Kisah sambutan birthday Hannah
So ni sket gambar utk tatapan. Celebration di KFC Subang Parade. Jemputan hanyalah adik beradik mama dan papa, kawan-kawan rapat sekolah Hannah, cikgu-cikgu,dan 2-3orang kawan mama.
Berdebar mama nk organize our first party. So tak menjemput ramai orang.
Hannah memang sangat excited counting days. Setiap hari tanya mama, hari ni hari apa. hari ni berapa haribulan. Dah hari ahad ke mama?
Date celebration 16 Dec 2012.
Gambar kt rumah je yang ada buat masa ni. Handfon mama tak capture any picture masa di KFC. Mama bz kendong Hilda. Tak reti reti dia nk pakai kasut and play around. Dengan mama jugak dia melekat. Ahaks, maybe sebab mengantuk pun ye tu.
Thanks to kawan-kawan rapat Hannah kerana sudi datang. Bila family Sarah, her bestfriend datang..dia tak nampak mama dah. Makan pon sebelah Sarah. :)
And Nabihah datang lewat sket terus join main game.
Gambar, nnt lah upload bila dpt CD from uncle Shahril MyKhalish.
12.12.12
Dan pada date bertuah ini, saya nk ucapkan HAPPY BIRTHDAY yg ke5 pada anak sulung saya Hannah Marissa.
Mama love u so much. Maybe takde hadiah special, but mama dh plan something that maybe make u smile all day long. :) The happiness is priceless than the gift, right :)
Happy birthday sayang mama. Hanya doa setiap sesuatu yang terbaik berlaku padamu sepanjang hayatmu.
Exceed limit for picture upload
Uwaa dh xdpt nk upliad gambar kt blog dh. Exceed limit katanya. Alahai xde mood bertambah tambah sebab ni.
Semalam excited nk upload gambar hari kesenian Hannah sekali apepuntakbleh!
Geram je rasa.
masker?
2 in 1 gitu. Boleh sapu boleh makan.
Letak lebih kt hidung utk hilangkan blackhead ye
Hahaha comel sangat Hilda makan donut di taman. Mama bukak baju dia siap siap. Tak sanggup mama tgkbaju dia kotor
Tanda kematian..
Huhu seriusly tak terupdate dh blog ni sekarang. Ni anak angkatkan.
Nak carik idea pon selalu buntu sedangkan byk je aktiviti menarik untuk dirakamkan.
Jom update sket..
-Hilda semakin petah bercakap.
-Hadif bakal jalani minor operation utk hernia yang dialaminya sekarang
-Hannah yang dh kuat makan, makan drumstick KFC dah tak cukup seketul sekarang.
-Papa tengah outstation
-Mama tengah kerja keras kejar closing November.
Shake n Take & ESP Shake
Niat beli Shake N Take ni memang sebab nk guna utk buat smoothies. Saya kan pengguna TEGAR ESP Shaklee tu. Sehari tanpa ESP tak lengkap rasanya hehe!
Comel je saiz blender ni, Jug dia slim and tall, siap ada straw. Thats why lepas shake kita boleh take.meaning takyah dh tuang2 kt gelas bagai. Boleh amek jug dia and minum kt situ jer.
Ini resepi pertama saya semalam.
ESP with raisin dan madu. Biasanya memang saya shake ESP dengan fresh milk. Sedap!
Tadaaaaa...siap!!
Actually dekat penutup jug ni ada straw, tp lupa nk naikkan.
Mama baru minum sket, si Hilda yg beria-ia minum. Tp sket-sket je la..ini mama punya!
Nnt mama shake kan Mealshake campur buah mangga ye dik..mesti sedappppppp
Power Bank
Telepon Samsung ni memang kuat makan. Sebab tu kena standby 'makanan' dia. Kekadang dh caj 100% sebelum keluar pegi keje...then baru menjelang kol 12pm, bateri dh tinggal 20%. Hallamak! cemana nk surf surf bukak FB sementara tunggu makanan tiba kt food court tu kan.
Hari tu masa beli S3 cik abg, ingat nak sambar jugak sebijik power bank ni. Tp design yang ada jual kt kedai tu, besar dan tak menarik. Dan boleh caj sekali sahaja.. dan harga dorang jual rm100. Masa tu tak survey sangat pon pasal power bank ni.
