Layan gambar : Lebaran 2012

Penyakit blur sudah mai.

Banyak nk type, tp tak tau mana nk mula. So layan ajelah dulu gambar family HM beraya kt luar rumah ni..hehe

Saja2 pose kt luar sbb kamera kami perlukan pencahayaan yg terang baru lah gambar tak GEGAQQ!

Saya plg suka gambar no 2...hahahah bajet comel laki bini berdua ni kan.

Salam Aidilfitri sekali lagi utk semua dari kami.

Ada sesapa nk dtg raya kt rumah? Jemputla datang, tapi calling2 dulu ye...






SALAM LEBARAN 2012

Balik kampung checklist

Dah ramai yang memulakan perjalanan pulang ke kampung kan.

Sebelum balik kampung, dh pastikan semua checklist ini di 'tick' Salam Aidilfitri dan semoga selamat dalam perjalanan dan percutian dari saya mewakili team Kedai Triple S.


Spectra3 dan Unimom Allegro bekerjasama


Spectra3 semakin menunjukkan prestasi yang menurun. Suction makin slow, lalu membuatkan collection perahan ala kadar gitu haaaa. Mungkin dah letih, bekerja selama satu tahun lima bulan tanpa diserbis.

Spectra3 kata, kalau u pon kerja 1 tahun 5 bulan tanpa cuti agak2 u exhausted tak mommalydzar???
Ai kata, of course la ai takkan kerja 1 tahun 5 bulan tanpa cuti. Buktinya cuti Annual Leave ai sekarang tinggal setengah hari saja..Hahaahaha

Okeh Spectra3 sakit hati.

So dh dua hari bawak Unimom Allegro utk buat double pumping di opis. Lega hati mak, collection susu up balik. Rupanya faktor pam dah letih adalah salah satu puncanya. Spectra3 tu kalau buat double pumping, mmg jadi tak efisien. Kalau buat single pumping baru ok. Tapi saya ni tak menyabarlah nk tunggu sebelah siap, tukar sebelah pulak. Take time kan!

Insya allah lepas raya ni kita pegi servis ye Spectra3 ku sayang.

Shopping for Raya

Done for our kids.

 Half done for mama, nothing yet for papa.

Sabtu lepas carik baju kurung kt 3 lokasi. Giant Shah Alam, Giant Kota Damansara dan PKNS Shah Alam.
Baju ikut family theme colour tak jumpa, tp utk tidak menghampakan diri beli juga 2 pasang baju kurung dan shawl bersesuaian dekat PKNS. Lokasi terakhir Sabtu lepas, jadi kena juga lah sambar sebab dh penat berjalan kan.

As for untuk orang yg jarang membeli baju siap mcm saya, saya rasa baju-baju yg dijual adalah MAHAL. Rata-rata plain baju kurung withbeads, harga start dengan RM159. Tambah lagi sket, RM179 dan yg meriah tu memang RM200-RM300 lah. Even baju yg bercorak banyak pon diletaknya beads supaya boleh jual harga seratus keatas.

Tahun depan memang kena beli kain jugaklah. Macam serik je experience nk mencarik baju raya last minit nih. Ini pon nasib baik sangat sebab mak saya dh jahitkan baju utk Trio HMs. So pakai ajelah baju melayu/kurung yg nenek dh jahitkan tu. Kurang satu pening nk carik baju kurung siap utk Hannah dengan Hilda.

Dan ntah bila nk sambung pencarian baju raya ni belum dpt dipastikan lagi. Hihi. Masa dh suntuk.

Siput sedut slurpppp

Nikmat betul bila yg diidamkan masuk ke tekak dan ke perut.

Ni menu semalam. Semangkuk kecik je. Sebabnya beli dekat pasar ramadhan. Dari kelmarin dh aim nak beli. Satu bungkus dikira RM3. Tak cukup pon untuk sekeluarga makan. Kena lah share-share saje. Mama rasa pon utk lepaskan teringin je. Tak sangka geng HM tu pon suka!! Hadif paling banyak diikuti Hilda dan Hannah yang cuma mintak waktu siput dh tinggil seketul. Dorang ni memang suka lauk berupa 'kerang-kerangan' ni. Kalau kerang tu, memang dorang ratah je.

