, yuran course ni sebenarnya hadiah dari mentor Shaklee saya, Master Lyna & Master Zainul.

Saya memang tak berapa kenal dengan kedua-dua speaker ni. Sebab jarang tengok TV.  Hanya bila saya dapat poster pasal curse ni barulah saya google pasal mereka.
Rupanya Rizal Rashid ni selalu jadi MC untuk majlis-majlis rasmi kerajaan. Dan Amin Idris ni pulak, motivator, penulis buku dan pengacara tv Alhijrah.


Sesi pagi diconduct oleh Mr Rizal. Bermula dengan sedikit part motivasi which I LIKE it so much. Sebab saya perlu juga buat part ni nanti dalam kelas-kelas coaching saya. Boleh la cedok sket idea dari dia.

Haaa.. air ni memang takkan saya tinggal walau kemana-mana. Iaitu bancuhan Performance drink. Bukan sekadar bawak bekal utk outdoor activity, indoor pun wajib jugak bawak.


Yang ni sesi petang.. bermula dgn sesi Mr Amin Idris. After all, dedua speaker memang best. Rasanya kalau berpeluang lagi pegi seminar dorang berdua ni, insya allah saya akan datang. Boleh ajak cik abe sekali join.


Sempat juga ajak Mr Amin Idris bergambar. Yang baju biru tu, Master Wan Fatihanum. Rakan seperjuangan saya dalam Ladyboss (group bawah Master Lyna).

Awalnya saya ingat saya sorang yang dihantar oleh Master Lyna, nasib baik waktu registration saya ternampak Master Hanum tengah menunggu untuk masuk dewan. Apa lagi, terus berkepit berdua lah kita.

Dan sebenarnya ada lagi 2 orang rakan kami yang lain. So dekat gambar lagi satu tu, bakal Master Salwa



Overall, keluar je dari seminar ini, kepala saya penuh dengan idea untuk conduct kelas, dan semangat saya membara-bara jadinya. Maka tercapailah matlamat, saya dihantar ke seminar ini.

Hehe.. rambling orang 1st time pegi seminar motivasi gayanya..


12.12.13 : Hannah Marissa turns 6 Years Young

Hari ni 12.12.13.

Happy birthday to my sayang Hannah Marissa bt Kamaruddin
A very special girl to mama.


Semakin besar, semakin terserlah ciri-ciri kakak dan anak solehahnya.
Ringan tulang, petah berbicara, bijak berfikir, disulami dengan rajuk dan emosinya.

Kakak yang boleh mengalah, boleh diharap menguruskan adik-adik dan tak kurangnya dengan demand tinggi bila meminta sesuatu :P

Hari ni, mama tak ada apa-apa plan special untuk celebrate birthday Hannah, sebab insya allah, mama & papa akan bawak dia pegi jalan ke tempat idamannya. Insya allah, later update pasal cuti-cuti birthday Hannah.

Semoga semakin besar Hannah Marissa, semakin tinggi rasa tanggungjawab dan semakin besar jiwanya. 
Mama tu bercakap macamlah anak mama dah nak masuk form 1, padahal baru nk masuk darjah satu! Ahaks

By the way, mohon kawan-kawan mama juga mendoakan yang terbaik utk Hannah Marissa.

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®