Selamat hari isnin..
Ape nk update dalam blog hari ni yer..
Pasal weekend, Sabtu kami pergi setelkan hal ehwal rumah kt sri kembangan. Bayar kontraktor yg pasang grill dan buat sket renovation works tu. Lambat seminggu jugak la dari tarikh dia siapkan kerja. Nk buat macam mana, masa kami yg lapang hanyalah weekend sajer.. Then pegi jumpa dan berkenalan dengan penyewa kami, dorang dah masuk rumah tu awal (last thursday) tapi kami cuma sempat bagi kunci pintu depan saje, tu pon melalui ejen yg carikkan penyewa tu. Time jumpa tu baru bagi kunci-kunci lain dan terima pembayaran deposit sewa rumah. Okla akak tu, ramah juga orangnya.
Dah setel, balik Kajang. Acara wajib la tu kan.
Petang sikit, bila semua orang dh bangun tidur, kami bawak anak-anak pegi tengok hot air ballon kt Putrajaya. Jam dah pukul 6 pon masa sampai Putrajaya. Ramai nya orang.
Masa kami masih di jambatan yg menghala ke Precint 2 tu, dah boleh nmpk belon terbang. Satu persatu. So kami decide tengok dari dalam kereta jer la, since mmg orang sangat ramai dan parking mayb tak ada dah..seronok Hannah tengok belon-belon tu. Mama dia pon sama jer excited :P Hadif jer yg buat dono. Belum paham lagi dia..Gambar tak dapat amek closeup pon. orang lain dok bawak kamera muncung panjang, canggih manggih..hehe
Abes seround, kami bergerak balik ke Subang. Singgah kejap Giant Kota Damansara sebab nk beli barang. Sebelum tu, pegi makan dulu. Apelagi, amek kesempatan paw si Papa yg poketnya tengah tebal tu kt Kenni Rojes..lgpon kami masih belum celebrate anniversary hari tu :) Lepas makan, ingatkan nk naik atas dan beli barang-barang, sekali kaki dan tangan hadif dh sejuk mcm ais. Abg decide balik sebab aku tak bawak stokin or kasut Hadif. Takut dia menggigil kesejukan plak kalo stay lama kt Giant tu.
Kt rumah, lepak-lepak sambil tengok tv sambil Abg layan Hannah color buku Doraemon dia. Baru aku teringat, yg sepatutnya aku nk ajak Abg pegi visit Baya kt hospital Putrajaya. Terlupa la pulak!
Kesian Baya, dia accident masa on the way nk pegi kerja. Dorang naik moto. Biasala impak pembonceng lebih teruk bila accident melibatkan motor ni. Baya kena operate kt lutut dia. Term secara saintifik, aku tak reti pulak nk explain. Yang pasti nk kena pasang plat dan skru kt lutut dia tu. Ish ishh seram plak aku dengar..mesti sakit tu..after operation nk kena buat fisioterapi bagai pulak nnt..Nnt insya allah, nk jugak pay a visit ..
Ahad..asalnya nk lipat baju yg dh bertimbun-timbun tu. Siapkan dulu kerja rumah yg lain, vacuum, mop lantai, basuh/sidai baju then masak. Abg pegi bengkel kereta. Mintak doktor kereta tengok-tengokkan aircond kereta tu. Petang,aku baru je nk mula melipat kain, Abg ajak keluar. hehe. Pantang diajak, aku terus jer la bersiap, walaupon taktau kemana arah nk dituju lagi. kain duduk dalam bakul semula la nampaknya :D
Abg cakap nk bawak pegi tengok layang-layang kt taman,somewhere berdekatan selayang tu. tak tau nama tempat. aku on jer. sekali hujan lebat la pulak! dapat tengok layang-layang dari dalam kereta jer laaaa...
so kami teruskan perjalanan ke Wangsamaju. nk pegi wangsawalk yg belum pernah kami jejak lagi tu. Ermm ok la tempat ni, byk tempat makan jer kot.
Ronda-ronda sekejap. Bila hujan dh agak reda, kami pon berangkat balik.
Malam pulak, p hantar Abg kt LRT Kelana Jaya. Sebab dia nk pegi Puduraya. Nasib baik la Hadif tidur. Senang aku drive balik rumah.
0 words from u:
Post a Comment