Insya allah hari ni nk g beli lagi. Beli RM10 kot, baru puas hati semua dpt makan.

Nak masak sendiri, proses nk ketuk montot siput ni den tak reti. Paling terer beli yang siap masak je, so kita guna kepakaran yang ada ajelah kan. Hihi.



Psstt : Ada tak sesapa mcm saya, mood memasak lauk berbuka sangat lah KELAUT semenjak dua menjak akhir ramadhan ni.Ni pon tengah ligat pikir apa nk dimasak, atau pon beli ayam golek ngn siput sedut je petang kang..

FREE Angpow Raya

Salam semua! Dh tukar duit raya?

Dah ada sampul? Kalau nk sampul pink cantik free macam dalam gambar ni, boleh kontek saya. Sebarang pembelian vitamin dari Kedai Triple S sehingga habis 31 Ogos ni, akan dapat sampul raya percuma!!

Jom shopping!

Sempena Syawal ni, cadangan vitamin yang sesuai untuk anda sekeluarga adalah spt berikut :






Antara vitamin yang patut ada sempena raya nanti:
1. Nutriferon -- meningkatkan imun sistem. Maklumlah, time raya kdg2 ada yang demam, nak ke klinik pun susah.

2. Wellness set - Vit C, B-kompleks, vitalea, ESP. Untuk memastikan badan mendapat nutrien secukupnya. Musim raya nnti nak makan macam-macam hingga mungkin ramai yg terlupa diet seimbang.

3. Performance Drink - untuk kekal terhidrat dalam perjalanan jauh. Masing-masing nak tempuh jem nanti.

4. Advanced Joint Health - hadiah untuk ibu, ayah, mertua, datuk dan nenek di kampung

5. Peppermint Ginger Plus - buang angin dalam badan.

6. Lecithin, Omega -- memecahkan lemak-lemak. Raya ni semua jenis makanan berlemak, berkolestrol terhidang depan mata. Semua nampak sedap. Habislah diet sebulan ramadhan.

 7. Kolagen + vitamin C --- ni sesuai sangat untuk nampak berseri hari raya nanti. Mungkin ada yang akan bertunang dan kahwin raya ni :). kolagen mula memberi kesan BESTT dalam 5 hari. Jom, buat order sekarang!!

Hubungi saya lydzar@gmail.com | 0123103787

Ahli wajib sahur

Lagi kisah pasal budak TemMok nih

Agak kontroversi juga gambar dia dalam entry Oh! My Lipstick. Ramai yg ingat pipi dia kena minyak panas.OUCHHH!!
Insya allah dan harap harap Hilda dilindungi Allah swt daripada kejadian kejadian menyakitkan dan tak sanggup mama nk hadapi cenggitu ye. Mari sama-sama berdoa agar anak mama ni sihat selamat sejahtera selamanya. :)

Pagi tadi buat kali pertama, cik Hilda tak bangun sahur. Ngntuk sangat lah agaknya. Mama memang saje tak kejutkan dia. Sahur tapi tak puasa pun hihih. So biarlah dia tidur aje. Sebelum ni mmg sharp jam 5am dia uk-ek-uk-ek mama..mama..mama panggil dari dalam gelap.

So mama pon kena lah angkat dia ke meja makan juga. Kekadang sahur makan nasik, kekadang sahur mintak nenen aje. Lepas je sahur ajak mama baring balik sebab dia nk sambung tidur.

Gambar bawah ni dia tengah layan Upin Ipin sebab mama sibuk baru nk panaskan lauk. Sambil sahur tengok Upin Ipin banyak gak yang dia makan.

Ada lagi 10hari utk cik Hilda bangun sahur. :)

Oh nak update jugak, since masuk minggu kedua, kakak Hannah pon berjaya berpuasa tp sampai petang je lah. Sampai je masa mama amek dia kt taska, dia ajak singgah beli naget atau karipap atau mi atau kokokrunch sebab dia dh lapar. Sampai kering bibirnya berpuasa. Bravo! Takperlah, yg penting  dia nk berlatih berpuasa kan :)

Nak update lagi satu, mama belum ada baju raya. Hihih.


Oh!!!My Lipstick!!!

