Dengar topik pagi kt Hotfm pagi ni, Earth Hour. Esok rupanya Earth Hour 2010. Adakah anda akan bersama-sama menjayakan kempen Earth Hour ni?
Teringat last year, kami masih di kolej Mutiara, Penang. MPP Kolej memadamkan lampu, huh bukan setakat lampu, tp switch off keseluruhan bangunan punya electricity. Abes kipas, peti ais semua pon sama-sama padam. Jadi bergelap lah kami dalam kepanasan. Nasib baik jugak masa tu, Hadif masih berada di ruang legar dalam perut mama. So tak perlu risau akan EBM dalam peti ais yg telah diputuskan bekalan elektriknya itu. Kalau la tahun ni pon masih diKolej Mutiara, aku kena ambil langkah berjaga-jaga demi memprotect EBM ku itu.
Teringat lagi satu kisah bergelap. Tp ini bukan sambutan Earth Hour lah.
Kejadian blackout yg berlaku sejurus majlis akad nikah aku. Nasib baik la tak buat majlis akad nikah waktu malam. kalau tak, haru jugakla kot sebab terpaksa bergelap. Blackout tu tak tau disebabkan oleh masalah apa. start dari pukul 7pm sampai la ke pukul 5pagi keesokan harinya. kesian kawan-kawan mak abah yg datang nk merewang. buat kerja dan masak-masak dalam gelap bertemankan unggun api. jadual photoshoot malam tu pon terpaksa lah dibatalkan.
Kesimpulannya, jom la kita sama-sama tutup lampu dari jam 8.30pm sampai 9.30pm. 1 jam jer pon. Tutup lampu jer dahla..Takpayah la sampai nk switch off segala barang letrik yg ada kt rumah tu..kang cair plak EBM for those yg ada menyimpan :P
0 words from u:
Post a Comment