Baru-baru ni, sorang geng Jutawan post iklan pasal powerbank yg dia guna. Boleh caj up to 4 kali. Ini sudah bagus. Dan harga pulak RM165. Boleh la. Terus order dekat dia. Dan pagi ni dh sampai pun :) Lepas ni takyah risau-risau lagi kalau nk away dari rumah. Power Bank dah ada :)
Owh ye, kalau ada yang tak tau..powerbank ni kira portable charger for gadget lah. Kita caj dia dulu. Then bila kita pegi outdoor, bateri henpon dh kong..boleh la connectkan fon dekat power bank ni. power bank akan charge the battery.
Lelaki boleh merajuk ke?
Ada sorang laki ni semenjak dua menjak ni memang sensitip. Senang merajuk. Kuat merajuk.
Kena tegur sket, dh muncung. Suara kuat sket, dah nangis. Adeh apa kes. Tak macho lah kan!
Masam mencuka dia. Tapi takpe, kejap je dah ceria sebab dia ada tukang pujuknya..
Bergaduh di kedai tudung
2 wanita dilaporkan bergaduh di sebuah kedai tudung. Kejadian yang berlaku di sebuah kedai tudung yg terletak di dalam Giaant Kota Damansara itu tidak menyebabkan apa-apa kerugian atau kemalangan jiwa. Pemilik kedai juga menarik nafas lega apabila semuanya berakhir dengan baik.
Dalam kejadian tersebut, pihak berita diberitahu bahawa wanita pertama yang bernama Liza (bukan nama sebenar) meminta wanita kedua Hannah (bukan nama sebenar) memilih tudung. Liza memujuk Hannah untuk memilih tudung syria kerana katanya lebih sesuai dan kemas untuk dipakai. Tetapi Hannah pula tanpa melihat jenis tudung telah memilih tudung berwarna hijau lembut, tetapi ia adalah tudung awning.
Liza tidak setuju dengan pilihan Hannah, dan meminta Hannah memilih tudung berwarna hijau juga tetapi jenis syria. Hannah bertegas, dia mahukan tudung berwarna hijau awning juga. Akibat tidak sependapat, Liza bermasam muka dan mengajak Hannah keluar dari kedai, manakala Hannah pula mula mengalirkan air mata sambil membentak mahukan juga tudung yang dipilihnya.
Pergaduhan dileraikan oleh seorang lelaki. Lelaki tersebut meminta Hannah dan Liza bertenang. Lalu beliau mencadangkan mereka pergi makan dulu memandangkan keputusan dibuat ketika perut tengah lapar.
Selepas makan, mereka masuk semula kedalam kedai dan Liza membeli tudungnya sendiri. Hannah yang melihat dia tidak mendapat apa-apa, memujuk Liza untuk membelikannya tudung hijau yang Liza pilih tadi. Lalu berakhirlah sebuah pergaduhan manja anak-beranak di kedai tudung.
Hihi!! Kami bertudung baru :)
31 Oktober 12 : Happy Birthday Suamiku
Genap dah umur si dia 32tahun. :)
Saya cuti separuh hari, suami terpaksa cuti. Saya bz pegi closing kt Shaklee, dan dia jadi penunggu rumah sebab electrical technician tengah buat kerja troubleshooting. Ntah apa yang tak kena, tetiba jam 4pagi semalam blackout kt rumah.
Sesiang terbazir walaupon kami berdua cuti. Tapi nk buat macam mana, hal ehwal tadi tu kena disetelkan juga.
Malamnya baru sempat nk pegi celebrate. Tapi rasanya umur dh makin naik ni, saya tak nampak pon dia macam happy nk celebrate bagai ni. Owh itu bukan saya, saya ni setiap tahun excited haha! Tiap tahun awal-awal dh tau nk mintak hadiah apa.
Tak apa lah. Dia tak excited, biar saya yang excited. Saya excited sebab nk celebrate sekali kemenangan usaha saya berShaklee. Dapat naik one step ahead bulan ni. Closing Oktober antara closing terbaik saya sepanjang terjebak dengan bisnes ni. Syukur Ya Allah.
Belanja anak beranak makan di Kenny Rogers Kota Damansara je sebab tengah hujan. Plan asal nk ajak ke Bubba Gump Citta Mall, tapi parking kt sana terbuka. Susah plak nk angkut 3 HM ni.
