Monday Blues


Pagi tadi aku perasan handbag yg aku baru beli dari my sister terkoyak. terkoyak sebab tersangkut kt benda tajam agaknya. koyakan berbentuk V yg sgt membuat aku sedih. dah la baru je pakai tak sampai sebulan. aku tampal je dengan selotep utk menutup kecacatan beg tu. malas nk pegi carik beg lain dalam kotak-kotak tu. sedih sedih..

masa nk keluarkan kereta dari parking, bumper depan tersangat pada divider batu. punya lah aku berhati-hati nk elak kereta yg parking melintang kt belakang tu, sekali aku pulak yg terlanggar divider batu..adeh, bercalar! tak bgtau Abg lagi, aku dh cacatkan kereta dia.

 Blues berterusan utk aku sebab pepagi bukak internet, dah tak boleh bukak webmessenger, meebo.YM, gtalk mmg dh kena block since aritu lagi. giler la boring. no more chatting in the opis. seb baik byk gak keje arini.terpikir aku nk beli broadband la.
bila pikirkan kewangan yg masih terumbang ambing ni, aku rasa sekarang broadband bukan pembelian dimasa yg tepat. dahla wishlist aku pon terpaksa tangguh dulu. hai la duit..


Story-mory pasal anak-anak lah, kurang sket gundah gulana. Gambar ni aku amek last friday. Lepas dinerkan mereka, aku biarkan dorang main. Hadif sibuk sgt panjat tolo car ni. So aku pon letakkan dia atas tolo car ni. tak sangka, dia boleh tolak tolocar ni kedepan dan kebelakang. dia pon bukan main happy lagi, tesengih-sengih tunjuk gigi kapak bahawasanya dia seronok. Hannah pulak, amek kesempatan nk main bersama dgn masuk ke dalam walker yg dulunya mmg dia punya, sekarang ni dh bertukar tangan lah.tp dia mmg tetap  claim segala mainan yg ada dalam rumah tu sebagai kepunyaan dia..



 *hadif dah pandai bawak tolo car*


*aiks! kakak naik walker, adik naik car? terbalik ke ape ni?*


*ni kakak punya lah mama!*

Dan inilah gambar terbaru kami sekeluarga yg masih belum dapat bersatu dibawah satu bumbung. Si mama dan si papa yg mengalami sedikit penurunan berat badan setelah duduk berjauhan selama 2 bulan..

Masa gambar diambil, kami berada di Bagan Lalang sempena nk celebrate birthday kawan Abg, Saiful namanya. Rosmah, the dear wife ajak kami sama-sama sepraiskan her dear hubby. Kami on jer, lgpon orang nk belanja makan kan. :) Yang turut serta adalah azli, faezah dan khayra.

Hujan lebat time dah nk makan. Tapi tu tak menghalang kami makan beramai-ramai..aku tak snap gambar pon time acara makan berlangsung. Sbb kamera tak berapa nk menunjukkan prestasi cemerlang. nnt kita amek gambar dari facebook atau blog rosmah lah



*kenangan masa kt Bagan Lalang - celebrate birthday uncle Saipul*




0 words from u:

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®