When PJJ turns PJD

Apekah PJJ? dan apekah PJD?

Dalam situasi aku, PJJ adalah perhubungan/perkahwinan jarak jauh yg telah aku tempuhi selama 3bulan yg lalu. PJD pulak, perhubungan/perkahwinan jarak dekat seperti sekarang setelah Abg dapat bertugas di Shah Alam. Dapat la duduk satu bumbung semula macam dolu-dolu..

Seronok? Happy? Memang itu perasaan aku bila dapat tahu tempoh PJJ kami akan berakhir. Rasa nk melompat pon ada. So dalam kepala mula la membayangkan perkara-perkara happy jer. Lepas ni, tak takut duduk umah sendirian ngn anak-anak jer, lepas ni boleh uruskan rumah dengan lebih baik sebab ada orang boleh tolong tengokkan anak-anak. lepas ni boleh la bersembang-sembang dan bercerita dgn si dia dan sebagainya lagi lah yg best-best sajer..

Tp kenyataannya...
Aku rasa aku semakin penat. Aku kena memasak dengan anak-anak yg turut sibuk didapur. Keadaan rumah masih begitu, bersepah dan tak sempat siapkan keje-keje berkaitan baju. Aku tak dapat bersembang dan bercerita dengan si dia. Semuanya sebab si dia balik kerja lambat. Bila sampai rumah lambat, badan dah penat. Lepas makan terus tidur. Makan pulak..si dia tak prefer makan kt luar sebab malas nk layan kerenah hannah yg makan bersepah-sepah dan suka membuat ragam sendiri. So aku mesti masak. Hmm happy ke aku dengan kenyataan ini??

Semalam, oleh kerana aku tau aku susah utk dapat peluang berbincang empat mata dengan si dia, aku luahkan perasaan penat aku melalui sms. huhu..mintak dia tolerate..but no reply.

tengok la hari ni macam mana.



Semesta 95-99 Get-Together Bowling Game yg ENJOY!

Kejadian bertarikh adalah 3/4/2010. bertempat di sunway pyramid megalane
Thanks a lot pada pihak penganjur yg bertungkus lumus menjayakan event nih. i like the doorgift. the sandwich, the towel also the pen..

aku tak byk amek gambar dihari kejadian sbb kamera aku ni lemah sket bila shoot indoor. ntah bila la nk upgred kamera.

dan sangat tak sangka, team kami menang 1st place! CONGRATES to Hadi, Minyot dan myhubby yg banyak menyumbang mata. walaupon markah aku paling corot dalam team ni, tp sempat juga la aku buat 2-3kali strike sepanjang 3 game. heh! kira menyumbang jugak la pada kemenangan team ni kan..(ceh takmo kalah tu!!)

i wish i could save semua gambar yg kawan-kawan tag kt fb, tp malang sungguh bila opis nih block fb. so how can i paste the pictures hah!?  mayba nk kena memujuk rayu kawan-kawan utk send me the pictures thru email.

seronok juga sekali sekala berkumpul walaupon tak sempat bertegur sapa dengan semua orang. 

thanks also to Abg yg menjadi sporting dengan menjoin xtvt ni..if i can be sporting n supportive to all of your gath-with-your-friends, so u supposedly do the same lah kan :)
kelakar juga, setiap kali turn kami membuat balingan, kami terpaksa bergilir-gilir pegang hadif. nak buat cemana, parents of 2 kids yang takmau ketinggalan bermain boling. seb baik hannah dan hadif agak behave :) thanx too to both of u dear..

update : noon

ok aku telah berjaya menyelinap kedalamFB dan berjaya mendownload gambar-gambaryg telah ditag oleh kawan-kawan..so let pictures tell the stories:


 *doorgift & banner*

 *organizer*
*enoel, syifaa, arif*

*my family & my bestfriend - emi*

*hadif with uncle Manja, aunty Eryn, n aunty Yabeet*

*happy faces - Abg with my schoolmates and Emi's hubby*

*ceria!!*
 front : enoel, aizat, minyot
back : eryn and yours truly with kids

*game sedang berlangsung*

*peace!*
*semua orang happy!*
*happening*

*masa utk strike - yeeeehaa!!*

*strike tu strike juga, mealtime anak jangan dilupa :)*

*team mate - minyot & hadi*

*we are the CHAMPION!! *

*BEST !! next time kita jumpa lagi*


 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®