Antara kejadian kejadian aneh berlaku di rumah kami.

Hihi. Tak berapa nk aneh la kot bila anak-anak tengah mengexplore dengan penuh minat sekali. Tak tau la cemana dia jumpa lipstik dalam handbag mama, mungkin sangat interesting bila lipstik berkaler pink.

Mama calit kt bibir, dia calit kt pipi!! Bukan setakat pipi je, sampai ke kepala pon ada tau. Even dh lap bersih-bersih guna tisu dan sabun, glitters nya tetap lekat sampai ke malam. Kejadian berlaku waktu mama tengah sibuk masak menu rusa masak lemak cili api. 

Hukhuk, seb baik lah lipstik tu mmg dh tinggal sket dan memang mintak dibeli baru je. So memang ini adalah alasan kukuh untuk mama beli baru ~ lipstik raya :D

Mangsa kejadian tak dapat dikesan lagi ada kt mana. Dia dh buang kot, sebab dia memang dh pandai buang pampers sendiri dalam 'pah' read :tong sampah sendiri. Adakah dia sekarang 'pandai makan pandai simpan'?? Hahaha

Anak oh anak..
Comel je bila amek gambar lentuk kepala gaya Ella yang manja. Mama nk marah pon tak jadi.

OREN

Hadif adalah penentu warna tema tahun ini.

Sebenarnya saje test-test kan dia baju melayu ready made malam tadi. Dh try kaler purple, fit well dan dia pon suka, tp tahun lepas dh purple pun. So mama amek je any colour yg saiznya sama 18.

Bila siap sarung kaler oren...fuhhh handsomenya anak mama dalam kaler ni. Baru perasan kulit Hadif macam sesuai gak la dgn kaler oren. So dapatlah Hadif baju melayu raya. Orang lain belum dapat lagi.

Tahun ni kami tak terlintas pon nk beli kain untuk hantar kt mak utk dijahit. Apsal ntah, Mungkin nk bagi saya merasa pakai baju ready-made kot. Sungguh memang saya mungkin cuma ada 3 helai je baju kurung ready made sepanjang 30tahun ni. Dulu-dulu mak yang jahit. Tahun ni bagi mak abah rest lah.

So esok adalah masa untuk hunting for ORANJE!! Fuhhh rasa berapi je nnt.. hihi


psssttt : Esok nk shopping baju raya anak-anak. Tp dorang kena duduk taska je. Mama n papa buat shopping marathon dlm 2-3jam je pastu balik. Ahaha!


Takziah pada keluarga yg accident semalam

Sumber penuh cerita OnDeScene.

Sebak takleh nafas bila baca blog Mazidul tadi. Kemalangan melibatkan bas sekolah, kereta dan motorsikal. Sepasang suami isteri, dan isteri yg sedang mengandung 7 bulan maut, meninggalkan anak berusia hampir 2 tahun yatim piatu.

Sungguh sungguh mengalir deras air mata bila mengenangkan betapa bertuahnya suami isteri ini dapat sehidup semati. Ajal maut Allah tentukan. Tiada derita kehilangan diantara pasangan suami isteri yg sedang bercinta didunia ini. Dan mungkin Allah izinkan mereka bercinta di syurga pula..Alhamdulillah untuk nasib mereka yg ini. Tapi semakin laju air mata mengalir di pipi bila kenangkan anak kecil yg ditinggalkan. Apalah nasibnya nnt. Kecil lagi dh hilang tempat bermanja.

Mungkin atuk nenek atau saudara mara menjadi ganti, tapi pasti takkan sama dengan kasih sejati ibu dan ayah. Runtun jiwa ini bila teringat kisah macam ni. Takutnya rasa kalau anak-anakku HM juga terima nasib yang sama.

'Ya Allah berikanlah kami suami isteri peluang untuk mendidik dan membesarkan anak-anak kami sehingga mereka mampu berdikari. Jauhkan lah kami dari malapetaka dan bencana yang tak sanggup kami hadapi..semoga keluarga ini sentiasa bersatu dan berada dalam rahmat dan redha Mu Ya Allah'

 Okeh..dh takleh nk tulis lagi dah..nk gi touch up..huhuhu



 
 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®