Farewell Ilya Suhana @Iceroom KD

Cerita last week nih..

Salah sorang ahli 'ALZARIAN' opis kami meminta diri dan mahu meninggalkan kami demi a better career opportunity. Kita tak boleh nk halang orang yang nak pergi..kalau boleh, saya pon nak pergi..upssssss! hihi

Yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Tapi yang pergi akan tetap abadi dalam kenangan. Baru sebaya jagung usia persahabatan, Ana dah dapat rejeki baru. GOOD LUCK dear!

Cerita makan-makan Snow Ice kali ni agak mengecewakan. Cuba tengok 4 Snow Ice nih..
Semua ala-ala dah roboh. Bergenang je ais yg cair kt dalam mangkuk tu. Previous visit rasanya rupabentuk dia tak macam ni.

Masing-masing makan Snow Ice ni dulu sebab takmo dia terus mencair.

Latest visit


Previous visit
Kecewa kt Snow Ice je lah. Food lain OK je :)

Nasi Lemak with Rendang Ayam

Nasi Goreng Belacan

Mee Goreng with Blackpeper ciken cop
Sibaju merah ditengah ni lah Ilya Suhana.


Dan tak lupa, penyampaian hadiah birthday paad Yus juga. The youngest Alzarian member.


Sekadar frame berisi gambar kami kawan-kawanmu yang vogehthevast utk tatapan dihari depan. Tatap jgn tak tatap. Wajib letak frame ni kt tepi frame Dhiya tau!

Kalau boring tengok gambar kami, mesti ceria. Kalau stress, tatap gambar kami, mesti lebih tenang. Kalau lapar, jangan pulak tatap gambar ni. Silalah pergi kafe berhampiran yer Ana. Tapi awak makan tidak lagi dikelilingi kami berlima sambil tak renti-renti gosip tentang hal-ehwal duniawi yang fana ni. Awak jangan lupa uncle "Kay- yay -N - G" tau!!




Ini lah kami terakhir kita makan bersama-sama. Sedih tau! Sekarang awak makan lunch dengan sapa?



Apa-pon TAHNIAH kt awak sebab dengan pantas awak dapat kerja baru. Kalau pandai buat kerja, mmg senang orang nk terima. Email ajelah resume kemana-mana mesti ada orang nak ambik berkerja kan. Alamak! Maknanya saya tak pandai buat kerja kah!! Hihi

Good Luck in every single thing you are doing Ana. Keep in touch dan love so always!!


Lawatan Sekolah

Dulu, masa zaman tadika saya pernah sekali ikut lawatan. Tak ingat dah kemana. Ke Shah Alam kot. Excited sebab tak pernah lagi pegi lawatan. Yang saya ingat masa lawatan ni lah saya first time guna toilet duduk. Haha! Maklumla rumah mak abah tak de toilet macam ni. Agak jakun cemana nk guna. End up saya duduk squatting di mangkuk tandas. Maklumla takde sesapa ajar budak tadika yang sorang tuu.. tp saya rasa, kawan-kawan yang lain pon tak reti..bukan saya sorang hihi..

Masuk sekolah rendah, jarang kot ada lawatan. Akhir sekali yang saya ingat, saya pegi kem motivasi. Ktmana, saya pon dh lupa..

Tapi bila masuk sekolah menengah, memang aktif sangat ikut rombongan sekolah. Bukan apa, sebab saya aktif join pasukan netball dan basketball sekolah. Setiap tahun ada Piala Perdana Menteri. Jadi setiap tahun saya dapat naik bas ikut team pegi sekolah-sekolah lain. Paling jauh saya ingat pegi Kedah.. Best!

Merasalah saya tengok tempat orang selain dari kawasan sekolah dan kawasan rumah mak saya je.

Sabtu ini, Hannah akan ikut rombongan sekolah dia pergi lawatan. Kilang Domino Pizza, Sunway Zoo dan satu lagi destinasi yang saya tak ingat. Haha! Ape lah saya ni, semua tak ingat!!!

Sebenarnya taklah konfiden sangat nk lepaskan dia pergi. Kecik lagi rasanya. 4 tahun pon belum cecah lagi. Tapi dia dh bersungguh sangat memohon dan sound mama yang belum bagi duit yuran kt cikgu. Cikgu pon asek la bertanya. Ditambah lagi dengan BFFs dia yang akan ikut sekali. Maka dengan separuh hati juga saya hulurkan RM60 dan isi borang kebenaran tempohari.

Mama follow bas dari belakang boleh tak? Hehe!!

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®