Owh lasaknya anak-anak saya sekarang. AKTIF! Meja makan jadi kerusi si Hilda. Kerusi pulak jadi tempat melompat si Hadif. Seb baik kakak dapat S3 papa..diam la dia layan calculation bola-bola kt phone tu.
Anyway, HAPPY 32nd BIRTHDAY SUAMI saya. I love u. :D
Raya Haji 2012
Macam agak seronok tahun ni, sebab abah dan adik beradik buat korban. Walaupon bergerak balik dipagi raya, alhamdulillah selamat sampai destinasi dalam kol 2.30pm. Kat rumah mak memang masih meriah dgn masakan raya termasuk kerepek-kerepek raya sekali. Kalau rumah saya, huhuhu kerepek-kerepek tu takdek lah kot. Takat masak nasi impit dan rendang utk makan sendiri ajelah. Pernah juga rasa experience ni masa duduk kt Penang dulu.
Anak anak tak sabar-sabar nak main kt laman embah. Hari panas lagi, kol4pm masa tu dh request nk main kt tanah.
Siram bunga. Rumah mama takdek bunga |
Konon-konon tolong embah bersihkan laman la tu sebelum sesi family barbeque |
Fokus tengok dan gelak-gelak tengok gambar sendiri dekat iPad Cik Halmi |
Girls besar born December 2007, girls kecik born Mac 2011 |
Lambat pulak nk tunggu lembu bangun, kami decide balik rumah je terus sebab perut pon dh menyanyi riang minta diisi. Tak sempatlah nk tengok lembu disembelih.
Sapa cakap bohong, nnt kena potong lidah dia!! |
Proses melapah daging. Ditimbang dan bakal diagihkan pada jiran-jiran |
Rewang masak lunch. Menu SUP TULANG marveles |
Almost done! |
Masak-masak ni secara rewang. Cepat je siap keje..
Dan cepat gak la dpt hirup sup tulang yg memang kegemaranku itu..
Lepas tu esoknya sampai malam ni, dok buang balik secara habis habisan. Hihih..
Salam AidilAdha...
Tinggal sejam je lagi nk perabis waktu kerja hari ni. Padahal mmg takbuat apa kerja pon dari pagi tadi hihi.
Kol 1 nnt boleh balik dah yeay!!
Adik beradik HM bakal balik kampung esok pagi lepas Papa solat raya. Mama buat masa ni tak dpt nk pegi lagi, sebab askar kecik2 nk kena jaga. Blom reti lagi nk bawak dorang ke masjid. Insya allah tahun depan dh boleh try bawak dorang mendekati masjid, insya allah.
So agenda lepas ni adalah, balik ambil Trio HM kat taska, dan suruh Papa turun. Papa cuti dah. Pastu nk ke Shaklee nk topup sekotak lagi ESP. Then ke BlueCube Shah Alam setelkan urusan termination broadband. Urusan tergendala sekian lama!
OK, just nk wish selamat memandu dan have a safe journey pada semua yg dalam perjalanan kesane sinun sempena public holiday ni. Makan daging berpada pada jangan sampai pening kepala. Kalau terlebih gak, meh beli Lecithin dgn Afalfa dulu dengan saya. Pastu tiap kali makan makanan berlemak tinggi atau terlebih makan tu, telan lah dua vitamin ni sekaligus. Hehe! Uppss terpromote plak daaaaaa!
Take care yer semua!
Brunch Sabtu dengan Pemanggang Ajaib
Huhu beli itu ini yg tak seberapa pon abes RM50 gak kt Jaya Grocer tu.
Di hari Sabtu nan indah, mulakan projek masak tengahari, jam 10.30am. Pepagi tadi dh rebus kentang nk buat whipped potato dan dah siap pon buat brown sos. Lepas tu panggang ayam rosemary ni je utk breakfast berempat. Papa takde masa ni, dia keluar kejap.
Dalam masa 15minit macam tu je, sambil selang selang pi sidai kain, dh masak pon ayam 4 ketul ni.
Tetiba kol 11am, papa balik. Dia pon belum breakfast, so hidangkan lah dia ayam ni sambil suap-suap anak.
"Ada lagi tak ayam? "
"Ala takdek la, masak 4 ketul tu je. Takperlah, masak lamb plak"
Lamb ni dh marinated dari lepas subuh tadi..sempat la 3-4jam dimarinatekan. Masa untuk dimasak!
