Trip Adhoc ke PD

Trip ini adalah plan adhoc.
My initial plan adalah nk naik ke Genting Highland. Pagi sabtu lepas, Abg pegi servis aircond. Jadi masa telah agak terbazir disana. So Abg decide pergi PD saje. Jadi sebagai isteri yg taat setia, aku pon setuju kan aje. Yg penting dapat pegi jenjalan. So packing baju utk stok satu hari dan tunggu cik abg balik rumah.


*click-click dalam kereta*

masa ni tengah tunggu siPapa isi minyak. excited!

as kami tak book awal, so kami amek masa jugak la nk ronda2 carik no fon hotel/apartment bertanyakan harga bilik. At last kami pilih Cocobay Apartment. Apartment satu bilik, Rm126 per nite. okla tu.. :)

Abg sempat jugak lelap 15minit sebelum kami keluar ke pantai Teluk Kemang. ok kasik chance la, since dia sampai umah last nite nyer tu kol 2 pagi..kol 7 pagi dah bangun pulak. Dia tak cukup tido. Cuaca sgt baik, dalam pukul 5.30pm, kami bersiap nk kepantai. yes, really nice weather.

* ready nak pegi mandi*

*Teluk Kemang*

*excited tapi takut*




*main pasir*
*mama join sekaki*

Tak sempat mandi lama pon. Kol 7pm, dah berkemas-kemas nk balik apartment. Lagipon anak-anak takut ngn ombak!! tak thrill sungguh melayan hannah dan hadif mandi pantai. baru je dekatkan diri ngn ombak, itu dua budak sudah nangis. Tp ku paksa-paksa jugak si hadif berendam barang 5minit..haha mama kijam! aku tak tau la, kenapa la adik-beradik berdua ni sungguh takut dengan ombak, air.
malam. lepas solat magrib, kami keluar makan pulak. dan lepas diner, amek masa sekejap jalan-jalan kt pantai. air tengah surut. so mcm very nice jer walking along at the beach. huhu it will be more romantic kalau tak bawak kanak-kanak berdua ni. boleh pegang-pegang tangan dgn encik suami hihih (gelak gatai). tp mana mungkin 2 permata hati kami ni ditinggalkan kan. masa ni hadif dh syok tidur dalam ringsling pon 

pagi. bangun awal juga nk kejarkan keredupan mentari sebab nk g main kt pantai lagi.

alkesah semalam berulang. mereka berdua seronok main pasir (sampai tahap hadif nak makan pasir tu)..tp bila sampai part ajak berendam dalam air, dorang mula menangis.
hai laaa anak-anak ku..

 
 *main pasir lagi*

*one happy family*

abes je acara mandi pantai, kita beralih ke acara mandi swimming pool. kat swimming pool, ok sket reaksi dua beradik ni. baru la boleh nk letakkan dorang dalam pelampung tu. Hannah pon boleh la gelak ketawa..


 
 Acara terakhir adalah melawat Ostrich Farm plak.


*entrance and bayar tiket*

*pose dgn ostrich di belakang*
*Abg tunjuk berani, tp cuak haha!*
 *my turn, tp bagi pakai penutup bekas makanan*

*ostrich with black feather is a male, grey is female*
 *the most handsome ostrich-boy in town* 
 sekian lintasan langsung cerita di Port Dickson bersama keluarga kami..


8 words from u:

Nordiana Nordin said...

waa, best nye buat trip ke PD..lydzar nak tanya skit le..camne kita nak masukkan template dari skincorner ke blogspot..bila download dia bagi folder2 kan..camne nak masukkan dalam template blog kita ek?

lydzar said...

ermm templat skincorner tu, utk letak iklan nuffnang tu ke?
kita just follow instructions dia n edit sket-sket kt coding nk letak mana iklan tu..kena explore sket la..

Nordiana Nordin said...

bukan..template blog lydzar ni..ambik dari skincorner kan..kat mane kita nak paste kan coding template tu?

Iela Fazielah said...

comey nyer tgk sikecik hadif tu.... dah boleh wat per dah yer lydzar???? anak ila kalau mandi air... mcm org giler.... suker sgt... tp xpe la... lama2 nnt diaorg suke la tu

lydzar said...

diana, ok template tu paste kt sini :

Layout > Edit HTML > Upload a template from a file on your hard drive:

kak ila : hadif tu pandai berdiri sambil pegang sofa/meja..cuba2 lepas tangan tunjuk terer.
pandai gigit nenen mama dia, pandai no-no-no geleng kepala hehe..
tu la, dua beradik ni, mmg air tu fear factor dorang agaknya..dorang tak suka mandi, just suka tepuk-tepuk, tuang air gitu jer kot..

bubblymummy said...

liza..anak aku lak..tak suka main pasir..sangat anti !! tp ngan ombak..ok la skit..tak la seteruk tak suka pasir..hihi..tp mmg aku ada dgr org kata..memula budak jumpa ombak..mmg akan takut2 skit..dah lelama tu..ok la kot :D

bubblymummy said...

liza..next weekend masih ada utk pergi ke genting..hehhe ;)

lydzar said...

nuris, ye la kot. ombak kan kuat bunyi dia..

genting? akan ku pujuk2 juga suamiku sampai berjaya bawak kami naik ke genting tu :)

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®