Takziah pada keluarga yg accident semalam

Sumber penuh cerita OnDeScene.

Sebak takleh nafas bila baca blog Mazidul tadi. Kemalangan melibatkan bas sekolah, kereta dan motorsikal. Sepasang suami isteri, dan isteri yg sedang mengandung 7 bulan maut, meninggalkan anak berusia hampir 2 tahun yatim piatu.

Sungguh sungguh mengalir deras air mata bila mengenangkan betapa bertuahnya suami isteri ini dapat sehidup semati. Ajal maut Allah tentukan. Tiada derita kehilangan diantara pasangan suami isteri yg sedang bercinta didunia ini. Dan mungkin Allah izinkan mereka bercinta di syurga pula..Alhamdulillah untuk nasib mereka yg ini. Tapi semakin laju air mata mengalir di pipi bila kenangkan anak kecil yg ditinggalkan. Apalah nasibnya nnt. Kecil lagi dh hilang tempat bermanja.

Mungkin atuk nenek atau saudara mara menjadi ganti, tapi pasti takkan sama dengan kasih sejati ibu dan ayah. Runtun jiwa ini bila teringat kisah macam ni. Takutnya rasa kalau anak-anakku HM juga terima nasib yang sama.

'Ya Allah berikanlah kami suami isteri peluang untuk mendidik dan membesarkan anak-anak kami sehingga mereka mampu berdikari. Jauhkan lah kami dari malapetaka dan bencana yang tak sanggup kami hadapi..semoga keluarga ini sentiasa bersatu dan berada dalam rahmat dan redha Mu Ya Allah'

 Okeh..dh takleh nk tulis lagi dah..nk gi touch up..huhuhu



 

6 words from u:

amirah said...

kesian sgt...tragisnya eksiden tu.. : (

ieedaz @ mama_isha said...

betul tu liza, sedih tgk berita tu semalam..takleh nk bygkan keadaan mayat mcm mane... nak plak arwah isteri tu sarat pregnant 7 bulan kan.. dan kesian juga kat anak berumur 2 thn yg mereka tingglkan di dunia ini.. :((((

AL-FATIHAH buat mereka...

MAMASUE said...

huhuhu...mamasue pun ada terbaca kisah ni td...tp mamasue sedih memikirkan anak dia yg 2 tahun tu...siannya...

Kesuma Angsana said...

KA pown ra sa sebak baca cerita tu semalam, sian kat anak kecil yg x mengerti apa2 lagikan

mommyNadia said...

same here,bila tgk berita smlm..terus terbayang anak 2thn yg jadik yatim piatu...kesian..

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka Amin..

Lizan said...

saya baru baca kisah penuh tragedi ni.. sangat mengerikan, moga2 aruah tak merasa kesakitan sewaktu kematian menjemput...alfatihah untuk aruah berdua.. semoga tenang di sana....

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®