Lepas jumpa Doktor Dahlia ~tq yg bagi info~ aku dgn Abg lepak minum air kejap kt kedai makan sebelah Klinik Soraya. Then kami pon bersurai. Abg masuk opis semula, dan aku ke destinasi seterusnya. PKNS Shah Alam.
Last time pegi masa carik songkok n samping raya utk Hadif. Selautan manusia kena redah masa tu. Semalam, tak la laut sangat. Masih banyak ruang utk mak orang dan 64kg badannya berjalan-jalan dengan aman. Sedang meriah dengan promosi BACK TO SCHOOL. Kalau la Hannah and Hadif dah sekolah, mesti kami tak ketinggalan menyibuk carik barang kt situ.
Seronok aku tengok barang-barang utk sekolah. Dulu aku tak merasa pon shopping barang sekolah macam ni. Sebab apa eh?? Ntah, tak ingat. Haha!
~Nk snap gambar kemeriahan booth BACK TO SCHOOL tp den segan~
Ok tujuan utama, nak carik shawl macam yg aku citer aritu la.
Memang seronok sebab mmg ada banyak shawl serupa ini kt situ. Tak macam kt Giant Kota Damansara ni. Setakat display sehelai dua dan takdek stok lain. Kt PKNS, setiap booth yg jual tudung/shawl mesti ada. Option colour dan beads colourful dia tu je la nk kena pilih2 dan tanya ada stok or tak. Selamat jadi kepunyaan aku sehelai shawl ramba berwarna kelabu. RM15 saja.
Tak ingat amek image ni kt link yg mana.. |
Lepas ni kena berlatih pakai pulak. Praktis malam tadi, gagal jadi cantik macam model ni :(
Tunggu aje lah Jumaat malam tu punya gambar nanti cemana gayanya aku pakai. Ntah-ntah terus bertukar tudung lain kot.. :P
8 words from u:
wah bersemangat lydzar nak gi dinner... akak pun tgk cr baju yg sesuai.. kot ada org nak pinjamkan.. hehe... mesti cantik kamu bila pakai tudung tu nnt
wah...semangat sungguh nak ber dinner eh....
memang menarik la kalo pakai cenggitu lydzar..cuba tau nanti tepek gmbr kat sini
lydzar, ni tudung utk pesyen tahun baru kan..kan...
mE boleh bayangkan, sesuai dgn bentuk muke lydzar gaya tudung ini....
@Iela Fazielah kak, tak tau lagi success ke tak ngn cara pakai ni..kalau tak success mmg carik tudung lain ler haha
@Atia Adina semangat sket la sbb hadiah lucky draw yg best. harap2 ada luck
@amirah hihih kalau dapat pakai bebetul mcm ni, memang menarik. tp kalau tetiba tersenget benget..menyampah kt haha!
@eMMe kira in trend lagi la skg ni. tu yg saje nk try tu. harap2 berjaya pakai dgn gaya mcm ni.
Post a Comment