Kaedah Perancang Keluarga : Implanon

Alhamdulillah dah berjaya pakai 'susuk' a.k.a IMPLANON. Perasaan adalah sangat lega sekarang :)
Kalau tak setiap bulan berdebar menantikan cik period datang menjengah atau tak.



Implanon ialah kaedah kontraseptif yang mudah pulih untuk jangka masa panjang. Ia berbentuk seperti sebatang lidi yang kecil yang boleh dipasang dibawah kulit di bahagian lengan dekat badan anda.
Implanon dipasang di bawah kulit di bahagian pertengahan lengan. Gambar rajah menunjukkan posisi Implanon (garisan bertitik)

   


  Apakah kebaikannya?
  • Anda terlindung dari kehamilan selama 3 tahun.
  • Pengguna tidak perlu melakukan apa-apa.
  • Implanon tidak menggangu kehidupan sex anda.
  • Kesuburan anda kembali dengan cepat selepas Implanon dikeluarkan.
  • Cepat dan mudah untuk dipasang dan dikeluarkan.
Saya buat di UMRA, Seksyen 13, Shah Alam petang semalam.

So berkonsultasi lah sekejap. Doktor maklumkan yang akan ada sedikit gangguan pada hormon dalam masa 3-6bulan bergantung pada badan si pemakai. Kesannya, period akan terganggu. Sama ada menjadi semakin panjang, menjadi kerap atau pun tiada period langsung. Jadi harusslah selepas ni saya start makan GLA Complex Shaklee untuk regulatekan hormon saya semula. :)

Lepas sedikit consultation dengan Doktor, proses pemasangan pon berlangsung.
Doktor minta saya stretchkan sket lengan supaya dia dapat tentukan lokasi Implanon akan diletakkan. Dan bila dah jumpa kawasan, dia pon tanda dengan cecair kaler kuning ni.


Jom tengok video 'susuk' dipasang.
Abaikan perbualan kami dengan Doktor tu. Doktor malu malu sebab dia berpakaian kasual saje. Kesahnya nnt saya cerita diakhir entry :)


Kawan-kawan tanya : SAKIT tak?
Jawapan saya : Rasa macam kena toreh sket lah. Tak dibius so pedih masa dia mula masukkan jarum, tp in just one minute dah setel dah.

Ni dia kesan lubang jarum. Saya rasa agak ngeri tengok lubang nih. So sampai pagi ni ia masih tertutup dengan plaster lagi.


Selesai masalah saya. Hihi! So HM bertiga takkan dapat Junior dalam masa 3 tahun nih..
semoga Implanon saya ni tak jadi rare case dimana si pemakai terpregnant juga lahh..amin!

Abes!

Eh belum, saya nk cerita juga pasal Doktor berpakaian kasual tadi.

Masa saya register nama dikaunter pendaftaran dan beritahu saya nk pasang Implanon, staf bertugas dikaunter bagi tau tak boleh pasang sekarang sebab Doktor yg responsible utk pemasangan Implanon tiada. Huhu saya mula rasa angin puting beliung nak datang. Then saya bagitau staf tu yang saya dah call sebelum datang utk dapatkan kepastian. Si pengangkat telefon dengan ceria bagitau saya boleh datang petang tu.

Staf kt kaunter tadi minta saya tunggu sementara dia check dengan Doktor bertugas. Dan kali kedua dia panggil saya dan minta saya datang keesokan pagi. Waktu ni, serius saya rasa mcm nak jerit je kt staf tu. Tapi nasib baik dapat dikawal. Maybe bukan salah dia. Saya pun tak tau siapa yang entertain call saya tu.

Masih bernada marah, saya minta dari dia if ada any feedback form. Saya nak buat komplen pasal miscommunication dan informasi tak tepat yang diberi. Dan saya diberikan sekeping kad tertera no telefon.

Memang geram lah kan. Nak datang utk pasang Implanon ni perlukan komitmen. Kena tunggu waktu period, saya kena mintak permission dari bos utk keluar dan suami jugak macam tu. Takkan lah 2-3kali saya nk keluar atas satu tujuan yang tak setel disebabkan oleh info yang tak tepat ni.

Saya duduk sebelah suami, dan suami cadangkan saya call hospital/klinik lain. Lepas call DEMC (takbole buat petang tu sbb Gynae dah balik), saya memang bercadang nk dial no yang staf tadi bagi. Tapi tiba-tiba staff tadi panggil saya semula.

Kata dia : Puan, boleh tunggu dalam 15minit tak. Doktor akan datang.
Kata saya : OK boleh. Saya memang nk buat jugak hari ni.

Lega. Doktor on the way dari Gym di Subang Parade. Sebab tu lah dia sgt kasual bert-shirt dan bershort saje.

Waktu periksa blood pressure sementara menunggu Doktor sampai, bacaan BP saya agak tinggi. Nurse kt dalam tu nampak cemas.

Kata nurse : Puan, kenapa BP puan tinggi ni?
Kata saya : Memang la tinggi, tadi saya tengah marah kat luar (sambil cerita ringkas kes kt luar tadi)
Kata nurse : OOOO..takper kita check lagi sekali.

Second check, bacaan BP dh normal :)



Masuk bakul angkat sendiri

Lagi kisah having fun with my dotter.


"Redha itu ikhlas, Pasrah itu menyerah.."
Tu la kot kata hati cik Hilda hari tu. Hihi!



Ada apa dalam bakul??

Ada mata yang menawan :)

Ada senyuman yang manis juga :)

Owh rupanya ada Hilda dalam bakul!!!!

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®