Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula Mama dan Hannah

Ini kisah malam tadi.


VS


Mama sedang dilawati oleh Cikpuan Braxton Hicks. Keras sungguh perut ini. Terduduk la mama kt sofa tu menahan sakit. Hannah pulak pegi bukak baju and seluar dia dan terus tutup pintu. Sesekali dia bukak pintu bilik dan mengintai mama. 

"Hannah! kenapa bukak baju dgn seluar tu?? Tak malu ke?"

"Hannah nk YAK, mama bukakkan la lampu toilet"

OK, bangun lah si mama on kan suis lampu. 

"Hannah yak dulu yer, nnt dh siap panggil mama. Mama basuh kan"

Dah beberapa ketika, mama pon bertanya dari luar if Hannah dh setel atau belum. Diam. Takdek jawapan. So mama pun bukak la pintu toilet. Hmmm dh agak dah, mesti budak ni sambung urusan yg dah setel dengan main air.

"Dah sini, biar mama basuh kakak. Biar mama yg siram tu"

"Ala mama, takyah la. Biarla Hannah buat" 

Akal budak nak main air mintak permission. 

Mintak maaf, mama tak boleh benarkan. Nanti kompom banjir sampai keluar toilet. Bertambah-tambah pulak kerja mama nk lap. Setel proses cuci-cuci, mama tutup lampu dan arahkan Hannah keluar dari toilet. 

Mulanya dia protes, stand still je dalam toilet yg dah gelap. Bila mama tarik tangan dia, baru la dia keluar. Terus muncung bila hajat nk main air tak dipedulikan. Mama amek diaper dan pakaikan. Malas nk melayan permohonan masuk ke toilet nnt. Bila tak pakai diaper, mmg boleh cecah 4-5kali dapat permohonan utk ke toilet. Kalau Cikpuan Braxton Hicks tak datang melawat mama, boleh je mama pantau and monitor. Tp disebabkan kedatangan tetamu tak diundang ni, mood utk melayan anak-anak sungguh kelaut. SAKIT!

Start dari situ, Hannah mula carik pasal. Nangis-nangis..jerit-jerit tak bersebab. Mama yg masih lagi sakit, beredar dari sofa masuk ke bilik utk berbaring. Bila tengok mama tak layan dan berlalu pergi, lagi dia tambah dose jeritan sambil kejar mama yg dah baring kt tilam. 

Tak cukup puas hati, dia pukul tangan mama berkali-kali. Mama diam dan tak layan lagi. Dia tumbuk pulak belakang mama. 

Huh! Tak leh jadi ni..menjadi-jadi pulak dia yer. Mama pulak bagi sedas kt kaki dia. 

Selepas itu adalah silent treatment pada Hannah. Bila mama cakap JANGAN, ada je balasan dan jawapan dia bagi. So better mama diam je..Belum berenti lagi rasa tak puas hati tu, dia keep on menangis dan jerit kt mama.

Mama keluar pulak on kan laptop. Tengah-tengah tengok gambar kt Iceroom hari tu, Hannah datang. Sibuk pulak bertanya ni gambar siapa dan siapa. SILENT TREATMENT is still ON, so mama diam tak menjawab.

"Mama!! cakap la siapa ni??? "

"Ntah"

"Mama, Hannah sepak mama boleh tak? " amboi mengugut pulak dia..

"OK, kalau Hannah sepak mama, malam ni Hannah tidur kt luar gate tu, jangan tidur dekat mama. Boleh?"

"AAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHHHHhh.." jerit Hannah. Tensen kena ugut la tu.

Terkejut mama dengar dia menjerit. Spontan tangan ni menjentik mulut dia.

"Hannah jangan menjerit kt mama boleh tak? "

Then Hannah nangis dan terus menangis. Mama memang taklarat sungguh nk layan kerenah Hannah malam tadi. So mama masuk ke bilik semula dan berbaring. 

Tak lama kemudian, terdengar bunyi mangga digrill dibuka. Hadif berlari keluar utk menyambut kepulangan papa. Hannah ikut dibelakang. Dan Mama pon keluar jugak.

