Spongebob sakit perut


Sian dia. Pagi tadi dia mengadu sakit perut. Dah siap mandi dan berbaju sekolah, dia baring semula layan perut. Pujuk-pujuk supaya dia bangun dan pakai selipar, berjaya. Dalam kereta muka monyok je takmau ke sekolah.

Papa suruh bawak dia pegi breakfast dulu. Takut dia sakit perut sebab perut kosong. So bawak la ke kedai mamak Al-Wadud. Belum sempat order, Hannah ajak ke toilet. Dia nk membuang katanya. OK jom!

Baru je duduk dan order, dia ajak lagi ke toilet. OK jom pegi toilet lagi.

Tengah makan tak sampai separuh lagi roti telur, dia ajak ke toilet lagi. OK jom!

Total 3 kali dia ke toilet waktu di Al Wadud. Lepas sesi kali ketiga, saya tanya dia ada rasa sakit perut lagi ke tak. Dia kata dh OK. So hati saya agak lega, sebab mungkin dia hanya sakit perut sebab rasa nk berak ja. Bukan cirit birit atau kembung.

Waktu saya drop dia kt tadika tadi, dia pesan "Mama, nanti lepas Hannah makan tengahari mama balik amik Hannah bawak pegi klinik tau"

Mama angguk je. Padahal mama dh tau, mama takkan balik sebab naluri mama kata dia just sakit perut nak berak je. Hannah ni excited juga bila demam sebab mama akan bawak dia pegi klinik dan pegi opis mama. Dah 2-3kali macam tu. So memang default dalam kepala dia, asal tak sihat boleh ikut mama g opis :D

Waktu makan tengahari tadi, rasa sayu juga sebab saya berada di foodcourt, bukan berada di klinik bersama Hannah. Huhu. Harap-harap Hannah ok je kt taska.

5 words from u:

amirah said...

walaupun kena sengetkan kepala, tp kakak memang comel pakai bju spongebob..huhu..sian dia..kena gi kinik ni

ieedaz @ mama_isha said...

cute nye baju sponbob (versi isha)ni! hannah pun comel... :p

e.l.i.s.s.m.i.e said...

comelnya baju dia. beli kat mana tu :p

Hanis Azla said...

comelnya baju dia.. oh.. klu deman atau sakit bolehlah ikut mama ke ofis yer.. kira mcm taktiklah tu.. he..he.. harap2 perut hannah dah ok dah skrg ni..

Atia Adina said...

eh...saya pun tertarik dengan baju sponge bob hannah....cantik...belik di mana?

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®