fobia betul la nk angkat call dari unknown number sekarang ni..kisah benar ni berlaku 2kali pada aku. last 2weeks, dan last week.
korang mesti penah dengar telemarketer kan.. Telemarketer adalah seperti salesman bezanya dia mempromosi melalui telefon.
Macam macam jenis ada dan yang selalu call adalah seperti promosi kad kredit,kad perkhidmatan,pakej percutian dan macam macam jenis kad lagilaa. dan kes aku pulak, adalah perkhidmatan insurans kemalangan dari bank.
Yg pertama, call aku terima waktu aku tengah diarrhea last two weeks.. sambil lewa je aku dengar call dari perempuan itu.. ayat manis dia, aku shortlisted utk ditawarkan perkhidmatan insurans ni sebab aku adalah pelanggan Publicbank. nk pujuk la tu kan.
aku dengar je tanpa minat, tp aku stil menjawab beberapa soalan yg diajukan. tiba-tiba perempuan tu cakap, "adakah puan bersetuju dengan perkhidmatan ini, dan saya akan mengaktifkan plan insurans puan sekarang melalui blablabla.."
aiseyyy, aku tak cakap papepon tetiba dia dh nk aktifkan..byk jugak ayat aku nk mengelak daripada bersetuju, tp ada je yg dia pangkah dan asek ulang yg dia akan mengaktifkan plan insurans aku. last sekali aku setuju jugak la sebab dah malas nk layan, tp dalam kepala otak aku..esok jugak aku akan keluarkan duit yg ada dalam akaun PublicBank aku supaya dia tak auto debit premiumnya nanti. sepatutnya aku tak patut layan dari awal kan? walaupun plan nmpk menarik, hospitalization claim up to rm600 per day hmm..premium yg perlu dibayar adalh rm95 per month..dan nasib baik jugak la, dia kata auto debit tu akan aktif pada 1hb 4, so aku ada masa nk larikan duit aku dalam akaun tu..yeeehaaa!!
dan last week, panggilan kedua dari Maybank pulak.
katanya sempena ulangtahun Maybank yg ke-berapa-ntah, mereka menawarkan insurans plan yg (rm1.6m gitu la)dengan kadar premium yg rendah (rm76 per month). dan aku dikatakan amat bertuah sebab shortlisted utk mendapat promosi ini. yg ni lagi hebat. lepas serba sedikit penerangan, terus dia tanya aku setuju atau tak, dan akan terus mengaktifkan akaun also akan autodebit duit aku sebanya rm76 pada hari itu juga!!
terpinga-pinga aku. tp mmg at last the telemarketer berjaya MEMAKSA aku bersetuju dgn plan tersebut. dan mmg bila aku check akaun maybank aku, memang ada deduction sebanyak rm76
pada sesiapa from maybank boleh tak bgtau aku betul ke plan yg ditawarkan ni. nama plan itu adalah Diamond Lifestyle Security Accident. benci betul la. takkan la aku nk keluarkan semua duit mcm yg aku buat kt akaun PublicBank pulak since gaji mmg masuk kt Maybank. dan dahla aku mmg suka online shopping, takkan nk biar akaun maybank kosong plak.. adei!!
23 words from u:
yang maybank tu diaorg pernah gak contact diana..tapi dian tak interested..cukup la dengan insurans yang ade..tule kena hati2..aritu ade diana dapat gak call dair hotel istana..siap nak mintak no kad kredit yang belakang tu..ish bahaya betul..tak leh caya diaorg ni..
erm...kalu ko tanya aku, mmg aku tak kan layan sebrg promosi mel tepon. senang je ko nak perangkap derang balik. ko ckp, kalu saya setuju macam mana saya bole firm dengan apa yang awak janji dlm tepon ni? mesti dia akan jwb" bila cik setuju kita akan antar surat aggreement", ko jwb balik" saya tak nak. saya nk tgk terms n condition promosi ni baru saya bole setuju.seterusnya of course dia akan mengalah. dalam kes ko ni, bila derang dh on je, abes la. nak tarik balik duit tu mmg payah dan liat. hati2 la ye. org kat luar sana senang2 nk curik duit kita dalam senyap tapi derang tak tau betapa susah nya kita mencari rezki walau pon RM1.
ye liza..aku skang ni..asal kuar no tak dikenali call ataupon unknown no mmg aku slamba badak je tak angkat...bennci..sbb ayat2 derang tu..bukan nak promote..dah mcm nak paksa plak..so, mmg sesapa ke..membe ke yg tuka no n call aku pon aku tak angkat..maaf la..better camni dari aku terjebak..heheh..
