Kunjungan surprise ke sana.
Jam 7pm, di kala aku tengah sibuk memotong sayur-sayuran dkt dapur, Abg balik ~Awal pulak dia balik hari ni~
"Jom kita makan kt luar, mama dah gaji hari ni..kita suruh dia belanja kita makan pizza!! " riang ria je dia cakap dengan anak-anak. Amboi tau je timing nk pau bini dia nih yer..
Kerja potong sayur aku hentikan sekejap, terus aku duduk kt sofa.
"Betul ke nak makan kt luar ni? Kalau betul, syg takyah masak la"
Aku pon suka je kalau takyah masak hahah! Selalunya aku apply cuti masak pada hari Rabu atau Jumaat je. Sekali seminggu.
"Jom lah kita keluar, pegi OneUtama ke.. " balas cik Abg.
Terus mentol idea menyala-nyala kt atas kepala aku dan terus aku teringat galakan dan sokongan mamasue supaya ramai-ramai memeriahkan JCard Day di Sunway Pyramid.
"Kita pegi Sunway Pyramid je lah bang. Ada JCard day kat sana hari ni" cadangan diusul.
"Ok pegi lah siap-siap"
Bergegas la aku simpan semula sayur kacang buncis dan cauliflower tu dalam peti ais. Masuk bilik air dan ambil wudhu' utk solat maghrib. Takyah mandilah...kang lama pulak masa nk bersiap :P
Siapkan anak-anak dan tunggu abg pulak setelkan persiapan dia, jam 7.20pm kami gerak.
Huhu laki aku ni, kalau time dia ada mood takla susah mana dia nak ajak berjalan. Dia on aje.
Abg memang aim nak carik sandal je. So kami terus ke Men's Department. Lama menunggu dia pilih. Takpa lah kasik chance kan.
Sementara dia pilih sandal, aku bawak anak-anak meronda kt bahagian Baby sebelah Men Department tu. Macam biasa la, kasik peluang main tekan-tekan toys saja..belinya tidak. Sudah beli barang Abg, anak-anak dh cranky. Hadif dah mengantuk and Hannah pulak tensen sebab mak bapak dia tak bagi beli toy block Dora the Explorer. Apalagi menangis la dia. Kena la pujuk dengan janji-janji manis mu, kita datang lagi lain kali carik toys yg lagi best.
So aku tak sempat nk pegi department Ladies.
Dan ini je lah hasil tangkapan. Masing-masing dapat kasut/sandal. Hannah je tak dapaat habuan. Kesian. Takpa, nnt mama belikan hadiah sempena birthday ke 3, 12 Disember nanti yer.
Sandal aku ni dinamakan sandal Pregnant 3. Murah giler ..RM23.90..
Sandal Pregnant 2 brand yang sama juga sudah lunyai dan menggelupas. Layak campak ke tong sampah je.
Diakhir cerita, Abg tak sempat pau aku pon Hahaha! Sebab dh lewat dan Pizza Hut dah tutup. Lain masa la yer Abg :P
10 words from u:
huiyooo...murah gila harga sandal tu =)mamasue ni suh je org pi,tp mamasue tak pi...papa bukannya mau jln2 time org ramai2 gitu...
pssst:en.din ni semlm nyakat mamasue balik awal,2x5 je...
wah~ syok la dpt sandal...
bile lak giliran me nak gi shoping nih...hehehe...
eh...semalam pun saya gi sini gak...tak jumpa auntie pun.....ibu tak shoping apa pun...gaji masuk awal...abis dah....ibu just belikan saya t-shirt jer.....
MURAHNYE SANDEL TU..KITENYE SANDAL DARI ZAMAN PREGNANT ADE LAGI, KUIKUI..
@mamasue hahahah dia ada bgtau "sue pon balik awal sebab nk pegi sunway piramid kot.."
sesekali dia nak balik awal mamasue..biar aje lah..kalau tak, malam baru nk muncul kt umah :(
@eMMe sekarang jugak boleh pegi!! hihih
@Atia Adina haah la atia..tak nampak atia pon. lgpon aunty kalut jaga budak berdua tu
@az rina a.k.a jaijina hehe biasala 1 sandal, pakai sampai hancur..tak boleh nk carry forward ke next pregnancy
wah2.. g sopeng lgk yer... ila preg kali ni pakai sebjk je sipar. rm20 beli kat jusco OU. hahaha.. sgt berbaloi2. selgk xputus jgn hrp ku tkr. hehehehe...
bestnyer gi jusco sale....
Post a Comment