Check Up @ 37weeks..

Selagi aku belum beranak, selagi tu la akan ada entry bertajuk Check Up nih.. Lepas abes siri utk 2010/2011 ni, tahun 2015 kot baru ada entry bertajuk Check Up lagi hihihihi!! ~konfiden gilak je aku!!~

So petang semalam, visit ke Klinik Soraya lagi. Nasib baik tak ramai patients. In less than 30minutes, dah setel. SUKA ok!!

Doktor tanya pasal last week punya appointment dgn doktor di Hospital Sungai Buloh (HSB), aku pon cerita la alkesah sebenar. Dapat MC dan pegi HSB hanya utk dapatkan date appointment saja. Tak pa lah, biasalah hospital kerajaan, selagi tak nampak kita tenat ke berdarah-darah ke..dia suruh balik je la. ~huhu bias kah ulasan itu??~

Macam biasa, lepas check blood pressure, aku diarahkan baring kt katil ready utk scan.


Atas tu report scan utk minggu ke-37. 

To my surprise, hasil scan menunjukkan berat baby sekarang dah 3.015kg.. wahhhh drastik jugak kenaikan berat dia. Last week 2.35kg je. Saja-saja suka nak mention, berat mama naik 100gram saje.

So bagi pihak diri aku sendiri, aku dah rasa lega. Aku rasa ini mmg sah bukan kes IUGR yg doktor saspek tu. But still doktor cantik ni nak kata baby aku kecik. Rahim aku tak cukup tinggi as per 37weeks. Memang la kecik dari umur sepatutnya, tp OK la tu bila dh lepas 2.5kg kan.. bukan bawah 2kg.

Doktor cantik ni tak berani nk confirmkan apa-apa pasal IUGR, so dia suruh pegi jer jumpa dan sahkan dengan doktor kt HSB. 

Baik doktor, memang kami akan pergi. Mana tau pegi appointment hari Jumaat ni, boleh bawak baby balik terus ke..hihihi!!

Majlis Pelancaran Bangunan Baru PBJV Group

Majlis berlangsung petang semalam, 28hb Feb 2011. 

PBJV Group dah semakin berkembang..Expanding dalam bahasa Englishnya hehe.. 
So dengan perkembangan itu ~aku ingat aku je yg kembang hakhakhak!~, maka bos juga telah membesarkan lagi opisnya. Beli bangunan disebelah utk menempatkan para staf yang semakin ramai..

the bunting
Selain majlis potong riben, acara Birthday Gathering dan solat hajat bulanan utk bulan Februari turut berlangsung. 

Tu dia kek besar punya, Secret Recipe sempena meraikan birthday mereka. Sedap lahhhh kek ni!
Nasib je aku malas nk masuk pantry carik tapuwe, kalau tak kompom aku dh tapau bawak balik dah.

maveles choclate cake!
Goodie bag - surah Yassin dan tasbih ada didalam
Pose dulu sebelum bos potong riben - Ila, Nana-anak Ila, Mommalydzar, Ana
Tu je gambar yg ada. Maafkan muka makyong yg sungguh comot dan sembap.

Actually ada acara makan-makan, aku tak amek gambar masa ni, sbb tgh bz mengadap pinggan.
Makan lagi penting kan kan kan? Hehhehe..lgpon mmg dah ada dedicated cameraman, so biarlah dia yg bertugas. 

Aku tak tunggu sampai majlis solat hajat pon. Abes makan, cau cin cau..teringat anak-anak kt taska tu. At 8pm. mmg tinggal 3 orang je kt taska..kesian..




 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®