hahaha..I salu dpt col from Astro..ntah pape,tiba2 ja nombor terpilih la,menang tu la ni la.p ttp kena bayar..sungguh annoying.haha
rasanya diamond lifestyle security accident tu memang wujud sebab aku dah 2 kali dapat brochure dia hantar ke rumah.kalau tak silap aku dia ada silver, gold and diamond.kira ko yg mahal skali lah ambik yg diamond.tapi better gi check kat maybank kot.bahaya betul org2 mcm ni
nk kena check kt maybank ni, tp mayb nak tunggu agreement dia sampai kt tangan dulu. then baru nk bawak g kaunter maybank utk pertanyaan lanjut..kalo ok, boleh je proceed. huhu sebab memang malang tak berbau kan...kot2 tetiba accident cemana plak kalo takdek coverage mcm ni..nk byr bil sepital segala mala tu..uwaaaa takut!
saya dapat surat entah diamond plan dari maybank
terus terand saya katakan its the worse insurans ever i read the policy
mati 35 ribu
hilang upaya kekal 7 ratus ribu?
berapa orang yang hilang upaya kekal ?
semakin kaya lah kau orang tak pandai je beli
anon, saya dh terminate pon. dan dh dapat balik refund hehe
lydzar.. mcm mana awak terminate..? sya pun ada dpt call mcm tu gak.. dia offer benda sama gak.. org yang call saya tu nama dia wan athirah wan abdul malek..
life style security tu .... adalah back up plan......
kalau sesiapa yg dah ada medical card blh ambik tuk back up, itu yg i fhm
policy nie akan byr pampasan yg tinggi utk sara hidup kalau berlaku ilang upaya kekal
contohnya kalau berlaku lumpuh sbb accident blhlah buat sara idup. skang kemalangan makin byk lg2 musim perayaan.
Assalamualaikum semua dan salam Ramadhan,
Lifestyle Security oleh Maybank Etika Ins Bhd adalah 1 plan perlindungan kecederaan akibat apa juga bentuk kemalangan, bukan shj kemalangan jalanraya, malah kecederaan akibat bersukan, kemalangan di rumah seperti jatuh bilik air, tangga, kebakaran, kes spt serangan manusia, dibuli, dibunuh, dipukul, ragut, rompak, dipatuk ular, dan bencana alam spt tsunami, banjir, tnh runtuh dsb.
Sekiranya terlibat dlm salah satu kemalangan tadi dan mengalami kecederaan, jadi Maybank insyaallah akan cover tuan/puan.
Dan terdapat 3 Plan iaitu Silver (Rm 11.80-single), Gold(RM 26.50), Diamond(RM 37.20), dan sebenarnya harga premium blnn bergantung kepada smaada anda nak cover diri sendiri, bersama pasangan(diskaun 20%) atau seluruh keluarga.
Apa yg membezakan Plan ini berbanding Plan lain ialah premium blnn yg rendah tapi coverage tinggi.
Contohnya utk Diamond Plan,Hospital Income coveragenya RM 280/hari, Lumpuh kekal Lump sum Maybank byr RM 700,000, dan utk kematian Maybank cover RM35,000, untuk semua benefit ini, anda hanya perlu byr RM37.20 shj sebulan untuk cover diri sendiri.
Sekiranya anda mengambil Plan Life insurance Spt Takaful, anda tak perlu lagi menambah RIDER dlm polisi anda, kerana Plan ini adalah salah satu RIDER dalam perlindungan tersebut.
Jadi cuba bygkan sekiranya anda terlibat dlm kemalangan dan admit ke mana2 hospital selama seminggu, dengan program ini, anda akan memperoleh RM 1960( RM 280x 7hari) sebagai pendapatan, sape nak bagi duit kan kalau masuk hospital??
tapi Maybank insyaalah akan bagi income lagi kat anda, sedangkan anda hanya perlu membayar premium yg rendah shj....
sekiranya anda inginkan penjelasan yg lebih teliti, sila call saya di 1300886688 dan minta extension saya 3719 dan saya akan memberi penerangan yg lebih baik.
MAKNAKATA DLM program ini, anda hanya berkorban sedikit dari pendapatan anda bg membolehkan anda mendapat manfaat yg lebih baik dr Maybank di waktu kecemasan.
Tetapi program ini tidak ada paksaan, sekiranya anda ingin diri mu dilindungi oleh Maybank, anda boleh daftar bersama kami, tapi kalau sebaliknya, tidak mengapa...
DAN PROGRAM INI HANYA BOLEH MENDAFTAR MELALUI TELEMARKETING/CALL CENTRE SHJ DAN TIDAK BOLEH MENDAFTAR DI MAYBANK BRANCHES KERANA IANYA MERUPAKAN INVITATION PROGRAM.....
sekian shj untuk kali ini....
diharapkan anda faham serba sedikit, jika nak faham lebih lagi, call saja saya...tetapi dlm waktu office hour shj tau...
BYEEE... SALAM RAMADHAN ALMUBARAKH
Hah! Aku baru je dpt call yg sama td ni. Dari HQ maybank kat bkt jelutong. Drpd caller bernama Wan Athira Wan Abd Malek. Apa yg die ckp, suma sebijik mcm komen atas ni. Aku mmg amek pakej tu sbb nmpk bulanan murah dgn benefit yg besar. Lgpon mmg tgh carik insurans perlindungan diri. Cuma yg aku musykil 1 je. Td aku ada tanya pakej ni terbuka utk org ramai ke, die kata hanya pelanggan Maybank yg terpilih je. Tp bile tgk kat website Maybank2u nmpk mcm terbuka utk org ramai je...
aku pn bru dapat kol mcm ni bru je ptg ni dan die dh deducted rm37.20 kt akaun aku. dia ckp yg terpilih shj yang akan mendapat pakej ini.
Salam semua..
Saya pn pernah dpt call ttg Program Lifestyle Security Plan nie..
Dia kata hanya pelanggan terpilih.
Tapi kenapa kat website tue mcm terbuka utk semua? Boleh sesaper yg tau terangkan?
Pastu, die xbgtau pn plan nie ada Silver,Gold, Diamond...Terus bgtau bulan2 serendah RM37.20.
Termakan kata2, aku pn setuju sebab die kata utk pelanggan bertuah dan hny dioffer sekali..
ku jua dpt panggilan camtu.. dah 3 bulan menunggu dokumen dan 3 bulan jugak akaunku kena potong RM74 sebulan.. warggghh...call mybank.. ktnya sepatutnya kena ada signature br bleh potong acc kita.. huhu
lydzar.. mcm mana awak terminate? kne pg bank terus ke???
ermm nk terminate, just call je customer service maybank..nnt dia akan uruskan
Apa yg dicerita di atas n dikomen, berlaku pd cikgu. Cikgu baru dicall maybank psl plan ni. Cikgu minta nk pk dl dan call kemudian dia xnk. dia nk suruh setuju jg.
Bila cakap ini takaful ke? dia cakap bukan, ini insurans, terus rasa tawar. Bila minta sekali lg nak mikir, terus dia cakap terima kasih n letak telefon.
Rasa bersyukur sb xambik. Tiada adab n reti nak makan komisen je.
saya br dpt call dr MAYBANK. Nazrah name die. mule2 saya xsetuju sbb saya da ade insurans len. tp die cm paksa2 last2 saya setuju. after few minutes tgk acc balance die da deduct RM37.20 (amboi cptnye amik duit org!)tp after few hours, i call customer service MAYBANK to cancel sbb fikir2 xbyk benefits pn dr insurans ni.. if xclaim duit burn je.. better amik insurans yg cover utk smua tu then if xclaim bole dpt balik duit tu nnt.
sy linda.baru subscribe on 11 feb hr tuh..sbb at that time xblh nk predict ape akn berlaku in future.at least ade insurance blh cover ckit.memg la malang xberbau.i got an accident last week.then g maybank clarify pasal bende nih..die kata valid.baru jer 2 kali pemotongan which is xsmpai 80.i got serious injured gak la..kene duk ward 5 hr.warded kt ppum.mhl tuh.bsyukur sgt secara xsgaja amik insurance nih.dh call, semua perubatan die cover.alhamdulillah..small operation + cost2 perubatan dh 3 ribu.accident otw nk ofis..socso pn just blh claim skit.tp insurance blh cover semua..memg la rase unfair tibe2 duit kene potong dr acc.tp mcm sy kata la..sy pn rase unfair since agreement xsmpai.tp no policy sy valid & aktif.last word i need to say is..kita xblh predict in future.imagine kalo sy xagree hr tuh..3K kos perubatan tuh..sbulan gaji..
saye baru jer baca pasal nie..n baru jer pas kne kol td....cakap da la laju gilerr...xdapat tangkp sumer pn..pastuh cam memaksaaaa jer nak aktifkan..haisshh
cik linda. cmner nak mintak maybank cover kite tu? time check in ppum tu ke? juz call je ke kne claim?
Sy pon baru dpt panggiln ni td 19 june 2013..tp amaunt tiap2. Bln hnya rm14.30..cover diri sndiri n anak2..seberapa ramai anak pon jumlh tu je yg lne bayar..komfius jugak ni..esok baru nk pergi tanya maybank.
Post a Comment