Susun elok-elok dalam pemanggang pastu tutup.
Yang ni tak reti bajet berapa lama nak masak. Cik abang dah duduk mengadap pinggan, then dia suruh masak lagi sket time. Kasik jadi WELL DONE!
Baik bos, arahan diterima.
Dan seterusnya mengadaplah kami menu Lamb Grill ni utk breakfast dan lunch sabtu tu.
Next time boleh masak menu lain plak.
I like the pemanggang so much!!
Bunyi apa tu?
Situasi disurau:
"Tak abes abes renovation kt opis ni kan. Ada je org drill sane sini."
'Eh yeke? Kt level berapa?'
"Tah..akak tak dengar ke"
" hehehe bukan bunyi drill kot. Tp bunyi bunyi benda alah ni"
Sambil tunjuk gajet kuning ni
"Laaaa yeke kak!! Ingatkan bunyi org buat renovation tadi. Bunyi pam akak rupanya."
"Hahaha tu la kan. Bunyi dia bising sket"
Tu la dia respon respon kengkawan yg first time dengar bunyi Freestyle ni. Saya takleh imagine macam mana member2 ibu menyusu buat pumping kt cubicle saja.
So far..alhamdulillah berbaloi beli sbb ia memudahkan saya buat powerpumping kt rumah. Sambil basuh botol susu Hilda pon boleh pumping. Tp biasanya saya pam sambil relax layan Facebook je la.
Dari segi suction..byk beza dgn Spectra3 yg suctionnya kuat tu..Mobility of course. Dan bateri takat ni seminggu dalam 1-2kali je.
Ada lagi masa beberapa bulan je FS ni perlu kerja. Short term employment gitu. Pasni dia boleh bercuti dulu smentara kilang masih ditutup haha. Saya tak berniat utk entended pumping kt opis after Hilda turns 2. Extended breastfeeding mayb iya but not for extended pumping..
Insya allah semoga dpt terus berjuang sehingga Mac 2013.
Sabtu Lepas
Lepas hantar kakak kt tadika, mama tak tunggu beria babaybabay macam tahun lepas. Sebab mama ada agenda lain kt Shah Alam dimana nk kena drive sendiri tanpa tahu jalan dan arah sebenar. Redah je
Tahun depan Abang Hadif dh 4 tahun. Dia pon dah boleh follow rombongan tadika.
Tahun depan mama nk ajak papa follow la bas rombongan. Boleh kot :D
Aktiviti : Ratah Peanut Butter
Adik nak buat apa? Mama nak dudu..nak dudu.. OKlah..
Dia panjat kerusi makan, amek bekas peanut butter dan duduk depan tv.
Kan main sedap dia meratah peanut butter coklat tu. Tak kedekut punya orang, dia suap gak tabung syiling bear mama tu. Abes dedua comot.
Inner silang
Ceria cik kak g main boling kan. Dia nk tanya..nmpk ok tak dia dgn inner silang dia tu :-)
UNIFI-ed!!!
Teratak kecil kami officially Unifi-ed semalam. Seronok si Hannah tgk Upin Ipin kt Youtube. Tak sibuk nk kacau handphone mama dah.
Lepas ni boleh la jd makin rajin update blog ni dan blog Semua.Sihat.Selalu setiap hari. Kt opis mmg mood update blog asek kelaut je skg ni.
Sambil buat powerpumping, siap satu entry. OKlah tu :-)
Cumanya tv kami masih CRT hihi. Bila nk angkat Smart TV niiiiii
Toilet train : Hadif
Mama pujuk abes daya, langsung dia taknak dengar. Mama kata takyah pakain pampers, dia nangis.
Mama kata pakai sependa je, dia nangis..
Last week waktu amek HM dari taska, cikgu Atiqah btau Hadif dh tak pakai pampers. Cikgu Nurul tak bagi Hadif pakai. Wow terkejut mama! Alhamdulillah ada yg berjaya buat Hadif diaperless.
Alhamdulillah, sampai hari ni blom pernah lagi dia bocor. Malam time tidur masih mama pakaikan juga lah pampers sbb belum ready nk basuh comforter setiap hari. :D
Syukur sebab 2in1, peepee pass di toilet, poo poo pon pass kt toilet. Cepat juga anak mama pick up.
