Yang ringan tulang :)

Cerita semalam, si ringan tulang buat adik dia lebam kan..Hari ni nk cerita pasal si ringan tulang yg suka tolong mama. 'Eh..adik jangan main benda tu!!' saya jerit dekat Hilda. 'Kenapa breastshield ni ada kt lantai??' hati terdetik sebab rasanya belom kemas lagi dedua cooler bag. Tengok dalam besen, dh penuh. Besen tu selalu digunakan untuk isi botol-botol storage Hilda untuk dibasuh.. 'Mama, abang dh letak botol susu Hilda dalam tu' sambil tunjuk besen. Cair mama. 'Ais dia mana?' refer kepada icepack Colemann 'Abang dh simpan dalam peti ais..dekat sini..' bukak peti ais bahagian chiller. Cair mama. 'OK yang ni bukan letak kt bawah, tp letak kt atas..' 'Sini sini biar abang buat..' dia ambil meja study plastik dia, panjat dan letak icepack dalam freezer. Cair mama. Satu waktu lain, tengah angkat bakul baju kotor dari bilik. 'Mama, biar abang yg tolong' Dia tarik bakul tu sampai dapur, mintak tolong mama bukak penutup mesin basuh dan load baju kedalam. Mama kebilik kejap, kembali ke mesin basuh tengok-tengok dia dah ON kan mesin basuh dan mesin tengah isi air. Hihi pandai jugak dia ni. Cuma tak reti letak sabun lagi. ALHAMDULILLAH, dia berminat nk tolong mama buat kerja-kerja rumah. Memang saya dh berniat, kalau dapat anak lelaki..dia perlu juga tolong mama buat kerja rumah. Insya allah akan didik dia supaya terus ringan tulang macam ni :) Seronok bila anak-anak mula take part dalam urusan rumah. Walaupun selalu fail bab kemas rumah. Baru 10minit kemas sudah bersepah..sane menan sini menan.its ok..maafkan saje la all the mess. Dh besar nnt, baru mama lancarkan perang mulut laser pada anak-anak yg taknak berkemas. Hihi

5 words from u:

kasihibu said...

sama dgn akak si abang ariq yg 3 tahun tu pun boleh harap tolong ibu berkemas memang asuh dia supaya belajar tolong kemas

Eliss Mie said...

alahai. bagus ringan tulang nanti dah kawen senang tolong isteri. nuha kalau abah dia marah msti rajin kemas :p

amirah said...

hihihi..comel je abang ngah ni. dah boleh tolong mama masak pulak lepas ni ye..

Iela Fazielah said...

bagus hadif.. berbeza dgn irfan...benda cepan mata pun xnak angkat... sentap je..:D

ieedaz @ mama_isha said...

Alahai.. hadif goodboy! :-)

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®