Berdebar-debar jantungku!

Kejadian berlaku malam tadi. Ketika anak-anak dah selamat kutidurkan dalam bilik. Jam menunjukkan pukul 10 malam. Sepert biasa lepas tidurkan anak-anak, aku akan bangun semula (mama tertidur sekali ok! haha!) untuk setelkan apa-apa yang patut, sidai baju, basuh dan steril botol susu anak-anak, pack beg sekolah, pack biskut, sapu rumah dan sebagainya.

Tiba-tiba, door bell rumahku berbunyi. Bukan main terperanjat aku dibuatnya. Dan jantung berdegup sangat kencang. Teringat cerita jiran dibawah yg kawasan rumah ni, selalu juga berlaku kejadian pecah rumah. Ini membuat aku semakin cuak dan takut. Door bell berbunyi berkali-kali dan bertalu-talu. Bila tiada respon dari dalam, pintu rumah pula diketuk. berkali-kali dan bertalu-talu juga. Aku terus lari ke dalam bilik dan telefon Abg. Cerita apa yg berlaku. dan aku terus menyorok dalam bilik.

Almost 10minit berlalu, baru la ketukan dan bell ring tu berakhir. fuh lega!
aku keluar dari bilik dan cuba mengintai dari celah pintu (bahagian bawah), ok takde sesiapa dah kt luar. Aku pon sambung buat keje macam biasa. Dan tiba-tiba pulak terdengar bunyi ketukan di dinding dari rumah atas. bunyi macam tengah pecahkan tiles dan kerja-kerja renovation tengah dilakukan.

IC...ntah-ntah yg ketuk pintu tadi jiran rumah atas. Dia nk bagitau yg dia nk buat bising agaknya. Ciss..kot yer pon, bagi la salam ke, say hello ke..ni macam ape je ketuk2 pintu umah orang kuat-kuat. Memang hilang sekejap semangat aku. Dah la takdek orang laki kt rumah, pastu tak kenal sesiapa kt kawasan ni. Apelah nasib kalo ape-ape berlaku..





ni gambar latest my handsome hero. masih jugak belum merangkak, tp dh mula memanjat. paling suka panjat pangku mama dia. kekadang dia boleh panjat sampai dia berdiri sambil memegang badan aku. faveret place dia sekarang adalah tepi dinding, sebab dia nk mengesot sket2 dan akhirnya dpt duduk separuh.. comel anak mama!

Ruam Panas

Kesian Hadif, kepala dia penuh ruam panas since last friday. dengan rambut yg semakin panjang, memang dia tak henti-henti menggaru kepala yg gatal tu.

mungkin sebab cuaca sekarang yg memang panas, macam yg aku ceritakan dlm entry yg lepas, kawasan rumah ni sekarang mmg panas dan berbahang. Rasanya mcm takde aircond je kt taska tu. cian nya hadif..hehe kt rumah sewa pon takdek aircond :P

sat td google petua utk hilangkan ruam panas, dan macam biasa aku copy paste petua dari blog orang :P

1. Sapu tepung ubi
2. Bedak merah Agnesia
3. Sebamed
4. Bedak cornstach pureen
5. Calamine lotion
6. Earth Mama Bottom Balm (BebeHaus One Utama or thelilcaliph online store)
7. Krim ELOMET
8. Mandikan dengan daun bayam berduri
9. Pasang Aircond

Boleh klik disini, sumber link yg ku copy :)


*nampak tak ruam kt dahi hadif? *

setakat ni aku baru cuba satu petua, iaitu bedak agnesia :D alhamdulillah nmpk la improvement. tp mmg penuh la satu kepala, putih2 kena tempek bedak. dan kepalanya dah selamat kami botakkan utk mengelakkan dia terus kerimasan dan menggaru tahap gaban..




 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®