Cuma sesekali bila dia bad mood nk berontak, dia saja carik alasan nk pakai pampers. Ubatnya senang aja..BIG HUGG from mama lah, pujuk rayu ayat manis mama, diamlah dia :D
Alhamdulillah..
Promosi Oktober ESP di K3S!!
Salam ceria di pagi Isnin. Saya ceria sebab dapat berita gembira ni dari Shaklee (hehe selit selit iklan sat naaaaa)
Bulan ni adalah bulan PROMOSI bagi ESP. Memang ramai dok tunggu bila la promosi ESP nak ada, dan kini dh tiba masanya. Bagi yang belum tau apa dia ESP ni, ESP adalah produk suplemen berasaskan soya. Killer product nih..Saya sendiri pon memang tak pernah miss minum ESP setiap hari. Lebih lebih lagi dikala susu ala-ala merudum nih, Saya amalkan 3sudu sehari untuk up kan production susu saya.
Dan sekarang dh standby 1 canister di opis dan 1 canister lagi kt rumah. So ESP ready anywhere any time :)
So ni antara kata-kata penggemar ESP ..bukan setakat untuk penyusuan. Tp juga utk kecantikan kulit, utk keanjalan kulit, untuk slimming purpose, utk pesakit Diabetes, untuk yang gastrik dsb.
Antara testimoni ESP |
resepi ESP kegemaran saya |
Boleh baca lanjut pasal ESP kt blog SemuaSihatSelalu saya
So kalau nk tau apa promosi yg saya offer di K3S tu, sila silalah emel enquiry di lydzar@gmail.com atau sms/whatsap di 013 3583424 jer.
Good Food @Bonjour Garden :)
Nama makanan ni susah mahu ku sebut (haha) ..tak ingat pon namanya tp sedap-sedap belaka
Beef steak |
Chicken Chop |
Dory |
Nasi campur |
Gambar makanan kt atas tu adalah dari menu Set Lunch dorang. Harga RM13.80 blom termasuk tax..diberi soup dan air for free. Berbaloi kan.
Dan gambar nasik campur tu, masa dorang buat promosi Lunch Buffet at rm9.90/person. Macam buffet bukak puasa tu la, ada macam-macam lauk dan sayur. Berbaloi lagi sekali. Tak tau bila algi dorang nk buat promosi mcmni.
Banyak kali gak saya dan officemate ke sini, bila foodcourt kt sebelah tu takdek meja kosong. Tp sesekali memang terus terjah kesana. Restoran dalam taman konsepnya. Memang cosy dan santai. Ada beberapa pilihan meja dan tempat duduk yang menarik..Pilih jer, tp takdek la kerusi meja atas pokok Hehe
Cakap banyak tak guna..kalau dh terliur tu, pi masuk website dorang dulu ushar menu-menu yg memang menyelerakan. Recommended! Lepas tu esok bawak lah yg disayang-sayang lunch/diner kt sana :)
Central Park Building
Jalan PJU 5/13, Dataran Sunway,
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya.
Good Food @Bonjour Garden :)
Nama makanan ni susah mahu ku sebut (haha) ..tak ingat pon namanya tp sedap-sedap belaka
Beef steak |
Chicken Chop |
Dory |
Nasi campur |
Gambar makanan kt atas tu adalah dari menu Set Lunch dorang. Harga RM13.80 blom termasuk tax..diberi soup dan air for free. Berbaloi kan.
Dan gambar nasik campur tu, masa dorang buat promosi Lunch Buffet at rm9.90/person. Macam buffet bukak puasa tu la, ada macam-macam lauk dan sayur. Berbaloi lagi sekali. Tak tau bila algi dorang nk buat promosi mcmni.
Banyak kali gak saya dan officemate ke sini, bila foodcourt kt sebelah tu takdek meja kosong. Tp sesekali memang terus terjah kesana. Restoran dalam taman konsepnya. Memang cosy dan santai. Ada beberapa pilihan meja dan tempat duduk yang menarik..Pilih jer, tp takdek la kerusi meja atas pokok Hehe
Cakap banyak tak guna..kalau dh terliur tu, pi masuk website dorang dulu ushar menu-menu yg memang menyelerakan. Recommended! Lepas tu esok bawak lah yg disayang-sayang lunch/diner kt sana :)
Central Park Building
Jalan PJU 5/13, Dataran Sunway,
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya.