18hb Jan - Hadif Turns 8 months

Hadif dah 8 bulan dah..


p/s : alamak bz la pulak..esok esok la sambung cerita

ok sambung semula..since tgh tak tau nk buat ape ni..


about hadif..mmg dah lama tak mengarang ayat dan cerita pasal anak-anak. 

perkembangan hadif..so far, motor skill masih disitu..belum pandai merangkak. just angkat2 montot dan keep on merayap dan menyusur saje. masuk bawah meja, bawah katil. mmg faveret spot. memang sekarang ni selalu letakkan dia dalam walker bila kt rumah. sebab? sebab takmo dia terdipijak, terlanggar dek kanak-kanak ribena yang ada kt rumah tu..sape lagi hannah, ariff dan sofea lah..untuk tujuan keselamatan semasa mama tgh bz prepare bubur..adakah kerana sebab musabab itu dia belum merangkak?
heheh mesti ramai orang nk kata, ala biar je dia develop sendiri, nnt tak lama lagi boleh la merangkak tu..kan kan kan..korang nk comment mcm tu kan :P
yup, aku mmg takdek perasaan risau pon, biar la dia pandai sendiri and develop at his own pace..


hadif sekarang ni dh reti sambut mama balik kerja dengan tangisan. tangisan mintak cepat didukung la. dengar je suara mama bagi salam, dia pon mula menggelabah mintak mama dukung. hannah mmg of kos la dh reti sambut. yeye! mama balik! tu ler ayat dia hari-hari. mama baru je letak beg dia dh mintak "mama, nak nenen"..haih la anakku, belum sempat mama lepaskan lelah..

hadif juga sangat suka makan. bagi jer la ape je, kompom dia kunyah. tp sebagai seorang mama yg skema, tak banyak lagi benda yg disuap dalam mulut dia. setakat bubur, biskut milna, roti gardenia kosong, buah-buahan, kismis dan kurma jer. walaupon kuat makan, badan masih kecil. bulan lepas tak pegi timbang pon. bulan ni pon, tak tau lagi nk pegi klinik mana utk teruskan monthly check up. klinik kerajaan? sudah pasti tak dapat nk berkunjung lagi sbb dah kerja ni. aku tak boleh amek cuti langsung sepanjang tempoh probation ni. dah la 6bulan!


gigi hadif baru ada dua batang. itu pon baru muncul sikit.


hadif juga boleh dikategorikan dah ada perasaan separation anxiety. imagine u, aku nk masuk bilik air pon dia marah..buat muka nk nangis. dah reti panggil mama masa dia tak mau ditinggalkan tu. lucky sesapa yg dipanggil mama ni, sbb anak-anak senang nk sebut..kan? hehe..


itu saje cerita hadif..sekian.


p/s: dah sebulan tak snap picture anak-anak..






Testimoni Trial Pack Breastfeeding Set

Seperti yang dijanjikan (ceh ada ke yg menuntut janji ni??), hari ni nk tulis sket testimonial pasal Shaklee Trial Pack yang aku beli kt MommyLyna .


Kandungan lanjut tentang set ni, boleh tengok DI SINI. 


Alhamdulillah, sejak makan supplement ni, perkara paling jelas improve adalah kepekatan susu. kalau dulu, susu yang aku pam nmpak jernih jer. tp sekarang ni, kaler susu perahanku almost mcm kaler susu formula yg dah dibancuh. pekat kan..
dan dengan kepekatan tu jugak la, buat hannah dan dan hadif cepat kenyang. aku tak perlu menyusukan mereka terlalu lama pada satu-satu masa. berbanding dulu, asek-asek nak mintak nenen jer, terutama hannah. 


pasal kuantiti pulak, aku tak reti nk buat perbandingan, sebab masa kt rumah dulu aku jarang mengepam. tak sempat. sekarang ni jadual mengepam aku, 8am, 11.30am dan 3.30pm.
alhamdulillah, dapat la kumpul around 15oz - 17oz sehari. utk satu sesi, paling sikit dapat collect 4oz dan paling byk pernah dapat 8oz..depends pada keadaan dan pemakanan aku gak la. tp yg pasti mmg a big help from afalfa yg ada dalam set tu kot.


dan tak lupa, since aku makan supplement ni, energy level at the end of the day kira ok la. tak la melepek terus..ke sebab balik kerja, aku just lepak2 ngn anak2 jer, tak buat kerja rumah seme tu ekk?? haha..


itulah dia testimoni aku pasal set breastfeeding ni. insya allah nnt nak beli lagi. ada sesapa kengkawan minat nk cuba tak? boleh order dari saya :)













 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®