Luka Melukai

Tajuk terluka yg menyayat hatiku..HukHukHuk!

Malam tadi lepas spray bilik dengan Ridsect supaya bebas nyamuk, maklumla dalam rumah aku tu ada 2 orang mangsa faveret nyamuk ---> Hannah dan Abg. Hadif dan mama dia selalunya selamat. Apsal entah mcm tu. HiHi!
So lepas spray bilik, aku tutup lampu dan keluar dari bilik. Tengah nk tutup pintu, tiba-tiba Abg menjerit. 

"Baik baik tutup pintu tu!! " 

Masa tu aku dah almost done with kerja nk tutup pintu. Dan tiba-tiba juga Hadif menjerit dan menangis.
Alamak rupa-rupanya dia pon pegang jugak pintu tu. Dan jari kelingking dia dah tersepit hampir dengan engsel pintu. Aku pon terus tolak semula pintu tu sampai terbuka. Terus sambar si handsome aku tu. 

Menangis kuat sungguh dia. Sakit sangat la tu. Bila aku check, mmg jari kelingking dah merah dan bercalar. Nasib baik je tak berdarah. Abg amek turn pujuk dia bila tengok aku tak berjaya pujuk dia. Sambil dukung, sambil tiup-tiup jari dia dan sambil suruh dia tengok lampu kelip-kelip kt Blok 4 tu, baru la dia diam. Aku pulak bergegas capai je minyak yg ada kt rak dapur tu. Nasib baik capai minyak gamat, bukan minyak Alfiat..hehe!

Beberapa ketika lepas letak minyak gamat, Hadif dah boleh bermain semula. Tapi dia keep on pegang jari dia yg sakit tu. Mungkin masih terasa sakit dan berdenyut-denyut tempat yg tersepit tadi. Kesian anakku :( 
Sorry dear..mama tak sengaja.

Pagi tadi pulak, lagi sekali aku telah melukakan. Apalah masalahnya eh?

Aku agak menggelabah sebab turun bawah agak lewat pagi ni. Lepas hantar anak-anak ke taska, aku teruskan perjalanan ke tempat kerja. Tempat biasa aku beli breakfast sebelum ni baru bukak hari ni. Gembira sungguh rasa hati. Dah lama teringin makan nasik kerabu RM2 yg ada dijual kt situ.

So aku pon singgah la. Tengah adjust parking tetiba je aku dengar DUMMM!

Alamak!! Apa pulak ni!!!! Dengan segera aku reverse kan kereta..
Rupanya aku tak perasan yg muncung depan WUH dah terlalu hampir dengan batu divider parking tu. Dan bunyi itu adalah bunyi  muncung WUH melanggar batu tersebut. ADOI!!!!!!!

Terluka la si dia WUH. Calar yg agak panjang. Bab ni yg buat aku cuak. Apelah ayat sesuai utk aku bgtau Abg. Mesti dia upset bila tau WUH pon terluka :(

Mood aku pon tercalar dan terluka sebab perbuatan sendiri.

6 words from u:

Kancilbiru said...

niza pun penah terkepitkan jari adik masa dia kecik2 dulu...ya Allah tangisan dia ingat sampai harini...

sedih sangat sbb tau sakit...huhuhu

eMMe said...

mama hati2...nasib tak putus jari kelingking, dah la halus je jari budak kan...

.: Ain Rusli aka Ibu Qaisara:. said...

iskkk..sakitnye!aku pun penah tersepitkan jari sara kat celah sliding door..adoimakk..seb baik nangisnye kejap je,cume terkopek kulit sket..siann..jari diorg kan halus je..

wohoho..part kete tu aku takuttt!! kalau aku dah kecut nak bgtau din,walaupun tu kete aku..cemana ko nih lydzarr..sayangnye kete baru tuuu..huhuhu..dah nasib die nak kene arini kan? huhuhu..

lydzar said...

@Kancilbiru sakit dia berdenyut2 kan..mmg sakit sangat laa..uwaaa...

lydzar said...

@eMMe alamak belum sampai bebetul tersepit tu..jauhkan la dari terputus tu

lydzar said...

@.: Ain Rusli aka Ibu Qaisara:. hehe aini..kecut2 pon aku kena gak bgtau dia. drpd time dia tgh belek baby WUH dia baru dia nmpk..lg haru.

dia kata, takper la..lepas ni hati-hati lebih sikit

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®