Alhamdulillah, mama dah sihat.

Kesian Hannah. Petang smlm waktu pulang dari taska, sgt berkobar-kobar dia bgtau, malam ni dia nak baca buku Bacalah Anakku dengan mama. Cikgu cakap kalau Hannah rajin baca buku kt rumah nanti Hannah cepat tukar buku. Sekarang dh buku 4, kalau rajin Hannah boleh habiskan sampai buku 8 cepat.

Mama senyum je. Ye lah anak mama. Tp dalam kepala mama ni, balik rumah nanti mama nk rehat dan tidur. Mama belum sembuh sepenuhnya dari demam dan Papa pulak dilanda sakit perut diarhea. Lepas solat maghrib kt bilik kedua, terus baring sebelah sejadah. Macam biasa, kt mana Mama ada, kt situ jugak la anakanda bertiga melepak.

"Hannah, mama nak baring kejap tau. Mama demam ni. Mama nk rehat"
"OK mama tutup mata, tapi mama jangan tidur tau. Hannah nk suruh mama ajar baca buku ni"
hihihih tutup mata tapi jangan tidur!!!! Kelakar la anak mama ni.

Sabar je dia tunggu Mama berehat. Sambil baring-baring dengan riuh rendah anakanda bertiga ntah apa dikerjakan mereka. Sekali terjaga sebab Hilda tolak iron board, jatuh terkena badan mama. Hukhukhuk!

Jam 9pm, terjaga lagi sebab terpikir mama belum suap anak-anak makan lagi. Bangun dan ambil nasi kukus ayam goreng berempah, diner lah kami berempat bersama-sama. Hannah nak makan nasi kosong je tanpa ayam. Hadif nak makan ayam je taknak nasi, Hilda belasah je makan nasi dan ayam walau gigi belom banyak lagi. Mama jugak la yang perabiskan nasi dan ayam. Standard la tu kan hehe. After diner, mama amalkan petua sembuh demam yang ni --> Petua demam kebah dengan Vitamin C dan Nutriferon

Lepas makan, Hannah ajak baca buku. Tapi mama mengelak lagi,
"mama nk solat Isya jap ye sayang. Nanti kita baca buku."

 Abes solat, Hilda mintak nenen pulak. Terus bawak dia baring dan susukan dia. Hannah datang bawak buku dia menuntut janji mama tadi.
"Mama boleh ajar Hannah sekarang kan?"
"Hannah, adik nak nenen pastu mama pon demam lagi ni. Kita baca buku esok la ye. Boleh ye sayang"
"Tak nakkkk baca esok.. nak baca malam ni jugak!!! " start adegan dia menangis.

Tapi mama dh tak larat nak pikir apa-apa lalu tertidur. Dan mama tau, Hannah sangat frust dengan janji kosong mama tadi. Mesti dia menangis sampailah tertidur. I AM VERY SORRY sayang..

Pagi tadi, waktu dikejutkan bangun tidur, dia menangis lagi. Menangis sebab teringat mama tak ajar dia baca buku lagi. Siap suruh bukak buku dia tu baru simpan dalam beg sekolah. Mama bagi lagi janji, janji malam ni mama ajar baca buku.

Alhamdulillah, mama dah sihat. Hari ni mama ajar Hannah baca buku ok. Janji hari ni mama tak tidur awal. Kita boleh belajar baca buku. Sebab mama dh sihat :)

10 words from u:

:: Mrs.Eady :: said...

semoga terus sihat.. :)

Hanis Azla said...

bangganya dgn semangat hannah.. bagus betul dia begitu bersungguh mcm tu.. semoga mamanya dah sihat sepenuhnya hari ini.. so dapatlah tunai janji pada hannah..

wahida said...

alolo...kesian hannah...

alhamdulillah, ko dah sihat, sekarang dah terjangkit ngan aku pulak...huhu...

ibuhebat said...

Biasalah budak2... janji mesti dituntut. Anak akak pun macam tu. Sedih la pulak baca entri ni. huhu

Iela Fazielah said...

alahai..sian hannah.. budak mmg menuntut janji..tp kekadg bila kita bz sgt..mmg la tak terlayan kan....

lydzar said...

@:: Mrs.Eady :: thanks, insya allah

lydzar said...

@Hanis Azla ye kak, bila dtg mood nk baca buku dia, mama kena hadap dia atleast sejam tunggu dia baca buku. hihihih

lydzar said...

@wahida alamak dh berjangkit kt sane plak ke? boleh la try petua sihat dengan vitamin c tu :)

lydzar said...

@ibuhebat ye kak, mama hannah ni pon sedih. tp apekandaya tak larat nk bukak mata malam tadi.

lydzar said...

@Iela Fazielah kan kak..saya tak dpt imagine lg nnt if dia dh sekolah dan ada byk homework..

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®