Sukan Tadika Delima Ilmu - Part 1 Hadif

Sabtu, 28 April 2012, bertempat di laman Tadika Delima Ilmu sendiri.

Owhh anakanda Hannah dan Hadif sangat excited ajak mama dgn papa pegi tengok dorang main sukan. Adik Hilda yang baru je discharge pun tak keberatan ikut tengok. Hehe nk tinggal dgn sapa pon kan, kena angkut jugak la :)




Acara bermula jam 8.30am. Bermula dengan bacaan Doa dan acara dimulakan dengan permainan kanak-kanak 3 tahun. Acara masukkan bola mengikut warna ke dalam bakul. Peserta kena pilih bola ikut warna rumah masing-masing, lari dan masukkan bola tadi ke dalam bakul didepan. Berpatahbalik, sep tangan geng serumah dan seterusnya.

Kanak-kanak 3 tahun ready nak mulakan acara.

Alamak!! Ada insiden berlanggar sesama geng tadi. Sorang peserta rumah kuning sudah menangis!
Walaupon berlanggar, rumah kuning tetap menang! Dua budak kt bawah ni la yg berlanggar. Sorang kena kepala, sorang kena hidung. Yang sakit kt hidung menangis carik mama tapi tak jumpa hehehe.. Siapa lagi, Hadif laaaa hahahaha..


OK sekian.
Hihihi potong stim je, cerita tersangkut. Banyak gambar dalam kamera, tp asek terlupa nk bawak kamera. Ni pon ehsan ibu Abdul Wafiq. Mama tag diri sendiri kt FB.

So sambung lagi kesah sukan Kakak Hannah dan mama join sekaki, next entry ye.

FADHILAT AYAT AYAT AMALAN PILIHAN

Tak sempat nk mengarang entry panjang, jadi saya share kan tentang ini. :)

YA HAYYU YA QAYYUM

Bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum atau Ya Hayyul Qayyum, ia akan membantu anda dalam banyak perkara. Bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum 1000 kali setiap hari selepas solat isyak, khasiatnya seperti berikut:

a) Orang akan mematuhi kata-kata anda dan mengikut perbuatan anda

b) Anda akan kaya dengan wang dan kebijaksanaan

c) Anda akan menjadi orang yang riang dan dapat mempengaruhi orang dengan keriangan anda. Ini tentu dapat membantu orang lain melupakan kesedihan mereka.

d) Perlindungan dari bencana-bencana seperti gempa bumi, banjir, kemalangan, terkandas ketika pelayaran di laut, Isteri terkandas, Anak-anak tidak menurut kata, ataupun masalah perniagaan atau kewangan dan sebagainya.

e) Di hindari dari ditipu, diperguna dan dielakkan dari musuh.

f) Di sukai orang

Sebaik-baiknya bacalah doa berikut selepas selesai berzikir Ya Hayyu Ya Qayyum 1000 kali



Ya Hayyu Ya Qayyum, Yang menghidupkan, hidupkanlah hatiku, rezekiku, agamaku dan duniaku.

Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu, Ya Hayyu bersaksi semua yang hidup, Engkaulah yang memberi nyawa dan memberi kehidupan kepada yang hidup.

Yang Hidup dan Yang Mematikan yang hidup. Yang Hidup, tidak ada sekutu bagi-Mu. Allah yang Maha Hidup, aku meminta dengan Hayat-Mu bersaksikan semua yang hidup dan dengan Hayat-Mu yang memberi nyawa kepada semua yang hidup dan dengan Hayat-Mu yang mematikan semua yang hidup.

Ya Hayyu Ya Qayyum, Yang Maha Memiliki Keagungan, selesaikanlah segala masalahku, kabulkan permintaanku, berilah cahaya kepada jiwaku, cukupkanlah segala kekuranganku. Yang Maha mengetahui keadaanku dan tidak pernah kekurangan dari apa yang kupohon, tiada kuasa melainkan Engkau.

Ya Hayyu Ya Qayyum, perkenankanlah permintaanku dan hajatku dengan segera, kabulkanlah doaku. Permudahkanlah rezekiku, dan permudahkanlah segala urusanku dengan hamba-hamba-Mu. Berilah daku rezeki yang banyak dan berkekalan, lanjutkanlah usiaku agar daku dapat beribadat kepada-Mu. Sudahilah hayatku dengan iman yang sempurna dan Husnul Khatimah.

Daku telah menyeru-Mu dengan nama-nama-Mu yang terdahulu. Berilah kejayaan kepada mereka yang inginkan kejayaan, dan berilah kemusnahan kepada mereka yang berbuat kerosakan.

Ya Hayyu Ya Qayyum (11 kali)

Kabulkanlah permintaanku, lepaskan kami dari kebimbangan sebagaimana Engkau membebaskan orang-orang mukmin.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabatnya dan perlindungan kepada mereka semua. Segala puji bagi Allah Pencipta Alam Semesta.

Sumber: Zikir Asmaul Husna,

____________

Perlu diingatkan bahawa segala kelebihan yang terdapat pada bacaan atau ayat-ayat tertentu kadangkala tidak berjaya diperolehi dengan hanya beberapa kali bacaan sahaja. Ibarat pisau yang perlu di asah berkali-kali agar dapat digunakan seperti yang kita mahukan. Begitu jugalah ayat-ayat atau bacaan tertentu perlulah sentiasa diamalkan, dan diulangi sehingga menjadi wirid tetap untuk mendapatkan khasiatnya. Insya-Allah dengan amalan yang istiqamah, segala kelebihan, khasiat dan keajaibannya akan terbukti apabila kita memerlukannya


 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®