Perjalanan penyusuan lancar diawal kelahirannya. Hilda pandai latching dgn baik sejak dari labor room lagi. Waktu dalam pantang, dia seorang yang 'good girl', bangun malam cuma bila mahu menyusu. Kurang ragamnya yang membuat mama kurang tidur. Waktu dalam pantang saya mengamalkan set berpantang Shaklee : Vitalea, BComplex, Vitamin C dan Zinc Complex. Alhamdulillah saya rasa sihat dan bertenaga sepanjang waktu berpantang. Sambil melayan kerenah 2 orang lagi anak selalu juga saya beronline dan bantu emak uruskan anak-anak saya. Cukup tenaga lah katakan. :)
Saya mula membuat stok EBM seawal umur Hilda 2 minggu. Sebabnya dia suka tidur kan. Rasa rugi sangat kalau saya tak buat stimulation pada breast. Alhamdulillah, peti ais berjaya dipenuhkan oleh frozen EBM dalam tempoh 2bulan cuti maternity.
Habis tempoh cuti maternity, kembalilah saya ke opis dan Hilda dihantar ke taska setiap hari. Kt opis rutin mengepam adalah 3kali sehari dan tak pernah lagi miss sehingga kini.
Cabaran bermula bila saya didatangi menses ketika usia Hilda 5bulan. Selepas bulan pertama didatangi period, hasil perahan yang biasanya 5-6oz per sesi, berubah kepada 3-4oz sahaja. Saya keep on pumping macam biasa. Saya tambah pula vitamin set Triple M dalam diet seharian saya, :Vitalea, BComplex, Vitamin C, Afalfa, Ostematrix dan ESP. Wahhh tambah vitamin, badan saya rasa lebih sihat dan susu saya nampak lebih pekat.
Untungnya, stok lama ada banyak. Jadi saya mula menggunakan lebih stok frozen EBM untuk dihantar ke taska..Kalau sebelum ni hanya hantar 1-2botol, tp skg saya hantar 3botol.
Risau tu memang lah ada. So saya sentiasa berusaha untuk mencukupkan bekalan dan stok utk Hilda.
Bagaimana??
Saya mula membuat powerpumping setiap tengah malam. Seminggu, dua minggu. Hasilnya masih begitu. Sabar. Saya cuba pula pelbagai milk booster di pasaran selain dari vitamin Shaklee. Bagi saya tak salah, saya sedang berusaha.
Kadang-kadang culas juga nk buat powerpumping ni. Ye la kan, orang lain tidur lena, saya pulak kena berjaga. Jadi power pumping mula dibuat apabila saya sempat saja. Cuma saya tambah sesi pumping secara disiplin pada jam 7petang dan 5pagi. Demi untuk membuat sedikit stok. Jadi lah, daripada kering kontang peti ais tu nnt. Berbulan-bulan sehingga kini saya berdepan dengan situasi ini. Akhirnya saya menggelarkan diri saya LowMilkSupply mama :)
Walaupon dapat gelaran mcmni, Hilda blom pernah lagi diberi susu formula. So saya ceriakan minda saya. Saya positifkan diri saya. Anak mama tak minum banyak, apa yg mama dapat kumpul itu lah yang dia perlu.. Memang pon! Ada ketika, susu 5botol x 2.5oz tu kembali ke rumah, dia tak minum.
Anda tahu kenapa Hilda tak minum banyak?? Pendapat saya, susu perahan saya memang pekat. Jadi dia minum sedikit pon dah rasa kenyang. Sama macam kalau anda buat milo 4-5sudu berbanding buat 1sudu milo sahaja. Betul tak?
Keadaan ini berlangsung sehingga kini. Dan sekarang saya mula berhenti ambil milk booster yang lain-lain tu kecuali vitamin Shaklee. Tanpa milk booster yg lain tu, susu saya masih pekat kuantiti perahan juga sama saja.
Saya enjoy perjalanan sesi pumping saya. Insya allah akan terus berjuang sehingga umur Hilda 2 tahun.
stok terkini |
owhh ye saya sangatlah nk highlight satu perkara ni :
Ada yang berpendapat ibu menyusu tak perlu makan vitamin atau supplement untuk menghasilkan susu yang banyak.. Saya juga ibu menyusu, tapi saya berpendapat saya perlu makan vitamin dan supplemen. Fokus saya bukan lah semata-mata mahukan susu yang banyak. Saya hanya mahu menjaga diri saya sendiri sebelum saya dapat menjaga bayi dan keluarga saya.
Sebelum ini, waktu anak pertama saya tidak makan vitamin dan suplemen, saya selalu keletihan bila tiba dirumah. Saya selalu stress dgn tanggungjawab yang perlu saya galas dek keletihan itu. Saya selalu rasa bersalah dgn perubahan mood saya.
Kini, saya menyusukan anak ketiga saya. Saya rasa lebih sihat dan bertenaga. Keletihan dan rasa stress dapat saya atasi. Saya ada 3 anak, dan saya rasa happy dan bahagia menguruskan mereka. Dengan izin Allah dan juga usaha saya melengkapkan tubuh badan saya dengan makanan sebenar untuknya. lydzar@Kedai TripleS
Saya tegas tentang isu ini. Terpulang pada ibu lain dgn pendapat mereka. :)
5 words from u:
Happy 1 year Bf dear. tahniah2.. dah dpt Degree penyusuan... teruskan usaha!!! Lydzar pasti boleh. semangat!!!
seronok kalau dpt menyusukan anak secara ekslusif. tabik spring utk satu tahun pertama ni !
akak pun xdpt byg mcmmana nak BF 3rd baby ni sbb kondisi akak pun mcm lydzar gak...jenis susu xmeriah...tp akak doakan lydzar dpt BF hilda hingga genap dia 2 thn... yg penting jgn stress kan....
semoga separuh lagi perjalanan itu dipermudahkan..
Tahniah! Dah berjaya sampai separuh perjalanan.. Kuatkan semangat, teruskan usaha.. Semoga berjaya sampai ke destinasi!
Post a Comment