Myvi berselimut daun

Selasa lepas..iring suami pergi kerja dari jendela. Tetiba nampak situasi ni. Eh macam kenal je kereta MyVi hitam tu... owh no! Its my baby.

Dah kena selimut dengan daun daaaaa...
Rupanya pokok sebelah tu patah ditiup angin. First impression adalah sangat blur.
"Kenapa dengan kereta tu ye? Kenapa macam ku kenal je plat number kereta ni?"

Suami patah balik ke rumah dan terus bgtau dia pasal kereta MyVi kena hempap. 




Nasib baik ada beberapa orang jiran satu blok datang membantu. Suami suruh saya naik semula kerumah sebab anak-anak masih tidur.  So dengan kerjasama doranglah suami alihkan kereta ke parking space yang lain.


Nasib baik tak ada major injury..sebab body kereta cuma terkenadaun-daun dan ranting pokok saja. Kalau terkena dahan yg besar, mau jugak kemek. Alhamdulillah, rezeki saya.
Kereta ok sahaja. Lepas suami hantar utk digilap, selesailah masalah. Tak nampak pon kereta ni bercalar balar..

Syukur.

Menara Taming Sari & Seafood Umbai

Cerita Sabtu.

Sepupu En Sudin kahwin dekat Tanjung Kling. Pagi sambil-sambil bersiap, bagi cadangan kt dia. Abes kenduri nak ajak pegi jalan-jalan sekejap. Yang sebenarnya sebab rasa bosan. Dah lama tak pergi bercuti. Asik-asik pergi Giant Kota Damansara. Muak. Haha.

So lepak dekat kenduri sampai kol 3pm, lepas tu gerak ke Bandar Melaka. Tujuan utama nak naik Menara Taming Sari ni lah. Boleh tahan ramai orang. Cuti sekolah dah mula.

Tiket, dewasa rm10, kanak-kanak rm5. OKlah tu kan.

Menunggu adalah setengah jam. Excited juga mama nih ha. Haha! Pakai jubah je tak tukar baju pun.

Budak baju putih tu paling tak sabar

Tengok lah aksi tak menyabo dia

Papa & Mama & Hadif

Buktinya :)

Duduk elok-elok, tengah naik atas

Yours truly

2 gegirl yang berani.

Hadif yang takut. Dia duduk je tak bergerak dari kerusi tu

Habis sesi naik Menara, singgah sat beli gambar kenangan. RM30 utk sekeping gambar. Haih layannn..since bukan selalu dapat pergi, dapat bergambar, dan bergambar lengkap berlima..maka beli aje lah. 

Lepas tu bagi cadangan Jalan jalan cari makan pulak kt dorang ni. So kami menuju ke Umbai. 

Mengidam ketam sejak 2 bulan lepas lagi. Last week dah beli 3 ekor dekat pasar malam, tapi masih tak berpuas hati. So dekat Umbai ni, tangkap lagi 2 ekor ketam. Besar punya.

Tangkapan lain, sotong, kerang dan ikan pari. Haih puas makan. Cuma ketam ni terlalu pedas buatkan ai hilang feel nak mengunyah kulit ketam. Battery low, so sempat tangkap gambar ketam sahaja. 

So lepas ni, 2-3bulan tak makan ketam pon dah ok kot :)


Berakhirlah sesi jalan jalan sekejapan di Melaka. Insya allah lepas ni boleh plan a proper trip sambil bawak anak-anak berjalan lebih banyak tempat lain.
 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®