Mama terus duduk disofa. Masa ni Hannah datang kt mama,

"Mama..nak salam.." sambil hulurkan tangan dia.

OK dah nampak jalan nk berdamai la ni. Mama pun hulurkan tangan. Hannah sambut tangan mama, bersalam dan cium tangan mama. Kemudian dia peluk badan mama. Beberapa minit disitu, dia beralih ke bantal yg memang ada kt lantai. Baring pulak kt situ. Mama biarkan je..

Mama pegi ke bilik tengok papa yg dah terbaring dan memejamkan mata. Sikit pon dia tak bertanya khabar isteri dan anak-anaknya masa masuk ke rumah tadi. Ntah apa pulak yg berlaku kt papa ni. Dia terus memejamkan mata dan tidur. Takpe lah. Biarkan saje.

Mama keluar semula nk ajak anak-anak makan malam. Punya la lama tunggu papa balik dengan makanan yg ditapau. Almost 9.30pm baru sampai. Diluar, rupanya Hannah dh tertidur dekat bantal tadi. Malas nk kejutkan, mama pegi buatkan susu dan angkat Hannah masuk ke bilik, sambil suruh Hannah minum susu. Habis jugak sebotol tu dalam sedar tak sedar dia minum.

So mama proceed dinner dgn Hadif. Sepanjang mama dgn Hannah bergaduh berdua tadi, Hadif cuma perhatikan je dari jauh. Dia atas pagar kot. Tp ada la beberapa percubaan dia cuba pujuk kakak dia masa kakak tengah nangis. Dia cuba peluk kakak, tp kakak tolak badan dia. Lepas tu, terus dia perhatikan dari jauh je.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula Mama dan Hannah..kan???

Habis dinner, gosok baju dan solat Isya, mama ajak Hadif tidur. Cik puan Braxton Hicks masih belum mau pulang dan meninggalkan mama. Sambil menahan sakit mama cuba tidur. Beberapa kali terjaga, masih terasa...Nasib baik la Hadif tak buat perangai juga masa nk tidur. 


Jom Santai cafe nk tutup!!

Pic credit : Fira Razali

Sesiapa yg selalu datang ke Dataran Sunway, Kota Damansara maybe tau dan familiar dgn Jom Santai cafe ni. 

Ini lah restoren a.k.a kedai makan tempat kami satu opis selalu lunch. Memang selalu jugak dipenuhi warga PBJV. 

Harga makanan, memang perlu bawak sekurang-kurangnya RM10 utk satu kali lunch. 

Kalau minum air suam, boleh la nk bawak balik baki. Tp kalau nk minum air jus buah-buahan, sila bawak duit lebih. dah la sup kosong rm1/mangkuk, air suam pulak rm0.50/segelas.

Agak mengoyakkan poket ~tempat-tempat lunch kt Dataran Sunway ni memang semua merabakkan poket pon!~  tetapi tetap dimaafkan sebab menu makanan yg disediakan boleh kita bg ibu jari tangan keatas dan portion makanan adalah sgt mengenyangkan. Kira boleh la nk puas hati dan kekenyangan.

Sebab tu la kami selalu lunch kt sini. Walking distance je dari opis. Kalau tempat-tempat lain, nak kena berkereta atau memerlukan kami keluarkan peluh yg lebih. Sampai opis terus rasa lapar semula.

Yang tak bestnya, tadi terdengar bisikan-bisikan halus, rumours kata Jom Santai akan ditutup starts next week. 

Terkojut den!! Alahai nk tutup ke?? 
Masa lunch kt sana tadi, sempat kami bertanya bila akan ditutup secara rasmi.
Jawab si waitress "21 haribulan kak" Alahai..so soon ke???? Minggu depan je tu..

Kemana lah destinasi lunch kami selepas ini. Nak ke foodcourt dihujung sana hari-hari kompom aku dh tak larat nk berjalan jauh-jauh lagi dah. 

Bawak bekal??? Owhh perlu difikirkan nih!


 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®