The Clingy Hilda

Kenapa cik Hilda menjadi CLINGY?

Tak lain tak bukan, dia diserang sindrom SEPARATION ANXIETY. Anak hak no 3 ni lah paling horror dia punya separation anxiety. Time Hannah dan Hadif dulu idak ler sampai tahap ini. Yang hak no 3 ni, pantang sungguh mama baru nk buat pergerakan sket, dh melalak. Kalau mama bangkit jugak tinggalkan dia, dia upkan volume tangisan kepada tahap maksima. Selagi tak datang dan dukung dia, selagi tu lah tahap maksima masih di ON kan.


Hallahmak ape kes ni???

Saya google disini - Sebab Separation Anxiety terjadi .

  • Attachment. Pertalian emosi di antara anda dan bayi anda adalah begitu mantap, dan kekuatan ikatan ini menjadikan dia mahu bersama anda sepanjang masa. Dia fikir, "Saya hanya mahu ibu saya, tidak ada orang lain."
  • Permanence. Your baby has no concept of permanence. Bayi anda tidak mempunyai konsep kekal. Apabila dia melihat bola bergolek ke belakang sofa, beliau berpendapat bola itu tidak lagi wujud. Bayi anda menangis apabila dia tidak dapat melihat kerana dia fikir, "Ibu pergi dan dia tidak akan kembali."
  • Time : Konsep masa bayi anda belum terbina. Jadi, walaupun anda memberitahu dia yang anda akan kembali kepadanya tidak lama lagi, dia berfikir, "Ia akan ambil masa yg lama sebelum saya lihat ibu saya sekali lagi."
  • Awareness: Dia lebih sensitif terhadap kehadiran anda kerana dia mempunyai pemahaman yang lebih matang tentang dunia di sekelilingnya. Hasilnya, bayi anda bertindak balas apabila anda hilang dari penglihatan beliau. Dia fikir, "Saya sudah kehilangan ibu saya."

Hihi memang pertalian antara kita berdua sangat mantap. Sampai baru tak jumpa sesaat, rindu bagai nk rak. Hilda ohh Hilda!!!!!!!!

Sebab tu lah, mama terpaksa amek pendekatan menggunakan baby carrier ni. Nak buat position Facing Mama, susah plak mama nk buat kerja basuh pinggan, masak menyapu etc. Jadinya terpaksalah baby rides piggy-back style. Thanks to Sarah yang bagi saya carrier ni. 

Mama happy dpt siapkan kerja dan tak stress dengar "nyanyian gurindam" Hilda, dan Hilda happy to keep-in-touch dgn mama sokmo. Sambil duduk belakang, beria-ia dia cuba nk tengok apa kerja mama buat tu. Bila dh bosan, tertidurlah dia.





Separation anxiety is typically a short-lived phase. -cepat la GO GO AWAY.. kesian kt mama tau!


Proud Mama






Sabtu lepas, pegi amek report card Hannah dekat TDI.

ALHAMDULILLAH, syukur Ya Allah. Hannah did very well in her exam. Mama tak expect langsung akan result dia ni.

Bila cikgu tunjuk, memang mama surprise. Tp once dh tersedar memang no 1 yg tertera dalam kad ni, terus mama rasa happy. Terus SMS Papa yang tak dapat join pegi amek report card hari tu.

ALHAMDULILLAH. Congratulations my DEAR HANNAH.

Nanti cerita pasal Hari Penyampaian Sijil TDI pulak



Published with Blogger-droid v1.7.4
 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®