Last visit : Apartmen Cahaya Permai, Sri Kembangan

Bergambar kenangan berlima buat kali terakhir kt rumah ni.





Rumah yang dibeli waktu saya almost melahirkan Hannah, Disember 2007. Siap 2010. Belum sempat nak pasang grill dan sebagainya dah ada ejen hartanah bagitau ada penyewa urgently nak masuk menyewa.
Siap pasang basic things, terus penyewa masuk. Dan sempat pon nk bermalam sehari dua disini.

Dan setelah hampir 2 tahun, kami buat keputusan untuk menjualnya. Ramai tanya, kenapa jual?
Jawapan saya sebab nk cari rumah baru area kami tinggal sekarang. Kami tak ada plan untuk tinggal di sini memandangkan suami kerja di Shah Alam dan saya pula kerja di Kota Damansara. Untuk berulang alik dan menghabiskan masa dijalanan bukan pilihan kami. 

Minggu lepas, selesai sudah kerja-kerja mengecat semula dan kerja  pembersihan kami lakukan. Kredit to suami dan juga kawannya yg menyempurnakan tugasan. Saya bantu mana yg sempat aje. Hehe.

Minggu lepas juga, buyer buat inspection sebelum menerima serahan kunci. Rumah untuk anaknya. Bestkan, ayah tu siap belikan semua anak-anaknya rumah sorang sebijik!

Dan lepas ni, misi mencari apartment di area kami tinggal sekarang pula!


Wedding Cikgu Aida

Aktiviti hari Sabtu.

Cantik cikgu Aida ni. Manis je muka dia. Walaupon sekarang dh bergelar ex-cikgu, tp HMs masih panggil dia cikgu Aida. Cikgu ada adalah babysitter anak-anak 0-3tahun kt TDI.
Dulu kawan-kawan cikgu Aida (cikgu lain) panggil dia 'mak Hilda' sebab Hilda memang prefer cikgu Aida. Kesana sini diank ikut cikgu Aida. Hehehe.

Terimakasih cikgu Aida sebab jagakan Hilda dengan baik sepanjang khidmatnya kt TDI dulu. Berhenti kerja sebab nak kahwin katanya.



Alhamdulillah, dh selamat bergelar isteri orang sekarang. Sekarang dh berpeluang jadi 'mak' kepada anak sendiri dahhh..hehe

Semoga perkahwinan cikgu Aida dan suami sentiasa mendapat rahmat Allah dan diberkati selalu.


 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®