Diarrhea

Semalam aku diserang diarrhea dan muntah-muntah. Lepas kerja dalam pukul 8pm, dh mula rasa tak sedap badan. Sakit kepala, badan sakit-sakit. 8.30pm dah ajak anak-anak tidur sebab tak berdaya rasanya nk keep on waking up. Jam 10pm, dah mula berulang alik ke toilet. Dengan badan yg sakit dan bisa-bisa tu tak boleh nk lelapkan mata pon.
Jam 4 pagi, hannah pulak bangun. Mintak air sirap..Apekah?? ngigau ke ape. aku buat tak tau je sebab tak larat nk melayan. Ntah ape yg dia buat dalam masa tu aku pon tak pasti.tapi sedar-sedar je, aku tgk dia dh tertidur sambil pakai skirt, bukan lagi pakai seluar tido haha!!

Kol 6, bgn pagi mcm biasa. masak bubur utk hadif dan masih juga berulang ke toilet lagi. Ya allah tak larat nye badan aku masa ni. terasa dehydrate.
sms abg, tanya pendapat dia nk g keje ke tak. then dia reply suruh pegi clinic and amek mc.
aku pon terus siapkan anak-anak, dan aku tetap pakai baju kerja. konon kalau dh ok lepas hantar dorang ke taska, aku pergi je masuk kerja.
lepas hantar dorang ke taska, aku menuju ke klinik AlamMedic dekat Subang Galaxy. Doc prescribe aku ubat muntah, ubat cirit dan antibiotik. dan juga memberikan aku MC.
hehe bila doc dh bagi MC aku pon patah balik ke rumah la. sempat aku beli nasik lemak dan sket kuih utk breakfast.

sampai rumah aku makan sebijik kuih dan makan ubat. actually aku ragu-ragu nk makan ubat2 tu since aku terlupa nk bgtau doc aku ni fully breastfeed hadif. takut ada pape impact dan efek pulak kt hadif kalau aku consume ubat-ubat tu. tawakal aje lah.

lepas makan ubat, aku cuba tidur. sungguh tak lalu nk makan nasik lemak tu. sambil baring tu, terpikir pulak, mcm mana aku nk mengepam hari ni. aku tinggalkan spectra3 kt opis. mana nk jangka hari tu nk sakit. dah la aku takdek spare pam lain. sedih sungguh. kalo la dari awal aku ada spare kan bagus. kol 11pagi, aku cuba perah dgn tangan. huh lenguh gak wat keje pakai tangan ni. mmg respek la pada mommas yg berjaya perah pakai tangan tanpa bantuan pam-pam nih. tengah-tengah perah tu, boleh plak aku terlepas cawan plastik yg aku guna utk tadah susu. tumpah separuh!!uwaaaaaaaaaaa!!
lastly, dapat la aku kumpul 1.5oz. kalo tak tumpah tadi, mungkin dapat 2oz lebih..


ubat yg aku makan tu tak menunjukkan kesan positif. aku masih berulang ke toilet. telefon mak mintak advise. mak suruh beli pil chi kit. right after that aku keluar utk beli pil chi kit dan panadol. sempat jugak aku pegi isi minyak kereta :)
dan aku juga sempat singgah satu kedai baby kt puteri subang tu. carik manual pump yg murah. unlucky me, pam brand pureen takde. aku ternampak pam harmony. lepas diskaun, amoi tu boleh bagi rm210..tp poketku pulak tak mengizinkan..so aku keluar dari kedai dengan perasaan hampa. 


balik tu, terus aku telan panadol dan pil chi kit pulak. baru la dapat lelapkan mata sekejap dan tak berulang sgt ke toilet lagi.


lunch aku adalah maggi. sgt tak berselera bila tengok nasik lemak dan kuih yg aku beli pagi tadi. mmg akhirnya mereka berdua tu ku campak ke dalam tong sampah. 

petang kol 3.30pm, ku perah lagi susu. kali ni dgn lebih byk perasaan sabar. alhamdulillah dapat collect 4oz.


dh petang baru la pegi amek anakanda berdua dari taska. nk refreshkan diri, aku bawak dorang singgah pasar malam utk carik makanan utk diner. aku beli nasi beriani, keropok lekor dan pisang. bergegas-gegas sebab hari nk hujan.


balik tu, terus makan. tp sekali lg, tekak aku mmg tak selera dgn nasik. lauk ayam tu pon rasa tawar je. bila aku offer hannah, dia pon takmau makan. so apelagi, tong sampah dapat lg menjamu selera :P


dan malam td, aku masih juga lemah disebabkan muntah2 and diarrheaa ni. ajak anak-anak masuk tidur kol 8.30pm. aku sempat telan sebijik lagi panadol. lepas tu mmg terus lena. aku perasan hannah kejutkan aku, bgtau dia berak. tp aku tak larat nk bukak mata. at last dia pon tertidur dgn kotoran yg tak terbasuh. aku terjaga dalam kol 4pagi. hannah pon sama. so aku pon terus ajak dia ke toilet basuh berak. kesian sgt anak mama ni, tidur dalam keadaan tak selesa..sorry sgt syg, mama on drugs :P lepas basuh berak dia, aku susukan dan dia pon sambung tidur. 


dan pagi ni aku masih terasa loya dan nk muntah. adehai apesal la tak baik-baik lg ni..!!




2 words from u:

ummi mien said...

siannya kat ko.paling sian kat hannah. tabah btol ko ye. bila din nak join duk cni?
tp btol la kan kekdg kalu anak saket,kita rasa baik kita yg dapat saket. tp bila kita dpt saket, abes anak2 pon saket skali sbb terabai. huhuhu...

lydzar said...

hmm mien, dia mayb join duduk sini bulan 4 nnt. itu pon kalo mmg kompom dapat surat dari bahagian penjawatan la. kalo surat lambat, meaning tangguh lagi la..aku pon terpaksa la terus tabah jaga anak2 sorang2 kt sini..cuma tu la, bila diserang dugaan sakit mcm ni, mmg terasa sgt memerlukan someone disisi..hukhuk

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®